Sunday, October 30, 2011

HARGA KASIH SAYANG

Pagi ini aku nak mencerita satu perkara serius. perkara yang ada kaitan dengan kasih sayang. bagi aku kasih sayang tu satu menda yang subjektif. sukar diluahkan tetapi boleh disampaikan dalam pelbagai cara. cakap semua orang boleh cakap. tapi nak bagi orang lain rasa kasih sayang tu macam sukar kan? lagi-lagi la nak sampaikan kepada ibu bapa kita.

Malam tadi masa aku tengah melepak dengan 2 orang kawan di kedai mamak. mata aku terpandang sepasang suami isteri yang biasa tetapi si suaminya sedang mendukung seorang bayi yang mungkin tak biasa. bayi itu bayi istimewa. takdirnya dilahirkan tak normal yang digelar 'down syndrome'. pandangan aku ke arah mereka bukan pandangan pelik atau menghina. tapi pandangan aku tersentuh dengan curahan kasih sayang suami isteri itu terhadap bayi istimewa itu.

Aku tersenyum syukur. hati aku tersentuh. keadaan itu membuat aku bertambah sedar bertapa ternilainya kasih sayang ibu bapa kepada kita. walaupun kita banyak kekurangan. kita bodoh. kita tak cantik. kita tak kacak. ibu bapa kita masih sayangkan kita. masih anggap kita la yang terbaik. macam pasangan suami isteri tadi. walaupun mereka sedar anak mereka tak normal macam anak orang lain. mereka masih sayang. masih bangga dengan anak mereka. tidak sesekali malu kerana anak mereka macam tu. mereka masih bawa bayi yang istimewa itu keluar berjalan. makan di kedai mamak.

Malam tadi aku dapat rasakan indah nya sebuah kasih sayang ibu bapa bayi itu. tidak ternilai dengan wang ringgit korang tau tak? Macam kita. seteruk mana pun kita. mereka masih ambil tahu pasal kita. masih sayang. Kalau kita buat salah. tak kira la kita buat salah seribu kali pun. ibu bapa kita la individu yang tak akan serik-serik beri kita peluang berubah. mereka masih berharap kita berubah. mereka nak kita jadi baik bukan taik. Serius sedikit sebanyak pandangan aku ke arah keluarga itu mematangkan aku.

Kadang-kadang kita terleka dengan kasih sayang itu. termasuk aku. bingung dan serabut bila kekasih marah. tapi bila ibu bapa marah. letak tepi. celaka kan macam tu? kekasih nak ditemankan. sanggup. ibu bapa keseorangan. kita anggap biasa. kekasih lapar. kita sedih. sanggup redah hujan belikan makanan untuk isi perut kekasih tercinta kononnya. macam mana dengan ibu bapa yang sanggup berlapar untuk kita? tak ingat? tak adil bukan? mereka sanggup buat apa saja demi kita. kita pulak macam mana kita hendak membalas? pikir sendiri.

Sering-kali aku hairan. hairan dengan golongan yang sanggup buat apa saja untuk kekasih masing-masing. post kat facebook. post kat blog. post gambar kekasih bagai. semata-mata menunjukkan cinta kononnya. sampai terlupa letak mana ibu bapa mereka dalam hati mereka. mana anda letak ibu bapa anda? lupa dalam tingkah laku boleh diterima lagi. jangan sesekali lupa dalam hati sudah. akhir kata. jangan sesekali lupa akan kasih sayang yang mereka curahkan kepada korang ok! hargai lah mereka. peace!



Thank you for the love

Friday, October 21, 2011

SERAM PAGI BUTA

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. jari-jejari masih tidak berhenti memicit-micit tetikus yang disambungkan ke komputer riba. suasana agak sunyi. lantas membuka lagu secara rawak untuk memecah kesunyian. kedengaran bunyi kucing sedang mengiau seperti hendak memberitahu sesuatu. aku terdiam. ditemani lampu meja untuk aku terus memicit tetikus yang terletak di hadapan aku. tiba-tiba terdengar satu suara yang semakin lama semakin kuat merangsang gegendang telingan aku. jantung seolah-olah terhenti supaya otak dapat fokus mentafsir suara apa kah itu. suara itu berbunyi :


"haa dia mai dah. dia mai dah."


Keadaan menjadi seram sejuk. pikiran entah hilang ke mana. bulu roma sudah menegak merasai kesejukan pagi yang belum cerah. suara siapakah itu? bisikan hati masih tidak pasti. tafsiran otak bercelaru. suara itu semakin kuat dirasai gegendang telinga. langsung aku berazam. memberanikan diri. aku harus kuat. belagak gagah seperti pahlawan yang berjuang di medan perang. terus aku memberanikan diri menoleh belakang!


Nakharun! roommate aku si Mael mengigau lagi rupanya! apa punya spesis ngigau la hang ni. dok kata "dia mai dah. dia mai dah". menatang apa yang mai tak tau. hahaha! serabut aku! Membe aku si Mael ni selalu mengigau. serius tak tipu. tapi kelebihan Mael ni. kita boleh berdialog dengan dia masa dia ngigau. lebih kurang macam ni.


Mael : dia mai dah. dia mai dah! (mengigau)

Aku : haa sapa mai Mael?

Mael : depa tu la!

Aku : Mael. esok nomboq ekoq kuaq macam mana?

Mael : Hais!!! (pastu sambung tidur balik)


Apa macam? membe hampa ada? kakaka! Jangan marah noh Mael. aku gurau ja. tapi hang serius selalu mengigau la. tak percaya hang boleh tanya Zakwan, Kimy atau Acip. aku rasa lepas ni aku nak catit la dialog apa masa hang mengigau. lepas dah kumpul banyak-banyak. pastu aku nak buat buku bertajuk. " Ngigau-ngigauan Mael ". LOL lawak jak Mael! sory noh. peace!



Haaaau. mengantuk dah. nak tidoq dulu kbai!

Monday, October 17, 2011

AKU BELUM BERSEDIA

Tengah merayau-rayau dalam fesbuk. terlihat status seorang kawan. tentang pemergian bonda tercinta beliau. takziah kawan. semoga hang kuat. kuat untuk menempuh dugaan ni. tetiba aku menjadi sebak. terbayang macam mana kalau aku berada di tempat itu. serius aku belum bersedia. belum bersedia dari pelbagai aspek. tak terkira.

Takziah? senang diucap. semua boleh ucap. tapi kalau dirasai. tidak semua boleh. kerana bukan semua orang sama takdirnya. aku masih beruntung. masih ada lagi ibu bapa yang menjadi pendorong aku. masih ada mereka untuk marah aku. masih ada mereka untuk aku derhaka. melawan cakap. tak dengar cakap. memberontak. tapi bila aku bayangkan mereka satu-satu pergi meninggalkan aku. aku jadi sebak lagi. hipokrit kan aku?

Setaik mana pun orang lihat aku. aku tetap permata bagi mereka. masih tak henti-henti menasihati aku. memang aku sangat belum bersedia untuk kehilangan mereka. bayangan itu pun sudah cukup membuat aku sebak. sedih. takut bagai. sekali lagi aku nak ucapkan takziah kepada kawan aku itu atas pemergian bonda beliau. harap-harap kuatkan semangat hang. dan hang dapat lalui detik-detik sukar itu. ikhlas dari aku.




Gambar ini diambil pada tahun 1989 atau 1990 camtu kot kalau tak silap. Masa tu aku kecik lagi. sekarang ni besaq kedabak. bapa aku baju putih, ibu aku baju merah. mereka ni la nafas aku. Aku sangat rindu mereka sekarang! cuti raya haji nanti nak balik gaduh dengan mereka. yeahh hahaha! kalau bagi aku pilih antara satu bas Maria Ozawa dengan mereka. aku masih pilih mereka bahaha! gurau ja! sampai sekarang aku masih tak puas hati dengan mereka satu bab ni.


aku : mama, ran dengan papa sapa hensem lagi ??!!

mama : papa! (tanpa rasa bersalah kerana menyinggung perasaan aku!)

papa : (buat derk je sambil main misai control macho)


Grrr.Kbai.

Saturday, October 15, 2011

23 KALI MENGELILINGI MATAHARI

Pukul 5. 30 pagi. masih tidak dapat melelapkan mata. kepala runsing memikirkan tugasan tetapi tangan masih membisu. tak gerak pun kerja. asyik nak serabut saja! susah jugak kan? kalau keruncingan otak melebih gerak-gerak tangan. tak siap-siap la kerja aku! nakharun! Terlebih dahulu nak bagitau yang BlogSerabut sudah bertukar wajah. dari hitam ke putih. moga-moga cerah sikit kepala otak aku kalau hendak menulis nanti.

Tanggal 13 October yang lepas. genap la 23 kali aku menemani bumi mengelilingi matahari. atau bahasa senangnya. Hari jadi aku la! hampa ni sekali sekala aku nak bersastera pun payah LOL. tidak ada apa yang istimewa pasal entry ni. yang ada cuma sedikit coretan isi hati serabut ni. 23 tahun dah umur aku sekarang. tak jelas akan kejayaan yang aku kecapi. masih seorang serabut yang tak henti-henti mencari identiti. masih serabut dengan pelajaran. dah tua-tua pun belum habis belajaq lagi. hais. tapi tak apa la. biar lambat asal selamat. ayat menyedap hati.

13 October. banyak sangat kejutan aku dapat. terharu. terkejut. sedih. gembira semua timbul serentak. Terlebih dahulu nak ucap terima kasih kepada mama dan keluarga tercinta. walaupun ucapan dari panggilan. aku masih menghargainya. tahun ni dah masuk empat kali aku menyambut kedatang hari jadi aku dekat tempat aku menuntut ilmu ni. keempat-empat kali itu pulak masa aku sibuk dengan ujian la. sibuk dengan presentation la. tugasan la. hais nasib badan. masa hari jadi ja. masa tu la jugak sibuk tu datang!

Hari itu. Pensyarah aku pulak yang tetiba bawa kek coklat. tetiba nak buka lagu "Selamat Hari Jadi Sayang". seriusss terharu sampai tak terkata. terima kasih Dr. Mawar . Semoga Dr selamat menunaikan ibadah haji. Selamat pergi dan selamat pulang. Saya akan merindui kelas Dr. dan saya berjanji akan secepat mungkin langsaikan tugasan cerpen tu! dem! bila pikiaq balik asignment cerpen tu aku dah serabut balik bahaha! menggigil aku nak menulis cerpen!

Malam tu pulak. family aku kat UKM ni buat prank kat aku. terima kasih! korang memang berjaya menyerabutkan aku. berjaya merisaukan aku. cilakak! tak lupa kepada junior aku seorang ni si Ah Meng . yang berusaha berlakon untuk prank aku. tetapi muka nak ketat ja. hahaha! sila tingkatkan mutu lakonan hang dari senior-senior lain ok! serius lawak.

Sampai sini saja la kisah serabut aku. sesekali nak tulis dairi dalam BlogSerabut ni. tak salah bukan? Terima kasih untuk semua yang wish hari jadi aku. tak kira la ucapan dari mana pun. facebook ke. face to face ke. sms ke. terima kasih kerana masih mengingati aku. tacing pulak malam-malam buta ni. taik betul! hahaha!

Ini khas untuk mereka blogger yang terlibat dalam usaha memprank akuserabut!


Mael : Happy Birtday jugak mael sampin!

Echa : Thankyou echa di atas sumbangan kek, macaron, kek lapis bagai!

Hanismanis : Lakonan hang memang nak kena pelempang. sebab berani hang maki senior-senior hang!

Hakam : Terkejut aku bila hang buat-buat nak pukul Hanis. nakharun! hahaha!

Iznul : Ini lagi seorang junior nak kena pelempang! bila hang mau hapdate blog haa?

Joe : Junior dalam list nak kena pelempang jugak!

Ayap : ni pelakon tambahan datang makan kek ja hahaha hoi dah mati pucuk ka nak menulis blog?



Terima Kasih Kalian. terharu!



Yang hijau tu aku. yang biru tu Mael. Ini kek gay hahaha!



p/s -hais menci hari jadi! sebab tua setahun pulak bahaha!

-agak sibuk dengan masalah-masalah dunia sekarang.

-jangan maki sebab ini entry dairi akuserabut hehehe!

Monday, October 10, 2011

JOM PANJANGKAN BURUNG

Kali ini tulis entry pagi-pagi buta lagi. pukul 4.30 pagi. semalam kecoh pasal keindahan bulan. tapi aku dengki dengan bulan itu. mengambang cantik sambil dilingkari bulatan seakan-akan pelangi. bulan itu pentingkan diri sendiri! biarkan aku di sini gerhana. gelap. serabut hendak menulis cerpen untuk tugasan. menulis merapu aku mampu. nak menulis serius aku serabut. nak mulakan picitan pertama ke papankekunci pun kelam kabut hais!

Aku buka blog. picit shoutbox. aku nampak ini




Banyak pautan dalam Bahasa Inggeris aku temui. berbagai. tapi tujuan hanya satu. promosi yang sama! promosi tentang :





Nakharun! iklan kasi panjangkan burung. ini bukan burung sebarangan. burung ni mampu bertarung LOL Selalu pulak ada kat Shoutbox aku! dekat email macam tu jugak. beratus spam. kadang-kala hampir ribuan. semua iklan menda ni. boleh bikin serabut ni.

Tolong la. aku budak baik. blog aku ni tak dak menda pelik-pelik pun. kan? kan? kan?!!!! kbai!



p/s orang yang setuju kata aku budak baik ja boleh komen entry ni. kakaka!

Friday, October 7, 2011

APA BEZA ORANG KAMPUNG DENGAN ORANG BANDAR?

Sengaja aku nak berkongsi keserabutan masa aku dekat kelas Isu-isu Pembangunan tadi. Pensyarah aku tanya apa beda 2 jenis golongan manusia. orang kampung dan orang bandar? satu kelas kebingungan. blur. jawab apa pun tak kena. Pensyarah tanya aku.
-Kamu orang kampung atau orang bandar?
-Saya orang kampung.
-Baju jenama apa yang kamu sedang pakai sekarang?
-Hmm. Bodyglove. ( kebetulan aku pakai baju bodyglove)
-Tudiaaa. orang kampung pakai baju Bodyglove.
(satu kelas gelak! dem!)

Pensyarah tu tanya budak lain pulak.
-Kamu orang kampung atau orang bandar?
-Saya orang kampung. jawab budak tu.
-Kamu reti panjat pokok kelapa?
-tak.
-Kamu reti panjat pokok kelapa sawit?
-tak
-Lepas tu mana yang ciri-ciri orang kampung tu?
(Satu kelas gelak lagik)
( Semua orang jadi bingung dengan soalan yang macam mudah. tapi macam serabut!)

Pensyarah itu tanya lagi.
-Kalau orang itu duduk di bandar tapi masih menggunakan air hujan untuk membasuh kereta atau basuh kaki. orang itu orang kampung atau bandar?
Aku paling serabut dengan contoh soalan macam ni! buat aku pening ja. tapi agak menarik sebab kadang-kadang kita tak perasan akan sesuatu pembangunan dalam sebuah negara itu sehingga kita susah nak bezakan antara orang kampung dengan orang bandar. dua golongan itu nampak macam hampir sama dari segi pakaian. makanan. kemudahan. sekolah dan macam-macam.

Topik ini buat aku fikir yang hmm kira membangun la negara kita noh. cara menentukan golongan orang kampung atau bandar pun sudah beda dari semasa ke semasa. dulu lain. sekarang lain. tak beza pun sekarang ni antara orang kampung dan orang bandar. mungkin udara yang dihidu itu tidak sama. tapi kegiatan harian dan ciri-ciri kasar hampir sama.

Masalah sosial pun hampir setanding. gejala minah rempit la. bohsia la dan macam-macma lagi. kat semua tempat ada. tak kira bandar atau kampung. tak ada beza! korang ingat awek kampung semua macam dulu? hari-hari kat dapur macam dulu? zaman Hang Tuah boleh la kot. sekarang ni semua belajar tinggi-tinggi. sudah tak nampak beza dah antara orang kampung dengan bandar.

Walaubagaimana pun. yang betul-betul kampung masih wujud di bumi tercinta ni. bukan aku nak mengutuk ok. tapi ini kata pensyarah aku. negeri-negeri di Sabah Sarawak banyak lagi kampung-kampung yang betul-betul kampung! tak ada elektrik. tak ada sumber air paip. masih bergantung kepada air semulajadi. tak ada telefon.

Sampai sini saja la. saja nak share-share dengan korang keserabutan aku. tapi kan. sampai sekarang aku masih serabut dengan apa beda bandar, kampung, luar bandar, pekan, dan seangkatan dengannya. serabut-serabut! ini la asignment aku sekarang. mengkaji ciri-ciri semua tempat tu mengikut fahaman era-era yang berlainan ( macam tak betul ja ayat aku). lantak la LOL.peace! jangan malu, jangan segan, kita tetap rakyat Malaysia!


p/s -aku orang KL (Kampung Lampam) hahaha! serius nama kampung aku ni! teletak di Pendang, Kedah.

-Ikan Lampam pulak kalau buat asam pedas. meleleh ayaq liuq!

updated :


tolong la percaya ini ikan lampam 2.9 kg bahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...