Sunday, September 25, 2011

MASUKKAN NO PIN ATM TERBALIK ITU TIPU!!!

Ohh dem. aku silap bagi fake information kat korang pasal Tips kalau kena rompak kat mesin ATM tu. pasal masukkan no pin atau password korang secara terbalik yang boleh alert polis untuk korang itu semua tipu. maklumat palsu! Sory pasal entry tu. aku pun tertipu jugak dan aku tak check betul-betul dulu menda ni. sebab dulu aku rasa mungkin menda tu boleh menyelamatkan duit korang. ampunkan aku.

Khabar angin ini tengah kencang di publish kat FB, email dan lain-lain medium. semua ni tipu dan jugak boleh membahayakan korang kalau korang berbuat demikian. Sebenarnya idea No pin terbalik atau Backward password ni pernah dicadangkan pada tahun 1994 oleh Joseph Zingher dari Chicago. Dia berusaha atau pulun nak jual idea ni kepada bank-bank US masa tu. tetapi tidak berjaya sebab banyak sebab.

Antara sebabnya. kalau teknologi ini ada. tak kan perompak tak tahu? mesti tahu jugak kan. dia pun manusia jugak. mesti alert dengan menda-menda macam ni kalau backward password itu dilaksanakan. so, bila ada mangsa rompakan yang memasukan no pin terbalik tu. sebenarnya ia lagi membahayakan. daripada khabar angin tu. Ia kata duit akan lekat separuh kat mesin ATM. perompak akan tahu la kalau macam tu, dan nyawa korang susah dalam bahaya.

Satu lagi dia kata kena tekan no pin atau password terbalik. macam mana dengan contoh password 123321 , 111111, 223322. terbalik pun dapat no pin sama. so tips tu tak boleh pakai. gagal! dan masa untuk polis sampai tu. kalau nak tunggu polis sampai kepada mangsa rompakan. perompak sudah lari daa.

Pihak bank tidak boleh mempertaruhkan nyawa orang dengan duit. dan pihak bank tak ada buat menda-menda yang lagiiii boleh membahayakan nyawa penggunanya. senang cakap nyawa itu lagiiii bernilai atau tak ternilai. Korang kalau kena rompak please la pikir panjang-panjang sebelum bertidak sendiri. sebab itu semua melibatkan nyawa. duit atau harta yang hilang boleh dicari tetapi nyawa yang hilang mana boleh ganti ganti!

Korang taip la no pin korang secara terbalik beribu kali pun. tak akan ada polis yang datang. tak ada pun teknologi itu ok. aku yang silap post tak buat research sikit. sory sekali lagi. aku rasa cara paling selamat dan boleh mengelakkan kena rompak adalah dengan korang jangan pergi seorang diri untuk ambil duit dari Mesin ATM yang sunyi. mintak membe-membe teman ke. sesiapa yang korang boleh harap la. tu la aku rasa paling selamat.


credit to hoax-slayer


p/s sory sebab post pasal maklumat yang palsu. maaf! haiss serabut-serabut!!!



13 comments:

  1. lorrr.. lama da kes ni.
    dulu kawan aku buat pasal ni gak.
    so bila aku tanya, if org tu buat pin 121121, caner nak terbalikkan, tu br dia perasan.

    ReplyDelete
  2. tetiba je kt fb kecoh psl ni kn?

    tp betul jgk... x relevan guna cara ni... byk implikasi dr solusi... iyou pn tertipu! hahaha....

    ReplyDelete
  3. aku dah cuba. cuba terbalikkan. apa pon x boleh. atm tu cakap,

    "SILA MASUKKAN KATA LALUAN YANG BETOL"

    ReplyDelete
  4. hang ni dok serabut pk xpasal ni wat pa..haha

    ReplyDelete
  5. Xnak maapkn law ko xbanje aq tgok wyg hhahaha...

    ReplyDelete
  6. @Mish Apple asal tak gtau aran awal2!

    @marina anakcikbob ada jugak yg baru tau macam aku ni! hehehehe

    @unknown yeee keeee?

    @iyou sama la kita

    @Hanis manis ooooo hehehhee sory bg info salah lagi menipukan!!!

    @Amin entah la bro. tetiba nak serabut pasai menda ni

    @Nurul Are Inn nak tgk wayang kulit ke wayang ehem2? hahahaha

    @lavender harum wangi jilaka!!!

    @khairul ok la tu :)

    ReplyDelete
  7. aku dah cuba.....aku tengok mesin duit keluar. Aku toleh belakang "pak guard" dan polis datang juga....tapi berjalan mengundur...

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...