Monday, May 30, 2011

JADI TOKEY KEDAI ONLINE DENGAN LOT.MY

Pagi ini aku terbangun pukul 3 pagi. bangun-bangun dah tak rasa mengantuk. aku saja nak check email aku yang dah melambak aku tak check. tiba-tiba terperasan satu email yang dihantar oleh Kamal kepada aku. Kamal mengajak aku menyertai satu peraduan ni. atau mat salleh panggil contest. contest yang dianjurkan oleh Lot.my untuk para-para bloggers ! serius menarik ! aku tertarik dengan hadiah yang Lot.my nak bagi tu. mai tengok hadiah dia.



Pergh memang lumayan la daripada hadiah contest yang selalu dapat topup 5 hinggit LOL aku melawak ja. ada pulak orang nak maki aku nanti. walaupun tarikh contest ni dah nak expired dah ! sampai 31 Mei 2011 ni ja. aku nak join jugak. tak kira! terhingin jugak la kan nak pakai Apple Ipad tu !

Tapi terlebih dulu aku nak cerita dulu. apa menda Lot.my tu? Lot.my tu satu website yang serius berguna kalau korang nak berniaga secara online. Dengan Lot.my korang boleh buka satu akaun dan korang boleh pasarkan barang apa korang nak jual secara online. nak cakap pasal kelebihan Lot.my ni. tak payah aku nak bagitau kasi serabut-serabut. korang bukan ja website Lot.my. dah terpampang 6 kelebihan utama website ni !

  • Easy to use
  • Full Freedom
  • Quick Setup
  • Beautiful Design
  • Cash or Credit
  • Safe and Secure
Ini dalam Bahasa Enggeris. kalau dalam Bahasa Melayu setelah di-googletranslate oleh aku. ini hasil dia.

  • Mudah digunakan
  • Kebebasan penuh
  • Quick Setup
  • Design Indah
  • Tunai atau Kredit
  • Aman dan Aman
Hahaha aku pun tak paham apa masalah dengan google translate ni tapi ini lah hasilnya. aku tak tipu. tak percaya try google sendiri ok. bagus Lot.my ni bagi aku. sekarang ni ramai dah buat kerja online. jual barang online. daripada korang buat Blog atau upload kat Mudah untuk pasar produk korang. apa salahnya korang try website Lot.my ni. serius lagi mudah dan menarik aku rasa. kepada yang berminat nak berniaga online atau nak jadi tokey kedai online, korang boleh cuba dengan Lot.my. lagipun banyak menda yang korang boleh belajar untuk menjadi usahawan muda kat websit Lot.my. kira cukup pakej la dengan Lot.my ni !



Kepada geng-geng serabut yang berminat nak join contest ni. join ja. tak kena duit pun. ada masa seminggu lagi untuk korang ! aku dulu jarang jugak nak join contest-contest ni. serabut. kena buat tu-buat ni. tapi bagi aku contest ni mudah ja. tak serabut sangat. join ja la noh. mana tau ada rezeki menang Ipad buat bantal tidur hahaha sekali-sekala orang kata. kalau tak menang pun, biaq p la orang kata. delete ja post ni kalau tak menang. tak ada masalah. Tapiiii kalau menang. aku dah tak payah pikir dah untuk 10 entry akan datang aku. pasal apa lagi kalau bukan pasal contest. berlagak dengan Ipad bertuah tu hahaha ok la nak bagitau sikit link-link berkenaan contest ni.

Link ke Lot.my : http://lot.my/
Link ke contest Lot.my : http://lot.my/contest/
Link ke syarat-syarat contest : http://lot.my/contest/

Perhatian : tarikh tutup 31 Mei 2011 tepat pukul 12.00 p.m sudah tidak dilayan !!!!

Sunday, May 29, 2011

FINAL CHAMPIONS LEAGUE 2011





ANGAN-ANGAN







KEBENARAN







-THE END-


Saturday, May 28, 2011

ASTRO DENGAN KEDAI MAKAN




Hari ini aku serius moody ! sebab aku dijangkiti celaka si selsema ! hadoi letih amat asyik panggil nama hashim!!! hashim!!! hanshim!!! tapi macam mana pun nak kasi sembang kencang jugak dalam Blogserabut ni. aku nak sembang pasal kaitan siaran Astro dengan kedai makan. Apa yang aku perasan la kan. Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ni banyak layan liga luar macam liga Enggeris atau Sepanyol lebih kaw dari liga tempatan. orang selalunya pergi tengok bola kat maple tengok bola liga Enggeris. selalunya laa. peratusan lebih daripada nak tengok liga tempatan. semua berlagak macam mat saleh kejap. berlagak macam berdarah Enggeris. berlagak macam kat sekolah dulu belajar sejarah Spartan. saja nak merapu.

Cakap pasal kedai makan pulak. korang pernah perasan tak. bila ada live bola kat Astro. selalunya liga luar macam liga Enggeris. beza antara kedai makan yang ada Astro dengan kedai makan yang tak ada Astro. berdasarkan pengalaman aku. serius taik macam syurga dan neraka ! kedai makan yang ada Astro sumpah orang penuh. kedai makan yang tak ada Astro pulak serius kurang orang, kalau dua kedai makan bersebelahan. serius nampak bezanya. punca dia Astro !

Kedai makan sekarang ni kalau tak pasang Astro. sikit bodoh. kalau TV pun tak ada itu dah tahap bodoh phiang ! macam kedai maple. menu lebih kurang ja maple ni. tapi beza yang nak tarik pelanggan sekarang ni dinilai oleh Akuserabut dari segi Kejelasan projector, kejelasan view Astro, Kesedapan sound system. korang yang kaki lepak tengok bola kat maple setuju tak apa yang aku tulis ni? masa ada bola tu. kualiti makan tak kisah sangat dah. janji dapat tengok bola. apa nak kisah sangat kalau setakat minum teh o ais dengan roti kosong kuah banjir ja tengok bola satu jam setengah hahaha

Kesimpulannya, malam ni final champions league. Antara ManU vs Barca. korang tengok la logo kat header Blogserabut tu. paham-paham la ni blogger Barca ni LOL. apa-apa pun pagi nanti lebih kurang puku 2.00 a.m akan berlangsung perlawanan yang menentukan kelab mana yang akan menjadi juara di antara juara. go Barca !

Wednesday, May 25, 2011

BAB MAKAN : MELAYU DENGAN CINA

Malam ni lepas makan malam aku nak buat entry pasal makan. antara dua bangsa. iaitu Melayu dan Cina. macam yang kita tau. orang Cina boleh makan di kedai makan orang Melayu. semua menu di kedai makan Melayu. orang Cina boleh melantak. manakala orang Melayu pulak tidak boleh makan sesuka hati di kedai makan orang Cina. disebabkan bab-bab halal. kalau boleh pun minum ja. aku sembang tentang kebiasaan yang aku tengok dan perasan la.

Pasal peniaga makanan pulak. orang Cina tak boleh buka gerai di food court orang Melayu. kalau buka jual makanan tak halal nak kena pukul ? sapa nak beli kalau pelanggan kebanyakan daripada orang Melayu. Manakala orang Melayu pulak boleh buka gerai makan kat food court mana sekali pun. tak kira la Melayu punya ke. Cina punya ke. semua orang Melayu boleh berniaga makanan.

Yang selalu aku jumpa orang Melayu yang buka gerai di food court Cina. Masakan yang selalu dijual adalah. satey atau nasi lemak. Sebenarnya, idea aku nak buat entry ini setelah aku terlihat satu tempat kawasan gerai-gerai makanan Cina di Sungai Petani. ada orang Melayu jual nasi lemak kat situ. nasi lemak dia sangattt laku. orang penuh dok tunggu nak beli. gila hebat ! satu Malaysia babeh ! yang nampak banyak pelanggan dia orang Cina. dah jual kat tempat Cina. memang la orang Cina banyak beli. Baru aku terperasan. macam ni rupanya teori bab makan kat Malaysia ni antara Melayu dengan Cina.

  1. Orang Cina boleh suka hati makan kat mana sekali pun. tak kisah la food court Melayu atau pun Cina. tapi orang Cina tak boleh suka hati jual makanan di food court Melayu.
  2. Orang melayu pulak boleh suka hati jual makanan di food court Melayu atau pun Cina tapi tak boleh makan suka hati di food court Cina.
Teori di atas ni mungkin betul atau saja nak merapu. tapi sekarang ni dah lain dah. asalkan halal. orang Melayu dah boleh makan di kedai makan Cina kalau di kedai makan tu ada lesen halal. macam kopitiam. dah macam-macam nama kopitiam dah aku tengok lahir kat Malaysia ni. ada yang ada lesen halal. ada jugak yang tak ada lesen halal tapi berpura-pura halal sebab dia jual makanan yang halal. tak ada pork ! tak jual arak !

Bab makanan pulak. semua jenis masakan Cina orang Melayu boleh makan sebenarnya kalau semua tu dibuat dengan cara halal bagi Islam. ini yang aku tau la. lagipun sekarang ni macam-macam dah makanan Cina yang orang Melayu pandai buat. dah berniaga dah pun. macam char kuey teow, kuih bulan, yong tau foo, tau foo fa dan nasi goreng Cina hahaha aku tak paham sangat part mana yang nasi itu berCina. macam dengan nasi goreng USA. aku pun tak paham part mana yang berUSA tu. tolong habaq mai. Korang rasa pulak. bahagia tak duduk kat Malaysia ni. semua makanan kita boleh melantak. kes tu la aku gemuk. semua aku melantak LOL. I Love Malaysia and I hate Racism. peace =)


Orang kata makan yong tau foo tak gemuk sebab dia rebus tak goreng pakai minyak. tapi makan tak ingat dunia macam aku ni gemuk jugak ! fakof liar ! wakakaka

KITA DEKAT DENGAN MATI

Hari ini aku nak buat entry pasal kematian. aku balik rumah cuti semester kali ini kan. 3 minggu ni dah 4 orang sanak saudara aku meninggal. disebabkan sakit tua. kadang-kadang buat aku rasa macam cuti semester ni musim kematian ke apa? dulu tak rasa macam ni. tapi macam cepat sangat 3 minggu 4 kematian saudara. saudara belah mak pun ada. belah bapak pun ada. Lepas tu dunia blogger gempar dengan kematian blogger TELURDIBASUH. Sekarang ni Malaysia dikejutkan pulak dengan kejadian tahnah runtuh di Hulu Langat. yang mengorbankan 16 nyawa pelajar Sekolah Agama Rakyat AL-TAQWA.

Mende-menda soal kematian ni memang kita dapat tahu kita rasa simpati. rasa sedih. kesian. tapi berapa lama korang rasa macam tu? kejap ja kan. esok lusa mungkin dah boleh lupa dah pasal menda-menda sedih macam tu. bagus la. macam mana pun hidup masih perlu diteruskan. kita masih lagi perlu bernafas. kita masih perlu minum dan makan. tapi ada tak korang terpikir kejap macam mana kalau korang sendiri berada di tempat kejadian tu dan korang sendiri yang menjadi mangsa. senang cakap korang mati la !

Gila ke Akuserabut kata aku mati. tak ! bukan aku nak mintak korang mati. cuma pikir yang kita juga mungkin akan mengalami benda macam tu. kita juga akan mati. tidak sesiapa tahu yang dia akan mati bila. tak ditetapkan pun had umur dan berat badan. orang kata hisap rokok cepat mati. tapi ada yang tak hisap rokok mati lagi cepat sebab mati kena langgar lori. Ada yang kata orang gemuk cepat ada penyakit. cepat mati ! tapi ada orang yang kurus mati lagi cepat sebab jatuh sungai mati ! Ada orang kata mat rempit mempunyai risiko tinggi dalam kemalanagan maut. kemalangan mati! tapi macam mana orang yang berjalan di bahu dilanggar mati mat rempit atau pemandu yang mabuk.

Kesimpulannya, walaupun perangai anda macam taik atau perangai anda tahap syurga. kita tak tahu yang kita akan mati bila. tapi kita akan tetap mati. tengah syok korang tulis blog. tengah syok korang dapat BE berkilo. tengah syok ramai follower. tengah syok page view meningkat. tengah syok dok kutuk orang. satu menda ni korang jangan lupa. iaitu kematian. dah bersedia ke korang nak mati? pikir la !

Ni satu lagi ! kalau korang yang nak membuat amal sebelum mati boleh la memberi sumbangan seikhlas hati korang kepada mangsa tanah runtuh AL-TAQWA. bantu la mereka yang kurang beranasib baik. buat la bebanyak pahala ok ! korang boleh memberi sumbangan korang melalui


Tabung Bencana NSTP Media Prima : 514105-320757

Tabung TV3 bersamamu : 564324-129973

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

http://live.tv3.com.my/altaqwa/


Tanah runtuh AL-TAQWA

Monday, May 23, 2011

MR. AHMAD BEAN

Satu lagi entry merapu yang berjaya dipost Akuserabut. saja nak merapu pulak. malas nak emo-emo ja post aku. ni nak habaq. korang tau tak kenapa Ahmad Idman dipilih sebagai juri Maharaja Lawak? kerana dia pengarah hebat? salah ! ini kerana muka dia macam pelakon komedi Hollywood. Mr. Bean ! wtfish apa aku merapu ni? aku ada perasan lama dah muka Ahmad Idham ni ada ciri-ciri Mr. Bean la. serius bukan aku seorang saja yang kata. ada jugak membe-membe serabut yang sekepala dengan aku. korang ada perasan tak? jom tengok gambar Ahmad Idham dengan Mr. Bean.


Mr. Bean


Ahmad Idham

Korang ada nampak ada sikit sama tak? aku ada nampak la sikit sama. serius tak tipu ! tolong la kata sama plzzz lol alaaa sekali sekala nak merapu benda yang kita rasa. nak buat serius selalu mampuih la kan. peace.



David Teoh :Oii Akuserabut ! muka wa lagi sama la

Akuserabut : errrrrrrr

Thursday, May 19, 2011

SINGGGAH-SINGGAH ?

Dulu start buat blog aku tak tau pun apa itu blogwalking. bertapa newbienya aku dalam dunia blog dulu. lepas membe aku Hakimy kepala besaq dengan Ayapan bagitau baru aku tau. depa kata buat blogwaling dapat naikkan page view la. tambah follower la. boleh kenal-kenal kan blog kita kat orang lain. wow banyak kebaikan yang dapat noh kalau buat blogwalking !

Lepas tu tudia aku pun punya la semangat nak berwalking-walking ni. buka blog orang lain taip kat shoutbox dia :

  • hi
  • singgah
  • selamat pagi
  • monink
  • selamat malam
  • akuserabut datang singgah la

Bermacam-macam aku taip kat shoutbox blog orang lain. tapi isi blog dia aku haram tak baca pun. cuma nak blogwalking ja. kadang-kadang aku terpikir jugagk. macam tak ikhlas ja hahaha tapi serius taik aku rasa tak ikhlas. korang rasa ikhlas tak. buka blog orang. taip hi. pastu belah. Macam aku rasa sekarang ni. orang yang komen entry merapu aku dengan orang taip kat shoutbox aku. aku lagi suka atau terharu kalau ada orang komen entry merapu aku. mesti la. kita taip panjang-panjang kekadang ada orang sudi komen. bermaksud ada orang baca la apa yang kita nak sampaikan.

Taip panjang-panjang kalau ada satu komen pun aku dah rasa cukup siok dah. dah rasa ada keinginan nak menulis lagi nanti. sekarang cara aku. kalau aku ada kelapangan la kan. aku akan pergi blog yang komen entry aku balik. dan baca entry dan komen pulak pandangan aku. daripada kita cuma follow kosong ja. betul tak? ada tiga menda yang kita selalu buat kat blog orang lain untuk tinggal link blog kita selalunya.

  1. Taip kat shoutbox
  2. Komen entry
  3. Follow
Daripada ketiga-tiga ni. bagi aku la kan. aku akan ke blog yang dia komen entry aku dulu. baru aku singgah blog yang taip kat shoutbox aku dan follow Blogserabut. bukan aku tak suka orang follow aku. aku cukup berterima kasih. kepada yang sudi follow kalau boleh nak jumpa cium tangan muahahaha wth ! aku melawak ja. thank you yang sudi follow ! tapi tak tau la. ini la style Akuserabut akan ke blog yang komen entry aku dulu baru ke yang follow aku atau taip kat shoutbox aku.

Dulu aku ingat nak buang ja shoutbox Blogserabut ni. tapi pikir balik. susah pulak kalau nak sembang-sembang dengan membe-membe Blogserabut. tu yang aku tinggal ja shoutbox aku kat atas tu. kat bawah header tu. kena click baru jumpa shoutbox. baru nampak keseriusan korang singgah Blogserabut lol. semua ini cuma pendapat aku dan apa yang aku rasa. jangan la dok kecik-kecik hati apa yang aku tulis noh. peace !

Tuesday, May 17, 2011

KERETA SAPU MEMANG PENYAPU



Aku nak sembang pasal kereta sapu petang ni. korang tau apa tu kereta sapu? kereta sapu merupakan kereta yang menyediakan perkhidmatan hantar penumpang. macam dengan teksi tapi tak payah premit. ayat senang secara haram ! Sesiapa pun boleh buat kerja ni. asalkan korang ada sebijik kereta yang boleh sumbatkan penumpang dan hantar penumpang ke mana lokasi yang penumpang itu minta. nak ke mana pun boleh. asal kan ada duit untuk nak dibayar kepada individu yang membawa kereta sapu.

Memang dari segi harga perkhidmatan. kereta sapu lebih murah. tapi korang pikr tengok senang ke nak baw teksi? mudah ke nak jadi pemandu teksi? macam-macam kena buat kalau nak bawa teksi. yang aku tau la:

  • kenderaan teksi kena check setiap 6 bulan.
  • premint teksi kena mintak.
  • kereta kena cat ikut standard.
  • salah sikit kena saman dengan pihak berkuasa.
  • salah sikit masuk berita. kuar TV.
  • naik harga sikit orang bising.
  • naik harga sikit masuk berita. kuar TV.
  • macam-macam kena jaga.
  • kena ikut standard.
  • orang selalu komplen. kata itu la. ini la.
  • macam-macam kena kuar caj. semua kena duit proses itu ini.

Ni yang aku agak-agak tau la. kalau salah aku mintak
I'm sorry macam Amir Maharaja yang seirus taik aku rasa tak lawak ! dibandingkan dengan kereta sapu yang macam celaka senang nak buat. cuma perlu ada kereta ja. pacak kat tepi jalan atau perhentian bas dok tanya orang nak pergi mana. dah hantar orang cuma mintak tambang ja. cukup mudah untuk buat duit. tak payah serabut kepala mintak premit. tak perlu pening kepala ikut prosedur.

Korang pikiaq tengok adil ke kepada golongan pemandu teksi? golongan yang sara hidup dengan hanya lesen teksi yang diaorang ada? aku bukan pemandu teksi. bapak aku pun bukan. saja aku nak bising sebab aku rasa macam unfair la kepada pemandu teksi. serius taik unfair !

Soal keselamatan pula. tak ada beza pun teksi dengan kereta sapu. teksi memang ada insuran untuk penumpang. kereta sapu pulak pakai la insuran
first party. insuran yang boleh tapao semua penumpang dalam kereta kalau terjadi apa-apa kemalangan. benda ni aku rujuk kepada bapak aku. aku tak pasti betul ke tak. tapi yang bezanya kalau kereta sapu tu tak ada insuran first party. kalau la terjadi apa kemalangan. sakit la korang. apa pun tak dapat.

Nak cakap soal pihak berkuasa pulak. yang aku hairan kalau teksi la kan. memang ketat peraturan yang pihak berkuasa tetap kan. memang bagus menda ni. sebab ada kaitan dengan keselamatan penumpang atau pengguna. tapi macam mana dengan kereta sapu ni? macam semakin berleluasa ja. macam syok ja duit masuk.

Ooo baru aku paham. bapak aku bagitau lagi. kalau pihak berkuasa check geng-geng kereta sapu ni. diaorang cakap la tengah tunggu orang ke. membe ke. family ke. memang susah nak kantoi kan geng-geng ni. briliant jugak kepala otak geng-geng sapu ni. tapi at-least buat la tindakan betul tak? tapi jangan pulak dok minum
kopi dengan geng-geng sapu ni !

Kita pulak sebagai pengguna. kita ada otak pikiaq sendiri. mana betul. mana salah. jangan dok buat serabut kepala ! semua cuma pandangan aku. kalau hampa suka. terima kasih. kalau hampa tak suka. lantak la. peace.

Monday, May 16, 2011

KO TE AW ?

Malam ni aku nak buka satu topik berkenaan dengan ejaan sebenar perkataan keow teow ni. selama aku makan keow teow ni kan. sampai hari ini aku tak pasti ejaan dia yang sebetul dia macam mana. macam-macam jenis ejaan aku jumpa. tapi yang aku dah buat research. hahaha dah macam kajian daaaa. ejaan K.E.O.W T.E.OW yang kebanyakan orang guna. macam-macam ejaan aku jumpa tak kira dalam internet atau pun kat kedai makan.

  • kui teow
  • kuih teow
  • kuao teao
  • kuew tiaw
  • ko teaw
  • ko te aw
Korang tau kot perkataan keow teow ni berasal daripada Bahasa Cina. (粿條) kalau dok makan hari-hari pun tak tau perkataan ni berasal daripada Bahasa Cina. buat malu ja hampa ! muntah kuaq balik la ! tapi yang aku jumpa kat wikipedia lain pulak cerita dia. dia eja :

KWAY TEOW

Wikipedia eja Char Kway Teow. "Char"( ) yang bermaksud goreng. Char Keow Teow tu bermaksud koew teow goreng la. ada paham? Perbezaan char keow teow Cina style dengan Melayu style adalah Cina style char koew teow dia kering. kalau Melayu punya style dia char keow teow basah. Setakat ni aku tak jumpa lagi la char keow teow Melayu style yang kering. kalau yang kering panggil koew teow goreng ja. tak yah nak char char dah lol. padahal char tu bermaksud goreng. bukan bermaksud basah pun. tapi itu la cerita dia pasal char koew teow ni.

Aku tak jumpa lagi kamus Bahasa Melayu yang ada perkataan Keow Teow. kalau korang pernah nampak bagitau aku. kamus mana. aku nak tau jugak ejaan betul perkataan koew teow yang telah di-Bahasa Melayu-kan. yang aku jumpa kat wikipedia ja. ejaan dia KWAY TEOW.



Char Keow Teow Malay Style. koew teow spesis basah berair .


Char Keow Teow Chinese style. nampak tak kering ! tak da ayaq !

p/s- biaq p la eja macam mana pun. janji masuk perut kenyang muahaha
- gambaq aku sapu kat Google ! pinjam sat !

CELCOM YANG SERABUT

Pagi-pagi buta ni aku nak bercerita pasal satu kejadian yang berlaku ke atas adik aku yang ada kaitannya dengan CELCOM ! hampir setengah tahun yang lalu ada pekerja CELCOM menawarkan pakej broadband kepada adik aku dan adik aku telah melanggan pakej broandband tersebut. ciri-ciri pakej tersebut :

  • RM 68 sebulan
  • kontrak selama 2 tahun
  • modem diberikan
Ceritanya. cawangan CELCOM Seberang Perai, Penang yang buat promosi tu. janji-janji taik kucing pekerja atau orang yang buat sale itu adalah diaorang akan hantar sendiri broandband itu ke rumah pembeli. Kesilapan adik aku pula adalah percaya bulat-bulat bahawa broandband itu akan dihantar ke rumah.

Tapi sampai sekarang broandband tak dihantar. Bil sudah dicaj pada setiap bulan selepas adik aku melanggan pakej broandband tersebut. sampai sekarang bil sudah mencecah RM 353.95. modem broandband belum dapat. bil dah sampai 300++ . watdahell CELCOM?

Tapi bukan Salah Bapak CELCOM. salah anak-anak cawangan CELCOM yang buat kerja tak betul. kerja nak caj orang ! Lu jaga CELCOM Seberang Perai. aku akan komplen pasal Lu ! tapi yang aku hairannya. CELCOM tak ada ke bahagian yang check data pengguna. kalau orang tak pakai pun. macam mana boleh start caj dah bulan-bulan. watdaneraka again ! money come first, customer later la kot misi dan visi CELCOM seberang Perai ni.

Surat yang sampai kat rumah aku pulak sekarang ni. dengar khabarnya CELCOM telah menggaji syarikat MAHA PARTNERS & CO untuk menuntut hutang daripada penghutang-penghutang CELCOM kononnya. wahh siap nak kena pergi mahkamah kalau tak bayar. macam mana nak bayar kalau tak pakai bro? Lu nak wa bayar jugak, Lu memang Langsi laa. korang kalau kena macam ni pun jangan bayar. buat apa nak bayar kalau tak pakai ! naik la mahkamah mana pun. tak dak mahkamah bangang yang suruh korang bayar punya la.

Satu menda aku nak bagitau kat sini. korang jangan senang-senang nak bagi IC fotostat kepada sesiapa. nanti tak pasal-pasal ada bil sampai ke rumah. sekarang ni macam-macam. orang nak cari income lebih. apa pun diaorang boleh buat. dengan adanya IC fotostat diaorang boleh buat line postpaid, kredit kad dan macam-macam benda yang boleh menjahanamkan orang lain. IC orang yang dah meninggal pun ada orang buat line postpaid telifon tau !

Aku sekarang ni memang tahap bengang amat dengan CELCOM ni. mampuih p la Nuffnang ada CELCOM ka. kalau kita tak komen macam mana depa nak improve betul tak. aku dan call dah customer service dia dulu. report pasal menda ni. diaorang cakap nanti diaorang nak check dulu. lepas tu call aku balik. sampai sekarang apa pun tak dak. bil pulak semakin meningkat tiap bulan. nak caj sampai bila bil satu bulan RM 68? sampai kiamat? fakoff !

Check la betul-betul CELCOM oii. nanti kalau orang kata service ampa macam taik, ampa marah ! kalau tak nak. buat kerja mesti mau jujur. ingat wa tak tau ka satu line postpaid lu berjaya tangkap customer. komisyen RM 50 saleman lu dapat. wa pun pernah kerja buat sale untuk lu maa dulu.jangan pikiaq duit komisyen ja. pikiaq hati dan perasaan orang lain sama maa. jangan kasi wa serabut !!!


memang in your hand! bil yang sampai. apa pun tak buat. tak pasal-pasal kena caj tiga ratus lebih !

Monday, May 9, 2011

I FIBER.BLOGSPOT.COM

Petang ni aku berpura-pura tak ada kerja lagi. padahal kerja melambak nak kena settle. tapi cuti kan. lepak luu. berlakon tak ada kerja kejap hahaha. tadi masa aku ting tong serabut kepala. aku try taip perkataan aku serabut dalam Google Translate. korang nak tau menatang apa yang Google translate bagi aku. ini haa :




Aduhh I Fiber yang dia translate bagi aku. rupa-rupanya Google Translate ni ting tong macam kepala aku yang serabut jugak. fiber tu serat laa cik Google ! haiz lepas ni rasa macam nak buat satu lagi blog la. blog versi mat salleh ting tong. ifiber.blogspot.com lol nanti jangan lupa singgah blog baru aku k wakakaka !

Sunday, May 8, 2011

GULA GULA PAP PAP




Petang ni aku tak ada kerja. tiba-tiba rasa terhingin nak tau pasal sekumpulan artis baru perempuan yang khabarnya bilangan pembencinya lebih ramai daripada peminatnya. kumpulan yang aku maksudkan itu adalah kumpulan Gula Gula. singgah la aku kat fanpage Gula Gula tu. saja nak tengok. hot ke tak lol dengar kata diaorang macam K-pop la. M-pop la. tak tau la aku. aku tak tau sangat pasal pop pop ni. takut kena kencing manis. tengok punya la tengok. gambar paha yang banyak. aku ingatkan fanpage tu jual paha ayam goreng. rupa-rupanya bukan.

Ooo ahli kumpulan diaorang ada 6 orang. aku pun tak sure la. diaorang ni orang apa. tengok macam mat salleh kacuk Cina pun ada. tengok nama pun ada sikit macam nama kucing aku tengok. Cat Women kot diorang ni. daripada 6 ekor kucing ni. ehh silap. 6 orang hehehe satu orang yang aku berkenan. nama dia MeiMei hahaha. sempat lagi usha. saja nak serabutkan kepala petang-petang ni.


Ni
Meimei. korang jangan kacau yang ni !!!


Yang dua orang bawah ni kalau nak amik, amik la. kalau boleh bawa pergi gosok gigi sekali. tapi ok jugak kalau jadi model ubat gigi dua ni. tapi model yang gigi sebelum gosok punya la LMOA






Dah la. kutuk sikit-sikit cukup. tapi serius aku kesian gila dengan Gula Gula ni terutamanya MeiMei errrr. tak sempat nak kuar album lagi. kutukan dah macam Tsunami. setakat ni aku tak jumpa lagi la blogger yang cakap menda baik pasal Gula Gula ni. semua yang hadoiii. kutuk tahap anjing laut. mana tau kan. lagu diaorang best macam drumstick ke. mana tau diaorang star akan datang ke? hmm semua menda boleh jadi. sebelum itu. tadi aku ada post komen kat page Gula Gula ni. ni post aku :


Saja hobi petang-petang :p

SELAMAT HARI IBU

Di sini Akuserabut nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. atau bahasa orang putihnya Happy Mother's Day. Sebenarnya aku tertanya-tanya jugak kenapa hari ini ditetapkan menjadi hari ibu? Hari Ahad minggu kedua pada setiap bulan Mei. sebab bagi aku. bukan setakat setahun sekali saja kita ucap selamat kepada ibu-ibu kita. sepatutnya setiap nafas kita. kita doakan ibu kita. tapi orang kata hari ini hari ibu. aku pun wish ja la.

Tadi aku dah wish mama aku. dan sempat melepaskan satu ciuman di pipi mama aku. nak malu buat apa. ibu aku. kalau nak cium pipi ibu sendiri pun malu. itu dah kira ada something wrong la tu. hargai la ibu anda selagi sempat ok ! buat la sesuatu bagi ibu anda senyum atau ketawa. itu yang aku selalu buat sekarang. aku selalu loyar buruk dengan mama aku. bukan bererti aku kurang ajar atau derhaka kepada mama aku. tapi itu style aku. aku rasa senang hati bila tengok mama aku ketawa. suka bila tengok mama aku senyum. kalau korang rasa geli la aku tulis dalam blog macam ni. hmm~ suka hati aku la ! tapi aku taknak mama aku buka blog aku. sebab banyak entry pasal tetek dalam blog aku lol. apa mama aku pikir pulak karang hahaha

Aku masih ingat lagi satu menda yang cikgu aku bagitau aku masa aku sekolah rendah dulu. cikgu aku kata masa korang seronok celebrate birthday korang. korang pernah terpikir tak yang masa hari itu. ibu korang tengah separuh nyawa lahirkan korang. bermati-matian untuk memberi nafas kepada korang untuk hidup dalam dunia ni. sentap aku dengan kata-kata cikgu tu. sampai sekarang kalau tiba hari jadi aku, aku akan ucap thankyou mama. sebab ibu kita la kita dapat hirup udara sekarang tau tak ! ni tak. hari jadi ja keluar seronok dengan kawan-kawan. lepak karaoke la. jangan sampai masa ibu dah tak ada baru nak menangis menyesal. masa ibu ada ni la. korang kena selalu bersama ibu. aku dok kecoh ni pun aku tengah nasihat diri sendiri jugak sebenarnya.

Cikgu aku kata lagi. korang tak patut celebrate birthday korang sebenarnya. nak celebrate buat apa hari ibu korang mungkin bertembung maut. hari ibu korang sakit. hari ibu korang tengah mengalir air mata. semata-mata untuk korang ! semata-mata nak melahirkan korang. ayat-ayat ni dah terpahat dalam kepala otak aku sejak zaman sekolah rendah lagi. terima kasih cikgu kerana menyedarkan aku.

Nanti tacing pulak taip panjang-panjang. apa-apa pun Selamat Hari Ibu.kepada yang masih ada ibu. jangan lupa wish ibu korang k. kata pada ibu. korang sayang ibu. cium muahh sekali kat pipi ibu. buat ibu rasa yang korang menghargai ibu. takyah nak malu-malu ! buat ja :)


Monday, May 2, 2011

MAHARAJA LAWAK MEMANG DEWA



Kian menjadi-jadi pulak sekarang kemunculan page-page di Facebook. bak cendawan tumbuh lepas hujan rintek-rintek. Saja nak buat kecoh pasal pages yang dibuat berdasarkan dialog-dialog peserta-peserta dalam rancangan Maharaja Lawak. Gila ka pa? dialog lawak ja buat page. bayangkan berapa banyak boleh buat. memang dewa la peserta Maharaja Lawak tu. satu lawak satu page. yang like beribu-ribu jugak kadang-kadang.

Bukan semua peserta la yang aku kata dewa. yang jadi taik pun ada. dia ni terbalik sikit. kalau yang hebat tu dewa. yang tak hebat + tak best tu taik. pasal pa aku kata taik. orang lain ada fanpage untuk sokong faveret diaorang. yang taik ni ada page bermaki hamun nak dia kuar dari Maharaja Lawak tu. banyak pulak tu page yang tak suka dia. memang terbalik dengan dewa !

Apa-apa pun jangan la serabut-serabut. jom join hobi baru. satu orang satu page. baru tak serabut lol ni aku bagi link beberapa pages dialog dari Maharaja Lawak :

banyak lagi. pandai-pandai la cari. yang penting SEPAH memang top faveret aku. aku suka style lawak diaorang.


go go go
SEPAH !

Sunday, May 1, 2011

FILEM SERU-REVIEW AKUSERABUT




Kali ni Akuserabut nak buat review pasal filem terbaru yang aku tonton di pawagam. Filem yang aku maksudkan adalah Filem Seru. terbiatan Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hanamia Services Sdn Bhd. Arahan Woo Ming Jin dan Pierre Andre. aku tengok kat pawagam hari pertama filem ini ditayangkan di pawagam lagi. iaitu pada 28 April lepas. Sebenarnya aku tertengok cerita ini sebab membe ajak. tapi aku nak buat review jugak walaupun aku tak berniat nak tengok. ada pulak macam tu hahaha terlebih dahulu aku nak kasi sinopsis cerita Seru ini dulu.

Sinopsis :
Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka.

Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut.

Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal… tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi. Di sana juga mereka menemui sepasang suami isteri orang asli di mana berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kejadian aneh ini.

Apakah seterusnya bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?
Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.

kalau nak tahu lebih lanjut sila ke budiey.com

Trailer Filem Seru


Komen aku pulak pasal filem Seru ni. Filem seru ni ala-ala filem dokumentari dan paranormal activity. filem yang berstyle dokumentari agak jarang dihasilkan oleh industri tempatan. oleh itu, boleh dikatakan agak baru dan tak ramai rakyat Malaysia yang berminat dengan cerita begini. kalau ditengok dari segi sambutan. cerita macam ni kureng sikit sambutannya. tengok panggung wayang pun kosong ja. tak dipenuhi walaupun tayangan hari pertama.

Ramai yang dok maki-maki kata cerita ini boring dan penin kepala la. shoot kamera boleh buat kepala mabuk la. aduhh korang kena paham filem dokumentari shoot kamera memang macam tu. goyang-goyang. lebih kepada realis. dah nama filem dokumentari. baru nampak real. tapi bagi aku la kan filem Seru ini nak buat macam benda-benda mistik tu betul-betul terjadi tapi macam kurang menjadi la. macam kurang real. nampak sangat cerita itu direka-reka dan dibuat-buat. mungkin nak buat macam kisah benar. tapi bagi aku nampak sangat direka-reka.

Part yang aku suka pasal filem ni pulak adalah part-part komedi yang diselitkan sekali-sekala. kalau sepanjang cerita buat serius ja. nak buat paranormal saja. silap-silap tertido penonton. scene seram dia pulak. ada yang menjadinya. boleh la. seram ja jugak sekali-sekala. Selain itu, menda yang paling suka adalah part Nora Danish pada awal cerita ini. saja suka tengok dia pakai baju nampak belakang badan dia lol

Kalau korang dah tengok cerita ni. korang mesti ada perasan ada menda-menda yang kurang jelas dalam cerita ni. korang paham kalau korang dah pernah tengok cerita ni. ni antara menda yang aku rasa kurang jelas adalah ada watak sampingan yang menjadi prop mayat. hilang dalam cerita ini. tapi sampai habis cerita. watak itu tak dapat dijelaskan. hilang ke mana tak tau. yang kedua. isteri bomoh orang asli yang berpura-pura baik itu ada bagi satu tangkai kat seorang perempuan ni. tapi macam kurang jelas apa menda tangkal tu. padahal bomoh tu memang jahat dalam cerita Seru ni.

Menda yang aku tak suka dalam cerita ini adalah ending dia. ending dia macam tutt tutt la. tengok-tengok dah habis cerita dia. ending dia macam tak stim la. aku rasa macam ada lagi banyak ending yang boleh buat lebih stim. Kat sini aku bukan nak buat perbandingan antara filem Seru dengan filem Noroi. cerita Noroi ni cerita paranormal dari Jepun. saja nak cerita pasal filem Noroi. kalau korang pernah tengok. korang tau la cerita ini macam mana. cerita ini direka untuk filem paranormal juga. tapi mati-mati aku cerita Noroi ni cerita betul dulu. serius macam real gila faker. sampai terbawa-bawa dalam mimpi. aku betul-betul percaya yang rakaman filem Noroi tu memang rakaman paranormal betul tu. kena tipu gila aku. tapi cerita Noroi tu memang best la !


Noroi

Semua ini cuma pendapat Akuserabut. nak komen sikit ja. kalau tak bagi komen baik tak payah kuar filem betul tak ? hehehe. peace :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...