Showing posts with label DAIRI KU YG SERABUT. Show all posts
Showing posts with label DAIRI KU YG SERABUT. Show all posts

Monday, October 17, 2011

AKU BELUM BERSEDIA

Tengah merayau-rayau dalam fesbuk. terlihat status seorang kawan. tentang pemergian bonda tercinta beliau. takziah kawan. semoga hang kuat. kuat untuk menempuh dugaan ni. tetiba aku menjadi sebak. terbayang macam mana kalau aku berada di tempat itu. serius aku belum bersedia. belum bersedia dari pelbagai aspek. tak terkira.

Takziah? senang diucap. semua boleh ucap. tapi kalau dirasai. tidak semua boleh. kerana bukan semua orang sama takdirnya. aku masih beruntung. masih ada lagi ibu bapa yang menjadi pendorong aku. masih ada mereka untuk marah aku. masih ada mereka untuk aku derhaka. melawan cakap. tak dengar cakap. memberontak. tapi bila aku bayangkan mereka satu-satu pergi meninggalkan aku. aku jadi sebak lagi. hipokrit kan aku?

Setaik mana pun orang lihat aku. aku tetap permata bagi mereka. masih tak henti-henti menasihati aku. memang aku sangat belum bersedia untuk kehilangan mereka. bayangan itu pun sudah cukup membuat aku sebak. sedih. takut bagai. sekali lagi aku nak ucapkan takziah kepada kawan aku itu atas pemergian bonda beliau. harap-harap kuatkan semangat hang. dan hang dapat lalui detik-detik sukar itu. ikhlas dari aku.




Gambar ini diambil pada tahun 1989 atau 1990 camtu kot kalau tak silap. Masa tu aku kecik lagi. sekarang ni besaq kedabak. bapa aku baju putih, ibu aku baju merah. mereka ni la nafas aku. Aku sangat rindu mereka sekarang! cuti raya haji nanti nak balik gaduh dengan mereka. yeahh hahaha! kalau bagi aku pilih antara satu bas Maria Ozawa dengan mereka. aku masih pilih mereka bahaha! gurau ja! sampai sekarang aku masih tak puas hati dengan mereka satu bab ni.


aku : mama, ran dengan papa sapa hensem lagi ??!!

mama : papa! (tanpa rasa bersalah kerana menyinggung perasaan aku!)

papa : (buat derk je sambil main misai control macho)


Grrr.Kbai.

Saturday, October 15, 2011

23 KALI MENGELILINGI MATAHARI

Pukul 5. 30 pagi. masih tidak dapat melelapkan mata. kepala runsing memikirkan tugasan tetapi tangan masih membisu. tak gerak pun kerja. asyik nak serabut saja! susah jugak kan? kalau keruncingan otak melebih gerak-gerak tangan. tak siap-siap la kerja aku! nakharun! Terlebih dahulu nak bagitau yang BlogSerabut sudah bertukar wajah. dari hitam ke putih. moga-moga cerah sikit kepala otak aku kalau hendak menulis nanti.

Tanggal 13 October yang lepas. genap la 23 kali aku menemani bumi mengelilingi matahari. atau bahasa senangnya. Hari jadi aku la! hampa ni sekali sekala aku nak bersastera pun payah LOL. tidak ada apa yang istimewa pasal entry ni. yang ada cuma sedikit coretan isi hati serabut ni. 23 tahun dah umur aku sekarang. tak jelas akan kejayaan yang aku kecapi. masih seorang serabut yang tak henti-henti mencari identiti. masih serabut dengan pelajaran. dah tua-tua pun belum habis belajaq lagi. hais. tapi tak apa la. biar lambat asal selamat. ayat menyedap hati.

13 October. banyak sangat kejutan aku dapat. terharu. terkejut. sedih. gembira semua timbul serentak. Terlebih dahulu nak ucap terima kasih kepada mama dan keluarga tercinta. walaupun ucapan dari panggilan. aku masih menghargainya. tahun ni dah masuk empat kali aku menyambut kedatang hari jadi aku dekat tempat aku menuntut ilmu ni. keempat-empat kali itu pulak masa aku sibuk dengan ujian la. sibuk dengan presentation la. tugasan la. hais nasib badan. masa hari jadi ja. masa tu la jugak sibuk tu datang!

Hari itu. Pensyarah aku pulak yang tetiba bawa kek coklat. tetiba nak buka lagu "Selamat Hari Jadi Sayang". seriusss terharu sampai tak terkata. terima kasih Dr. Mawar . Semoga Dr selamat menunaikan ibadah haji. Selamat pergi dan selamat pulang. Saya akan merindui kelas Dr. dan saya berjanji akan secepat mungkin langsaikan tugasan cerpen tu! dem! bila pikiaq balik asignment cerpen tu aku dah serabut balik bahaha! menggigil aku nak menulis cerpen!

Malam tu pulak. family aku kat UKM ni buat prank kat aku. terima kasih! korang memang berjaya menyerabutkan aku. berjaya merisaukan aku. cilakak! tak lupa kepada junior aku seorang ni si Ah Meng . yang berusaha berlakon untuk prank aku. tetapi muka nak ketat ja. hahaha! sila tingkatkan mutu lakonan hang dari senior-senior lain ok! serius lawak.

Sampai sini saja la kisah serabut aku. sesekali nak tulis dairi dalam BlogSerabut ni. tak salah bukan? Terima kasih untuk semua yang wish hari jadi aku. tak kira la ucapan dari mana pun. facebook ke. face to face ke. sms ke. terima kasih kerana masih mengingati aku. tacing pulak malam-malam buta ni. taik betul! hahaha!

Ini khas untuk mereka blogger yang terlibat dalam usaha memprank akuserabut!


Mael : Happy Birtday jugak mael sampin!

Echa : Thankyou echa di atas sumbangan kek, macaron, kek lapis bagai!

Hanismanis : Lakonan hang memang nak kena pelempang. sebab berani hang maki senior-senior hang!

Hakam : Terkejut aku bila hang buat-buat nak pukul Hanis. nakharun! hahaha!

Iznul : Ini lagi seorang junior nak kena pelempang! bila hang mau hapdate blog haa?

Joe : Junior dalam list nak kena pelempang jugak!

Ayap : ni pelakon tambahan datang makan kek ja hahaha hoi dah mati pucuk ka nak menulis blog?



Terima Kasih Kalian. terharu!



Yang hijau tu aku. yang biru tu Mael. Ini kek gay hahaha!



p/s -hais menci hari jadi! sebab tua setahun pulak bahaha!

-agak sibuk dengan masalah-masalah dunia sekarang.

-jangan maki sebab ini entry dairi akuserabut hehehe!

Tuesday, September 13, 2011

AKU BUAT LAWAK KAT PEJABAT POS

Tadi aku pergi pejabat Pos Laju kat Bangi. nak amek motor aku yang dipos dari Kedah. sampai ja kaunter. akak kaunter tu tanya aku macam ni.


Akak kaunter : helmet ada bawak tak?

Aku : ada. ada bawah seat motor.

Akak kaunter : kunci motor ada bawak?

Aku : hmm.. dak! !@$%&* dem lupa!

Akak kaunter : wakakaka!

Aku : cilaka ..l..

Semua orang ada kat situ termasuk staf-staf Pos Laju gelak kat aku. nakharun malu aku! aku pun satu hal. dah tau nak pergi amek motor. kunci tak bawa. haiss kesian kat Kimy pala besaq. kena balik kolej tolong aku amek kunci pulak. bukak sem baru ni. serba tak kena aku. serabut betul! macam-macam hal pulak datang mengundang. sabar je la.

Ni aku nak luahkan rasa kebengangan aku dekat service penghantaran motor oleh Pos Laju ni. lepas ja motor aku dipos. bercalar-calar motor aku. sakit hati ooo dah macam kena cakar harimau ni. bila komplen kat orang PosLaju. dia tanya kita balik. laaa asal tak balut? nakharun sekali lagi! mana aku nak tahu kan. dah tak bagitau. dah calar baru nak habaq!!! so kepada hampa yang nak pakai service penghantaran motor ni. elok la hampa balut dengan plastik ka. surat khabar ka. kotak ka. condom ka. ehh mana boleh! LOL

Kalau tak balut. jangan menyesal di kemudian hari la bila motor hampa macam keluar dari kandang harimau. aku dok panas hati lagi ni bila usha kesan-kesan calar motor aku ni. rasa macam nak cakar muka orang yang kerja ka Pos Laju ja tadi! sabar aran sabaq!



Ni. balut macam ni. aku taktau panggil apa plastik ni. tapi plastik ni la depa buat balut motor.kbai.


Tuesday, September 6, 2011

BILA MALAS GILA

Pagi-pagi kepala rasa serabut. mai aku nak bagi satu teka-teki-tekud.

Menda apa yang kalau malas tu malas gila.
Tapi kalau rajin tu rajin gila!




Jawapan : update blog !

bila penyakit malas mai. berminggu-migguan tak buka blog.
tapi bila angin rajin mai. sehari post tiga kilo. kurang-kurang tiga kali sehari. dah macam makan nasi dah update blog. sekian!




p/s nak wish jugak Selamat Merdekaraya. walaupun dah nak seminggu berlalu. selamat-selamat nah semua =)


Kepada membe-membe kamcheng masa belajar formsix kat Londong dulu. sory kepada yang aku tak sempat jumpa la. tak sempat pi raya rumah la. moga-moga hampa sihat ja. tetiba tacing pulak. free-free kita pi main bola dengan Chealsea lagi. bahahaha.kbai!

Tuesday, August 9, 2011

AKU SERABUT DENGAN PUASA

Semua dok cerita pasai puasa. aku menjadi agak lonely keseorangan di sini. oleh itu aku nak cerita jugak pengalaman aku dengan bulan puasa ni walaupun aku bukan Islam. Aku rasa ramai lagi membe-membe blogger yang tak tahu aku ni bukan orang Melayu dan jugak bukan beragama Islam. nak tau lagi lanjut pergi usha entry-entry lama aku. malas dah nak cerita pasal sejarah hidup aku yang serabut ni.

Aku ni cukup serabut bila datang bulan puasa ni. bukan aku kena puasa. tapi aku terpaksa berlakon puasa jugak kekadang. pasai muka aku ni macam Melayu. orang bangsa Siam dengan Melayu muka lebih kurang. susah nak cam gak. bila orang ingat aku Melayu. kalau aku makan sesuka hati aku di khalayak ramai. komfem difitnahi hahaha lagi pun nak respect la kepada yang berpuasa betul tak. macam-macam kenangan-kenangan lawak aku bila time-time puasa macam ni. kena check IC la. hadoi. meh aku nak cerita.

Ada sekali tu aku teman dua orang membe aku si Mael dan si Kimy buka puasa kat KFC. bila dah beli ayam goreng KFC. kami pun duduk la kat meja dalam KFC tu. penuh orang kat KFC tu. semua dok tunggu masuk waktu buka puasa. tabiat aku pulak. bila duduk ja kat meja makan. aku mesti minum air sikit dulu. selamba rock ja aku sedup air pepsi aku. apa lagi semua makcik pakcik dalam KFC tu usha aku. hadoi spoil betul la. lupa pulak orang tengah puasa. bagi menjernihkan kekalutan yang aku timbulkan. aku pun amik henfon aku dan pura-pura cakap fon. pastu cakap bahasa Siam kuat-kuat lagi! hahaha nak terbatal puasa membe aku gelak.




Kisah kedua pulak. ada orang buat pengakuan tak puasa kat aku. cerita dia macam ni. masa bulan puasa kafe tempat aku belajar buka jugak. nak jual kepada yang bukan Muslim. pekerja kafe situ kebanyakan orang Indonesia. tapi semua speaking KL mantap gila. ada sekali tu. aku lapar sangat waktu tengah hari macam tu. aku pun pergi la kafe jalan-jalan cari makan. terpaksa buat muka selamba sebab lapar tak tahan dah. kebanyakan pekerja kafe kat situ tak tau pun aku bukan Muslim. masa aku order nasi ayam tu. ada seorang mamat Indo tu cakap dengan aku macam ni. " Bro tak puasa ke?" ( sambil tersenyum sinis ). aku pun sengih ja la. malas nak explain. pastu dia dia kata lagi. "saya pun tak puasa jugak". ( sambil gelak heheheh ) adoi lukenabeb! lol.

Cerita ketiga pulak. masa bulan puasa aku pergi makan kat kedai mamak. aku makan kat Subaidah. aku makan dengan membe India seorang. membe India aku seorang ni pulak keturunan India putih. muka macam melayu mamak. masa kami nak pesan nasi lauk. pekerja dia selamba ja cakap. "tak leh makan sini encik. kalau bungkus tak apa". apa kehel pulak tak leh makan sini. nakharun betul! suka hati aku la kan aku nak makan mana pun. bengang aku dengan pekerja ceduk nasi tu. last-last dia bagitau sebab. dia cakap kalau aku dengan membe aku kena tangkap dengan pegawal agama. depa akan didenda sebab benarkan orang Islam melantak masa bulan puasa kat kedai depa. adoi serabut lagi! last-last aku pacakkan IC aku depan Supervisor dia. masa tengah makan aku pampangkan IC aku atas meja makan. baru puas hati aku!

Cukup la 3 cerita aku terserabut masa bulan puasa ni. sebenarnya melambak lagi ada kenangan aku difitnahi masa bulan puasa ni. kena tahan polis hisap rokok atas motor la. kena check IC masa makan kat Mekdi la. kena maki masa minum air dalam kereta la. melambak lagi kalau nak cerita. sampai sini ja la noh. satu aku nak pesan kat korang semua. kalau ada orang boleh selamba rock makan atau hisap rokok depan orang ramai masa bulan puasa. jangan terus buruk sangka terus ok. kurang pahala korang. mana tau depa macam aku ke. orang bukan Islam yang muka macam orang Melayu. peace.

Friday, August 5, 2011

ENTRY PERTAMA BLOG SERABUT

Tadi aku singgah blog sepupu aku yang gatai pungkoq nak buat blog jugak. nama dia Charred. dia ni baru lagi. baru post 3 entry. Charred ni kaki bola. dia kata dia nak buat blog banyak entry pasal bola. usha-usha la blog dia k. tetiba terpikir masa mula-mula aku buat blog ni. rasa kelakar dengan diri-sendiri pulak. ye la. budak baru belajar. sekarang pun tengah belajar jugak. bak kata orang serabut belajar takpa. jangan serabut menyerabut lol. ni aku nak kongsi kekelakaran entry pertama Blogserabut. entry yang bertajuk Upah Seorang Anak . ni link entry tu.

Rasa comel ja baca entry tu. kiut aaa aku ni. macam Justin Bieber hahaha dem! hampa pun mesti ada kenangan entry pertama yang ditulis kan. padahal entry pertama aku tu aku kopipes ja dari internet. tak ingat pulak mana aku amik. nasib baik tak dak orang claim. kalau tak kena maki buta aku. k la. seotai mana pun hampa. mesti pernah jadi newbie jugak kan. tak yah nak besaq pala. tak yah nak berlagak kasta tinggi. kita sama ja. rakyat Malaysia. yeahhh hahaha lari tajuk!

Kepada Charred : kurangkan menulis style sms k. serabut nak baca.

jangan pakai kaler tulisan terang menderang sangat. mata aku tak tahan silau. kena pakai spek mata hitam plak kang nak baca entry hang.

welcome to blog world

aku bukan nak tunjuk pandai. tapi seeloknya macam ni la. nak terima ok. tak terima pun ok. masing-masing ada style sendiri. peace.


p/s risau gak aku. takut kena kutuk kata aku belagak pandai. aku nasihat sepupu aku ja. jangan serabut!


Baby baby babi uuuuuuu wakakaka

Saturday, July 30, 2011

STYLE RAMBUT LELAKI FEMES AMOS ZAMAN BUDAK SEKOLAH

Petang-petang rasa boring baru teringat membe blogger seorang ni. Amin nama dia. Dia suruh aku post pasal fesyen rambut.Susah gak kalau nak buat entry pasal fesyen rambut ni. sebab banyak sangat fesyen rambut yang ada atas muka bumi ni. hang tengok sini ( link ) ja la Amin hehehe. last-last aku terpikir nak post pasal fesyen rambut yang femes zaman aku sekolah menengah dulu. kira macam fesyen rambut kegilaan zaman pra-matang bebudak dulu-dulu. lebih kurang pada tahun 2003-2005 macam tu.


Pacak depan

Ni fesyen rambut pacak depan. fesyen sangat femes masa aku sekolah menengah dulu. senang ja nak buat. cuma sapukan gel rambut yang berharga seringgit. pastu sikat rambut ke depan dan pacakkan rambut bahagian depan ke atas. aku pun selalu buat rambut macam ni dulu. ada orang panggil femes rambut Korea atau digelar rambut Korea. tapi bukan K-pop atau popcorn ke apa ke. rasa agak dem jugak! sebab pernah buat rambut ala-ala Korea macam ni. aku bukan gay ok! hahaha gurau ja.


Style pacak

Ni pulak rambut style pacak. kena pakai gel rambut jugak style ni. pastu pacak kan sampai serabut. gel rambut seringgit tu akan membuat rambut keras macam gila pig! kalau cicak jatuh atas komfem mati cikgu aku kata. style pacak ni aku rasa sangat dipengaruhi style rambut vokalis Linkin Park, Chester. zaman itu bebudak sangat meminat genre lagu rap rock macam Linkin Park la, Limp Bizkit la. semua nak pacakkan rambut. aku minat gila Linkin Park. sampai sekarang dok layan lagu band ni lagi!

Seterusnya style rambut mat bunga. ada orang panggil mat jambu la atau mat romeo. contoh style rambut mat bungan macam sikat tengah, sikat belakang, sikat tepi. kira kemas la. bebudak yang buat style rambut ni kebanyakan lagaknya macam romeo la konon, baju sekolah depa selalunya kemas. perangai ala-ala playboy macam tu. suka ayat awek-awek. padahal ada yang muka macam Drogba pun ada lol.


Idola mat bunga- Zed Zaidi. serius! hahaha.


sikat belakang


sikat tepi

Rambut yang paling senang buat dan mudah dijaga plak adalah botak. senang ja. takyah kalut-kalut. mudah dipotong rambut ni. zaman sekolah dulu. bebudak yang buat botak ni semua bebudak skinhead la banyak. muka ada ganas. genre bunyi yang dilayan rock. takkan bebudak skinhead layan lagu Siti Nurhaliza plak kan! bukan semua budak botak itu budak skinhead. ada yang dah biasa botak pun ada.


Mamat ni buat rambut macam mana pun hensem lagi macho. bengang aku!

Dulu-dulu style rambut bieber-bieberian tak wujud lagi. yang ada cuma ada membe-membe aku yang buat rambut ala-ala rapper Eminem.


Justin Bieber. gila jambu!


Eminem. style! fesyen rambut ala-ala dia ni tak pendek sangat. cuma turun kat kot depan.

Ada banyak lagi style rambut yang lain-lain. tapi yang ni ja la yang aku tengok ramai orang buat zaman aku dulu. sekarang dah lain dah. rambut aku pun dah serabut dah. lagi senang style rambut aku. tak yah pakai sikat. cuma serabutkan ja. settle! har har har! Kalau nak tengok spesen-spesen rambut lain masa kini picit sini. ada banyak kat situ. tapi yang link ni style mat salleh punya. tak banyak yang kekoreaan lol!

Sampai sini ja la aku nak serabut pasal fesyen-fesyen rambut zaman aku sekolah menengah dulu. tapi nak cerita kat korang. satu ayat mak aku yang buat aku down gila! dia kata : kalau perut tu boroi, buat rambut macam mana pun still boroi jugak. tak kan hilang boroi tu kalau tak diet. dem serabut!!! geram aku! grrr!

link haircutsformen


p/s Amin. ok la ni noh hehehe :)

Sunday, July 24, 2011

AKU DAPAT T-SHIRT DARI LOT.MY

Ni aku nak eksyen aku menang hadiah saguhati hati dari Lot.my setelah aku join contest Ipad 4 Bloggerz dulu-dulu. aku dapat T-shirt jaa waaa! dapat T-shirt pun nak hingaqq akuserabut ni! biaq p la! t-shirt pun jadi la. selama aku join contest atau kotex ni. ni kali pertama aku dapat sesuatu lol. ni entry serabut yang aku tulis untuk masuk contex ni. kalau nak usha entry aku untuk contest tu picit sini .


Gila siap printscreen sebab nak tunjuk kat hampa. tolong jangan kutuk aku!



Aku tak amik lagi T-shirt tu. tapi aku rasa T-shirt tu macam dalam gambar ni. dia kata t-shirt eksklusif. aku tak tau klusif cam mana sgt :P

Jadi la dapat T-shirt. orang dah bagi free. tapi jauhnya nak amek! kat Setapak tu. aku balik cuti kat kedah ni wei! Kimy telinga capang! tolong aku amek sat! plisss. sekali lagi nak habaq. jangan kutuk aku pasal entry ni hahahaha.


Saturday, July 9, 2011

BILA TAK ADA MOOD NAK MENULIS BLOG


Sign In



Sign Out


Sign In


Sign Out


Sign In


Sign Out


Sign In


Sign Out


Sign In


Sign Out


Sign In


Sign Out


Sign In


Sign Out


Sign In


Sign Out


Sign In


Sign Out


Sign In


Sign Out


Sign In


Sign Out



WTFFFFF!



p/s himpuna BERSIH2.0 rancak berlaku. aku kat rumah pun rancak dok BERSIN! hadoi!

Friday, July 1, 2011

SERABUT DENGAN SPEK MATA



Spek mata atau bahasa rasmi yang dipanggil kaca mata dipakai oleh manusia-manusia yang mengalami mata rabut macam aku ni! hadoi! dah lama aku pakai spek mata ni. sejak aku darjah 2 lagi. dah 15 tahun aku pakai spek. ke mana saja kalau tak bawa spek mata macam orang buta la aku jadinya. dah macam mata pakai buang dah spek tu aku anggap. tahap kerabunan pulak kebiasaannya dinilai dengan nilai 'power'. semakin rabun orang tu. semakin tinggi la power dia. macam aku ni. mata aku dah berpower-power dah. kalau ada power macam Power Rangers tak apa la jugak kan.

Tahap rabun pulak semakin lama semakin meningkat. bukannya leh turun tahap rabun mata ni! susah la jumpa orang yang tahap rabunnya menurun. lain la kalau ada buat pembedahan apa entah yang pasang lence kekal kat biji mata. banyak ribu jugak duit kena kalau nak buat yang tu. Semua ni kes aku gian main TV game tape dulu la. bapak aku punya pasal la ni. aku kecik-kecik lagi dah belikan hadiah TV game tape kat aku. tak sempat masuk tadika lagi aku 24 jam pacak depan TV main game. TV dulu bukan macam TV plasma atau TV LCD sekarang ni. TV dinosaur dulu boleh rosak mata kalau tenung lama-lama. tak maacm TV plasma atau TV LCD yang lebih selamat. mata tak rosak sangat la macam tengok TV lama. kalau tengok cerita blue tu lain cerita la. bukan ja mata pun rosak tengok cerita tu. otak pun leh rosak wo.


Sekarang ni aku tengok trend fashion natang apa entah. nak bagi nampak nerd konon pakat pakai spek tak ada power. pakai untuk eksyen ja. jeles jugak aku kadang-kadang hehehe sebab aku tak leh eksyen tukar spek bagai-bagai. tak leh pakai spek RM10 yang jual kat pasar malam. pakai ja spek satu ni sampai la patah ke rosak ke baru tukar yang lain. tapi seeloknya buat standby lebih spek mata. takut-takut emergency. aku tengok spek RM10 kat pasar malam tu cantik-cantik jugak. tapi nak buat macam mana kan. aku tak leh pakai! Serabut tau dak pakai spek. bukan nak eksyen. dah rabun nak buat macam mana. banyak kelemahan orang pakai spek. ni aku listkan aku serabut pakai spek sebab :
  • Susah kalau nak bersukan macam main bola atau futsal. takut bola kena spek.
  • kalau nak berenang atau main air terjun kena tinggal spek. jadi tak nampak la. main agak-agak ja.
  • Nak berenang sambil nak usha punggung awek pun tak boleh. hadoi!
  • Kalau kena hujan. komfem spek basah. nak tengok jalan pun susah.
  • Kalau tergaduh dengan orang takut orang tumbuk spek dulu. kalah la orang rabun. LOL!
  • Masa makan sup panas paling benci sekali sebab spek akan penuh dengan wap. susah nak makan. tak kan nak hirup sup panas straw.
  • Kadang-kadang bila bangun tidur. lupa spek letak mata. cariii laaaa pulakkk.
  • Susah nak bawa kereta waktu malam sebab mata silau.
Haiss macam-macam lagi la kelemahan orang rabun ni. terasa jugak bila membe-membe melawak dengan memanggil aku OKU. down siott. celaka betul! Orang rabun ni kalau nak apply polis atau askar pun susah. Korang atau ada adik beradik kecik lagi jaga la betul-betul sebelum mata diaorang rosak. menyesal tak sudah nanti. suh makan lobak merah banyak-banyak. masa aku sekolah rendah. setelah aku pakai spek. hari-hari mak aku paksa makan lobak merah. makan lobak merah. mak orang lain buat kuih la. buat manisan la bagi anak-anak makan. mak aku pulak hari-hari potong lobak merah bagi aku makan hahaha. tapi dah terlambat dah. sebab mata aku dah rabun. Banyak sebab yang boleh menyebabkan mata rosak atau rabun seperti:
  • Kaki tengok TV. spesis suka duduk dekat sangat dengan TV.
  • Kaki game.
  • Kaki online.
  • Membaca kat tempat gelap.
  • Dan macam-macam la yang boleh buat mata rosak dan rabun!
Pernah jugak aku try pakai contact lens. tapi sebulan ja aku pakai sebab tak biasa la. last-last spek mata la jugak. hmm. Ok la. sampai sini saja la aku serabut pasal spek mata ni. apa-apa pun mata korang pandai la korang jaga. yang dah rabun macam aku ni. terima ja la. dah takdir kita rabun :) janji kita tak buta. orang rabun pakai spek sebab rabun ok. bukan nak eksyen! Serabut betul pakai spek ni. sapa suka pakai spek tak ada power tu mai tukar mata dengan aku mai!

Friday, June 17, 2011

POWER ROOT BAGI AKU RM13 000 00

Aku nak cerita menda lawak ni. Power Root nak bagi aku hadiah RM 13,000,00 hahaha aku pun tak pasti pasal pa jumlah angka kosong tu macam pelik sikit. typo kot. semalam aku dapat mesej dari Power Root kata aku menang duit tu. hairan jugak aku. tak pernah join pun mana-mana contest Power Root ni. minum pun jarang-jarang-jarang aku rasa. aku dapat mesej dari nomber ni +6285796871587. mesej itu berbunyi.

Nomber Phone Anda Menang Promosi RM.13,000,00 dr, "Power _root" SDN BHD KL No.Seri:575477 Sila Call Office ; +6281394285897

Menda ni komfem menipu! pastu aku pergi la komen kat Fanpage Power Root untuk bertanya pasal menda ni. diaorang pun komen balik kata menda ni tak betul! Serabut dengan pihak-pihak yang suka cari makan dengan menipu ni. aku tak call pun number tu. kalau call komfem makan credit aku. kalau tak pun ada orang yang kaki tipu kata kena bayar dulu baru boleh dapat hadiah ganjaran tu.

Siapa yang percaya menda bodoh ni memang bodoh kuasa dua la. sapa nak senang-senang bagi kita duit.pikiaq la. selalu jugak aku dapat mesej merapu kata menang hadiah macam-macam. aku rasa korang pun pernah dapat. jangan mudah terpedaya sudah la. macam aku ni. kalau aku dapat mesej menang hadiah yang menipu macam ni aku akan reply mesej tu dengan perkataan yang agak kasaq iaitu fakof LOL.

Semakin rancak dah orang menipu untuk cari makan sekarang. korang jangan lah senang-senang percaya dengan geng-geng pokimon tu. ada orang yang terpedaya disebabkan dengan hadiah ganjaran. pasal duit ja ada orang boleh jadi bodoh kadang-kadang. pasal duit ja orang akan mengurangkan fungsi otak untuk berpikir. pasal duit ja orang akan mudah dijinakkan. jangan pasai duit orang boleh dibeli! pasal duit maruah pun boleh tergadai. cam nakharam kadang-kadang kuasa duit ni. pikiaq la pakai pala otak kalau nak percaya sesuatu. jangan pikiaq pakai pala lutut k!


Menda lawak masa kau google gambar Power Root ni tadi. tiba-tiba mak aku lalu nampak gambar-gambar Power Root ni kat laptop aku. mak aku tanya : Amboiii dok minum Power Root ka la??
dem! kakaka

Thursday, June 9, 2011

ADIK PEREMPUAN AKU SERABUT

Saja nak kongsi-kongsi cerita aku ni. aku ni ada 4 orang adik beradik semuanya. seorang kakak dan 2 ekor adik perempuan. susah jugak jadi abang ni. penat nak melayan perangai adik-adik perempuan aku ni. masing-masing dah naik kepala. biasa la sekor-sekor dah berumur 19 tahun dan 17 tahun. Kedua-dua tak ada sifat keperempuanan langsung! kasar macam lelaki. aku rasa ni salah bapak aku la. sebab masa dalam kandungan. bapak aku nak sangat anak lelaki. last-last jadi macam tu la. anak perempuan tapi perangai macam lelaki. aduh ! serabut !

Serabut kepala aku bila dapat dua-dua adik perempuan yang kepala batu ni ! degil nak mampuih ! part paling susah bagi abang aku rasa bila adik pandai menjawab atau melawan cakap. nak cakap macam mana lagi kalau diaorang pandai melawan cakap. susah nak bagi nasihat kadang-kadang. geram jugak aku. Tambah pening kalau diaorang dah ada lesen motor atau kereta. lagi serabut! pasal diaorang dua orang la aku selalu jadi mangsa keadaan. bila mak ke bapak marah diaorang sebab diaorang balik lambat. alasan diaorang senang ja. pasal pa dulu abang boleh. abang pun selalu ja balik lambat. abang boleh lepak dengan membe. pasal apa adik tak boleh. rasa macam nak bagi kaki ja kadang-kadang.

Nak cakap macam mana lagi aku dengan 2 ekor tu kalau alasan selalu naik nama aku. Adik aku paling bongsu dah capai tahap kritikal dah. minat motor. tambah satu masalah lagi kalau adik perempuan minat motor! dulu naik bas sekolah kata susah. nak pergi tusyen susah la. dapat sebijik motor kat dia. dapat ja moto. tudia~ dia pomen macam-macam. tambah lampu kat tayar la. tukar bunyi hon la. bunyi macam hon kereta motor dia. serabut oo kalau adik perempuan minat motor. risau kadang-kadang pasal perempuan kan. bawa motor bahaya. tapi adik perempaun aku ni gengster. dah macam lelaki dah perangai. nak heran pa lagi. dulu mintak bapak aku beli Yamaha 125Z atau 125ZR kat dia. adoi serabut !

Yang kelakarnya pasal adik perempuan aku yang minat motor ni. dulu ada sekali orang tua nak belikan dia rantai emas. dia tak nak. dia kata daripada beli rantai emas bagi kat dia. baik tukar absorber motor dia ke. tukar sport rim motor dia ka. boleh migraine layan adik-adik perempuan aku ni. Sabar je la aku dengan perangai adik aku 2 orang tu. korang ingat senang ke ada adik perempuan ni. tapi macam mana pun adik aku jugak. kena cakap dengan penuh lemah lembut baru nak paham sikit. nasib baik aku ni penyabar gak la. kalau tak aku bakor ja dua-dua tu!

Tapi salah aku jugak kadang-kadang. tunjuk teladan tak baik kat adik-adik aku ni. diaorang dengan tak sengaja terikut benda buruk yang aku tunjuk kat diaorang. Kesabaran lah yang paling penting bagi menasihat adik-adik perempuan yang serabut ni. Hadoi susahnya jadi abang ! Kalau boleh pilih. aku nak jadi adik bongsu ja hehehe saja nak kongsi keserabutan aku petang-petang ni.


Everyday i feel stress because of my sisters !!!

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Di sini Akuserabut nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. atau bahasa orang putihnya Happy Mother's Day. Sebenarnya aku tertanya-tanya jugak kenapa hari ini ditetapkan menjadi hari ibu? Hari Ahad minggu kedua pada setiap bulan Mei. sebab bagi aku. bukan setakat setahun sekali saja kita ucap selamat kepada ibu-ibu kita. sepatutnya setiap nafas kita. kita doakan ibu kita. tapi orang kata hari ini hari ibu. aku pun wish ja la.

Tadi aku dah wish mama aku. dan sempat melepaskan satu ciuman di pipi mama aku. nak malu buat apa. ibu aku. kalau nak cium pipi ibu sendiri pun malu. itu dah kira ada something wrong la tu. hargai la ibu anda selagi sempat ok ! buat la sesuatu bagi ibu anda senyum atau ketawa. itu yang aku selalu buat sekarang. aku selalu loyar buruk dengan mama aku. bukan bererti aku kurang ajar atau derhaka kepada mama aku. tapi itu style aku. aku rasa senang hati bila tengok mama aku ketawa. suka bila tengok mama aku senyum. kalau korang rasa geli la aku tulis dalam blog macam ni. hmm~ suka hati aku la ! tapi aku taknak mama aku buka blog aku. sebab banyak entry pasal tetek dalam blog aku lol. apa mama aku pikir pulak karang hahaha

Aku masih ingat lagi satu menda yang cikgu aku bagitau aku masa aku sekolah rendah dulu. cikgu aku kata masa korang seronok celebrate birthday korang. korang pernah terpikir tak yang masa hari itu. ibu korang tengah separuh nyawa lahirkan korang. bermati-matian untuk memberi nafas kepada korang untuk hidup dalam dunia ni. sentap aku dengan kata-kata cikgu tu. sampai sekarang kalau tiba hari jadi aku, aku akan ucap thankyou mama. sebab ibu kita la kita dapat hirup udara sekarang tau tak ! ni tak. hari jadi ja keluar seronok dengan kawan-kawan. lepak karaoke la. jangan sampai masa ibu dah tak ada baru nak menangis menyesal. masa ibu ada ni la. korang kena selalu bersama ibu. aku dok kecoh ni pun aku tengah nasihat diri sendiri jugak sebenarnya.

Cikgu aku kata lagi. korang tak patut celebrate birthday korang sebenarnya. nak celebrate buat apa hari ibu korang mungkin bertembung maut. hari ibu korang sakit. hari ibu korang tengah mengalir air mata. semata-mata untuk korang ! semata-mata nak melahirkan korang. ayat-ayat ni dah terpahat dalam kepala otak aku sejak zaman sekolah rendah lagi. terima kasih cikgu kerana menyedarkan aku.

Nanti tacing pulak taip panjang-panjang. apa-apa pun Selamat Hari Ibu.kepada yang masih ada ibu. jangan lupa wish ibu korang k. kata pada ibu. korang sayang ibu. cium muahh sekali kat pipi ibu. buat ibu rasa yang korang menghargai ibu. takyah nak malu-malu ! buat ja :)


Tuesday, April 26, 2011

EXAM ITU SERABUT

Bertahun-tahun aku dok amik exam. setiap kali exam mesti serabut jugak !!!. sunyi sepi BlogSerabut disebabkan exam ni. menci ! macam aww plak bunyinya. Dok serabut pala ni. tapi nak hapdate blog sat la. saja nak cerita satu menda kat hampa.

Semalam aku memang malas dah nak stadi. susah paper yang aku exam tengah hari tadi. ingat nak lantak kan ja paper ni. stadi pun apa tak masuk ! haiz apa nak jadi dengan aku ni. memang tahap malas aku tahap dewa 19 semalam. memang berjanji dah dalam diri ni tak mau stadi ! tiba-tiba mama aku call :

Mama : Ran, stadi leklok nah. Ran ja harapan mama. adik hang 2 ekoq tu memang tak leh p dah. stadi tau. balik cuti ni. mama masak sedap-sedap bagi ran k.

Aduh.. makan dalam betul. cair aku. terpaksa la aku mungkir janji kata tak nak stadi dah. aku pun stadi la balik. stadi ja la macam mana pun. buat yang aku mampu. tengok la result macam mana nanti waaaa betul kata orang. kata-kata yang kuar dari mulut mak tu cukup power ! macam tu jugak hampa. jangan hampakan orang tua hampa? (ayat serabut) stadi la walau macam mana last minit sekali pun. macam aku ni huhuhu tapi jangan la malas macam aku ni. aku ni takpa. serabut kakaka Good luck kepada yang sedang menduduki exam. semoga berjaya ! jangan serabut-serabut. sejahanam mana susah pun paper tu. buat ja. jangan mengalah ;)


Sunday, April 10, 2011

JANGGUT ITU MACHO

Petang ni nak sembang kasi kencang pasal janggut plak. aku nak cerita pasal kisah aku dengan si janggut-janggut aku sekali. betul ke tahap kemachoan lelaki sedikit sebanyak dipengaruhi janggut? aku rasa iya sebab aku lelaki jenis yang mempunyai hormon janggut :p janggut aku start tumbuh masa aku form 3. bebudak yang tumbuh janggut awal ada sense macho. orang lain la kata. masa zaman form 3-4 dulu aku nak sangat berjanggut masa tu. tak taw la kenapa. mungkin terpengaruh dengan watak-watak macho dalam movie kot. aku selalu cukur janggut aku yang ciput masa tu supaya janggut aku tumbuh lagi lebat. akhirnya impian aku tercapai. bukan janggut ja tumbuh siap berjambang lagi ok. rasa matured kejap sebab ada janggut dengan jambang.

Bak kata orang, dulu lain sekarang lain. macam kes aku ni. dulu nak sangat berjanggut dan berjambang. cool la konon. tapi sekarang rasa serabut pulak. adoyai selalu kena cukur. nak cukur sendiri malas. cukur kat kedai. 5 ringgit kena tibai. pelik-pelik jugak orang kita ni kan. dulu nak sangat. sekarang serabut pulak. haiz. rasa panas dan serabut semacam ja aku sekarang bila janggut dan jambang aku panjang.

Lepas SPM dulu, aku suka bela jambang aku. style. jarang orang ada kot. ko ada? baru rock maa ada jambang. orang tengok pun gerun sikit kan. muka ja ganas, padahal hati ada taman jugak hahaha mak marah, menangis kakaka wtf!!! so, jangan anggap semua orang yang berjambang itu ganas ok hehehe kantoi. Dulu ramai membe dan adik beradik kata aku ni serabut. serabut dan serabut. sebab tu la SERABUT tu dah melekat dengan aku ! sampai nama blog aku pun Akuserabut.


Lebih kurang macam Monoloque la aku simpan jambang aku dulu. sampai orang konfius. yang mana satu Monoloque yang mana satu Aran muahahaha gurau ja.

Tapi sekarang aku dah tak suka simpan jambang dah. suka simpan janggut seciput ja. kalau cukur semua kang orang kata aku jambu plak. aku tak suka jambu-jambu ok. jambu is not my style ! pernah jugak aku nak try simpan jambang macam dulu tapi niat aku terkubur sebab rasa rimas pulak sekarang. pelik-pelik betul. rasa macam nak sedekah ja jambang aku kepada sesiapa yang nak. sapa nak angkat tangan ! amik ko Aran ! dulu nak sangat berjambang. sekarang dah serabut. padan muka ko serabut!!!

Walaupun sekarang aku simpan janggut seciput saja. ramai yang kata muka aku macam vokalis One Buck Short . aku redha ja la apa yang orang kata. hahaha tolong la jangan kutuk aku sebab aku tulis macam ni lol


Adoi kantoi tang perut hahaha


One Buck Short

Saturday, April 2, 2011

KECELARUAN BERBAHASA




Di sini aku nak berkongsi kisah kurang sedih aku yang mengalami penyakit kecelaruan berbahasa. Lama dah aku ada penyakit ini sebenarnya. dari zaman sekolah rendah lagi. kecelauan berbahasa yang aku maksudkan adalah keadaan aku konfius dengan bahasa apa yang patut aku guna. aku bukan nak kerek kat sini yang aku boleh menguasai banyak bahasa. ini cuma kisah hidup aku yang serabut. Bahasa yang aku fasih dan selalu aku guna ialah Bahasa Siam, Melayu dan Mandarin. Bahasa yang aku faham dan jarang guna pulak Kantonis, Hokkien dan English. Bahasa English aku guna masa kelas atau masa belajar ja. boleh la cakap sedikit dua dikit. Kat sini juga aku nak cari sesiapa yang senasib dengan aku dan pernah mengalami pengalaman macam ini.

Bila banyak bahasa aku boleh cakap dan paham. kadang-kadang aku konfius bahasa apa yang patut aku guna !!! Benda ini banyak berlaku ketika aku baru bangun tidur atau keadaan di mana aku separuh sedar. bahasa pasar panggil mamai. Oleh itu, banyak la kisah lawak yang aku alami disebabkan masalah ini. Kadang-kadang aku cakap Mandarin dengan membe Melayu aku masa dia kejut aku bangun dari tidur. Pernah jugak aku cakap Siam dengan membe Melayu aku bila aku baru bangun dari tidur. nganga membe aku hahaha kelakar gila masa itu. konfiden ja aku cakap Siam dengan membe aku dan membe aku pulak selambe ja angguk macam paham. cilaka betul dia tu!!! aku yang serabut bertambah serabut dibuatnya. Bila aku sedar baru aku perasan. pasal apa la aku cakap Siam dengan dia ni wakaka malu !!!

Kat rumah. bahasa perantaraan family aku adalah bahasa Siam sebab aku berbangsa Siam. Mak dan adik perempuan aku selalu kena dengan aku. bila diaorang kejut aku dari tidur. kalau aku cakap Mandarin tak hairan sangat lagi sebab kadang-kadang aku cakap Mandarin dengan adik aku kat rumah. Yang hairannya aku cakap Melayu kat rumah. haiz serabut-serabut. tapi menda ni dah biasa berlaku di rumah aku. aku ja ada penyakit ni .adik aku tak ada pulak. Aku rasa susah aku nak buang kecelaruan berbahasa ini. memang ada kelebihan kalau tahu banyak bahasa tapi ini la yang berlaku kat aku sekarang ni.

Dulu lepas SPM bapak aku siap nak hantar aku belajar bahasa Jepun atau Korea lagi sebab dia ada membe Jepun dan Korea. Nasib baik mak aku tak bagi. takut aku gila katanya hahaha. selambe dek je mak aku 'sound' bapak aku. "ang nak anak ang gila ke?" (tapi dalam bahasa Siam la) hahaha tapi best jugak tahu banyak bahasa ni, banyak ilmu aku boleh dapat. macam-macam budaya orang aku boleh belajar.

Ni satu lagi ni. walaupun aku ada darah Cina tapi muka aku macam Melayu ok!!! berjambang ! kat rumah adik beradik aku siap panggil aku Mat Bangla lagi sebab jambang aku. Cilaka betul!!! aku selalu cakap Melayu ja dengan orang Cina yang tak kenal aku. malas aku nak cakap Cina. nanti dia tanya banyak pulak. kalau orang Cina tak tahu aku boleh cakap Cina. baru la senang aku nak tahu diaorang mengumpat aku ke tak. betul tak? sapa kutuk dan mengumpat aku siap la ang aku maki balik lol

Sekarang ni banyak orang Melayu hantar anak diaorang belajar di sekolah rendah Cina. tak hairan la ramai orang Melayu paham bahasa Cina sekarang atau kelak. Bagus la. Banyak kelebihan kalau tahu banyak bahasa. tak payah nak pakai juru bahasa kalau nak pergi melancong.jimat duit ooo hehehe. Entry ini cuma aku nak berkongsi kisah hidup aku yang serabut. bukan nak kerek. sapa kata aku kerek sila pergi jahanam hahaha peace. Aku benci racist !!!

Friday, March 18, 2011

SORRY AKU TAK BOLEH JAWAB SALAM




Entry ini ditulis untuk berkongsi pengalaman hidup Akuserabut dan menjelaskan sedikit-sebanyak identiti sebenar aku. Aku taw banyak membe dalam dunia blog ini sangkakan aku Melayu, kalau komen entry akuserabut pun ada yang bagi salam buat pendahuluan, bukan saja dalam blog. di luar pun macam tu jugak. yang tak kenal aku semua ingat aku Melayu. Sebenarnya aku berbangsa Siam dan beragama Buddha. oleh itu, aku tak boleh jawab salam "Assalamualaikum" kalian. Bapak dan mak aku dua2 mix Siam Cina, tapi lebih kepada Siam.

Mesti hairan kan? Aku tahu susah nak jumpa non-Muslim tulis blog dalam Bahasa Melayu. Banyak Blogger non-Muslim tulis blog pakai Bahasa Inggeris. tapi apa salahnya, Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia, bahasa aku jugak sebab aku rakyat Malaysia. Parents aku berasal dari Kedah. orang utara kalau tidak tahu kewujudan Bangsa Siam di Malaysia memang buta sejarah la. Zaman kanak-kanak aku banyak bercampur dengan Cina bila masuk form 4 aku banyak berkawan dengan membe Melayu. sampai sekarang aku rapat dengan Melayu. masa itu la percakapan dalam bahasa Melayu aku 'improve'. dulu aku tak fasih sangat cakap Melayu, cakap Melayu macam orang Cina cakap Melayu. sekarang aku cakap Melayu susah nak kantoi. semua orang ingat aku Melayu kalau tak kenal aku.

Bila orang ingat aku Melayu banyak la yang bagi salam "Assalamualaikum" kat aku. sebab muka aku pun macam Melayu. Siam dengan Melayu mana jauh beza pun dari segi rupa paras dan warna kulit. lebih kurang sama ja. lain la Siam yang darah Cina dia banyak sikit. muka dia lebih kepada Cina. Bila orang Melayu bagi salam "Assalamualaikum" kat aku, kadang-kadang aku explain, kadang-kadang aku buat dono je hehehe sebab malas nak explain. panjang pulak cerita dia nanti. satu menda yang buat aku serabut adalah bila aku tak jawab salam, ada yang buat muka tak puas hati hahaha macam mana aku nak jawab salam "Assalamualaikum" kalau aku bukan Islam. aku selalu sengih dan senyum je. hehehe mungkin itu yang menyebabkan salah paham. Ada menganggap aku kurang ajar sebab tak jawab salam. lepas aku explain baru diaorang malu tersengih-sengih. aku tanya diaorang malaysia ada berapa kaum? banyak jawab diaorang... aku tanya lagi semua rakyat Malaysia beragama Islam ke? tak lah diaorang menjawab.. aku berkata kat diaorang aku tak jawab salam itu dengan "waalaikumsalam" sebab aku orang Siam dan beragama Buddha.. Ohh..sory2 kata diaorang :)

Dulu kat sekolah sampai ada cikgu anggap aku kurang ajar jugak sebab masa bacaan doa aku tak tadah tangan. berdendam cikgu tu dengan aku. aku salah sikit je nak denda aku kaw2 punya. kesian aku hahaha lepas cikgu itu taw yang aku bukan Islam baru dia cerita kat aku yang dia dulu ingat aku kurang ajar. aku baik kot dulu. nerd gitu lol Selain itu, aku paling tak suka masa tiba bulan puasa wakakaka sebab aku terpaksa belakon puasa, walaupun aku tak kena puasa hahaha sebab aku hormat membe-membe aku berpuasa. korang boleh bayangkan tak macam mana kalau korang ternampak orang yang muka macm Melayu makan rilex je masa puasa, mesti heran bin pelik kan? mesti usha tajam je... dalam otak pikir macam2 dah. segan la aku makan kat luar masa puasa, orang usha aku semacam je. padahal aku tak kena puasa pun. Ada sekali tu aku ada orang apa entah check IC aku sebab aku beli McD masa bulan puasa hahaha.

Pengalaman yang aku tak boleh lupa masa aku awal-awal sambung belajar di tempat aku belajar sekarang adalah ada satu kali tu, hari itu hari jumaat. aku bangun lambat, aku bangun dalam pukul 2 petang. bangun2 perut rasa lapar pulak. pergi la kafe nak tapao nasik. aku pergi dengan seluar pendek, rambut serabut sebab tak mandi lagi. tiba-tiba ramai pulak yang baru balik sembahyang jumaat pergi kat kafe nak makan. diaorang dengan baju melayu, songkok, kepiah, serban la.... aku pulak dengan seluar pendek dengan rambut serabut nampak sangat tak mandi lagi. semua usha aku tajam je.. macam nak gaduh je.. aku taw la dalam hati diaorang mesti kata aku tak pergi sembahyang Jumaat.. hahaha dalam hati aku.. kenapa usha aku macam tu? apa salah aku?? wakakaka lepas tu hari jumaat je kalau aku nak pergi kafe aku pakai seluar panjang hahahaha

Banyak lagi kish pengalaman hidup aku yang serabut. tapi macam panjang ja entry ni hehehe cukup la sampai sini. So, aku berharap entry dapat menerangkan sapa Akuserabut :) aku seorang yang anti-racist, aku tak suka orang yang racist!!! salam 1 Malaysia... peace.


Tuesday, March 8, 2011

KELAB TEATER PRASADA MASUK SINAR HARIAN

Dengan ini, saya nak ber"kerek" pasal aku masuk paper Sinar Harian hari ini hahahaha biaq p la kan !!!... blog aku.. Sebenarnya bukan aku yang masuk paper, Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn yang masuk paper disebabkan menjadi johan keseluruhan pertandingan teater (Pekan Teater Universiti-PTU) yang bertempat di Panggung Seni, UKM tempoh hari. Sebab utama yang membuatkan aku boleh 'kerek' tu disebabkan aku merupakan salah seorang ahli kelab Prasada dan aku jugak ada join persembahan teater kelab Prasada hari tu. saja nak rasa bangga sekali-sekala hehehe. ni aku siap 'print screen' lagi kerek punya pasal~



Kecik ja gambar dia letak.. jangan kata taik hidung, lubang hidung aku pun tak nampak lol kalau tengok kat surat khabar betul besar la gambar dia, kalau tengok kat online kecik je, dah benda free, lemak la semua nak bagi kan? ni aku bagi link artikel pasal Pekan Teater Universiti Sinar Harian Online . Satu lagi ni, aku rasa Sinar Harian tu ambil gambar tu kat blog aku la, cilaka betul tak letak credit kat Blogserabut, kalau tak naik mencunak-cunak la pageview blog aku hehehe gurau je Sinar Harian, jangan marah dong... peace :)




yeah !!!


credit to sinarharian

NAN KIMA + K?

Malam-malam macam ni teringin pulak nak makan 'nan kima'. bukan 'nan kimak' taw hehehe. Nan kima merupakan roti nan yang berintikan ayam tandoori kalau tak silap aku dan boleh dibeli di kedai makan maple. kalau kat kampung aku panggil kedai nasik kandaqqq ja. Teringat pulak kisah jenaka dan lawak kasaq aku di sebuah kedai maple di bangi.

Nan kima kalau tambah 'k' di belakang dia bunyi macam kata kesat ja kan? Nankimak jadinya lol tapi kalau perkataan 'nan' itu ditukar dengan 'pu' pulak jadi lagi kasaq bunyi dia.. 'p*kimak' hahahaha lagi kesat aku ubah. Cerita dia macam ni, aku lepak la kedai maple yang aku dan membe-membe aku selalu lepak. satu hari tu kami perasan ada seorang pekerja tu baru kerja kat kedai maple itu. pekerja tu pulak aku rasa baru berhijrah ke Malaysia dari Bangladesh kot dan tak pandai bahasa Melayunya. Dah la tak pandai bahasa Melayu datang amik oder plak kat aku.. dia datang kat aku lalu~

Pekerja maple : makhan cik?

aku : p*kimak satu


Pekerja maple : ok~

hahahaha.. ni la lawak kasaq aku.. ampa jangan tiru pulak... silap hari bulan kena pukul aku tak taw, beberapa minit kemudian datang la pekerja maple membawa nan kima yang aku oder p*kimak tadi kakakaka kena marah aku dengan membe aku.. itu la first and last aku melawak kasaq macam itu kat kedai maple.


ini gambar Nan kima tu... aku suka makan nan kima ni.. sedap :)


sumber gambar blackyforshorty

Monday, January 10, 2011

KEPUTUSAN AJL KE-25

Setelah aku menonton secara live Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 menerusi TV di restoran Gulai Panas, Kajang sebentar tadi.... hahahhaha tengok kat TV je... tak mampu nak pergi tengok live kat Bukit Jalil.... aku bukan minat sangat pun AJL ni... tapi apa salahnya keluar seronok-seronok dengan membe-membe kan? mereka seronok layan AJL ni aku pun join seronok diaorang.. ini la keputusan AJL yang aku dapat...

Juara
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Naib Juara
Black & Meet Uncle Hussain - Drama King

Tempat Ketiga
Hafiz AF - Noktah Cinta

Vokal Terbaik
Hafiz AF - Noktah Cinta

Persembahan Terbaik
Faizal Tahir - Hanyut

Anugerah Persembahan terbaik aku rasa memang layak persembahan Faizal Tahir yang dapat. aku suka cara persembahannya yang kat tengah-tengah persembahan kelihatan macam Faizal Tahir masuk ke tangki air tetapi dia bukan secara live pun Faizal Tahir masuk dalam tangki air tu... yang nampak tu cuma rakaman video yang direkodkan..dan apabila Faizal Tahir muncul semula nampak seperti dia betul-betul dia basah... yang sebenarnya ketika rakaman faizal Tahir masuk ke dalam air itu ditayangkan..Faizal Tahir cuma dibasahkan... apa yang aku faham la... Selain itu, aku suka akan persembahan Stacy menerusi lagu Jahat yang bersemangat... tarian oleh penari-penari yang macam aksi Kung Fu sangat menarik minat aku... best sangat tarian macam tu.. ada Urmm !!! orang kata... apa yang aku tahu juga.. salah seorang daripada penari-penari itu abang kandung Stacy sendiri.. menurut sumber daripada membe aku la....

Tapi part keputusan anugerah vokal terbaik dan Johan seluruhan diumumkan... keadaan menjadi kecoh sedikit tadi.... terdengar suara-suara bantahan daripada membe-membe aku... hahahaha semua tak puas hati dengan keputusan itu...semua orang tak sangka Hafiz AF dan Ana Raffali yang dapat anugerah itu... . kata diaorang ada yang lagi layak dapat anugerah itu... sampai kecoh-kecoh tadi diaorang komplen....tiba-tiba emo pulak seekor-ekor hahaha lebih-lebih pulak diaorang ni kan? tapi aku pun ada rasa macam tu jugak hehehehe tapi biar la... keputusan dah dibuat oleh juri-juri yang dipilih...lantak diaorang la kan nak bagi sape menang :P

Dulu aku tak kenal pun sape Ana Raffali ni..aku start kenal Ana Raffali menerusia lagu 'Kalau Berpacaran' yang dia berganding dengan Suhaimi Mior Hassan dan Altimet... Fisrt time aku dengar lagu ni aku rasa meluat sangat..ntah la tak tahu kenapa, mungkin salah satu puncanya membe aku selalu nyanyi lagu ni kot... rasa macam geli pun ada.. tapi bila aku selalu dengar aku jadi suka sangat pulak...rasa best pulak... hahahahaha... lain daripada yang lain kan lagu 'Kalau Berpacaran' tu......pelik-pelik aku ni :)


Ana Raffali

Video Klip lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali


video credit to rollemproduction

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...