Sunday, January 30, 2011

PEREMPUAN CEPAT TUA

Selamat bercuti Raya Cina semua...syoknya leh lepak kat rumah lama-lama... kerja makan tidoq.. makan tidoq...lama-lama kencing manis aku hahahahaha~ saja nak menyerabut kat blogserabut tentang ayat-ayat dari papa aku kejap..bapak aku cakap dengan aku..

"Nanti ko nak cari awek.... cari yang muda dari ko 5-6 tahun... perempuan cepat tua... memang la nampak muda awal-awal... tapi bila dah beranak nanti.... mesti nampak tua punya la... ko nak papa tolong cari kan tak?"

Agak terkejut dan terkesima kejap dengan kata dari papa aku hehehe.... tak kan cari awek yang muda 5-6 tahun dari aku...sekolah pun tak habis lagi la awek tu nampaknya... mungkin entry ni boleh menyebabkan sesetengah awek terasa.... tapi saja nak share pasal menda ni... jangan marah k :).... Bagi aku pulak.. mungkin teori ni orang dulu-dulu pegang... nak bini yang lebih muda... tapi orang sekarang tak kisah pun pasal umur.. yang penting 'cinta' la kononnya... sebabnya.... orang zaman sekarang ni macam-macam diaorang buat untuk jadi muda hehehehe.. macam-macam ubat telan... tak kira yang cucuk susuk lagi tu.... cucuk sana sini... yang pakai susuk tu boleh dipanggil geng plastik....

Pengalaman aku pula, ramai pulak membe-membe aku yang awek dia tua sikit dari dia.... aku pun pernah tapi itu dulu la...ex aku :)....baru putus.... tu yang papa aku nasihat aku tu hahaha... hmm ntah la nak komen macam mana lagi dengan statement ni... tapi kalau perempuan tu pandai jaga badan apa salahnya kan?? hehehehe yang penting saling terima dan menerima... kalau saling terima dan menerima dah cukup untuk satu-satu pasangan bahagia.... dah lebih pulak aku merapu pasal menda ni.... tapi apa salahnya sekali sekala merapu sikit hahahaha..

Tiba-tiba adik perempuan aku menyampuk.... lelaki pun sama ja papa... tengok pakcik seorang tu...sebelum kahwin punya la tuff dan hensem....lepas kahwin perut boroi macam bini dia mengandung 5 bulan hahahaha.....

Kesimpulannya, lelaki dan perempuan sama ja..... peace~


(gambar tak da kaitan hahahaha)

Wednesday, January 26, 2011

CLEOPATRA STRATAN

Tadi semasa aku berblogwalking aku ada terjumpa satu entry pasal kanak-kanak ajaib di blog kindofsoul.... info tentang seorang budak perempuan yang bernama Clepatra Stratan menarik perhatian aku sebab aku macam pernah dengar je nama ni dulu.. apa lagi search kat google dan wikipedia la....hehehehe




Budak Perempuan ni rupa-rupanya penyanyi..... Umur 3 tahun jagung dah jadi penyanyi... hebat pulak tu... dia jugak sebagai pencatat sejarah dalam industri muzik sebagai seorang penyanyi termuda yang berjaya...Cleopatra Stratan yang dilahirkan pada tanggal 6, Oktober, 2002 telah mengeluarkan album pertama yang bertajuk La vĂ¢rsta de trei ani (pada usia 3 tahun)... Penyanyi muda kelahiran Chisinau, Moldova ini jugak merupakan pemegang rekod artis termuda yang paling lama perfomed live di hadapan ribuan penonton iaitu selama 2 jam. Selain itu, dia jugak la artis termuda yang mendapat bayaran tertinggi dan pernah mendapat MTV award sebab penyanyi termuda yang mendapat 1st hit dalam Romanian Singles Chart.


Sejarah pembabitan Cleopatra Stratan dalam industri muzik adalah bapak Si Cleopatra (Pavel Stratan) pergi buat recording dalam sebuah studio.... bapak dia bawa dia pergi sekali time buat recording tu... si Cleopatra ni dengan selamber amik mic dan nyanyi bersama dengan bapaknya, keadaan itu membuat semua orang terpegun dan akhirnya diaorang sebulat suara nak buat recording dengan si Cleopatra ni....Lagu paling hit dia yang bertajuk Ghita sudah pun di'translate' kepada bahasa Spanish dan English...aku dok layan je lagu dia ni walaupun aku tak paham apa maksudnya hahahaha...agak best jugak lagu dia...jom layan~

Cleopatra Stratan-Ghita



credit to kindofsoul


Tuesday, January 25, 2011

KARTUN LAWAK-LORD OF THE NERDS

Jom layan lawak bangang pagi-pagi :)



source geeksaresexy.net

Monday, January 24, 2011

GELAGAT 'KIPAS SUSAH MATI' JUSITN BIEBER DI INDONESIA

Akhirnya dapat jugak aku update Blogserabut pagi ini setelah sepi aku tinggalkan beberapa minggu... terima kasih aku ingin ucapkan kepada yang sudi singgah Blogserabut dan tidak lupa jugak kepada yang sudi follow...

Pagi Isnin ni aku nak bercerita sikit tentang Justin Bieber yang khabarnya nak datang Malaysia pada 21 April 2011 ni... Nah aku nak bagi free Poster Justin Bieber ni kepada peminat-peminat Jusitn Bieber yang kunjung ke Blogserabut... tapi dengan syarat print sendiri kakakaka....amik ni~



Yang paling murah pun RM98.....tak ada pasal aku nak pergi tengoknya hehehe...tapi bagi peminat Justin Bieber..berapa pun harga tiket diaorang sanggup je beli.. 'kipas susah mati' la kata kan.... aku bukan minat sangat pun Justin Bieber ni....tapi boleh dengar jugak la lagu dia... tak la seteruk macam Dani AF nyanyi... Tapi kalau Tila Tequila datang buat konsert kat Malaysia comfirm aku pergi lol....

Kembali kepada tujuan aku buat entry ini sebenarnya nak berkongsi gambar-gambar 'Kipas susah mati' Justin Bieber di Indonesia yang serabut nak beli tiket konsert Justin Bieber di Indonesia. Pada 23 April 2011, si Justin ni ada buat show kat Indonesia jugak...Ribuan peminat si Justin di Indonesia beresak-esak nak beli tiket... keadaan macam nak beli tiket final AFF Suzuki Cup di Bung Karno tempoh hari...sampai ada yang menangis, pengsan, kencing dalam seluar dan macam-macam lagi hahahahaha..... diharap-harap jangan la keadaan ini berlaku di Malaysia...peace :)

sumber gambar gosip.ucilblog




KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

Wednesday, January 19, 2011

RUPA HITLER APABILA DI'KARTUN'KAN




Siapa yang tak kenal Adolf Hitler search sendiri kat google atau Wikipedia hehehehe... Jom kita layan rupa Hitler yang telah dikartunkan~~




Hitler-Pikachu


Hitler-Teletubby by pussyinboots


Hitler-Chan by PivoteerJK


Sailor-Hitler by SSPirate


Hello Hitler by CazzieRocka

SURAT CINTA BUDAK SEKOLAH

Ni aku nak share satu contoh surat cinta budak sekolah yang failed matapelajaran Bahasa Melayu nya.... Mak bapak suruh pergi sekolah mengaji, dia pergi bercinta dengan monyet haiz..... Adakah disebabkan Malayisa semakin maju menyebabkan proses kematangan seseorang kanak-kanak berlaku semakin cepat? Sekarang ni aku tengok budak-budak sekaolah rendah dah pandai berkapel-kapel sekarang.. punca utama benda ini berlaku yang aku dapat kesan adalah penggunaan handphone oleh golongan kanak-kanak.... sekolah rendah lagi dah boleh pakai handphone canggih manggih...serius dengki hahahhaha...

Aku penin la dengan budak-budak sekarang ni... asal selalu mesej dan colling2 dah dikira kapel... kadang-kadang tak pernah jumpa pun dah panggil sayang, darling, honey, B , D dan macam-macam.... aku taw la la sebab aku pun ada sedara-mara yang masih sekolah rendah lagi... Selain handphone, satu lagi punca yang aku dapat kesan adalah budak-budak yang selalu tengok filem atau drama cinta...senang la diaorang terpengaruh... tengok cite cinta je rasa nak kapel... wtf !!!! so, kesimpulannya jangan biarkan adik-adik anda tengok cite cinta.. lagi-lagi cite korea hahahahha....Aku jumpa gambar ni kat facebook membe aku, Joe nama dia...jom layan~



Monday, January 17, 2011

CARA NAK CHECK TERUNA LELAKI-LUCAH-18SX




Ini merupakan lawak yang mengandungi unsur-unsur kelucahan...Amaran kepada pengunjung blog yang berumur 18 tahun ke bawah... anda tidak digalakkan membaca tanpa pengawasan ibubapa anda hahahahaha..... tetapi digalakkan kepada pengunjung blog yang berotak kotor dan mengandungi banyak unsur-unsur porn di dalam otaknya lol....Lawak ini jugak menggunakan Bahasa Inggeris... anda juga tidak dibenarkan menggunakan 'google translate' untuk translate kepada Bahasa Melayu kakakakakaka :)

via funlok

KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

Wednesday, January 12, 2011

MATEMATIK YANG LAWAK

Nak share pasal persamaan-persamaan matematik yang super lawak..... terkentut-kentut aku baca persamaan ni.... Walaupun lawak tapi ada betul jugak apa yang ditulis.... aku ada nampak sedikit kebenaran di situ pasal lelaki dan perempuan hahahaha.... bersedia untuk gelak.... jom layan~


ROMANCE MATHEMATICS

Smart man + smart woman = romance

Smart man + dumb woman = affair

Dumb man + smart woman = marriage

Dumb man + dumb woman = pregnancy

______________________________

OFFICE ARITHMETIC

Smart boss + smart employee = profit

Smart boss + dumb employee = production

Dumb boss + smart employee = promotion

Dumb boss + dumb employee = overtime

_____________________________

SHOPPING MATH
A man will pay $20 for a $10 item he needs.

A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.

_____________________________

GENERAL EQUATIONS & STATISTICS

A woman worries about the future until she gets a husband.

A man never worries about the future until he gets a wife.

A successful man is one who makes more money than his wife can spend.

A successful woman is one who can find such a man.

_____________________________

HAPPINESS

To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.

To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.

______________________________

LONGEVITY

Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.

______________________________

PROPENSITY TO CHANGE

A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.

A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.

_____________________________

DISCUSSION TECHNIQUE

A woman has the last word in any argument.

Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

_____________________________

HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED

Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next."

They stopped after I started doing the same thing to them at funerals.


via funzu

Tuesday, January 11, 2011

KEYBOARD DAN MOUSE BULUH

Pagi ni aran nak post pasal satu kilang yang mengeluarkan 'keyboard' dan 'mouse' yang diperbuat daripada buluh. yang paling style screen LCD displays pun diaorang buat daripada buluh.. rasa macam nak beli satu la... macam best je kan? hehehehe syarikat yang mengeluarkan peranti komputer diperbuat daripada buluh ini dinama Jiangxi Bamboo Technology Development Co. Ltd . Rupa-rupanya sejak daripada tahun 2008 lagi diaorang dah keluarkan produk buluh ni, cuma pada permulaan produk mereka hanya dipasarkan di Shanghai dan Ningbo, China...

Pada tahun 2009 baru diaorang luaskan pasaran dan eksport ke luar negara...produk mereka start femes bila mereka dapat pasarkan produk mereka di sekitar negara Eropah dan US... Kat Malaysia aku tak jumpa lagi la... ke ada sape-sape pernah jumpa tak? terhingin nak beli satu la :)


credit to odditycentral via gadgetonian
photos via imaginechina





KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

Monday, January 10, 2011

KEPUTUSAN AJL KE-25

Setelah aku menonton secara live Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 menerusi TV di restoran Gulai Panas, Kajang sebentar tadi.... hahahhaha tengok kat TV je... tak mampu nak pergi tengok live kat Bukit Jalil.... aku bukan minat sangat pun AJL ni... tapi apa salahnya keluar seronok-seronok dengan membe-membe kan? mereka seronok layan AJL ni aku pun join seronok diaorang.. ini la keputusan AJL yang aku dapat...

Juara
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Naib Juara
Black & Meet Uncle Hussain - Drama King

Tempat Ketiga
Hafiz AF - Noktah Cinta

Vokal Terbaik
Hafiz AF - Noktah Cinta

Persembahan Terbaik
Faizal Tahir - Hanyut

Anugerah Persembahan terbaik aku rasa memang layak persembahan Faizal Tahir yang dapat. aku suka cara persembahannya yang kat tengah-tengah persembahan kelihatan macam Faizal Tahir masuk ke tangki air tetapi dia bukan secara live pun Faizal Tahir masuk dalam tangki air tu... yang nampak tu cuma rakaman video yang direkodkan..dan apabila Faizal Tahir muncul semula nampak seperti dia betul-betul dia basah... yang sebenarnya ketika rakaman faizal Tahir masuk ke dalam air itu ditayangkan..Faizal Tahir cuma dibasahkan... apa yang aku faham la... Selain itu, aku suka akan persembahan Stacy menerusi lagu Jahat yang bersemangat... tarian oleh penari-penari yang macam aksi Kung Fu sangat menarik minat aku... best sangat tarian macam tu.. ada Urmm !!! orang kata... apa yang aku tahu juga.. salah seorang daripada penari-penari itu abang kandung Stacy sendiri.. menurut sumber daripada membe aku la....

Tapi part keputusan anugerah vokal terbaik dan Johan seluruhan diumumkan... keadaan menjadi kecoh sedikit tadi.... terdengar suara-suara bantahan daripada membe-membe aku... hahahaha semua tak puas hati dengan keputusan itu...semua orang tak sangka Hafiz AF dan Ana Raffali yang dapat anugerah itu... . kata diaorang ada yang lagi layak dapat anugerah itu... sampai kecoh-kecoh tadi diaorang komplen....tiba-tiba emo pulak seekor-ekor hahaha lebih-lebih pulak diaorang ni kan? tapi aku pun ada rasa macam tu jugak hehehehe tapi biar la... keputusan dah dibuat oleh juri-juri yang dipilih...lantak diaorang la kan nak bagi sape menang :P

Dulu aku tak kenal pun sape Ana Raffali ni..aku start kenal Ana Raffali menerusia lagu 'Kalau Berpacaran' yang dia berganding dengan Suhaimi Mior Hassan dan Altimet... Fisrt time aku dengar lagu ni aku rasa meluat sangat..ntah la tak tahu kenapa, mungkin salah satu puncanya membe aku selalu nyanyi lagu ni kot... rasa macam geli pun ada.. tapi bila aku selalu dengar aku jadi suka sangat pulak...rasa best pulak... hahahahaha... lain daripada yang lain kan lagu 'Kalau Berpacaran' tu......pelik-pelik aku ni :)


Ana Raffali

Video Klip lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali


video credit to rollemproduction

Friday, January 7, 2011

INDONESIA MAJU INDUSTRI PERFILEMANNYA

Sape sokong Indonesia maju dalam industri perfilemannya berbanding Malaysia? aku tak sure la nak sokong ke tak tapi aku suka jugak tengok filem-filem buatan Indo ni sebab banyak scene-scene hot nya. banyak part-part porn yang mereka selitkan. part nampak boobs mugkin dah perkara biasa bagi industri perfileman mereka. itu je la yang aku nampak menarik dalam movie mereka. hahahahaha lol

So, kat sini aku simpulkan ada 2 kelebihan utama industri pefrileman Indonesia berbanding Malaysia iaitu. first, dia boleh tayang scene-scene lucah 18sx di negara mereka. diaorang punya lembaga penapisan filem tak ketat macam Malaysia. Second, pelakon-pelakon Indonesia jauh lebih hot, kacak,panas, tinggi, sexy dll berbanding dengan pelakon kita. Kebanyakan daripada pelakon-pelakon Indonesia karier mereka bermula dalam bidang pemodelan. kebanyakan mereka mempunyai darah kacukan dengan 'mat salleh'. aku rasa dua menda tu yang menjadikan movies mereka nampak hebat dari Malaysia. tapi selalu cerita yang aku tengok kan. part-part tutt~ tu je yang aku suka pun hahahhaa. jalan cerita boring je.

Aku terdetik nak post pasal menda ni sebab aku ada terbaca satu berita dari surat khabar menyatakan yang ada satu syaritan pembuatan filem di Indonesia yang ingin melamar Ariel Peter Pan dan Luna Maya berlakon dalam movie mereka. aku rasa semua orang kenal si Ariel dan Luna Maya ni. Nampaknya syarikat tu suka artis-artis yang hot dengan kontreversi ni. Diaorang tak kisah pun pasal video lucah Ariel dan Luna Maya. janji artis itu tengah hot dan tengah top kontreversinya, apa yang diaorang fikirkan cuma filem diaorang dapat sambutan dengan pelakon-pelakon demikian. sampai pelakon porn terkenal Maria Ozawa dari negara Jepun pun diaorang amik berlakon dalam filem yang bertajuk 'iMenculik Miyabi'. style kan negara Indo. sampai pelakon porn/lucah pun diaorang amik berlakon. macam 'mat salleh siot'.



Selain itu, aku ada pernah filem buatan Indo yang bertajuk 'Ku Tunggu Janda Mu'. cerita tu boleh la tahan dengan part nampak tits nya hahahhaha. bagi pendapatan aku la kan. banyak scene-scene dari filem tu ada persamaan dengan filem buatan Korean yang bertajuk 'Sex is Zero'. tak tau la betul ke tak juz pendapat aku. apa yang aku perhatikan.



Tapi kita patut beruntung kerana Lembaga Penapisan Filem Malaysia kita sangat tegas dalam proses penapisan filem. walaupun aku suka part-part 18sx tu. hahaha tapi secara jujurnya aku rasa bertuah kerana negara Malaysia belum jadi macam Indonesia. Bayangkan kalau filem-filem Malaysia bebas memasukkan scene-scene lucah atau porn dalam filem tempatan. apa akan jadi dengan Malaysia nanti?? sekarang pun dah melambak kes-kes buang bayi. kalau ditambah dengan lembaga penapisan filem kita macam yang Indo punya. aku rasa 5 tahun akan datang. Masjils Perbandaran terpaksa menambah bilangan lori-lori sampah untuk mengutip bayi-bayi yang dibuang LMOA~

Thursday, January 6, 2011

CUKUR RAMBUT PAKAI SABIT

Ni serius berani mati punya style cukur rambut...pakai sabit, huh cool gila style ni.. Tapi nak gitaw ni dah menjadi perkara biasa bagi masyarakat kampung Dong, Liang Qi, China yang terletak di belah selatan DongZhai... diaorang dah biasa dah cukur rambut pakai sabit...dan trend rambut diaorang pun sama ja... rambut atas simpan panjang sampai boleh ikat dan rambut tepi diaorang cukur je... siapa yang nak try cukur rambut pakai sabit pergi la kampung Dong tu k hehehehe berani tak???





KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

Wednesday, January 5, 2011

PENDRIVE BABIE DOLL




Sape yang terhingin nak pendrive babie doll ni... buat sendiri je...mudah lagi easy orang kata.. amik satu babie doll sape-sape, adik perempuan punya ke, jiran punya ke hehehehe... pastu amik pendrive satu.. main sumbat-sumbat...kalau tak leh nak sumbat amik pisau potong sikit.. jadi la pendrive babie doll nanti.. kalau nak buat bagi aran satu boleh jugak :)

KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

Tuesday, January 4, 2011

DULU AKU GILA POKER



Saja nak cite kenangan aku yang gila dengan game online Texas Poker Holdem dulu... aku rasa ramai yang tahu pasal game poker online ni.. korang tahu tak yang group Texas Poker Holdem merupakan diantara group yang tertop dia kat facabook... fans dia dari seluruh dunia.. First nak cite pasal game ini dulu.. game ni memang game main judi online...tetapi ia tidak melibatkan wang ringgit k.. jangan salah sangka.. ia hanya menggunakan chips tipu ja.. main suka-suka ja.. tak kena duit pun.. kalah tak kena duit, menang pun tak dapat duit.. cuma boleh bangga dengan jumlah chips tipu kalau menang banyak.

Aku buat entry pasal poker ini sebab dulu ada seorang membe aku ni.. kerek sikit.. ayat dia lebih kurang nak kata dia power la main Texas Poker Holdem online ni... dia cakap dengan aku chips dia dah ada 100,000++ dah... aku diam ja... dia tak tahu dulu aku gila poker macam mana.. aku balik bilik aku upload satu gambar kat facebook dan aku tag dia..nak tahu gambar apa aku tag dia? ni gambar tu....



Terkejut membe aku seorang tu bila tahu chips aku pernah capai 219 millions...dia tak tahu chips aku pernah capai sebanyak tu...sebab aku sudah tak main dah sekarang..dah insaf dah kakakaka... Ni aku nak cerita pulak sebab apa aku berhenti main poker ni... semasa aku tengah gila poker ni dulu.. aku main sekali dengan membe baik aku dua orang, Zakwan dan Ismail... kalau korang perasan kami bertiga ada kat gambar atas tu..aku dah bulatkan... memang kami bertiga gila poker dulu.. siang malam kami main... sampai kadang-kadang ponteng kelas hahahahahaha... kami study gila pasal poker ni dulu... tambah skill masing-masing... poker ni memang top hobi kami la masa tu...

Gambar yang aku tangkap dengan kamera handphone ni kira sikit lagi taw... ni je gambar yang aku sempat ambil gambil... Paling banyak chips kami bertiga pernah capai 700++millions...tak sempat aku nak ambil gambar buat kenangan, akaun kami bertiga kena 'hack' dengan babi mana tak tau.. habis chips kami bertiga....kalau seorang je kena tak apa lagi.. ni ketiga-tiga kami kena hack.. Sedih dow, macam nak menangis aku....sia-sia usaha kami lebih kurang 2-3 bulan...siang malam kami main... impian kami dulu nak capai jumlah chips 1 Billion seorang.. nak jadi top poker player Malaysia la kononnya... berkecai impian kami lepas kena 'hack'.. hanya tinggal kenangan jadinya.. membe aku punya sedih sampai tak lalu makan hahahhaha... serius ketagih game poker ni.... sampai sekarang kami merajuk dengan Texas Poker Holdem ni.. kami bernekad tak nak main dah.. merajuk!!!!!

Cilaka betul sape yang hack akaun kami.... kami tak akan halalkan hahahaha lol... Lepas tu baru kami tahu yang ada orang jual chips ni kat game poker tu.. harga yang diaorang jual ikut penjual dia.. 1million lebih kurang 3-5 US dollar.... Huhh..chips tipu pun diaorang boleh buat duit.. aku rasa geng-geng ni yang 'hack' akaun kami... kami siap email lagi kepada pembikin game ni, Zynga sebab nak komplen.... email yang diaorang balas cuma dia kata diaorang orang akan siasat.. tapi susah la nak dapat balik... sampai sekarang tak dapat balik... Ini la sedikit sebanyak kenangan aku dan the geng gila dengan game online Texas Poker Online ni :)

Monday, January 3, 2011

CAWAN GIGI



Sesiapa yang malas atau orang Kedah cakapa 'Baloq Liat' nak gosek gigi baik anda beli Cawan Gigi ni atau dalam bahasa Inggerisnya Teeth Mug.. Cawan gigi boleh mengingatkan kita tentang kebersihan mulut dan gigi kita.. Tengok la warna cawan ni... warna putih.... macam warna gigi kan? bila kita minum nescafe atau kopi, air yang kita minum itu akan melekat di celah-celah gigi cawan tu seolah-olah menggambarkan keadaan gigi kita lepas kita minum air dalam cawan tu... comfirm ada sikit rasa geli gelimang hahahaha lol... so, dari situ kita boleh selalu diingatkan oleh cawan ni supaya jaga kebersihan gigi kita.. rajin-rajin la gosok gigi nah...

Satu lagi kelebihan cawan ini.. kalau ada orang guna cawan ni la kan... mesti tak ada orang nak share atau 'pao' air dia.. sebab geli tengok gigi tu...... sesiapa yang berminat beli la satu k... $24 dollar ja :P (kopak duit aku...)



via yankodesign

KELUANG MAN THE MAKING




Masih ingat kah anda dengan filem animasi popular keluaran tempatan pada tahun 1999, Keluang Man. Keluang Man merupakan filem animasi tempatan terbaik yang pernah dikeluarkan sebelum filem animasi Upin dan Ipin sekarang... tidak dapat dinafikan filem animasi superhero Keluang Man ini mempunyai sedikit persamaan dengan filem animasi superhero Barat, Batman.. tetapi plot-plot filem animasi Keluang Man lebih kepada berunsurkan budaya masyarakat Malaysia... di dalam jalan ceritanya ditanam pelbagai nilai murni masyarakat setempat seperti perpaduan, tolong-menolong dan sebagainya.

Tiba-tiba aku rasa rindu pulak dengan kartun Keluang man ini... teringat zaman kanak-kanak dulu macam mana setianya dengan Keluang Man, tak pernah 'miss'.... Keluang Man sangat popular ketika itu.. aku minat gila kartun ni.... bagi aku, Keluang Man filem animasi superhero terbaik yang pernah dikeluarkan Malaysia.... pada masa itu, walaupun filem animasi barat lebih hebat kualiti grafiknya tetapi Keluang man tetap menjadi pilihan... aku rasa mungkin penggunaan Bahasa Melayu dalam filem Keluang Man.. ye la, filem animasi barat kan guna Bahasa Inggeris, aku tak faham sangat BI ni dulu.. kat rumah aku tak speaking.. tapi kalau tengok Keluang Man...siap boleh hafal dialog dan lagunya sekali hehehehe

Dekat post ini aku ada sertakan video-video di sebalik tabir filem animasi Keluang man.. semuanya ada 3 part.. dekat video ini ada la menceritakan sejarah dan kisah pembikinan filem animasi superhero terunggul tempatan yang pernah dikeluarkan... Kepada sape-sape yang pernah jadi 'die hard fan' Keluang man masa lalu.. luangkan lah masa anda lebih kurang 20 minit untuk mengetahui serba sedikit The Making of Keluang Man...Layan~

KLIK 'REAMORE' UNTUK VIDEO-VIDEO THE MAKING OF KELUANG MAN

AWEK CUN NYANYI LAGU KELUANG MAN

Ohh.... malam ini sungguh indah... bertambah indah bila aku dengar lagu Keluang man nyanyi Ainan Tasneem...tiba-tiba aku teringat kembali kenangan manis aku menonton cerita kartun Keluang man bersama Ainan Tasneem ketika kami di saat bahagia dulu...Ainan Tasneem........ aran rindu pada mu.. hahahhahaha aku bergurau ja...jom layan cover Keluang man dari Ainan Tasneem..




credit to tokdekar


p/s - post akan datang berkaitan dengan The Making of Keluang man :)

Sunday, January 2, 2011

IKAN PACAT - LAMPREY




Ikan yang seakan-akan pacat ini dipanggil Lamprey.. takut aku tengok ikan ni.. aku panggil ikan ni ikan pacat sebab ikan ni dia jenis sedut.. macam lintah.....tapi gigi dia agak menakutkan... dah macam gigi alien pun ada aku tengok... perempuan yang yang takut dengan pacat kalau dia jumpa ikan Lamprey ni... tak tau la nak jadi apa noh :)

Ikan Lamprey ni makan daging...daging ikan lain yang masih hidup atau mati... mulut dia boleh buka sampai jadi bulat... dia boleh makan dari bahagian luar ikan lain... atau masuk ke dalam bahagian perut ikan dan sedut organ dalaman ikan lain...


Agak-agak kalau ambik ikan Lamprey ni goreng kunyit sedap tak?


KLIK 'READMORE' UNTUK TAMBAHAN GAMBAR-GAMBAR IKAN LAMPREY

HITLER MARAH INDONESIA KALAH-LAWAK

Pagi hari ini aku nak post menda yang ringan-ringan je...berhenti kejap nak serabutkan kepala... bila kepala aku dah stabil sikit baru aku nak kasi serabut balik.. Ini kisah video Hitler lagi.... dah macam-macam dah orang buat subtitle bukan-bukan dengan klip video.. tapi serius aku gelak pecah perut.... dulu yang last aku tengok Hitler marah pasal Kereta Proton Inspira..Kali ini pasal Indonesia kalah dengan Malaysia Final AFF Suzuki Cup pulak...

Memang ada seni kekreatifan sape yang buat subtitle ni... aku salute !!! sebab berjaya menceriakan pagi aku :) Jom layan~



Ayat aku paling like - "ini bukan burung garuda, ini ayam sayur " hahahaha lol


credit to LYNAnimeShrine


Saturday, January 1, 2011

HEADER BARU BLOGSERABUT DARI TERBIUT.BLOGSPOT.COM

Apa macam header baru Blogserabut?? Cool tak? Tahun baru la katakan... header pun mesti la baru jugak, ada kaitan tak?hehehehe Header blog ini ditempah khas dari pembikin header terkemuka, bro Faizal hehehehe... selain menulis blog...bro Faizal ada buat bisnes buat header ni... sesiapa yang berminat nak tempah header dari bro Faizal pergi la melawat kat blog dia .. ini link dia


Kepada blogger-blogger yang sudah boring dengan header blog masing-masing boleh la try order dari bro Faizal.... cakap je nak yang macam mana....nak style macam mana...... dia akan edit sampai korang puas hati dan jantung hahahhahah....

Dari segi harga pulak...bro Faizal meletak harga RM 10 satu header.. tapi kalau korang tapao banyak header skali... mungkin boleh dapat diskaun kot...hehehehe... alaa pakat la dengan membe-membe blogger yang lain order secara pukal ke....mesti bro Faizal bagi diskaun punya la :)

Sesiapa yang nak berkenalan dengan bro Faizal, nak usha-usha blog dia ke.. jom la pergi singgah kat blog dia k~


Sneak peek blog bro Faizal


RAJA GOPAL ADA SKANDAL DENGAN CEWEK HOT-LAWAK

Macam tak percaya aku yang Jurulatih bola sepak Malaysia, K Raja Gopal rupa-rupanya ada skandal dengan artis hot Indonesia, Rahma Azhari..Rahma Azhari merupakan artis hot dari seberang, Indo...Dia ni sangat hot..Benda yang buat aku lagi hot aku ada tengok gambar dia post hanya pakai bikini hahahahaha..serius buat aku geram dan garam lol....Wa sangka lu baik Raja Gopal..tengok-tengok buaya jugak lu ni.....hahahaha susah nak percaya kan??tengok ni




Rahma Azhari

Geram aku dengan Raja Gopal ni sebab keluar date dengan cewek hot tak ajak aku hahahahhaa... mana tahan tengok lu peluk cewek hot sorang-sorang ja...

KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...