Sunday, November 27, 2011

BAYAQ TELOQ SENDIRI

Sesudah selesai menghabiskan semangkuk laksa di gerai Kak Ros. Si Mamat pun ingin mengundur pulang. lantas perginya dekat Kak Ros hendak membayar laksa yang dimakan tadi.



Mamat : Kak Ros. nak bayaq. berapa harga laksa tu?

Kak Ros : laksa satu dua ringgit.

Mamat: nah dua ringgit.

Kak Ros : sat-sat. ada teloq tak?

Mamat : haaa? hmm ada-ada.

Kak Ros : berapa bijik?

Mamat : (garu kepala) 2 bijik!

Kak Ros : Kalau 2 bijik teloq kena tambah seringgit lagi la.

Mamat : ni apa hal pulak Kak Ros! teloq sendiri pun kena bayaq ka? ni dah lebih kak!

Kak Ros : BPH hang! telur ayam rebus atas meja tu bongok! bukan teloq dalam seluaq hang. karipap! tu laaa hang kecik-kecik suka tengok Maria Ozawa!

Mamat : (dalam hati) hebat Kak Ros ni. Maria Ozawa pun dia kenai.

-tamat-


teloq oooo teloq!




p/s-tolong la kata lawak. pura-pura gelak pun tak pa. lol

-lama tak update blog. sibuk.

-sekian. terima kasih.

Saturday, November 12, 2011

FAKU HARIAN METRO

1 Malaysia versi Harian Metro. Semoga pelukis karikatur ini diberi pangkat Dato' segala mak nenek perpaduan.



Aku

kurang senang, tak suka, agak bengang, benci, marah, serabut, fakof, jari tengah untuk mu bak kata Gambit Malaya.

apabila agama aku atau kepercayaan aku

dibuat lawak, diperlekeh, dihina, dikeji, dicaci


sepertimana kamu yang

kurang senang, tak suka, agak bengang, benci, marah, serabut, fakof, jari tengah untuk mu bak kata Gambit Malaya.

apabila agama kamu atau kepercayaan kamu

dibuat lawak, diperlekeh, dihina, dikeji, dicaci



Tidak mungkin ada orang yang akan seronok atau buat parti keramaian apabila ada pihak yang menghina agama mereka. kalau ada yang seronok bila agama sendiri dibuat demikian mungkin orang itu bangang macam HM ni.



pic credit to jomngeteh



p/s - Kadang kala agama itu indah, tetapi penganutnya sendiri yang mentaikkannya.

Sunday, October 30, 2011

HARGA KASIH SAYANG

Pagi ini aku nak mencerita satu perkara serius. perkara yang ada kaitan dengan kasih sayang. bagi aku kasih sayang tu satu menda yang subjektif. sukar diluahkan tetapi boleh disampaikan dalam pelbagai cara. cakap semua orang boleh cakap. tapi nak bagi orang lain rasa kasih sayang tu macam sukar kan? lagi-lagi la nak sampaikan kepada ibu bapa kita.

Malam tadi masa aku tengah melepak dengan 2 orang kawan di kedai mamak. mata aku terpandang sepasang suami isteri yang biasa tetapi si suaminya sedang mendukung seorang bayi yang mungkin tak biasa. bayi itu bayi istimewa. takdirnya dilahirkan tak normal yang digelar 'down syndrome'. pandangan aku ke arah mereka bukan pandangan pelik atau menghina. tapi pandangan aku tersentuh dengan curahan kasih sayang suami isteri itu terhadap bayi istimewa itu.

Aku tersenyum syukur. hati aku tersentuh. keadaan itu membuat aku bertambah sedar bertapa ternilainya kasih sayang ibu bapa kepada kita. walaupun kita banyak kekurangan. kita bodoh. kita tak cantik. kita tak kacak. ibu bapa kita masih sayangkan kita. masih anggap kita la yang terbaik. macam pasangan suami isteri tadi. walaupun mereka sedar anak mereka tak normal macam anak orang lain. mereka masih sayang. masih bangga dengan anak mereka. tidak sesekali malu kerana anak mereka macam tu. mereka masih bawa bayi yang istimewa itu keluar berjalan. makan di kedai mamak.

Malam tadi aku dapat rasakan indah nya sebuah kasih sayang ibu bapa bayi itu. tidak ternilai dengan wang ringgit korang tau tak? Macam kita. seteruk mana pun kita. mereka masih ambil tahu pasal kita. masih sayang. Kalau kita buat salah. tak kira la kita buat salah seribu kali pun. ibu bapa kita la individu yang tak akan serik-serik beri kita peluang berubah. mereka masih berharap kita berubah. mereka nak kita jadi baik bukan taik. Serius sedikit sebanyak pandangan aku ke arah keluarga itu mematangkan aku.

Kadang-kadang kita terleka dengan kasih sayang itu. termasuk aku. bingung dan serabut bila kekasih marah. tapi bila ibu bapa marah. letak tepi. celaka kan macam tu? kekasih nak ditemankan. sanggup. ibu bapa keseorangan. kita anggap biasa. kekasih lapar. kita sedih. sanggup redah hujan belikan makanan untuk isi perut kekasih tercinta kononnya. macam mana dengan ibu bapa yang sanggup berlapar untuk kita? tak ingat? tak adil bukan? mereka sanggup buat apa saja demi kita. kita pulak macam mana kita hendak membalas? pikir sendiri.

Sering-kali aku hairan. hairan dengan golongan yang sanggup buat apa saja untuk kekasih masing-masing. post kat facebook. post kat blog. post gambar kekasih bagai. semata-mata menunjukkan cinta kononnya. sampai terlupa letak mana ibu bapa mereka dalam hati mereka. mana anda letak ibu bapa anda? lupa dalam tingkah laku boleh diterima lagi. jangan sesekali lupa dalam hati sudah. akhir kata. jangan sesekali lupa akan kasih sayang yang mereka curahkan kepada korang ok! hargai lah mereka. peace!



Thank you for the love

Friday, October 21, 2011

SERAM PAGI BUTA

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. jari-jejari masih tidak berhenti memicit-micit tetikus yang disambungkan ke komputer riba. suasana agak sunyi. lantas membuka lagu secara rawak untuk memecah kesunyian. kedengaran bunyi kucing sedang mengiau seperti hendak memberitahu sesuatu. aku terdiam. ditemani lampu meja untuk aku terus memicit tetikus yang terletak di hadapan aku. tiba-tiba terdengar satu suara yang semakin lama semakin kuat merangsang gegendang telingan aku. jantung seolah-olah terhenti supaya otak dapat fokus mentafsir suara apa kah itu. suara itu berbunyi :


"haa dia mai dah. dia mai dah."


Keadaan menjadi seram sejuk. pikiran entah hilang ke mana. bulu roma sudah menegak merasai kesejukan pagi yang belum cerah. suara siapakah itu? bisikan hati masih tidak pasti. tafsiran otak bercelaru. suara itu semakin kuat dirasai gegendang telinga. langsung aku berazam. memberanikan diri. aku harus kuat. belagak gagah seperti pahlawan yang berjuang di medan perang. terus aku memberanikan diri menoleh belakang!


Nakharun! roommate aku si Mael mengigau lagi rupanya! apa punya spesis ngigau la hang ni. dok kata "dia mai dah. dia mai dah". menatang apa yang mai tak tau. hahaha! serabut aku! Membe aku si Mael ni selalu mengigau. serius tak tipu. tapi kelebihan Mael ni. kita boleh berdialog dengan dia masa dia ngigau. lebih kurang macam ni.


Mael : dia mai dah. dia mai dah! (mengigau)

Aku : haa sapa mai Mael?

Mael : depa tu la!

Aku : Mael. esok nomboq ekoq kuaq macam mana?

Mael : Hais!!! (pastu sambung tidur balik)


Apa macam? membe hampa ada? kakaka! Jangan marah noh Mael. aku gurau ja. tapi hang serius selalu mengigau la. tak percaya hang boleh tanya Zakwan, Kimy atau Acip. aku rasa lepas ni aku nak catit la dialog apa masa hang mengigau. lepas dah kumpul banyak-banyak. pastu aku nak buat buku bertajuk. " Ngigau-ngigauan Mael ". LOL lawak jak Mael! sory noh. peace!



Haaaau. mengantuk dah. nak tidoq dulu kbai!

Monday, October 17, 2011

AKU BELUM BERSEDIA

Tengah merayau-rayau dalam fesbuk. terlihat status seorang kawan. tentang pemergian bonda tercinta beliau. takziah kawan. semoga hang kuat. kuat untuk menempuh dugaan ni. tetiba aku menjadi sebak. terbayang macam mana kalau aku berada di tempat itu. serius aku belum bersedia. belum bersedia dari pelbagai aspek. tak terkira.

Takziah? senang diucap. semua boleh ucap. tapi kalau dirasai. tidak semua boleh. kerana bukan semua orang sama takdirnya. aku masih beruntung. masih ada lagi ibu bapa yang menjadi pendorong aku. masih ada mereka untuk marah aku. masih ada mereka untuk aku derhaka. melawan cakap. tak dengar cakap. memberontak. tapi bila aku bayangkan mereka satu-satu pergi meninggalkan aku. aku jadi sebak lagi. hipokrit kan aku?

Setaik mana pun orang lihat aku. aku tetap permata bagi mereka. masih tak henti-henti menasihati aku. memang aku sangat belum bersedia untuk kehilangan mereka. bayangan itu pun sudah cukup membuat aku sebak. sedih. takut bagai. sekali lagi aku nak ucapkan takziah kepada kawan aku itu atas pemergian bonda beliau. harap-harap kuatkan semangat hang. dan hang dapat lalui detik-detik sukar itu. ikhlas dari aku.




Gambar ini diambil pada tahun 1989 atau 1990 camtu kot kalau tak silap. Masa tu aku kecik lagi. sekarang ni besaq kedabak. bapa aku baju putih, ibu aku baju merah. mereka ni la nafas aku. Aku sangat rindu mereka sekarang! cuti raya haji nanti nak balik gaduh dengan mereka. yeahh hahaha! kalau bagi aku pilih antara satu bas Maria Ozawa dengan mereka. aku masih pilih mereka bahaha! gurau ja! sampai sekarang aku masih tak puas hati dengan mereka satu bab ni.


aku : mama, ran dengan papa sapa hensem lagi ??!!

mama : papa! (tanpa rasa bersalah kerana menyinggung perasaan aku!)

papa : (buat derk je sambil main misai control macho)


Grrr.Kbai.

Saturday, October 15, 2011

23 KALI MENGELILINGI MATAHARI

Pukul 5. 30 pagi. masih tidak dapat melelapkan mata. kepala runsing memikirkan tugasan tetapi tangan masih membisu. tak gerak pun kerja. asyik nak serabut saja! susah jugak kan? kalau keruncingan otak melebih gerak-gerak tangan. tak siap-siap la kerja aku! nakharun! Terlebih dahulu nak bagitau yang BlogSerabut sudah bertukar wajah. dari hitam ke putih. moga-moga cerah sikit kepala otak aku kalau hendak menulis nanti.

Tanggal 13 October yang lepas. genap la 23 kali aku menemani bumi mengelilingi matahari. atau bahasa senangnya. Hari jadi aku la! hampa ni sekali sekala aku nak bersastera pun payah LOL. tidak ada apa yang istimewa pasal entry ni. yang ada cuma sedikit coretan isi hati serabut ni. 23 tahun dah umur aku sekarang. tak jelas akan kejayaan yang aku kecapi. masih seorang serabut yang tak henti-henti mencari identiti. masih serabut dengan pelajaran. dah tua-tua pun belum habis belajaq lagi. hais. tapi tak apa la. biar lambat asal selamat. ayat menyedap hati.

13 October. banyak sangat kejutan aku dapat. terharu. terkejut. sedih. gembira semua timbul serentak. Terlebih dahulu nak ucap terima kasih kepada mama dan keluarga tercinta. walaupun ucapan dari panggilan. aku masih menghargainya. tahun ni dah masuk empat kali aku menyambut kedatang hari jadi aku dekat tempat aku menuntut ilmu ni. keempat-empat kali itu pulak masa aku sibuk dengan ujian la. sibuk dengan presentation la. tugasan la. hais nasib badan. masa hari jadi ja. masa tu la jugak sibuk tu datang!

Hari itu. Pensyarah aku pulak yang tetiba bawa kek coklat. tetiba nak buka lagu "Selamat Hari Jadi Sayang". seriusss terharu sampai tak terkata. terima kasih Dr. Mawar . Semoga Dr selamat menunaikan ibadah haji. Selamat pergi dan selamat pulang. Saya akan merindui kelas Dr. dan saya berjanji akan secepat mungkin langsaikan tugasan cerpen tu! dem! bila pikiaq balik asignment cerpen tu aku dah serabut balik bahaha! menggigil aku nak menulis cerpen!

Malam tu pulak. family aku kat UKM ni buat prank kat aku. terima kasih! korang memang berjaya menyerabutkan aku. berjaya merisaukan aku. cilakak! tak lupa kepada junior aku seorang ni si Ah Meng . yang berusaha berlakon untuk prank aku. tetapi muka nak ketat ja. hahaha! sila tingkatkan mutu lakonan hang dari senior-senior lain ok! serius lawak.

Sampai sini saja la kisah serabut aku. sesekali nak tulis dairi dalam BlogSerabut ni. tak salah bukan? Terima kasih untuk semua yang wish hari jadi aku. tak kira la ucapan dari mana pun. facebook ke. face to face ke. sms ke. terima kasih kerana masih mengingati aku. tacing pulak malam-malam buta ni. taik betul! hahaha!

Ini khas untuk mereka blogger yang terlibat dalam usaha memprank akuserabut!


Mael : Happy Birtday jugak mael sampin!

Echa : Thankyou echa di atas sumbangan kek, macaron, kek lapis bagai!

Hanismanis : Lakonan hang memang nak kena pelempang. sebab berani hang maki senior-senior hang!

Hakam : Terkejut aku bila hang buat-buat nak pukul Hanis. nakharun! hahaha!

Iznul : Ini lagi seorang junior nak kena pelempang! bila hang mau hapdate blog haa?

Joe : Junior dalam list nak kena pelempang jugak!

Ayap : ni pelakon tambahan datang makan kek ja hahaha hoi dah mati pucuk ka nak menulis blog?



Terima Kasih Kalian. terharu!



Yang hijau tu aku. yang biru tu Mael. Ini kek gay hahaha!



p/s -hais menci hari jadi! sebab tua setahun pulak bahaha!

-agak sibuk dengan masalah-masalah dunia sekarang.

-jangan maki sebab ini entry dairi akuserabut hehehe!

Monday, October 10, 2011

JOM PANJANGKAN BURUNG

Kali ini tulis entry pagi-pagi buta lagi. pukul 4.30 pagi. semalam kecoh pasal keindahan bulan. tapi aku dengki dengan bulan itu. mengambang cantik sambil dilingkari bulatan seakan-akan pelangi. bulan itu pentingkan diri sendiri! biarkan aku di sini gerhana. gelap. serabut hendak menulis cerpen untuk tugasan. menulis merapu aku mampu. nak menulis serius aku serabut. nak mulakan picitan pertama ke papankekunci pun kelam kabut hais!

Aku buka blog. picit shoutbox. aku nampak ini




Banyak pautan dalam Bahasa Inggeris aku temui. berbagai. tapi tujuan hanya satu. promosi yang sama! promosi tentang :





Nakharun! iklan kasi panjangkan burung. ini bukan burung sebarangan. burung ni mampu bertarung LOL Selalu pulak ada kat Shoutbox aku! dekat email macam tu jugak. beratus spam. kadang-kala hampir ribuan. semua iklan menda ni. boleh bikin serabut ni.

Tolong la. aku budak baik. blog aku ni tak dak menda pelik-pelik pun. kan? kan? kan?!!!! kbai!



p/s orang yang setuju kata aku budak baik ja boleh komen entry ni. kakaka!

Friday, October 7, 2011

APA BEZA ORANG KAMPUNG DENGAN ORANG BANDAR?

Sengaja aku nak berkongsi keserabutan masa aku dekat kelas Isu-isu Pembangunan tadi. Pensyarah aku tanya apa beda 2 jenis golongan manusia. orang kampung dan orang bandar? satu kelas kebingungan. blur. jawab apa pun tak kena. Pensyarah tanya aku.
-Kamu orang kampung atau orang bandar?
-Saya orang kampung.
-Baju jenama apa yang kamu sedang pakai sekarang?
-Hmm. Bodyglove. ( kebetulan aku pakai baju bodyglove)
-Tudiaaa. orang kampung pakai baju Bodyglove.
(satu kelas gelak! dem!)

Pensyarah tu tanya budak lain pulak.
-Kamu orang kampung atau orang bandar?
-Saya orang kampung. jawab budak tu.
-Kamu reti panjat pokok kelapa?
-tak.
-Kamu reti panjat pokok kelapa sawit?
-tak
-Lepas tu mana yang ciri-ciri orang kampung tu?
(Satu kelas gelak lagik)
( Semua orang jadi bingung dengan soalan yang macam mudah. tapi macam serabut!)

Pensyarah itu tanya lagi.
-Kalau orang itu duduk di bandar tapi masih menggunakan air hujan untuk membasuh kereta atau basuh kaki. orang itu orang kampung atau bandar?
Aku paling serabut dengan contoh soalan macam ni! buat aku pening ja. tapi agak menarik sebab kadang-kadang kita tak perasan akan sesuatu pembangunan dalam sebuah negara itu sehingga kita susah nak bezakan antara orang kampung dengan orang bandar. dua golongan itu nampak macam hampir sama dari segi pakaian. makanan. kemudahan. sekolah dan macam-macam.

Topik ini buat aku fikir yang hmm kira membangun la negara kita noh. cara menentukan golongan orang kampung atau bandar pun sudah beda dari semasa ke semasa. dulu lain. sekarang lain. tak beza pun sekarang ni antara orang kampung dan orang bandar. mungkin udara yang dihidu itu tidak sama. tapi kegiatan harian dan ciri-ciri kasar hampir sama.

Masalah sosial pun hampir setanding. gejala minah rempit la. bohsia la dan macam-macma lagi. kat semua tempat ada. tak kira bandar atau kampung. tak ada beza! korang ingat awek kampung semua macam dulu? hari-hari kat dapur macam dulu? zaman Hang Tuah boleh la kot. sekarang ni semua belajar tinggi-tinggi. sudah tak nampak beza dah antara orang kampung dengan bandar.

Walaubagaimana pun. yang betul-betul kampung masih wujud di bumi tercinta ni. bukan aku nak mengutuk ok. tapi ini kata pensyarah aku. negeri-negeri di Sabah Sarawak banyak lagi kampung-kampung yang betul-betul kampung! tak ada elektrik. tak ada sumber air paip. masih bergantung kepada air semulajadi. tak ada telefon.

Sampai sini saja la. saja nak share-share dengan korang keserabutan aku. tapi kan. sampai sekarang aku masih serabut dengan apa beda bandar, kampung, luar bandar, pekan, dan seangkatan dengannya. serabut-serabut! ini la asignment aku sekarang. mengkaji ciri-ciri semua tempat tu mengikut fahaman era-era yang berlainan ( macam tak betul ja ayat aku). lantak la LOL.peace! jangan malu, jangan segan, kita tetap rakyat Malaysia!


p/s -aku orang KL (Kampung Lampam) hahaha! serius nama kampung aku ni! teletak di Pendang, Kedah.

-Ikan Lampam pulak kalau buat asam pedas. meleleh ayaq liuq!

updated :


tolong la percaya ini ikan lampam 2.9 kg bahahaha

Sunday, September 25, 2011

MASUKKAN NO PIN ATM TERBALIK ITU TIPU!!!

Ohh dem. aku silap bagi fake information kat korang pasal Tips kalau kena rompak kat mesin ATM tu. pasal masukkan no pin atau password korang secara terbalik yang boleh alert polis untuk korang itu semua tipu. maklumat palsu! Sory pasal entry tu. aku pun tertipu jugak dan aku tak check betul-betul dulu menda ni. sebab dulu aku rasa mungkin menda tu boleh menyelamatkan duit korang. ampunkan aku.

Khabar angin ini tengah kencang di publish kat FB, email dan lain-lain medium. semua ni tipu dan jugak boleh membahayakan korang kalau korang berbuat demikian. Sebenarnya idea No pin terbalik atau Backward password ni pernah dicadangkan pada tahun 1994 oleh Joseph Zingher dari Chicago. Dia berusaha atau pulun nak jual idea ni kepada bank-bank US masa tu. tetapi tidak berjaya sebab banyak sebab.

Antara sebabnya. kalau teknologi ini ada. tak kan perompak tak tahu? mesti tahu jugak kan. dia pun manusia jugak. mesti alert dengan menda-menda macam ni kalau backward password itu dilaksanakan. so, bila ada mangsa rompakan yang memasukan no pin terbalik tu. sebenarnya ia lagi membahayakan. daripada khabar angin tu. Ia kata duit akan lekat separuh kat mesin ATM. perompak akan tahu la kalau macam tu, dan nyawa korang susah dalam bahaya.

Satu lagi dia kata kena tekan no pin atau password terbalik. macam mana dengan contoh password 123321 , 111111, 223322. terbalik pun dapat no pin sama. so tips tu tak boleh pakai. gagal! dan masa untuk polis sampai tu. kalau nak tunggu polis sampai kepada mangsa rompakan. perompak sudah lari daa.

Pihak bank tidak boleh mempertaruhkan nyawa orang dengan duit. dan pihak bank tak ada buat menda-menda yang lagiiii boleh membahayakan nyawa penggunanya. senang cakap nyawa itu lagiiii bernilai atau tak ternilai. Korang kalau kena rompak please la pikir panjang-panjang sebelum bertidak sendiri. sebab itu semua melibatkan nyawa. duit atau harta yang hilang boleh dicari tetapi nyawa yang hilang mana boleh ganti ganti!

Korang taip la no pin korang secara terbalik beribu kali pun. tak akan ada polis yang datang. tak ada pun teknologi itu ok. aku yang silap post tak buat research sikit. sory sekali lagi. aku rasa cara paling selamat dan boleh mengelakkan kena rompak adalah dengan korang jangan pergi seorang diri untuk ambil duit dari Mesin ATM yang sunyi. mintak membe-membe teman ke. sesiapa yang korang boleh harap la. tu la aku rasa paling selamat.


credit to hoax-slayer


p/s sory sebab post pasal maklumat yang palsu. maaf! haiss serabut-serabut!!!



Tuesday, September 20, 2011

UNTUNG LA AWEK RETI MASAK

Aku rasa semua lelaki nak macam tu. nak seorang awek atau bakal isteri yang reti masak. bukan nak ber'demand' ok. cuma nak yang reti atau tahu masak sikit. reti dengan pro lain maksudnya. kalau pro dia lain. pro tu memang terer la semua dia tau buat. makanan italian spanyolian wang kelian semua dia tau buat. yang aku maksudkan kalau boleh tahu masak masakan simple-simple pun tak apa. janji tak melapar kebuluran.

Mama aku pulak selalu warning aku : hang nanti cari bini yang tau masak! paham! Mama tak nak nanti mama masak bagi anak menantu pulak! aisyemen mama aku ni. aku tak habis belajar lagi aa. nak warning-warning pulak! aku tanya mama aku lagi : Mama. kalau reti sikit-sikit boleh tak? Mama aku kata : ok latu. nanti pandai la kalau dah berlaki. beranak. tak kan nak bagi family makan luar ja hari-hari. memang la perempuan sekarang ni berkejaya. gaji tinggi. tapi at least sekali sekala masak sendiri. baru la harmoni baru la bahagia dan sweet (ok yang tu aku tambah!)

Tapi bagi aku kan. perempuan sekarang dah lain dah. belajar tinggi. bukan aku nak kutuk la. aku ada seorang membe perempuan seorang ni. apa pun tak reti bab masak-memasak. aku pun pandai dari dia. boleh bayangkan tak betapa fokusnya perempuan sekarang dengan kerjaya. sampai potong bawang pun tak reti. malu wei aku yang lelaki berjambang pun reti potong bawang boooo!

Haa sebeluam aku menamatkan entry ni aku nak wish terima kasih banyak-banyak kepada awek membe aku Echa Chipmunk. yang memberi aku setapperwer Kek Lapis Sarawak. buatan sendiri ok!!! serius sedap kek tu Echa. thankyou. Untung la hang Mael. awek pandai masak. buat kuih pun pandai. buat kek pun pandai. menari pun pandai gagaga!




Aku selalu nampak kat internet ja Echa yang tembikai ni. tak sangka ada orang beri aku makan sepuasnya kek ni. terharu bahahahaha.
Lawa kek ni. aku makan pun tak sampai hati. tapi habis jugak! kekeke


p/s -aku rasa macam tak lengkap la karangan aku kali ni. post ja laaa LOL!

-sapa reti masak mai kat abang mai kakakaka!

Saturday, September 17, 2011

TAK TAU NAK CAKAP PA- ENTRY MERAPU

Ini bukan wordless wednesday tapi taktau nak cakap pa pada hari Sabtu ni setelah aku baca komen ini.



edited-demi keselamatan dan keamanan sejagat. aku rasa baik aku blurkan nama si pengomen ini hahaha
ngeri gila. lariiiiii kbai



p/s -pliss pliss jangan maki aku!

-sentap dengan komen macam ni siot #LOL

Tuesday, September 13, 2011

AKU BUAT LAWAK KAT PEJABAT POS

Tadi aku pergi pejabat Pos Laju kat Bangi. nak amek motor aku yang dipos dari Kedah. sampai ja kaunter. akak kaunter tu tanya aku macam ni.


Akak kaunter : helmet ada bawak tak?

Aku : ada. ada bawah seat motor.

Akak kaunter : kunci motor ada bawak?

Aku : hmm.. dak! !@$%&* dem lupa!

Akak kaunter : wakakaka!

Aku : cilaka ..l..

Semua orang ada kat situ termasuk staf-staf Pos Laju gelak kat aku. nakharun malu aku! aku pun satu hal. dah tau nak pergi amek motor. kunci tak bawa. haiss kesian kat Kimy pala besaq. kena balik kolej tolong aku amek kunci pulak. bukak sem baru ni. serba tak kena aku. serabut betul! macam-macam hal pulak datang mengundang. sabar je la.

Ni aku nak luahkan rasa kebengangan aku dekat service penghantaran motor oleh Pos Laju ni. lepas ja motor aku dipos. bercalar-calar motor aku. sakit hati ooo dah macam kena cakar harimau ni. bila komplen kat orang PosLaju. dia tanya kita balik. laaa asal tak balut? nakharun sekali lagi! mana aku nak tahu kan. dah tak bagitau. dah calar baru nak habaq!!! so kepada hampa yang nak pakai service penghantaran motor ni. elok la hampa balut dengan plastik ka. surat khabar ka. kotak ka. condom ka. ehh mana boleh! LOL

Kalau tak balut. jangan menyesal di kemudian hari la bila motor hampa macam keluar dari kandang harimau. aku dok panas hati lagi ni bila usha kesan-kesan calar motor aku ni. rasa macam nak cakar muka orang yang kerja ka Pos Laju ja tadi! sabar aran sabaq!



Ni. balut macam ni. aku taktau panggil apa plastik ni. tapi plastik ni la depa buat balut motor.kbai.


Tuesday, September 6, 2011

BILA MALAS GILA

Pagi-pagi kepala rasa serabut. mai aku nak bagi satu teka-teki-tekud.

Menda apa yang kalau malas tu malas gila.
Tapi kalau rajin tu rajin gila!




Jawapan : update blog !

bila penyakit malas mai. berminggu-migguan tak buka blog.
tapi bila angin rajin mai. sehari post tiga kilo. kurang-kurang tiga kali sehari. dah macam makan nasi dah update blog. sekian!




p/s nak wish jugak Selamat Merdekaraya. walaupun dah nak seminggu berlalu. selamat-selamat nah semua =)


Kepada membe-membe kamcheng masa belajar formsix kat Londong dulu. sory kepada yang aku tak sempat jumpa la. tak sempat pi raya rumah la. moga-moga hampa sihat ja. tetiba tacing pulak. free-free kita pi main bola dengan Chealsea lagi. bahahaha.kbai!

Thursday, August 25, 2011

TIPS HILANGKAN SEMBELIT-MERAPU

Kalau aku sembelit atau berak tak keluar. aku akan tengok video-video ni. lepas tengok video-video ni berak aku akan berebut-rebut keluar pruttt pruttt!

Gula-gula



Max 24/7



aku gurau ja. kbai.


p/s sory kepada kipas susah mati group Gula-gula dan Max 24/7 hehehe.

Tuesday, August 9, 2011

AKU SERABUT DENGAN PUASA

Semua dok cerita pasai puasa. aku menjadi agak lonely keseorangan di sini. oleh itu aku nak cerita jugak pengalaman aku dengan bulan puasa ni walaupun aku bukan Islam. Aku rasa ramai lagi membe-membe blogger yang tak tahu aku ni bukan orang Melayu dan jugak bukan beragama Islam. nak tau lagi lanjut pergi usha entry-entry lama aku. malas dah nak cerita pasal sejarah hidup aku yang serabut ni.

Aku ni cukup serabut bila datang bulan puasa ni. bukan aku kena puasa. tapi aku terpaksa berlakon puasa jugak kekadang. pasai muka aku ni macam Melayu. orang bangsa Siam dengan Melayu muka lebih kurang. susah nak cam gak. bila orang ingat aku Melayu. kalau aku makan sesuka hati aku di khalayak ramai. komfem difitnahi hahaha lagi pun nak respect la kepada yang berpuasa betul tak. macam-macam kenangan-kenangan lawak aku bila time-time puasa macam ni. kena check IC la. hadoi. meh aku nak cerita.

Ada sekali tu aku teman dua orang membe aku si Mael dan si Kimy buka puasa kat KFC. bila dah beli ayam goreng KFC. kami pun duduk la kat meja dalam KFC tu. penuh orang kat KFC tu. semua dok tunggu masuk waktu buka puasa. tabiat aku pulak. bila duduk ja kat meja makan. aku mesti minum air sikit dulu. selamba rock ja aku sedup air pepsi aku. apa lagi semua makcik pakcik dalam KFC tu usha aku. hadoi spoil betul la. lupa pulak orang tengah puasa. bagi menjernihkan kekalutan yang aku timbulkan. aku pun amik henfon aku dan pura-pura cakap fon. pastu cakap bahasa Siam kuat-kuat lagi! hahaha nak terbatal puasa membe aku gelak.




Kisah kedua pulak. ada orang buat pengakuan tak puasa kat aku. cerita dia macam ni. masa bulan puasa kafe tempat aku belajar buka jugak. nak jual kepada yang bukan Muslim. pekerja kafe situ kebanyakan orang Indonesia. tapi semua speaking KL mantap gila. ada sekali tu. aku lapar sangat waktu tengah hari macam tu. aku pun pergi la kafe jalan-jalan cari makan. terpaksa buat muka selamba sebab lapar tak tahan dah. kebanyakan pekerja kafe kat situ tak tau pun aku bukan Muslim. masa aku order nasi ayam tu. ada seorang mamat Indo tu cakap dengan aku macam ni. " Bro tak puasa ke?" ( sambil tersenyum sinis ). aku pun sengih ja la. malas nak explain. pastu dia dia kata lagi. "saya pun tak puasa jugak". ( sambil gelak heheheh ) adoi lukenabeb! lol.

Cerita ketiga pulak. masa bulan puasa aku pergi makan kat kedai mamak. aku makan kat Subaidah. aku makan dengan membe India seorang. membe India aku seorang ni pulak keturunan India putih. muka macam melayu mamak. masa kami nak pesan nasi lauk. pekerja dia selamba ja cakap. "tak leh makan sini encik. kalau bungkus tak apa". apa kehel pulak tak leh makan sini. nakharun betul! suka hati aku la kan aku nak makan mana pun. bengang aku dengan pekerja ceduk nasi tu. last-last dia bagitau sebab. dia cakap kalau aku dengan membe aku kena tangkap dengan pegawal agama. depa akan didenda sebab benarkan orang Islam melantak masa bulan puasa kat kedai depa. adoi serabut lagi! last-last aku pacakkan IC aku depan Supervisor dia. masa tengah makan aku pampangkan IC aku atas meja makan. baru puas hati aku!

Cukup la 3 cerita aku terserabut masa bulan puasa ni. sebenarnya melambak lagi ada kenangan aku difitnahi masa bulan puasa ni. kena tahan polis hisap rokok atas motor la. kena check IC masa makan kat Mekdi la. kena maki masa minum air dalam kereta la. melambak lagi kalau nak cerita. sampai sini ja la noh. satu aku nak pesan kat korang semua. kalau ada orang boleh selamba rock makan atau hisap rokok depan orang ramai masa bulan puasa. jangan terus buruk sangka terus ok. kurang pahala korang. mana tau depa macam aku ke. orang bukan Islam yang muka macam orang Melayu. peace.

Friday, August 5, 2011

ENTRY PERTAMA BLOG SERABUT

Tadi aku singgah blog sepupu aku yang gatai pungkoq nak buat blog jugak. nama dia Charred. dia ni baru lagi. baru post 3 entry. Charred ni kaki bola. dia kata dia nak buat blog banyak entry pasal bola. usha-usha la blog dia k. tetiba terpikir masa mula-mula aku buat blog ni. rasa kelakar dengan diri-sendiri pulak. ye la. budak baru belajar. sekarang pun tengah belajar jugak. bak kata orang serabut belajar takpa. jangan serabut menyerabut lol. ni aku nak kongsi kekelakaran entry pertama Blogserabut. entry yang bertajuk Upah Seorang Anak . ni link entry tu.

Rasa comel ja baca entry tu. kiut aaa aku ni. macam Justin Bieber hahaha dem! hampa pun mesti ada kenangan entry pertama yang ditulis kan. padahal entry pertama aku tu aku kopipes ja dari internet. tak ingat pulak mana aku amik. nasib baik tak dak orang claim. kalau tak kena maki buta aku. k la. seotai mana pun hampa. mesti pernah jadi newbie jugak kan. tak yah nak besaq pala. tak yah nak berlagak kasta tinggi. kita sama ja. rakyat Malaysia. yeahhh hahaha lari tajuk!

Kepada Charred : kurangkan menulis style sms k. serabut nak baca.

jangan pakai kaler tulisan terang menderang sangat. mata aku tak tahan silau. kena pakai spek mata hitam plak kang nak baca entry hang.

welcome to blog world

aku bukan nak tunjuk pandai. tapi seeloknya macam ni la. nak terima ok. tak terima pun ok. masing-masing ada style sendiri. peace.


p/s risau gak aku. takut kena kutuk kata aku belagak pandai. aku nasihat sepupu aku ja. jangan serabut!


Baby baby babi uuuuuuu wakakaka

Thursday, August 4, 2011

NUFFNANG TUNJUK JARI TENGAH KAT AKU

Pukul 4.00 am : aku terbangun dari meronta-ronta atas tilam sebab mata tak lelap. nakharun! oleh itu aku nak merapu malam-malam buta ni. terlebih dahulu nak cerita pasal Nuffnang. Nuffnang tu merupakan satu medium di mana anda boleh dapat money dari hobi berblog. Nuffnang akan tempek iklan sesuka hati dia kat blog kita pastu kalau ada orang klik iklan tu. dapat la duit seposen dua.

Tadi aku check statistik akaun Nuffnang aku. hampa tau apa dia tunjuk kat aku? dia tunjuk ni!



hahaha sekian terima kasih! baibai pak lebai.


notakaki : pasai paa entry kebelakangan ni tak membina sangat ni!

diharap entry akan datang tak merapu dan serabut lagik! nakharun!

kepada serabuter-serabuter. kalau hampa nak maki aku tekan butang like kat bawah entry ni sebelum aku menangis pastu lap air mata pakai tuala lol

satu lagi. tempek la iklan kat blog hampa kepada yang takdak lagi tu. sambil menyelam usha punggung bak perpatah. hahaha tak rugi pun.

lagi satu! iklan ni boleh menceriakan blog hampa jugak kadang-kadang. tapi satu ja aku kureng. tak keluar iklan bikini atau baju spek mata. kakaka.


Tuesday, August 2, 2011

KECIK HATI BILA KOMEN ENTRY ORANG

Nak merapu la sikit. semalam aku rasa kecik hati bila komen entry satu blog ni. rasa sedikit terguris seperti bawang kena hiris sebab dia keluar word verification macam ni :


Rasa down terus bila komen-komen keluar word verification macam ni :
Pulun do


Orang penat-penat baca entry dia pastu siap komen lagik! dia kata kita pulun pulak. nakharun betul! hahaha saja nak melawak petang-petang sebelum hampa nak buka puasa kan. tapi bagi aku la. aku kurang berkenan dengan blog-blog yang pakai word verification ni. entah. tak suka la! melambatkan masa aku. buang je la menda ni. senang sikit aku nak berkomen-komen dengan hampa. apa-apa pun suka hati la. saja kalut aku nak bagi pendapat aku.

Selalunya aku akan perli blog yang ada word verification tu macam ni:
  1. Amboi... kena ada password nak komen entry dia. atau
  2. Tu diaaa ada word verification nak komen entry dia. macam mesin ATM noh!

Ok la. blog hang, hang punya suka. blog aku. aku punya suka. nak hingaq sikit tak kan tak leh. peace yo!


notakaki : cara nak buang word verification
: Dashboard > Setting > Comments > Show word verification for comments > pilih " No "

Sunday, July 31, 2011

TIPS BLOGGING AKUSERABUT : PUTUS TUNANG


Perkataan yang boleh up traffic blog korang. buat tajuk entry dengan perkataan ini. komfem maju!






okbai. peace.



notakaki : membe aku cakap. tu la lain kali buat apa-apa jangan over sangat! tergedik-gedik! hmm?

moral of the story. lain kali jangan kecoh sangat la noh. aku dulu ada gak buah hati. aku memang falling in love gila babun dengan dia ni. memang nak buat bini la. heboh satu kampung. kenalkan kat membe-membe. kenalkan kat sanak saudara. last-last ada konflik sikit. dia ceraikan aku pastu bawa laki lain. cam nakharam punya malu dan kecewa aku.

kepada lelaki pulak. seeloknya karier first. awek second. ceewah!!! berlagak cam baguih sat hehehe.

kita pun bukan baguih sangat nak kutuk orang betul tak? pang !!! tampaq pala sendiri!


edited

Saturday, July 30, 2011

STYLE RAMBUT LELAKI FEMES AMOS ZAMAN BUDAK SEKOLAH

Petang-petang rasa boring baru teringat membe blogger seorang ni. Amin nama dia. Dia suruh aku post pasal fesyen rambut.Susah gak kalau nak buat entry pasal fesyen rambut ni. sebab banyak sangat fesyen rambut yang ada atas muka bumi ni. hang tengok sini ( link ) ja la Amin hehehe. last-last aku terpikir nak post pasal fesyen rambut yang femes zaman aku sekolah menengah dulu. kira macam fesyen rambut kegilaan zaman pra-matang bebudak dulu-dulu. lebih kurang pada tahun 2003-2005 macam tu.


Pacak depan

Ni fesyen rambut pacak depan. fesyen sangat femes masa aku sekolah menengah dulu. senang ja nak buat. cuma sapukan gel rambut yang berharga seringgit. pastu sikat rambut ke depan dan pacakkan rambut bahagian depan ke atas. aku pun selalu buat rambut macam ni dulu. ada orang panggil femes rambut Korea atau digelar rambut Korea. tapi bukan K-pop atau popcorn ke apa ke. rasa agak dem jugak! sebab pernah buat rambut ala-ala Korea macam ni. aku bukan gay ok! hahaha gurau ja.


Style pacak

Ni pulak rambut style pacak. kena pakai gel rambut jugak style ni. pastu pacak kan sampai serabut. gel rambut seringgit tu akan membuat rambut keras macam gila pig! kalau cicak jatuh atas komfem mati cikgu aku kata. style pacak ni aku rasa sangat dipengaruhi style rambut vokalis Linkin Park, Chester. zaman itu bebudak sangat meminat genre lagu rap rock macam Linkin Park la, Limp Bizkit la. semua nak pacakkan rambut. aku minat gila Linkin Park. sampai sekarang dok layan lagu band ni lagi!

Seterusnya style rambut mat bunga. ada orang panggil mat jambu la atau mat romeo. contoh style rambut mat bungan macam sikat tengah, sikat belakang, sikat tepi. kira kemas la. bebudak yang buat style rambut ni kebanyakan lagaknya macam romeo la konon, baju sekolah depa selalunya kemas. perangai ala-ala playboy macam tu. suka ayat awek-awek. padahal ada yang muka macam Drogba pun ada lol.


Idola mat bunga- Zed Zaidi. serius! hahaha.


sikat belakang


sikat tepi

Rambut yang paling senang buat dan mudah dijaga plak adalah botak. senang ja. takyah kalut-kalut. mudah dipotong rambut ni. zaman sekolah dulu. bebudak yang buat botak ni semua bebudak skinhead la banyak. muka ada ganas. genre bunyi yang dilayan rock. takkan bebudak skinhead layan lagu Siti Nurhaliza plak kan! bukan semua budak botak itu budak skinhead. ada yang dah biasa botak pun ada.


Mamat ni buat rambut macam mana pun hensem lagi macho. bengang aku!

Dulu-dulu style rambut bieber-bieberian tak wujud lagi. yang ada cuma ada membe-membe aku yang buat rambut ala-ala rapper Eminem.


Justin Bieber. gila jambu!


Eminem. style! fesyen rambut ala-ala dia ni tak pendek sangat. cuma turun kat kot depan.

Ada banyak lagi style rambut yang lain-lain. tapi yang ni ja la yang aku tengok ramai orang buat zaman aku dulu. sekarang dah lain dah. rambut aku pun dah serabut dah. lagi senang style rambut aku. tak yah pakai sikat. cuma serabutkan ja. settle! har har har! Kalau nak tengok spesen-spesen rambut lain masa kini picit sini. ada banyak kat situ. tapi yang link ni style mat salleh punya. tak banyak yang kekoreaan lol!

Sampai sini ja la aku nak serabut pasal fesyen-fesyen rambut zaman aku sekolah menengah dulu. tapi nak cerita kat korang. satu ayat mak aku yang buat aku down gila! dia kata : kalau perut tu boroi, buat rambut macam mana pun still boroi jugak. tak kan hilang boroi tu kalau tak diet. dem serabut!!! geram aku! grrr!

link haircutsformen


p/s Amin. ok la ni noh hehehe :)

Sunday, July 24, 2011

AKU DAPAT T-SHIRT DARI LOT.MY

Ni aku nak eksyen aku menang hadiah saguhati hati dari Lot.my setelah aku join contest Ipad 4 Bloggerz dulu-dulu. aku dapat T-shirt jaa waaa! dapat T-shirt pun nak hingaqq akuserabut ni! biaq p la! t-shirt pun jadi la. selama aku join contest atau kotex ni. ni kali pertama aku dapat sesuatu lol. ni entry serabut yang aku tulis untuk masuk contex ni. kalau nak usha entry aku untuk contest tu picit sini .


Gila siap printscreen sebab nak tunjuk kat hampa. tolong jangan kutuk aku!



Aku tak amik lagi T-shirt tu. tapi aku rasa T-shirt tu macam dalam gambar ni. dia kata t-shirt eksklusif. aku tak tau klusif cam mana sgt :P

Jadi la dapat T-shirt. orang dah bagi free. tapi jauhnya nak amek! kat Setapak tu. aku balik cuti kat kedah ni wei! Kimy telinga capang! tolong aku amek sat! plisss. sekali lagi nak habaq. jangan kutuk aku pasal entry ni hahahaha.


Tuesday, July 19, 2011

MAKANAN YANG BUAT AKU SERABUT NAK KELUAR

Perghh kekenyangan baru lepas makan durian. Pasal pa hah? durian tu raja segala buah. ada sapa-sapa boleh tolong bagitau tak? aku malas nak search Google hahaha. tapi aku rasa sebab duri durian kot. macam mahkota raja duri durian. aku merapu ja. ni aku nak senarai 4 jenis makanan yang buat aku serabut nak ke mana kalau dah makan makanan tu. kalau dah makan tu memang dok rumah ja la kerja aku. malas nak keluar sebab mulut bau gila babeng punya power! kalau keluar pun aku akan minimumkan nak cakap dengan orang. mulut akan dijarang dibuka. serius!



Yang pertama adalah durian! sekarang ni musim durian oooo. siok makan durian. kalau lepas korang makan durian kan. korang nak gosok gigi berapa banyak kali pun. susah nak hilang bau durian. aku rasa sebab bau itu datang dari perut kot. dah macam bau tenaga dalaman durian pulak kekadang. serius power bau durian. 2 batu boleh bau. kalau hampa nak try bau durian kan. try makan durian sampai kenyang gila. pastu pergi tengok wayang. kalau korang tak kena maki. memang korang hensem hahaha!



Hah ni petai faveret aku. kalau buat sambal ni 3 hari 3 malam aku tak makan lauk lain. sambal ni kan boleh tahan lama. tak habeh simpam dalam peti sejuk. pastu esok panaskan. makan lagi hahaha.



Kerdas


Ni kerdas otai. dah naik tunas.


Jering

Kerdas dengan Jering ni pulak bagi aku raja bau segala ulam. bau dia celaka sikit. kalau duduk satu kereta dengan orang makan kerdas dengan jering silap-silap boleh gaduh. Kerdas ni kampung aku panggil genuak atau genuar ( bukan anwar ok!). kerdas ni lagi simpan lama lagi power bau dia. nenek aku suka biar sampai keluar tunas/akar. warna kerdas yang lagi gelap lagi busuk bau. perghh bau mulut kalau makan kerdas ni takyah cakap la. sangat shit! aku tak suka sangat. tak tahan dengan bau mulut sendiri LOL!

Jering pun aku tak suka makan sangat. bau kencing kalau makan kerdas dengan jering ni macam taik jugak. bau tandas lebih kurang dengan bau loji dah kalau rumah ada orang makan 2 ulam ni. yang aku tau perempuan tak elok makan petai, kerdas dan jering ni!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...