Showing posts with label SAJA NAK KALUT. Show all posts
Showing posts with label SAJA NAK KALUT. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

AKU SERABUT DENGAN PUASA

Semua dok cerita pasai puasa. aku menjadi agak lonely keseorangan di sini. oleh itu aku nak cerita jugak pengalaman aku dengan bulan puasa ni walaupun aku bukan Islam. Aku rasa ramai lagi membe-membe blogger yang tak tahu aku ni bukan orang Melayu dan jugak bukan beragama Islam. nak tau lagi lanjut pergi usha entry-entry lama aku. malas dah nak cerita pasal sejarah hidup aku yang serabut ni.

Aku ni cukup serabut bila datang bulan puasa ni. bukan aku kena puasa. tapi aku terpaksa berlakon puasa jugak kekadang. pasai muka aku ni macam Melayu. orang bangsa Siam dengan Melayu muka lebih kurang. susah nak cam gak. bila orang ingat aku Melayu. kalau aku makan sesuka hati aku di khalayak ramai. komfem difitnahi hahaha lagi pun nak respect la kepada yang berpuasa betul tak. macam-macam kenangan-kenangan lawak aku bila time-time puasa macam ni. kena check IC la. hadoi. meh aku nak cerita.

Ada sekali tu aku teman dua orang membe aku si Mael dan si Kimy buka puasa kat KFC. bila dah beli ayam goreng KFC. kami pun duduk la kat meja dalam KFC tu. penuh orang kat KFC tu. semua dok tunggu masuk waktu buka puasa. tabiat aku pulak. bila duduk ja kat meja makan. aku mesti minum air sikit dulu. selamba rock ja aku sedup air pepsi aku. apa lagi semua makcik pakcik dalam KFC tu usha aku. hadoi spoil betul la. lupa pulak orang tengah puasa. bagi menjernihkan kekalutan yang aku timbulkan. aku pun amik henfon aku dan pura-pura cakap fon. pastu cakap bahasa Siam kuat-kuat lagi! hahaha nak terbatal puasa membe aku gelak.




Kisah kedua pulak. ada orang buat pengakuan tak puasa kat aku. cerita dia macam ni. masa bulan puasa kafe tempat aku belajar buka jugak. nak jual kepada yang bukan Muslim. pekerja kafe situ kebanyakan orang Indonesia. tapi semua speaking KL mantap gila. ada sekali tu. aku lapar sangat waktu tengah hari macam tu. aku pun pergi la kafe jalan-jalan cari makan. terpaksa buat muka selamba sebab lapar tak tahan dah. kebanyakan pekerja kafe kat situ tak tau pun aku bukan Muslim. masa aku order nasi ayam tu. ada seorang mamat Indo tu cakap dengan aku macam ni. " Bro tak puasa ke?" ( sambil tersenyum sinis ). aku pun sengih ja la. malas nak explain. pastu dia dia kata lagi. "saya pun tak puasa jugak". ( sambil gelak heheheh ) adoi lukenabeb! lol.

Cerita ketiga pulak. masa bulan puasa aku pergi makan kat kedai mamak. aku makan kat Subaidah. aku makan dengan membe India seorang. membe India aku seorang ni pulak keturunan India putih. muka macam melayu mamak. masa kami nak pesan nasi lauk. pekerja dia selamba ja cakap. "tak leh makan sini encik. kalau bungkus tak apa". apa kehel pulak tak leh makan sini. nakharun betul! suka hati aku la kan aku nak makan mana pun. bengang aku dengan pekerja ceduk nasi tu. last-last dia bagitau sebab. dia cakap kalau aku dengan membe aku kena tangkap dengan pegawal agama. depa akan didenda sebab benarkan orang Islam melantak masa bulan puasa kat kedai depa. adoi serabut lagi! last-last aku pacakkan IC aku depan Supervisor dia. masa tengah makan aku pampangkan IC aku atas meja makan. baru puas hati aku!

Cukup la 3 cerita aku terserabut masa bulan puasa ni. sebenarnya melambak lagi ada kenangan aku difitnahi masa bulan puasa ni. kena tahan polis hisap rokok atas motor la. kena check IC masa makan kat Mekdi la. kena maki masa minum air dalam kereta la. melambak lagi kalau nak cerita. sampai sini ja la noh. satu aku nak pesan kat korang semua. kalau ada orang boleh selamba rock makan atau hisap rokok depan orang ramai masa bulan puasa. jangan terus buruk sangka terus ok. kurang pahala korang. mana tau depa macam aku ke. orang bukan Islam yang muka macam orang Melayu. peace.

Wednesday, June 22, 2011

PEREMPUAN TAPIR

Tadi aku kutuk adik sepupu aku yang perempuan tu. aku kata kat dia : hang ni dah macam tapir dah aku tengok! muka putih. tangan dengan kaki gelap. ni kes dok naik motor pakai baju lengan pendek dengan seluar pendek la ni! syok ooo kalau dapat kutuk orang sekali sekala hahaha. tapi memang nak kena maki pun adik sepupu seorang tu. suka sangat merayau naik motor. tiba-tiba terkutuk adik sepupu aku tu. aku terpikr satu spesis perempuan ni. spesis nak putihkan muka macam musang.

Aku bukan nak menghina ok. cuma nak kasi serabut ja. aku tengok sekarang ni. macam-macam krim muka yang kaum perempuan guna. yang spesis aku nak cakap ni. spesis perempuan badan tak putih. tapi pakai krim tudiaaa kasi muka putih gila. tengok tangan dan kaki pulak tak putih pun. mungkin korang yang yang berspesis tu rasa biasa. rasa lawa. tapi aku rasa macam pelik la. bukan nak menghina ok sekali lagi aku habaq!!! bila tengok muka perghh putih gila. pakai krim sampai salin kulit muka. dari gelap leh jadi putih. bila tengok tangan. macam langit dan bumi. jangan marah noh. aku nak cakap ja!

Pelik-pelik aku tengok. kulit muka sampai mengelupas. yang aku tau.krim tu murah ja. macam-macam ada. dengaq kata ada krim yang beracun pun ada. kalau silap pakai leh cacat muka. serius hampa jangan dok buat main-main menda ni. bagi aku la kan cantik itu bukan setakat orang puith ja boleh cantik. orang kulit gelap pun cantik jugak. tak yah la buat menda pelik-pelik macam tu. muka putih bak kapas. bahagian badan lain kaler macam biji kapas! ni kalut nak putih buat pa. takut aku tengok. macam alien pun ada aku tengok perempuan macam tu. hadoi heroin hindustan ada yang gelap jugak. cantik molek ja. tak kira gelap ke cerah warna kulit tu. ada cantik dia. tak yah nak buat kalut. muka kaler lain. badan kaler lain. tak rasa pelik ka hampa?

Top model dunia ada yang berkulit gelap atau hitam jugak. tapi cantik ja aku tengok. tak putihkan muka macam beruk muka puith pun! (white faced monkey). kulit gelap tu ada keistimewaannya. jangan sangka orang berkulit putih ja boleh dilabel cantik! gelap pun cantik jugak. tapi macam mana korang nak menonjolkan kecantikan korang. insaf la daripada nak guna krim-krim pelik macam tu. dah macam Dr. Rozmey pulak aku LOL!


Perempuan Tapir wakaka (suka hati aku ja, jangan marah aku noh hehehe)


white faced monkey said : i use white faced krim yeahh!!! hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...