Entry ini ditulis untuk berkongsi pengalaman hidup Akuserabut dan menjelaskan sedikit-sebanyak identiti sebenar aku. Aku taw banyak membe dalam dunia blog ini sangkakan aku Melayu, kalau komen entry akuserabut pun ada yang bagi salam buat pendahuluan, bukan saja dalam blog. di luar pun macam tu jugak. yang tak kenal aku semua ingat aku Melayu. Sebenarnya aku berbangsa Siam dan beragama Buddha. oleh itu, aku tak boleh jawab salam "Assalamualaikum" kalian. Bapak dan mak aku dua2 mix Siam Cina, tapi lebih kepada Siam.
Mesti hairan kan? Aku tahu susah nak jumpa non-Muslim tulis blog dalam Bahasa Melayu. Banyak Blogger non-Muslim tulis blog pakai Bahasa Inggeris. tapi apa salahnya, Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia, bahasa aku jugak sebab aku rakyat Malaysia. Parents aku berasal dari Kedah. orang utara kalau tidak tahu kewujudan Bangsa Siam di Malaysia memang buta sejarah la. Zaman kanak-kanak aku banyak bercampur dengan Cina bila masuk form 4 aku banyak berkawan dengan membe Melayu. sampai sekarang aku rapat dengan Melayu. masa itu la percakapan dalam bahasa Melayu aku 'improve'. dulu aku tak fasih sangat cakap Melayu, cakap Melayu macam orang Cina cakap Melayu. sekarang aku cakap Melayu susah nak kantoi. semua orang ingat aku Melayu kalau tak kenal aku.
Bila orang ingat aku Melayu banyak la yang bagi salam "Assalamualaikum" kat aku. sebab muka aku pun macam Melayu. Siam dengan Melayu mana jauh beza pun dari segi rupa paras dan warna kulit. lebih kurang sama ja. lain la Siam yang darah Cina dia banyak sikit. muka dia lebih kepada Cina. Bila orang Melayu bagi salam "Assalamualaikum" kat aku, kadang-kadang aku explain, kadang-kadang aku buat dono je hehehe sebab malas nak explain. panjang pulak cerita dia nanti. satu menda yang buat aku serabut adalah bila aku tak jawab salam, ada yang buat muka tak puas hati hahaha macam mana aku nak jawab salam "Assalamualaikum" kalau aku bukan Islam. aku selalu sengih dan senyum je. hehehe mungkin itu yang menyebabkan salah paham. Ada menganggap aku kurang ajar sebab tak jawab salam. lepas aku explain baru diaorang malu tersengih-sengih. aku tanya diaorang malaysia ada berapa kaum? banyak jawab diaorang... aku tanya lagi semua rakyat Malaysia beragama Islam ke? tak lah diaorang menjawab.. aku berkata kat diaorang aku tak jawab salam itu dengan "waalaikumsalam" sebab aku orang Siam dan beragama Buddha.. Ohh..sory2 kata diaorang :)
Dulu kat sekolah sampai ada cikgu anggap aku kurang ajar jugak sebab masa bacaan doa aku tak tadah tangan. berdendam cikgu tu dengan aku. aku salah sikit je nak denda aku kaw2 punya. kesian aku hahaha lepas cikgu itu taw yang aku bukan Islam baru dia cerita kat aku yang dia dulu ingat aku kurang ajar. aku baik kot dulu. nerd gitu lol Selain itu, aku paling tak suka masa tiba bulan puasa wakakaka sebab aku terpaksa belakon puasa, walaupun aku tak kena puasa hahaha sebab aku hormat membe-membe aku berpuasa. korang boleh bayangkan tak macam mana kalau korang ternampak orang yang muka macm Melayu makan rilex je masa puasa, mesti heran bin pelik kan? mesti usha tajam je... dalam otak pikir macam2 dah. segan la aku makan kat luar masa puasa, orang usha aku semacam je. padahal aku tak kena puasa pun. Ada sekali tu aku ada orang apa entah check IC aku sebab aku beli McD masa bulan puasa hahaha.
Pengalaman yang aku tak boleh lupa masa aku awal-awal sambung belajar di tempat aku belajar sekarang adalah ada satu kali tu, hari itu hari jumaat. aku bangun lambat, aku bangun dalam pukul 2 petang. bangun2 perut rasa lapar pulak. pergi la kafe nak tapao nasik. aku pergi dengan seluar pendek, rambut serabut sebab tak mandi lagi. tiba-tiba ramai pulak yang baru balik sembahyang jumaat pergi kat kafe nak makan. diaorang dengan baju melayu, songkok, kepiah, serban la.... aku pulak dengan seluar pendek dengan rambut serabut nampak sangat tak mandi lagi. semua usha aku tajam je.. macam nak gaduh je.. aku taw la dalam hati diaorang mesti kata aku tak pergi sembahyang Jumaat.. hahaha dalam hati aku.. kenapa usha aku macam tu? apa salah aku?? wakakaka lepas tu hari jumaat je kalau aku nak pergi kafe aku pakai seluar panjang hahahaha
Banyak lagi kish pengalaman hidup aku yang serabut. tapi macam panjang ja entry ni hehehe cukup la sampai sini. So, aku berharap entry dapat menerangkan sapa Akuserabut :) aku seorang yang anti-racist, aku tak suka orang yang racist!!! salam 1 Malaysia... peace.