Showing posts with label GAME. Show all posts
Showing posts with label GAME. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

GAME ANGRY BIRDS PUNYA BIRDS

Game Angry Birds ni tengah hangat dimain oleh pelajar-pelajar yang rasa diri mereka tu free sangat, modul operasi game ni adalah membunuh babi-babi secara membabi buta. Babi-babi itu dibunuh dengan menggunakan burung-burung yang tengah angry kerana babi-babi itu telah memcuri telur mereka. Setiap ekor burung itu mempunyai kelebihan yang berlainan. ni yang aku nak bagi ni. Yang boleh buat aku double angry, kalau tak berjaya membunuh babi-babi itu.. babi-babi itu akan senyum sinis sambil berkata.... loser~ loser~ dalam hati mereka hahahahaha

Tuesday, January 4, 2011

DULU AKU GILA POKER



Saja nak cite kenangan aku yang gila dengan game online Texas Poker Holdem dulu... aku rasa ramai yang tahu pasal game poker online ni.. korang tahu tak yang group Texas Poker Holdem merupakan diantara group yang tertop dia kat facabook... fans dia dari seluruh dunia.. First nak cite pasal game ini dulu.. game ni memang game main judi online...tetapi ia tidak melibatkan wang ringgit k.. jangan salah sangka.. ia hanya menggunakan chips tipu ja.. main suka-suka ja.. tak kena duit pun.. kalah tak kena duit, menang pun tak dapat duit.. cuma boleh bangga dengan jumlah chips tipu kalau menang banyak.

Aku buat entry pasal poker ini sebab dulu ada seorang membe aku ni.. kerek sikit.. ayat dia lebih kurang nak kata dia power la main Texas Poker Holdem online ni... dia cakap dengan aku chips dia dah ada 100,000++ dah... aku diam ja... dia tak tahu dulu aku gila poker macam mana.. aku balik bilik aku upload satu gambar kat facebook dan aku tag dia..nak tahu gambar apa aku tag dia? ni gambar tu....



Terkejut membe aku seorang tu bila tahu chips aku pernah capai 219 millions...dia tak tahu chips aku pernah capai sebanyak tu...sebab aku sudah tak main dah sekarang..dah insaf dah kakakaka... Ni aku nak cerita pulak sebab apa aku berhenti main poker ni... semasa aku tengah gila poker ni dulu.. aku main sekali dengan membe baik aku dua orang, Zakwan dan Ismail... kalau korang perasan kami bertiga ada kat gambar atas tu..aku dah bulatkan... memang kami bertiga gila poker dulu.. siang malam kami main... sampai kadang-kadang ponteng kelas hahahahahaha... kami study gila pasal poker ni dulu... tambah skill masing-masing... poker ni memang top hobi kami la masa tu...

Gambar yang aku tangkap dengan kamera handphone ni kira sikit lagi taw... ni je gambar yang aku sempat ambil gambil... Paling banyak chips kami bertiga pernah capai 700++millions...tak sempat aku nak ambil gambar buat kenangan, akaun kami bertiga kena 'hack' dengan babi mana tak tau.. habis chips kami bertiga....kalau seorang je kena tak apa lagi.. ni ketiga-tiga kami kena hack.. Sedih dow, macam nak menangis aku....sia-sia usaha kami lebih kurang 2-3 bulan...siang malam kami main... impian kami dulu nak capai jumlah chips 1 Billion seorang.. nak jadi top poker player Malaysia la kononnya... berkecai impian kami lepas kena 'hack'.. hanya tinggal kenangan jadinya.. membe aku punya sedih sampai tak lalu makan hahahhaha... serius ketagih game poker ni.... sampai sekarang kami merajuk dengan Texas Poker Holdem ni.. kami bernekad tak nak main dah.. merajuk!!!!!

Cilaka betul sape yang hack akaun kami.... kami tak akan halalkan hahahaha lol... Lepas tu baru kami tahu yang ada orang jual chips ni kat game poker tu.. harga yang diaorang jual ikut penjual dia.. 1million lebih kurang 3-5 US dollar.... Huhh..chips tipu pun diaorang boleh buat duit.. aku rasa geng-geng ni yang 'hack' akaun kami... kami siap email lagi kepada pembikin game ni, Zynga sebab nak komplen.... email yang diaorang balas cuma dia kata diaorang orang akan siasat.. tapi susah la nak dapat balik... sampai sekarang tak dapat balik... Ini la sedikit sebanyak kenangan aku dan the geng gila dengan game online Texas Poker Online ni :)

Friday, October 29, 2010

IBU BUNUH BAYI KERANA FARMVILLE

Farmville?? Game yang agak famous kat Facebook yang cara permainannya macam bercucuk-tanam tu~ Hari-hari kena buka game ni kalau main. Siapa yang minat berkebun boleh la main game ni. Aku pun pernah ketagih main menda ni dulu, sampai level 30 ja, tak larat nak click-click, sakit jari aku nak bercucuk-tanam dalam farmville. Segila-gila aku main dulu pun tak la sampai macam kes perempuan jahanam ni, sampai hati bunuh anak dia kerana ketagih main Farmville ni.


Alexandra V. Tobias (22) dari Jacksonville Florida dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun kerana membunuh bayi beliau secara menggoncangnya sehingga kepala terhantuk ke meja komputer. Alexandra naik berang kerana bayinya yanng berusia 3 Bulan menangis ketika beliau asyik bermain Farmville Januari lalu. Bodoh punya mak, pasal game pun sanggup bunuh anak sendiri.

Alexandra ni sanggup goncang anak dia, lepas tu,hisap rokok sebatang untuk menenangkan diri sebelum goncang anak dia sekali lagi sehingga mati. Sempat lagi dia berhenti menghisap rokok semasa bunuh anak dia. Haiz~ Main game sampai bunuh anak sendiri, gila aku rasa perempuan ni. Kepada sesiapa yang ada add perempuan ni dalam friendlist Farmville, sila cepat-cepat remove sebab mungkin roh anak dia ada lam akaun farmville dia untuk membalas dendam, Saja aku nak mereka-reka cerita hehehehe :)

Contoh view dalam Farmville


Kepada gamer-gamer sekalian, sila kawal ketagihan anda sebelum perkara-perkara macam ni berlaku.

Laporan asal blogserius via games

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...