Tuesday, March 29, 2011

STORAGE 1GB 20 TAHUN DULU



Ini dia gamabr storage 1gb 20 tahun dulu, lebih kurang 1980-1990 macam tu la kot. gila babeng punya besar. dah macam enjin motor dah aku tengok. dulu lain la kan. bebudak dulu pakai disket je. sekarang pakai pendrive. ingat lagi zaman sekolah rendah dulu. sapa ada disket tu memang boleh kerek tahap hanjing la. kira boleh buat macho la dengan disket 1.4mb tu hahaha. 1.4mb pun boleh letak game ooo dulu. game supermario aku ingat lagi.

Sekarang ada lagi ke budak sekolah pakai disket? dulu aku beli disket RM2 kalau tak silap aku la. kalau rehat bawa pergi kantin takut orang curi. bangga gila la dengan disket dulu. lagi-lagi ada sticker superhero macam Xman lol

via myfunmails

Monday, March 28, 2011

ICAF 2011-KELAB TEATER PRASADA

Ni Akuserabut nak bagitaw Kelab Teater PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn, UKM akan membuat satu persembahan untuk pertandingan teater Inter College Art Festival (ICAF) 2011 yang dianjurkan Pusat Kebudayaan UKM. Pertandingan Teater dalam ICAF ini menggunakan Bahasa Inggeris. jadi kena speaking gitu. Selain pertandingan teater. ada juga pertandingan lain seperti Nasyid, Music dan Tarian. Sesiapa yang berminat datang tengok k, pertandingan bertempat di Panggung Seni UKM. ini poster ICAF 2011 :



Kelab Teater PRASADA kali ini membawa skrip yang ditulis sendiri oleh Pengarah Kelab, Joe Hassan. Skrip untuk ICAF 2011 ini bertajuk ENDLESS LOVE. menceritakan tentang kisah cinta macam tu. malas nak cerita banyak-banyak pasal skrip ni nanti tak stim pulak hahaha.

Arahan :
Syed Omar Faizal a.k.a Saido

Watak-watak dalam skrip Endless Love :

Remy dilakonkan oleh Joe Hassan
Julia dilakonkan oleh Hanismanis
Bella dilakonkan oleh Zety

Persembahan Kelab Teater Prasada berlangsung pada 28.03.2011(Isnin). jam 8.45 malam. bertempat di Panggung Seni UKM. masuk adalah percuma !!! tak kena duit pun. sesiapa yang berminat datang la tengok k. tak berminat pun datang tengok jugak lol


You messin with me, You messin with PRASADA :)

Sunday, March 27, 2011

TETEK BOLEH UP TRAFFIC BLOG ANDA

Pagi ini hujan tidak turun menetek-netek tapi aku tetap mahu bincang pasal perkataan "tetek". Kalau korang selalu usha Blogserabut mesti selalu jumpa perkataan tetek. Sampai membe blog aku cakap Blogserabut lucah la selalu post pasal tetek, tak dak menda lain ke yang nak post. asyik-asyik tetek.. tetek .. dan tetek... terima kasih ke atas teguran anda semua, Akuserabut menghargai anda semua, tapi aku rasa menda yang aku post tu tak la teruk sangat sampai anda semua boleh stim dan akhirnya mimpi tetek Maria Ozawa huhuhu maafkan saya kepada yang sensitif dengan perkataan tetek ni. Bagi akuserabut, apa yang lucah sangat pasal tetek ni? semua orang ada tetek. tak kira la lelaki ke perempuan. yang membezakan tetek lelaki dan perempuan adalah tetek lelaki tak boleh menyusu, tetek perempuan boleh menyusu. masa kecik-kecik dulu aku pun hisap nen nen dari tetek jugak !!!

Ok, masuk kepada tajuk entry ini. Sejak aku ada buat entry yang ada perkataan tetek ni kan. entry tu la paling hot dan menjadi top entry Blogserabut. Page view Blogserabut pun naik secara tidak sengaja. serius Akuserabut tak berniat nak up traffic blog dengan cara post perkataan tetek ni. tapi ini la terjadi dengan Blogserabut.


Entry yang paling HOT berminggu-minggu
TETEK FAZURA-DULU DAN SEKARANG



Kalau search Google perkataan " tetek fazura". Blogserabut list first ok !!!


Keywords Analytics dari Nuffnang Blogserabut perkataan "tetek fazura" paling top lagi !!!

Dashyat betul perkataan tetek ni kan? memang power habis la. serius aku tak merapu kali ini !!! Aku post pasal tetek ni bukan nak melucahkan Blogserabut. aku post sebab aku rasa ada sence lawak di situ dan aku rasa pengunjung Blogserabut semua kebanyakannya sudah mencapai umur 18 tahun atau sudah mencapai tahap baligh. dan aku rasa lagi pengunjung Blogserabut ada otak yang masak untuk bernilai menda apa positif dan menda apa negatif !!!

Haiz~tak tahu la nak kata apa lagi. Hmm... kalau anda rasa Blogserabut ini Blog lucah. aku rasa Blogserabut tak cukup lucah lagi. dan kepada yang boleh terima entry-entry dalam Blogserabut. terima kasih. tidak lupa jugak kepada yang sudi singgah dan sudi follow. saya menghargai anda semua. thank you muah2 lol peace :) Kesimpulannya, tetek boleh up traffic blog anda hahaha wtf!!!

Saturday, March 26, 2011

CARA NAK MEMBAPOKKAN DIRI

Akuserabut agak sibuk sikit sekarang. update blog pun kadang-kadang dan jarang-jarang ja. sebab aku terlibat dengan satu produksi teater untuk satu pertandingan teater English. sekian saja dairi aku di Blogserabut ni hehehe Ni aku nak share pasal cara nak membapokkan diri anda. khas untuk golongan lelaki yang berjiwa kebapok-bapokan lol jom tengok :


Benda yang diperlukan untuk membapokkan diri anda adalah seletep, baju spek mata, kain/sarung tangan/stoking dan baju perempuan. sesiapa yang berminat buat la. siap nampak lurah ok !!! berdarah hidung lelaki terrrtengok hahahaha

pic source dogguie

Thursday, March 24, 2011

WELCOME TO MALAYSIA ROSALINDA BUFFALAXED

Aku rasa nak lempang je orang yang buat subtiltle dengan penyanyi tu sekali hahaha lol



video credit to jerinelay


Tuesday, March 22, 2011

HOBI SALING MEMUJI GAMBAR FACEBOOK SESAMA SENDIRI

Fuhh..Thank God akhirnya laptop aku kembali pulih semula. dengan ini aku nak ucap ribuan terima kasih kepada Hakam Deonatalio :P kerana berjaya mempomen laptop aku dan menyambung semula wayar2 dalam perut laptop aku yang putus. tak dak hang tak taw la nasib laptop aku Hakam. tak leh la aku nak hapdate Blogserabut ini selalu. terima kasih manyak2 sekali lagi.

Entry kali ini aku nak berkongsi la satu hobi baru bebudak gurls Facebook yang agak buat aku geli usus dan tulang pungkoq aku lol Hobi yang buat aku maksudkan adalah "Hobi saling memuji gambar facebook sesama sendiri". lebih kurang macam 'aku puji ko comel, nanti ko pulak puji aku comel' serius tak tipu la banyak orang hobi ini sekarang hahaha sebab kat wall banyak pulak naik gambar-gambar profile pic orang lain yang komen dan puji kaw2. bukan aku nak jeles ok!!! ini cerita serius ni !!! kebanyakannya bebudak gurl di usia belasan tahun atau yang bersekolah menengah.

Kalau sesiapa yang yang minat hobi macam ni. aku nak bagi tips sikit berdasarkan apa yang aku lihat dan kadang aku buat jugak menda-menda di bawah ni kikiki :

1. Edit semua gambar anda supaya nampak putih melepak, yang gelap pun kasi putih jugak tak kira !!!

2. Edit semua gambar supaya tak nampak jerawat batu anda. kalau nampak jugak jerawat batu tahap jerawat gajah pakai photoshop buang jerawat itu ok.

3. Yang gurls, ambil gambar dari atas sampai nampak longkang2 di dada anda supaya kadar komen dan like boleh meningkat secara mendadak !!!

4. Selalu komen gambar orang lain kata comel, kiut, cantik, pretty dan beatipool. dan orang lain pun mesti komen gambar anda balik, mesti punya la.

5. Pastikan semua gambar anda diedit sebelum upload di Facebook !!!

Apamacam? kalau semua 5 langkah itu anda boleh buat, anda berjaya sebagai pengkomen gambar Facebook berjaya. bukan aku nak jeles, tapi kadang-kadang macam semacam je. macam satu hobi pulak ! Saling lawan upload gambar facebook yang diedit dengan Photoscape. saling komen mengomen serius macam hobi. kalau sekali sekala takpa, ini hari-hari upload pics. apa cer? kadang-kadang sampai aku naik hairan, rajin noh diaorang ni.free sangat. mai tolong aku buat asignment mai hahaha Sory la kepada sesiapa yang ada hobi macam ni tapi ini just pendapat aku. hehehe jangan marah peace :)

Sunday, March 20, 2011

INTERNET KEPERLUAN ASAS MANUSIA KE-7

Dem!!! serabut aku sebab internet tempat aku belajar dah 2 hari dah tak leh guna. sakit apa tak taw. buat apa pun tak leh ni. ni nak hapdate blog pun pakai berukband membe aku. nasib baik la ada membe ada berukband ni. boleh jugak aku online sekejap duakejap. tension ooo internet tak da. tak leh nak mukabuku, men game tak leh, buat asignment pun terbantut. semua berkaitan dengan internet. dulu zaman sekolah rendah ok je tak da internet. sekarang bila hari-hari online internet dah jadi keperluan asas dah. tak da internet macam tak leh hidup dah kata seorang membe aku hahaha over bin terlebih sudey lol Dengan ini Akuserabut nak buat teori baru la, yang dipanggil 7 keperluan asas manusia serabut :

  1. Udara
  2. Air
  3. Makanan
  4. Pakaian
  5. Tempat tinggal
  6. Handphone
  7. Internet !!!


Sapa tak setuju mampuih p la, ni teori aku, suka hati la hahaha. sapa yang setuju sila tekan like :P Haizzz.. mintak2 la cepat sembuh internet oiii aku dah nazak dah ni !!! no internet no life watdaneraka!!!

Friday, March 18, 2011

SORRY AKU TAK BOLEH JAWAB SALAM




Entry ini ditulis untuk berkongsi pengalaman hidup Akuserabut dan menjelaskan sedikit-sebanyak identiti sebenar aku. Aku taw banyak membe dalam dunia blog ini sangkakan aku Melayu, kalau komen entry akuserabut pun ada yang bagi salam buat pendahuluan, bukan saja dalam blog. di luar pun macam tu jugak. yang tak kenal aku semua ingat aku Melayu. Sebenarnya aku berbangsa Siam dan beragama Buddha. oleh itu, aku tak boleh jawab salam "Assalamualaikum" kalian. Bapak dan mak aku dua2 mix Siam Cina, tapi lebih kepada Siam.

Mesti hairan kan? Aku tahu susah nak jumpa non-Muslim tulis blog dalam Bahasa Melayu. Banyak Blogger non-Muslim tulis blog pakai Bahasa Inggeris. tapi apa salahnya, Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia, bahasa aku jugak sebab aku rakyat Malaysia. Parents aku berasal dari Kedah. orang utara kalau tidak tahu kewujudan Bangsa Siam di Malaysia memang buta sejarah la. Zaman kanak-kanak aku banyak bercampur dengan Cina bila masuk form 4 aku banyak berkawan dengan membe Melayu. sampai sekarang aku rapat dengan Melayu. masa itu la percakapan dalam bahasa Melayu aku 'improve'. dulu aku tak fasih sangat cakap Melayu, cakap Melayu macam orang Cina cakap Melayu. sekarang aku cakap Melayu susah nak kantoi. semua orang ingat aku Melayu kalau tak kenal aku.

Bila orang ingat aku Melayu banyak la yang bagi salam "Assalamualaikum" kat aku. sebab muka aku pun macam Melayu. Siam dengan Melayu mana jauh beza pun dari segi rupa paras dan warna kulit. lebih kurang sama ja. lain la Siam yang darah Cina dia banyak sikit. muka dia lebih kepada Cina. Bila orang Melayu bagi salam "Assalamualaikum" kat aku, kadang-kadang aku explain, kadang-kadang aku buat dono je hehehe sebab malas nak explain. panjang pulak cerita dia nanti. satu menda yang buat aku serabut adalah bila aku tak jawab salam, ada yang buat muka tak puas hati hahaha macam mana aku nak jawab salam "Assalamualaikum" kalau aku bukan Islam. aku selalu sengih dan senyum je. hehehe mungkin itu yang menyebabkan salah paham. Ada menganggap aku kurang ajar sebab tak jawab salam. lepas aku explain baru diaorang malu tersengih-sengih. aku tanya diaorang malaysia ada berapa kaum? banyak jawab diaorang... aku tanya lagi semua rakyat Malaysia beragama Islam ke? tak lah diaorang menjawab.. aku berkata kat diaorang aku tak jawab salam itu dengan "waalaikumsalam" sebab aku orang Siam dan beragama Buddha.. Ohh..sory2 kata diaorang :)

Dulu kat sekolah sampai ada cikgu anggap aku kurang ajar jugak sebab masa bacaan doa aku tak tadah tangan. berdendam cikgu tu dengan aku. aku salah sikit je nak denda aku kaw2 punya. kesian aku hahaha lepas cikgu itu taw yang aku bukan Islam baru dia cerita kat aku yang dia dulu ingat aku kurang ajar. aku baik kot dulu. nerd gitu lol Selain itu, aku paling tak suka masa tiba bulan puasa wakakaka sebab aku terpaksa belakon puasa, walaupun aku tak kena puasa hahaha sebab aku hormat membe-membe aku berpuasa. korang boleh bayangkan tak macam mana kalau korang ternampak orang yang muka macm Melayu makan rilex je masa puasa, mesti heran bin pelik kan? mesti usha tajam je... dalam otak pikir macam2 dah. segan la aku makan kat luar masa puasa, orang usha aku semacam je. padahal aku tak kena puasa pun. Ada sekali tu aku ada orang apa entah check IC aku sebab aku beli McD masa bulan puasa hahaha.

Pengalaman yang aku tak boleh lupa masa aku awal-awal sambung belajar di tempat aku belajar sekarang adalah ada satu kali tu, hari itu hari jumaat. aku bangun lambat, aku bangun dalam pukul 2 petang. bangun2 perut rasa lapar pulak. pergi la kafe nak tapao nasik. aku pergi dengan seluar pendek, rambut serabut sebab tak mandi lagi. tiba-tiba ramai pulak yang baru balik sembahyang jumaat pergi kat kafe nak makan. diaorang dengan baju melayu, songkok, kepiah, serban la.... aku pulak dengan seluar pendek dengan rambut serabut nampak sangat tak mandi lagi. semua usha aku tajam je.. macam nak gaduh je.. aku taw la dalam hati diaorang mesti kata aku tak pergi sembahyang Jumaat.. hahaha dalam hati aku.. kenapa usha aku macam tu? apa salah aku?? wakakaka lepas tu hari jumaat je kalau aku nak pergi kafe aku pakai seluar panjang hahahaha

Banyak lagi kish pengalaman hidup aku yang serabut. tapi macam panjang ja entry ni hehehe cukup la sampai sini. So, aku berharap entry dapat menerangkan sapa Akuserabut :) aku seorang yang anti-racist, aku tak suka orang yang racist!!! salam 1 Malaysia... peace.


Thursday, March 17, 2011

CARA PALING MUDAH DAPAT 6 PACK - LAWAK

Ni gambar lol yang member aku Pidot Xdot post kat Fb sebentar tadi. Gambar cara paling mudah dapat 6 pack.. paling cepat dan paling murah tanpa pergi gym yang sekali pergi RM10 hahaha jom ramai-ramai buat 6 pack !!! akhirnya aku jumpa jugak cara yang boleh dapat 6pack tanpa aku control makan atau diet. selamat mencuba serabuter-serabuter sekalian.



pic source lolsnaps

FESYEN BIBIR MACAM MULUT ITIK

Ni fesyen jenis apa aku tak taw, fesyen bibir besar gila babeng macam mulut itik. kalau setakat Anjelina Coly tak pa la jugak kan? Takut aku tengok bibir diaorang ni. dah macam adik-beradik donald duck aku tengok. Kalau kat Malaysia sapa nak bibir macam ni mai kat aku, aku boleh buat. aku sumbat je bibir korang kat sarang tebuan..kompem boleh jadi macam bibir awek-awek itik ni hahaha tak payah nak pergi cucuk susuk la, implan la, spring la lol.



Wednesday, March 16, 2011

TSUNAMI : BALASAN KEKEJAMAN JEPUN DULU?

Khabarnya bencana Tsunami yang melanda Jepun semakin redha. segelintir rakyat Jepun sudah mula bekerja menurut surat khabar yang aku tak ingat lol. tak ada rakyat Malaysia yang hilang dan terkorban di Jepun akibat bencana Tsunami yang melanda. elok la tu. hilang kerisauan rakyat tempatan kepada rakyat Malaysia yang berada di Jepun berbanding keselamatan Maria Ozawa.

Aku tulis entry ini untuk renung-renungan saja dan tidak serius jugak hehehe aku nak bincangkan sikit tentang satu perbualan aku dengan sahabat aku yang bernama
Encik Hakimy kepala besaq. Dia cakap dengan tidak begitu serius, bencana Jepun merupakan balasan rakyat Jepun di atas kekejaman Jepun semasa perang dunia kedua dulu. kata-katanya membuatkan otak aku teringat sekejap cerita-cerita kekejaman Jepun masa lalu oleh nenek aku. Kadanag-kadang aku fikir ada kaitan jugak dua menda ini. Pernahkan anda baca atau dengar bertapa kejamnya Jepun dulu?

Semasa perang dunia kedua dulu, Jepun sangat bullshit ok!!! suka hati bapak dia ja nak pancung kepala orang, pancung sana, pancung sini.. nampak awek hot dia rogol suka hati bapak punya bapak!!! Kalau jumpa Jepun kena sembah dia macam dewa19. tak sembah pancung, nak tunjuk kata perang samurai dia tajam macam gigi bapak dia hahahhaa (tulis dengan perasaan geram sedikit). Mengalir air mata nenek aku kalau cerita pasal kekejaman Jepun dulu, nenek aku ada cerita waktu Jepun datang ke tanah melayu dulu, sampai duduk dalam lubang yang digali takut Jepun jumpa. kekejaman Jepun sangat membuatkan nenek moyang kita trauma ok. cilakak kau Jepun !!! tetiba ja hahaha

Adakah ini balasan kekejaman Jepun? pikir-pikir la. Akuserabut pun tengah pikir ni. di sini aku ada sertakan gambar-gambar kekejaman Jepun dulu. Sapa yang hati tak kering jangan tengok k!!! amaran!!!

Tuesday, March 15, 2011

BAGAIMANA PEREMPUAN MENILAI LELAKI DAN BAGAIMANA LELAKI MENILAI PEREMPUAN




Ini bukan post serius hehehe gambar di atas menerangkan bagaimana perempuan menilai lelaki dan bagaimana lelaki menilai perempuan. pernilaian dibuat dengan persamaan matematik ala-ala serabut. agak kreatif gambar ini bagi Akuserabut. yang agak 'kasaqq' bagi perempuan. lelaki menilai perempuan berdasarkan rupa atau tahap ke'hot'an nya. sebab semua benda lain di'darab' dengan rupanya. tak kira la perempuan tu tahap 'intelligence' dan 'homor' tinggi. hasil jawapan penilaian kena 'darab' dengan rupa jugak. Aku bagi contoh ok persamaan lelaki menilai perempuan... kalau perempuan itu tak da rupa maka nilai nya 0. Oleh itu hasil persamaannya jugak kosong.. kan nilai apa pun bila darab dengan 0. jawapannya 0 jugak. buat-buat la paham k hahaha lol. jangan marah noh gurls. merapu je.. peace :)

pic source foolzfun

OPTICAL ILLUSION GAMBAR FASHA SANDHA

Lama aku tak merapu, rindu pulak tetiba hahaha betul ke? Mesti korang dah taw kan cite panas pasal gambar hot Fasha Sandha. Gambar Fasha berbikini ketika bercuti di Bali, Indonesia khabarnya telah melambak-lambak di internet seperti pasir-pasir beterbangan di tepi pantai. Aku dah tengok dah, ni aku nak share ni. 18 tahun ke atas saja boleh tengok k. yang belum cukup umur tu buat-buat la cukup umur lol Fasha Sandha telah pun meminta maaf kepada peminat-peminatnya, katanya dia menyesal dan berharap peminatnya yang berpura-pura baik dapat memaafkannya. Dengan buat muka 50 sen nya dia berminta maaf sambil mengesat air matanya di pipi. Dia berkata lagi dia buat macam tu sebab nak bagi berkas kekasihnya, Rizal panas tengok bodynya.ok aku tambah ja.

Monday, March 14, 2011

ROSMAH SIFATKAN MALAPETAKA JEPUN SATU PENGAJARAN

Ni komen Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Datin Seri ditemuramah oleh TVSelangor09's channel.

"Ini kepada diri saya, satu pengajaran kepada negara-negara lain. untuk apa-apa pun mereka nak buat. atau pun sebarang pembangunan yang mereka lakukan. seharusnya mengkaji dahulu keadaan sekeliling dan mengaitkan dengan 'climate change'(perubahan cuaca) dan 'green technology'. termasuk jugak negara kita."

Ini video temuramah tersebut


Akuserabut no comment, anda :P?

video credit to TVSelangor09

JUSTIN BIEBER BOTAK?

Aku tak taw la betul ke tidak yang si Justin Bieber ni botakkan kepalanya sekarang? aku bukan minat sangat pun dia ni. rasa macam gay pulak kalau minat dia hahahaha tetiba ja. aku ada terjumpa gambar botak si Justin... tengok dalam-dalam gambar Justin Bieber botak, tiba-tiba aku teringat artis tempatan yang pernah botakkan kepalanya dulu. artis yang aku maksudkan ialah Sharifah Amani. tak taw la kenapa aku boleh terbayang Sharifah Amani. tapi tengok macam ada persamaan ja hehehe jangan marah noh 'die hard fan' diaorang Akeserabut melawak ja :)


cute kan? lol




jangan marah noh~pinjam gambar kejap :P


KARIKATUR TSUNAMI JEPUN OLEH BERITA HARIAN SERIUS KURANG CERDIK

Ini cerita serius bangang yang Akuserabut dapat taw tadi pasal Berita Harian sempat lagi mengeluarkan karikatur menganjing kartun terkenal Jepun, Ultraman yang lari daripada bencana Tsunami. Kes ini sampai masuk laman web CNN dengan entry yang bertajuk " Malaysian Newspaper pokes fun at recent tsunami disasters" Adoi.. malu wei.. kalau aku pergi tengok cite Hikayat Merong Mahawangsa dengan bogel pun tak rasa malu macam ni aku rasa.. tetiba over je, tapi serius spoil la. Ni karikaturnya.




Memang la karikatur ni ada nilai komedinya tapi jangan la nak publish kat surat khabar. satu dunia dah taw pasal ni. malu oooo Malaysia.. susah la rakyat Malaysia nak pergi makan sushi sambil ditiup angin sespoil-spoil bahasa di Jepun nanti. berkilo rakyat Jepun mati, dia boleh keluar karikatur macam ni kat surat khabar. tak nampak intelligence la kat sini. nampak sangat stupig. disebabkan hal ini, Berita Harian sudah memohan maaf dah, tapi bak perpatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak karikatur, buruk padahnya.ok aku silap.

Aku bukan apa, mampuih Indo nak menganjing kita nanti. point besar Indo nak kutuk kita balik ni. diaorang tengah tunggu je nak hantam kita balik. Pastu kita baru saja kutuk pasal peminat-peminat fanudetik Maria Ozawa a.k.a Miyabi di Indo yang menanyakan keselamatan Miyabi di Jepun. ni kita kantoi dengan hal ini pulak. diharap kita dapat belajar dari hal ini. jangan buat macam ni lagi. jatuh kedebuakk air muka Malaysia disebabkan hal ini. Moral of the story, jangn kutuk orang, bila kena batang hidung sendiri, sampai CNN la jadinya.. peace no war :)

Laporan asal beautifulnara via CNN

BAPOK GELI DI GOMBAK

Ohh damn!!! aku terserempak seekor bapok yang serius geli tadi. seekor? capoinya aku, tak baik taw. ok2 seorang bapok. aku terserempak di sebelah jalan bila aku dan teman aku pergi ke Gombak kerana ada urusan yang perlu diuruskan sebentar tadi. Bapok tua dan seksi itu kelihatan memakai singlet putih dan seluar pendek putih sehingga menampakkan line spendernya. dia melambai-lambai ke arah jalan seolah-olah ingin menumpang ke sebuah lokasi. Ni aku ada curi gambar bapok tersebut, jangan stim ok!!!



Aku rasa dia ni ada masalah mental laa atau bahasa pasarnya GILA. semerapu aku pun aku kesian tengok dia ni taw. kalau tengok raut wajah dan tanda-tanda tua di muka dia. boleh aku gelarkan sebagai pakcik. Touching kejap bila aku jumpa orang yang bernasib seperti pakcik itu. dalam kepala aku yang serabut tertanya-tanya kenapa dia boleh jadi macam itu? mana keluarga dan sanak saudatenuk dia? dia lahir dari batang buluh ke sampai tak ada famili? Macam-macam aku pikir, kesian... mintak-mintak la pihak yang bertanggungjawab boleh ambil tindakan segera. sekurang-kurangnya dia ada tempat berteduh dan ada makanan untuk dimakan.

Haiz..serabut dengan nasib manusia ni. nasib aku pun tak taw lagi esok harinya. Moga-moga aku tak ada masalah sakit mental macam pakcik ni. korang pun jaga mental dan emosi korang. banyak orang jadi gila sebab putus cinta taw tak??!! jangan dok sedih-sedih kalau putus cinta.. cari lain!!! nak sayang dia buat pa lagi, dia dah tak sayang kita... dia dah ada orang lain dah pun.. tak yah layan sangat dengan perasaan tu.. biar la kat dia pilih jalan hidup dia sendiri... bak kata pepatah omputih "flower not one, beetle not one" lol hahahaha (nasihat untuk diri-sendiri, serabut bila kena tinggal dengan awek :P)

Sunday, March 13, 2011

TSUNAMI DI JEPUN : MIYABI SELAMAT



Jangan risau pelakon porn kestiman anda Maria Ozawa a.k.a Miyabi selamat daripada bencana Tsunami yang melanda Jepun. Sumber ini aku dapat daripada Kosmo sebentar tadi. Katanya Miyabi sihat-sihat saja, tak ada luka-luka pun. Kepada penstim-penstim Miyabi jangan berasa nerves lagi ok, dia selamat disamping teman-teman tersayangnya. Tsunami yang berlaku di Jepun ini sedikit sebanyak menyerabutkan industri filem Indo sebab kalau apa-apa terjadi kepada Miyabi, susah mereka. kena cari pelakon porn yang lain pulak untuk berlakon dalam filem mereka. Tanpa pelakon porn sape la mereka, susah la diaorang yang saing dengan filem Hollykayu nanti. Ayat merapu, jangan serius sangat ok hehehe.

Setakat ini baru dua je filem Indo yang menggunakan khidmat Miyabi untuk berlakon iaitu
Menculik Miyabi dan Hantu Tanah Kusir. Agak panas 2 filem ini sampai akuserabut pun teringin nak tengok aksi panas Miyabi ni. Kata orang tengok sekali, boleh mimpi dua kali. tak pasti la betul ke tidak lol hahhh baru teringat Kosmo ada bagi taw tadi diaorang dapat cite Miyabi ni dari Twitter Miyabi, sape-sape yang nak taw pasal dia pergi la follow Twitter dia k, jangan malu-malu hahahaha


Menculik Miyabi


Hantu Tanah Kusir

Akuserabut baru google gambar-gamber kesan bencana Tsunami tadi. Serius sadis dan menyedihkan. Kita patut rasa bertuah kerana dapat lahir di Malaysia. jauh dari bencana macam tu. dah macam padang jarak padang tekukur. sampai diistihar darurat la. Dalam hati aku yang serabut ada cakap adakah ini balasan Jepun yang maju sangat industri pornnya, Jepun sangat maju ok dalam industri buat filem porn la, hentai la, seks doll la, dildo la... hahaha apa menda tu? aku pun tak pasti :P

Saturday, March 12, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA-REVIEW AKUSERABUT

Entry kali ni aku nak ber...ce...ce...rita...ce...ce..rita pasal movie terbaru yang aku tengok iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Terlebih dahulu la nak cakap terima kasih kepada Encik Hakimy pala besaq sebab sudi nak ajak aku tengok bersamanya dan tidak lupa jugak kepada Encik Vito Loji yang tengok sekali dengan kami. Kami tengok di Time Square. ok sampai sini pendahuluan aku.



Tahniah kepada KRU Studio kerana berjaya menghasilkan sebuah filem epic tempatan yang agak stylo. Susah la pembikin filem tempatan nak buat filem epic, paling kuat yang pecah panggung dulu pun filem komedi yang kitar semula lawak wayang kulit ataupun lawak pukul-pukul kepala. Oleh itu, aku kagum dengan hasil KRU ni. U rock babe !!! Banyak la orang puji filem Hikayat Merong Mahawangsa ni best la, CGI power la, aksi lawan tahap filem Jackie Chan la. Aku tak nafikan khabar angin tu, memang benar filem ini ada peningkatan dari segi semua tu. Owh.. lupa nak bagitaw duration filem ni lebih kurang 2 jam. agak puas hati rasa air-cond dalam panggung wayang.

Sekarang ni aku nak bagi pulak pendapat aku yang serabut ni tentang Hikayat Merong Mahawangsa. Dari filem ni, baru aku taw macam mana tertubuhnya kerajaan Langkasuka dulu. Starting aku tengok filem ni, aku dapat feel yang macam aku tengok filem Hollywood, 'Pirates Of The Caribbean', macam sama je jalan citenya pada awal cerita... mungkin disebakan latar tempat kot, ada pulau-pulau dan kapal-kapal. 2 benda yang aku paling suka dalam filem ni ialah suara narrator dan lakonan Khir Rahman. aku sangat kagum dengan suara narrator tu, macho amat la !!! Pasal Khir Rahman pulak memang dari dulu lagi aku minat dia walaupun dia tak sehensem Semshui Haslem.

Benda yang buat aku bengang masa tengok filem ni adalah ramai orang gelak-gelak bila dialog melayu klasik diucapkan. filem ni banyak guna bahasa lama yang macam pantun-pantun dan kiasan. dengar je la, dok gelak-gelak pulak. mungkin sebab jarang didengar. rasa macam tak patut gelak je sesetengah part. Bila tengok cite Cina ke, omputih ke.. bila diorang pakai bahasa klasik diaorang tak gelak pulak !!! bahasa kita yang diaorang gelak.. fakoff!! Aksi lawan ala-ala cite Bruce Lee masih digunakan dalam filem ni. ala-ala cerita bruce lee?? contoh kalau 10 orang jahat lawan satu orang hero. satu orang jahat je lawan satu hero dalam satu masa, yang 9 yang lain menari-nari kat belakang menunggu masa untuk masuk lawan satu per satu.. agak klasik aksi lawan ini.

Banyak aksi perang yang 'spoil' dalam filem ni.. maksud aku aksi perang ala-ala aksi gaduh bebudak sekolah. ko pegang parang, pedang dan macam-macam lawan la real sikit apa kehelnya nak tolok menolak, berpusing-puisng tak tentu arah. peranan pelakon tambahan yang agak kureng sikit. tapi yang bangganya aku rasa filem ni la pelakon tambhannya sangat ramai berbanding aksi perang filem tempatan yang lain contoh Lang Buana lol

Aku paling berkenan dengan kesan CGI anak panah dalam filem ni, nampak cool di situ. tapi Kesan CGI yang paling spoil ialah ending cite ni, babak nampak kemajuan Kerajaan Langkasuka, nampak fake gila la permandangan laut dia, aduh spoil again !!! kalau aku laa, dah taw tak cun CGI tu tak yah la letak... ending dah macho, datang pulak denga CGI yang kureng macam tu.. nampak tak cool dah. Benda yang spoil lain adalah masa nak perang besar ending cite ni... dah semangat dah ni aku tengok. tiba-tiba ada lawak kurang cerdik pulak aduh.. tak lawak la.. orang nak berperang ni tak yah la nak letak aksi komedi kurang cerdik pulak.. tak berkenan la aku part lawak aksi perang tu.. spoil !!!

Cuma pandangan Akuserabut.. apa-apa pun korang wajip tengok filem ni. tak rugi beli tiket tengok kat panggung wayang. respect lu KRU... moga-moga KRU dapat buat lagi filem epic macam ni. baru la rock !!! hehehehe peace~

Ayat yang paling aku tak boleh lupa dalam filem ni ialah " jika pintu empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya"cool~

Thursday, March 10, 2011

BAJU KAMI BLOGGER UTAGHA (KBU)

Sapa yang rasa dia orang utara atau nak belagak jadi orang utara pun boleh beli baju ni, Yang betul-betul berkenan sila cepat !!! sebab expired date dia sampai esok ja, Jumaat (11-3-2011). Nak taw lebih lanjut p kat blog ni :










Wednesday, March 9, 2011

BARCELONA 3-1 ARSENAL CHAMPIONS LEAGUE 2010-2011

Tak nak tulis entry panjang-panjang sebab aku dah tak tahan nak tido. tak larat sangat dah ni hehehe... Barcelona menang ke atas Asenal 3-1... Barcelona layak ke pusingan suku akhir di atas menang ke atas Arsenal dengan agregat 4-3. Aku tetap sokong Barca walaupun korang nak cakap reff game tu macam cilaknat....aku fan Barca... sekian :D

Video Highlight Barca vs Arsenal 3-1



video credit to VBackseatRomeoV

POSTER KEBERSIHAN TANDAS AWAM MALAYSIA




Aku gelak agak nak pecah perut jugak la dengan statement di bawah poster tu LMAO


CARA NAK BUAT PASANGAN ANDA CERAIKAN ANDA

Nak buat pasangan anda ceraikan anda? ini lah caranya lol macam kosmemot pulak. ini toolkit yang boleh buat kesan kesan lipstick, kesan cakar ayam la, love bite la, tiger bite la semua ada ni. pakai toolkit ni komfem pasangan anda akan ceraikan atau mintak diceraikan kurang dari 24 jam hahaha serius berkesan ni !!!

aku melawak ja semua ni.. jangan buat nah.. tak baik, saja nak bagitaw ada toolkit macam ni dalam dunia yang serabut ni, hanya untuk tontonan, bukan untuk tauladan k peace :)





Tuesday, March 8, 2011

KELAB TEATER PRASADA MASUK SINAR HARIAN

Dengan ini, saya nak ber"kerek" pasal aku masuk paper Sinar Harian hari ini hahahaha biaq p la kan !!!... blog aku.. Sebenarnya bukan aku yang masuk paper, Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn yang masuk paper disebabkan menjadi johan keseluruhan pertandingan teater (Pekan Teater Universiti-PTU) yang bertempat di Panggung Seni, UKM tempoh hari. Sebab utama yang membuatkan aku boleh 'kerek' tu disebabkan aku merupakan salah seorang ahli kelab Prasada dan aku jugak ada join persembahan teater kelab Prasada hari tu. saja nak rasa bangga sekali-sekala hehehe. ni aku siap 'print screen' lagi kerek punya pasal~



Kecik ja gambar dia letak.. jangan kata taik hidung, lubang hidung aku pun tak nampak lol kalau tengok kat surat khabar betul besar la gambar dia, kalau tengok kat online kecik je, dah benda free, lemak la semua nak bagi kan? ni aku bagi link artikel pasal Pekan Teater Universiti Sinar Harian Online . Satu lagi ni, aku rasa Sinar Harian tu ambil gambar tu kat blog aku la, cilaka betul tak letak credit kat Blogserabut, kalau tak naik mencunak-cunak la pageview blog aku hehehe gurau je Sinar Harian, jangan marah dong... peace :)




yeah !!!


credit to sinarharian

CARA MENGIRA WANG KERTAS

Ini satu info yang menarik bagi Akuserabut, info pasal macm mana cara mengira wang kertas pakai tangan ok bukan mesin. Melalui video ini jugak baru aku taw yang cara mengira wang kertas adalah berbeza bagi sesetengah negara.



Aku selalu pakai cara yang last tu je, kat Malaysia aku rasa ramai yang pakai cara macam tu.

credit to exaktua

NAN KIMA + K?

Malam-malam macam ni teringin pulak nak makan 'nan kima'. bukan 'nan kimak' taw hehehe. Nan kima merupakan roti nan yang berintikan ayam tandoori kalau tak silap aku dan boleh dibeli di kedai makan maple. kalau kat kampung aku panggil kedai nasik kandaqqq ja. Teringat pulak kisah jenaka dan lawak kasaq aku di sebuah kedai maple di bangi.

Nan kima kalau tambah 'k' di belakang dia bunyi macam kata kesat ja kan? Nankimak jadinya lol tapi kalau perkataan 'nan' itu ditukar dengan 'pu' pulak jadi lagi kasaq bunyi dia.. 'p*kimak' hahahaha lagi kesat aku ubah. Cerita dia macam ni, aku lepak la kedai maple yang aku dan membe-membe aku selalu lepak. satu hari tu kami perasan ada seorang pekerja tu baru kerja kat kedai maple itu. pekerja tu pulak aku rasa baru berhijrah ke Malaysia dari Bangladesh kot dan tak pandai bahasa Melayunya. Dah la tak pandai bahasa Melayu datang amik oder plak kat aku.. dia datang kat aku lalu~

Pekerja maple : makhan cik?

aku : p*kimak satu


Pekerja maple : ok~

hahahaha.. ni la lawak kasaq aku.. ampa jangan tiru pulak... silap hari bulan kena pukul aku tak taw, beberapa minit kemudian datang la pekerja maple membawa nan kima yang aku oder p*kimak tadi kakakaka kena marah aku dengan membe aku.. itu la first and last aku melawak kasaq macam itu kat kedai maple.


ini gambar Nan kima tu... aku suka makan nan kima ni.. sedap :)


sumber gambar blackyforshorty

Monday, March 7, 2011

GORENG KENTANG PAKAI MOTHERBOARD

Ni cara goreng kentang paling "hardcore" yang Akuserabut pernah jumpa, goreng kentang pakai 'motherboard'... cool !!! sapa yang masih ada lagi komputer zaman batu dulu tu, ambil la try goreng kentang cara 'Geeks" ni... nak simpan pun buat apa motherboard lama betul tak? Selamat mencuba :)



9 CARA LELAKI KENCING

Kali ini mari mengenali 9 cara lelaki kencing pulak. Kepada golongan lelaki skill manakah anda selalu guna? lol Ingat senang ke jadi lelaki kan? kepakaran control "itu" sangat penting bila masa kencing, Kepakaran itu jugak la yang menunjukkan anda dah layak kahwin ke belum hahaha Cerita serius ni, orang tua-tua selalu cakap " Kencing pun tak betul lagi nak kahwin ?" Cara kencing jugak boleh menunjukkan tahap kematangan seseorang lelaki ok..wtf !!!



via damnlol

JUSTIN BIEBER SEBENARNYA BAPOK - LAWAK

Maaf la kepada 'kipas-susah-mati 'Justin Bieber' aku kena bagitahu juga kebenaran hal ini !!! Sebenarnya Justin Bieber ni bapok. Lama dah aku simpan rahsia ni... tapi hari ini aku terpaksa bagitahu kerana aku jeles dengan mamat ni. Semua awek yang hot-hot semua minat dia gila bangang. tak tinggal kat aku langsung... kejam!!! mana aci kan? panas la aku yang still single mingle ni. Dengan ini, aku berharap lepas ni tak ada lagi awek yang hot-hot minat kat dia, diminta semua minat kat aku... view la Blogserabut selalu k... click la iklan Nuffnang aku bebanyak nah. aku sayang kalian lol ni la gambar bukti Justin Bieber sebenarnya Bapok wakakaka :D

Sunday, March 6, 2011

APABILA LELAKI BUAT SALAH - LAWAK

Apabila lelaki buat salah.....


Apabila perempuan pulak buat salah....


Serius tak fair kan? lol

via funcage

MARI MENGENALI TETEK

Hahahaha~ tajuk macam lucah je kan. Bukan benda lucah pun Akuserabut nak post, benda ilmiah ni lol Ini 15 fakta tentang tetek yang semua orang kena tahu ok, tak kisah la lelaki ke perempuan. Nak kata Akuserabut suka menda porn, kata je la ikut suka hati anda !!! janji masa aku kecik-kecik dulu aku hisap susu dari 'nen nen' mama aku, bukan dari kepala paip atau dari pili bomba.







Aku paling berkenan denga fakta yang ke-15 gagaga :)


Saturday, March 5, 2011

SATU BANGSA SATU ROKOK

Entry ditulis untuk menyedarkan aku dan orang-orang seangkatan dengannya.



Aku mula hisap pada usia aku mencapai 16 tahun, sekarang umur aku 23 tahun. Betul kata orang masa berlalu sangat cepat, dah masuk 7 tahun paru-paru aku sebati dengan asap rokok. Banyak pengalaman pahit manis aku dengan rokok, aku sanggup buat apa saja demi rokok. Susah aku nak terangkan kenapa aku hisap rokok, tapi kalau tanpa rokok hidup aku boleh jadi serabut sekarang. 7 tahun aku hisap rokok banyak kelebihan rokok yang aku dapat kesan setakat ini, macho? cool? stylo? hensem? dan banyak lagi. Tapi keburukan rokok cuma 1 yang aku dapat sepanjang ini iaitu cepat mati !!! Nampaknya kelebihan rokok lebih banyak daripada keburukannya setakat ni.

Rokok jugak menjadi simbol perpaduan bagi aku. Tak percaya? Cuba anda lihat kat Malaysia, perokok terdiri daripada bermacam-macam bangsa dan agama. Apa la sangat dengan kempen 1 Malaysia tu..nak menanam semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia kononnya !!! tapi berkesan ke? Bagi akuserabut.... kempen itu tak berapa berkesan. Lebih baik buat kempen "Satu Bangsa Satu Rokok" komfem berkesan !!! Mana ada bangsa yang tak ada perokok di kalangan bangsa tu. tipu la. aku berani kerat jari laa..mesti ada punya yang hisap rokok. Nampaknya rokok ja yang halal bagi semua bangsa kat dunia. semua bangsa boleh hisap rokok, tak haram di sisi agama masing-masing..ye ke?

Tak ada pelbezaan agama di kalangan perokok..semua beragama ROKOK... itu satu kelebihan tu... ada nampak semangat perpaduan di situ.. nampaknya kempen "Satu Bangsa Satu Rokok" kita semakin berkesan. macam pelik je kan bunyi agama rokok? sebenarnya tak pelik pun kalau anda fikir sedalam-dalamnya. Perokok sanggup buat apa saja demi rokok. tak kira la bangsa dan agama apa sekali pun. Bagi perokok yang beragama Islam, berapa kali anda sembahyang sehari berbanding dengan berapa batang rokok yang anda hisap? Bagi yang beragama Buddha dan Hindu pulak... berapa kali anda bakar colok untuk sembahyang sehari daripada anda bakar rokok? aku bukan nak racist di sini ok, semua menda ini aku nampak di sekeliling aku. Nak baca doa sebelum makan, lebih baik hisap rokok dulu betul tak? takut nanti makanan lambat hadam kalau tak hisap rokok dulu kan. Nampak tak... macam-macam perokok sanggup buat untuk hisap rokok daripada menunaikan tanggungjawab agama masing-masing.

Rokok lah penyelesaian masalah perpaduan di Malaysia. Lepas ni kalau ada masalah apa-apa. jangan kelam-kabut dan serabut. duduk lepak-lepak hisap rokok semua menda boleh setle... Hidup Rokok !!! Kau lah dewa dan pari-pari kami... kau lah segala-galanya bagi kami... kau la pujaan kami...we love rokok!!! Nak je aku cadangkan kat kerajaan... kat kad pengenalan perokok letak "warganegara beragama ROKOK... baru stylo.. mati nanti kapan dengan kotak rokok dan bakar dengan rokok. Serius aku hairan... aku tahu rokok itu bahaya tapi nak jugak hisap, aku rasa ramai perokok yang rasa macam tu jugak. Bila dah gian tu susah nak berhenti, kalau la senang berhenti dah lama aku berhenti tuan-tuan dan puan-puan sekalian oiiiii...

Aku dah pernah try nak berhenti rokok konon la jugak... sampai berhingus dah aku tahan..rasa mengantuk dan tak ada mood je bila tak hisap rokok... sampai nak demam pun ada... tak berjaya jugak aku berhenti.. sekarang aku masih perokok tegar. tapi aku berharap satu hari nanti aku dapat berhenti jugak. sampai sekarang aku masih menunggu hari itu :)


Friday, March 4, 2011

KITARAN BULU DADA-LAWAK

Akuserabut ada pertanyaan untuk golongan wanita yang berkunjung ke Blogserabut ni... Adakah anda rasa lelaki yang berbulu dada itu macho, kacak atau hensem??? Sila jawab pertanyaan ini di ruangan komen entry ini lol Aku rasa gambar ini agak lucu. Anda rasa???

WANG JIA YUN - AWEK HOT




Awek hot kali ini bernama Wang Jia Yun 王嘉韻, tempat kelahiran dia di Kawloon, Hong Kong tapi sekarang tinggal dan belajar di Shenzhen, China. Sebenarnya entry ini dibuat khas untuk senior aku yang bernama Nauza. Akuserabut pun tak kenal awek hot ni dulu. Si Nauza yang cadangkan akuserabut buat entry pasal awek ni, nampak sangat dia ni peminat awek hot antarabangsa kan? lol

Tapi bukan nak kata la, serius comel awek ni. serius macam anak patung atau watak-watak heroin dalam anime... grrr... ada jual tak woi awek macam ni !!! hahahaha kalau ada jual aku nak beli satu !!! Ada orang komen kata... alaa.... photoshop ja ni..... photoshop tak photoshop.... awek ni serius hot bagi Akuserabut. Nah.. sedikit info tentang awek ni~

Date of Birth: Jun 18, 1993
Height: 164 cm
Weight: 42 kg

Wednesday, March 2, 2011

SILA SOPAN SANTUN BILA SILAP NOMBOR !!!

Aku nak buat luahan perasaan sebelum aku masuk exam kejap lagi... aku nak buat luahan pasal perangai rakyat Malaysia yang agak tidak sopan santun atau bahasa kasar dia kurang ajar bila mereka 'silap nombor' bila call seseorang. Banyak kali dah aku kena...call aku tapi cari orang lain, pastu sedar yang silap nombor, pastu letak phone terus..fakkker la... boleh tak anda kata mintak maaf, sory, soli atau coli ke? ni tak letak terus.. aku panas ni !!! lagi dua jam aku nak exam pun aku nak tulis jugak entry ni !!!

Dah la banyak lagi aku tak study habis.... tengah serabut dengan note-note... tiba-tiba ada nombor yang tak dikenali call aku... aku angkat... line tak berapa clear pulak tu... aku cuma memahami apa yang dia cakap.. yang aku sempat dengar.."ramli ke??ramli??" walaupun bukan salah aku tapi aku still cakap "sorry saya bukan ramli"...dengar ja aku cakap... dia letak terus phone... madepaker punya panas aku hari ni hahahahaha padahal tension dengan exam :P sapa suruh orang tu silap nombor time-time macam ni.

Apa salahnya anda bermintak maaf, bukan kena bayar pun... anda dah la menganggu masa orang lain !!! mana taw orang yang anda silap call tu tengah emergency ke? tengah cirit ke? baru kena marah dengan bos ke? baru break dengan awek ke? baru putus tunang ke? cuma paham sikit situasi orang lain, suka hati anda je bila silap nombor main letak terus, mana perginya budaya timur kononnya..blah la wei !!!! budaya sopan santun bukan dinilai dari segi pergerakan saja ok... dinilai dari segi percakapan dan tingkah laku jugak!!!

Ni nombor yang silap call aku tadi.... 0124448123... hambekk ko!!! sapa suruh silap call aku time-time genting macam ni !!!

GAME ANGRY BIRDS PUNYA BIRDS

Game Angry Birds ni tengah hangat dimain oleh pelajar-pelajar yang rasa diri mereka tu free sangat, modul operasi game ni adalah membunuh babi-babi secara membabi buta. Babi-babi itu dibunuh dengan menggunakan burung-burung yang tengah angry kerana babi-babi itu telah memcuri telur mereka. Setiap ekor burung itu mempunyai kelebihan yang berlainan. ni yang aku nak bagi ni. Yang boleh buat aku double angry, kalau tak berjaya membunuh babi-babi itu.. babi-babi itu akan senyum sinis sambil berkata.... loser~ loser~ dalam hati mereka hahahahaha

Tuesday, March 1, 2011

KEPUTUSAN PEKAN TEATER UNIVERSITI UKM 2011

Post ini khas untuk budak UKM dan kepada yang mengikuti perkembangan Pekan Teater Universiti (PTU). Akhirnya keputusan sudah diumumkan semalam 28.02.2011 (Isnin) di Panggung Seni, UKM. Di sini akuserabut ingin menyenaraikan senarai pemenang PTU 2011 kepada sesiapa yang belum tahu lagi :

Tempat ke-3 Keseluruhan
Kelab
TEKAD, Kolej Burhannuddin Helmi
Skrip- Kipas Tangan

Dengar khabarnya cerita Kipas Tangan ni merupakan skrip di'translate' dari Bahasa Jepun. Banyak menda yang menarik perhatian aku daripada persembahan Teater Kipas Tangan ni. Sebagai contoh costume(Busana) dan gaya berbahasa yang ala-ala Masyarakat Jepun. Satu lagi set atau latar pentas dia yang merupakan rumah masyarakat Jepun, sangat cantik bagi akuserabut. Bukan senang nak buat teater macam ni. Banyak menda yang akuserabut dapat belajar daripada pementasan Kipas Tangan ni. Tahniah Tekad !!!!

Naib Johan
Kolej Pendeta Za'ba
Skrip- Teare Rossa

Satu kejutan dari Kolej Pendeta Za'ba kali ini sebab berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan PTU 2011. Skrip 'Teare Rossa' yang dibawa mereka untuk PTU kali ini sebenarnya pernah dibawa oleh Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn pada PTU yang lepas iaitu pada 2009 dan Kelab Teater Prasada berjaya menjadi Johan keseluruhan ketika itu. akuserabut suka skrip ni !!!

Johan-Keseluruhan
Kelab
PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn
Skrip- Bukan Dejavu

Tahiah kepada PRASADA kerana sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan PTU, sudah dua kali berturut-turut PRASADA menjadi Johan PTU. Skrip yang dibawa PRASADA kali ini yang bertajuk 'Bukan Dejavu' yang merupakan sambungan skrip 'Dejavu seorang wanita'. Skrip dia pun sangat best bagi akuserabut sebab ada part sedih dan komedi yang seimbang. Pelakon-pelakon komedi dan sedih seakan-akan bersaing sesama sendiri untuk menaikkan mood penonton. Tahniah sekali lagi kepada PRASADA !!!

Anugerah-anugerah lain :
  • Anugerah Kumpulan Harapan - KTDI
  • Anugerah Pengarah Terbaik - SYED OMAR FAIZAL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - MOHD NORYUSOF ROSLI (KPZ)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - MAIZURA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - NAHRIZUL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - ASRINNA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - KUO
  • Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik - TEKAD
  • Anugerah Khas Juri (kumpulan) - KTSN
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - Syafiqa Melvin (PRASADA)
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - watak Jenab (KPZ)
  • Anugerah Artistik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Teknik Persembahan Terbaik - KTDI
  • Anugerah Setting & Props Terbaik - KPZ
  • Anugerah Tatarias Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Tatamuzik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Busana Terbaik - PRASADA

Kelab Teater Prasada berjaya menggondol 10 anugerah daripada 20 anugerah yang dipertandingkan. Tahniah Prasada !!! Semoga Prasada dapat terus lagi memajukan diri dengan ilmu-ilmu teater, belajar dari kesilapan. banyak lagi yang kena belajar, jangan sesekali rasa selesa dengan kejayaan yang dikecapi :) Sampai di sini je la post akuserabut. nak komen lebih-lebih bukan pandai sangat pun pasal teater~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...