Showing posts with label KREATIF. Show all posts
Showing posts with label KREATIF. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

BAGAIMANA PEREMPUAN MENILAI LELAKI DAN BAGAIMANA LELAKI MENILAI PEREMPUAN




Ini bukan post serius hehehe gambar di atas menerangkan bagaimana perempuan menilai lelaki dan bagaimana lelaki menilai perempuan. pernilaian dibuat dengan persamaan matematik ala-ala serabut. agak kreatif gambar ini bagi Akuserabut. yang agak 'kasaqq' bagi perempuan. lelaki menilai perempuan berdasarkan rupa atau tahap ke'hot'an nya. sebab semua benda lain di'darab' dengan rupanya. tak kira la perempuan tu tahap 'intelligence' dan 'homor' tinggi. hasil jawapan penilaian kena 'darab' dengan rupa jugak. Aku bagi contoh ok persamaan lelaki menilai perempuan... kalau perempuan itu tak da rupa maka nilai nya 0. Oleh itu hasil persamaannya jugak kosong.. kan nilai apa pun bila darab dengan 0. jawapannya 0 jugak. buat-buat la paham k hahaha lol. jangan marah noh gurls. merapu je.. peace :)

pic source foolzfun

Monday, January 3, 2011

CAWAN GIGI



Sesiapa yang malas atau orang Kedah cakapa 'Baloq Liat' nak gosek gigi baik anda beli Cawan Gigi ni atau dalam bahasa Inggerisnya Teeth Mug.. Cawan gigi boleh mengingatkan kita tentang kebersihan mulut dan gigi kita.. Tengok la warna cawan ni... warna putih.... macam warna gigi kan? bila kita minum nescafe atau kopi, air yang kita minum itu akan melekat di celah-celah gigi cawan tu seolah-olah menggambarkan keadaan gigi kita lepas kita minum air dalam cawan tu... comfirm ada sikit rasa geli gelimang hahahaha lol... so, dari situ kita boleh selalu diingatkan oleh cawan ni supaya jaga kebersihan gigi kita.. rajin-rajin la gosok gigi nah...

Satu lagi kelebihan cawan ini.. kalau ada orang guna cawan ni la kan... mesti tak ada orang nak share atau 'pao' air dia.. sebab geli tengok gigi tu...... sesiapa yang berminat beli la satu k... $24 dollar ja :P (kopak duit aku...)



via yankodesign

Sunday, January 2, 2011

HITLER MARAH INDONESIA KALAH-LAWAK

Pagi hari ini aku nak post menda yang ringan-ringan je...berhenti kejap nak serabutkan kepala... bila kepala aku dah stabil sikit baru aku nak kasi serabut balik.. Ini kisah video Hitler lagi.... dah macam-macam dah orang buat subtitle bukan-bukan dengan klip video.. tapi serius aku gelak pecah perut.... dulu yang last aku tengok Hitler marah pasal Kereta Proton Inspira..Kali ini pasal Indonesia kalah dengan Malaysia Final AFF Suzuki Cup pulak...

Memang ada seni kekreatifan sape yang buat subtitle ni... aku salute !!! sebab berjaya menceriakan pagi aku :) Jom layan~



Ayat aku paling like - "ini bukan burung garuda, ini ayam sayur " hahahaha lol


credit to LYNAnimeShrine


Monday, December 27, 2010

ANGKA 26 MEMBUATKAN RAKYAT INDONESIA JADI TRAUMA

Aku tertarik dengan kenyataan membe aku post kat facebook. dia pulak dapat kenyataan ni dari orang lain,so aku tak taw kenyataan siapa. layan je la~


26 Disember 2004, Tsunami di Acheh
26 Mei 2006 Gempa bumi di Jogjakarta
26 Disember Kalah kepada Malaysia

Gol pertama dan ketiga umur penjaringnya 26 (Mohd Safee Sali)
Gol kedua penjaringnya memakai jersi 26 (Ashari Samsudin)
Angka 26 menjadi tarikh menakutkan bagi rakyat Indonesia hahahahaha



Serius lol kenyataan ni hahahhhahahha

Thursday, December 23, 2010

DINOSAUR MASIH WUJUD?-LAWAK

Percayakah anda bahawa dinosaur masih wujud? aku telah mendapat satu maklumat yang menyatakan dinasaur masih wujud di Amerika Selatan dan Afrika. Tengok gambar ni :)



Percaya ke belum? hahahahahaha


pic source topstrange

Tuesday, December 14, 2010

CARA MENERANGKAN SEKS KEPADA BUDAK-BUDAK SECARA KREATIF

Pernah terpikir tak macam mana nak terangkan pasal sex kepada budak-budak?? Penin jugak aku nak terang kalau adik-adik sepupu aku yang kecik tanya..macam mana nak jawab? dulu ada kes aku tengok movie Hollowman dengan 2 orang adik-adik sepupu aku yang berumur 4 dan 6 tahun. Tiba-tiba ada scene nampak tetek. hahahahaha boleh pulak diaorang melawak kata tetek perempuan tu macam tetek aku. gelabah aku takut mak diaorang(mak sedara aku) dengar...

Ketika itu mak sedara aku tengah masak kat dapur, terdengar pulak dialog budak-budak 2 ekor tu. Apa lagi kena marah la aku kata aku bukak cite bukan-bukan bagi adik tengok huhuhuhu tak bersalah aku, aku tak sengaja hahahahaha itu lah pengalaman aku dengan adik-adik sepupu aku :)

Ni aku nak post satu video yang superb kreatif yang menerangkan pasal sex hanya menggunakan pen. mari kita layan~~hehehehehe

Tuesday, November 23, 2010

LEGO MAN BOGEL-AGAK LUCAH

Pernah jugak aku main permainan Lego ni semasa otak aku masih suci dulu. kenapa aku kata otak aku suci? Ye la, aku tak pernah terpikir nak buat 'burung' Legoman dulu. itu la buktinya otak aku suci lagi dulu wakakakaka lol

Ni aku bagi gambar Lego man yang agak lucah atau 18sx hahahahaha..siap dengan part-part lego yang diperlukan untuk membuat Legoman dengan 'burung'nya, cuba la buat nanti k :)



via aomgwtfbbq

Friday, November 19, 2010

PENDRIVE TRANSFORMER



Siapa boleh hadiahkan aku pendrive transformer ni? Serius style pendrive ni. aku memang minat transformer dari kecik lagi. semasa kecik aku suka simpan robot-robot Transformer ni, agak banyak jugak la.dari yang saiz kecik sampai yang saiz besar.lepas aku sambung belajar, habis sepupu-sepapat aku yang kecik kebas barang permainan aku huhuhuhu sedih :p

Pendrive yang diberi nama Ravage Transformer USB Flash Drive ini berharga $42.99 USD dengan memory 2GB. Sesiapa yang nak hadiahkan pendrive ini kat aku dialu-alukan hahahhahhaa. Ada banyak lagi pendrive yang menarik+kreatif+cool yang aku jumpa ni link dia (link), tapi yang paling aku minat yang ini :)

via pixelelement

Saturday, October 30, 2010

BELI BOOBS UNTUK TUJUAN KEBAJIKAN

Agak kontroversi tajuk post aku kali ni hehehehe. Aku tertarik dengan konsep kutipan derma oleh Keep-a-Breast. Kempen yang dijalankan untuk mengutip derma untuk golongan penghidap penyakit kancer payudara.

Kempen ini sangat berjaya kerana konsep yang menarik tetapi agak tidak sopan kalau dijalankan di Malaysia. Keep-a-breast mengambil/membuat sculpture boobs(payudara) artis-artis Hollywood yang hot dan melelong kepada orang ramai yang berminat. Harga lelongan sculpture Boobs(payudara) artis-artis ni mencecah puluhan ribuan dollar. Serius murah hati siapa yang beli boobs ni hahahaha.

Proses membuat sculpture payudada ni dipanggil Breast Casting. Proses Breast casting ini dilakukan dengan menyapu plaster ke atas payudara artis yang berminat dengan kempen ini. Selepas plaster yang disapukan kering. Plaster yang kering itu ditanggalkan dari payudara artis tersebut,kemudian sculpture itu diwarnakan atau dilukis dengan lukisan yang abstrak.

Selain artis, orang awam pun boleh beramal melalui kempen ini. Sesiapa yang berminat untuk menyimpan sculpture payudara sendiri sebagai kenangan boleh la buka link ini keep-a-breast.org hahahaha lol

Ini Contoh Boobs yang sedang dilelong. Boobs ini milik Tila-Tequila. Harga semasa $44,ooo. Sesiapa yang berminat boleh bid lagi hahahahaha. Serius berjaya cara kutipan derma ini kan? :)



Sesiapa yang berminat cepat-cepat bid k. Lelongan dibuka sampai 06-11-2011 ja :p


Tila-Tequila, Hot tak? Hehehehe


Slogan Kempen : I Love Boobies :P

Pendapat aku tentang keep-a-breast ini, agak pelik dan lucah cara kutipan derma ini. tetapi ia berjaya mengutip dana untuk menyelamat nyawa pesakit kanser payudara. Agak tak sesuai kalau Malaysia nak meniru konsep kutipan derma macam ni. pendapat anda pula???

via celebridiot

Friday, October 15, 2010

PREGNANCY TIPS

Saja nak share pasal tips bagi perempuan yang mengandung. Motif post entry ni sebab aku rasa ia sangat kreatif dan mempunyai unsur komedi. tergelak-gelak aku tengok tips ni :)






















via smilepanic

Friday, October 8, 2010

CONDOM UNTUK PEROKOK

Memandang ramai bloger sudah buat entry pasai harga rokok yang naik. Aku nak post pasai rokok juga, tapi bukan pasal harga rokok. Post aku kali ni berkaitan dengan ciptaan baru iaitu condom untuk si perokok.

Apa kaitan hisap rokok dengan condom pulak kan?hehehehe... Benda cuma bentuknya saja macam condom tapi bukan untuk pakai kat 'burung' anda pon kakakaka..Condom ini hanya untuk membuang abu rokok ke dalamnya.Berfungsi sebagai ashtray,tapi ashtray ni leh bawa bersama ketika jalan2. Kan ramai je perokok yang suka hati membuang abu rokok di merata tempat. Selain itu, condom ini juga boleh gantung ke leher, boleh buat sebagai necklace macam tu. kalau jalan2 jumpa tong sampah tu buang je la abu rokok kan tong sampah. kan senang??tp sapa la nak sanggup beli dan pakai menda tu..buang je kat mana2 abu rokok tu lagiiiiii senang kan???

Bagi perokok yang mempunyai semangat cintai akan alam sekitar yang tinggi boleh la pakai lol :)


Designer : Qian Jiang



Nasihat untuk perokok USE CONDOM TO SAVE THE WORLD :)

via YANKO

Thursday, September 23, 2010

CONDOM USB



Usb pon pakai condom skrg.Fungsi dia pon lebih kurang gn condom yg betul untuk protection :) hahahahaha.

Comdom usb ini berfungsi sebagai stopgab antara device gn komputer or laptop. Benda ini dikatakan boleh membunuh deadly viruses, the nuisance of spy ware,nasty bug~~
Designer: Ko Yang

Benda ni pakai utk device je taw~~

via YANKO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...