Showing posts with label JENAYAH. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH. Show all posts

Friday, July 15, 2011

BUDAK SEMAKIN KURANG AJAR ATAU CIKGU SEMAKIN GANAS?

Sekarang ni macam-macam kita dengar pasal cikgu dera murid. kadang-kadang sampai budak tu cacat atau meninggal terus. gila! selalu pulak dok kuar berita kat TV berita pasal mak bapak murid saman cikgu yang dera anak depa. tak pasai-pasai sekolah yang terlibat jadi fames kuar TV sebab kes dera. Nak cakap cikgu ja salah tak boleh jugak sebab aku tengok budak sekarang pun tak kurang tahap kekurangan ajaran depa. baru tadi aku tengok berita kat TV3. budak 13 tahun dirantai dan dilanyak cikgu sekolah agama sebab budak tu kantoi hisap rokok. bapak budak tu cukup bengang lalu saman cikgu tu.

Berdasarkan apa yang aku nampak. Bapak budak tu pulak macam tak nampak kesalahan anak dia tu. macam cikgu tu ja yang salah. macam tak dak sebab cikgu tu nak tibai anak dia. gila ka cikgu suka-suka nak tibai anak orang. mesti ada sebab! memang la sayang anak. bela dari kecik sampai besar tiba-tiba ada orang tibai anak depa macam beruk. tapi sekurang-kurangannya nampak dan ambil tindakan atas kesalahan anak sendiri. Bagi aku la kan. bila mak bapak cuma beriya-iya nak saman cikgu tu. tu yang menyebabkan budak lagi teruk perangai. kat sini ada dua kesalahan yang aku perasan. pertama budak tu hisap rokok. kedua cikgu tu tibai budak tu teruk sangat. bila keadaan jadi macam tu. budak tu tak sedar kesalahan hisap rokok tu. cuma tau yang cara cikgu tu dera yang salah. Media pun macam tu jugak. cuma tunjuk cikgu tu ja yang salah! tak bagitau pun yang hisap rokok tu salah kat budak! taik!

Aku selalu tengok berita macam ni kan. Media tak bagitau dan tak fokus pun apa kesalahan murid tu. cuma cakap cikgu tu yang salah sebab dera macam tu. cikgu salah! cikgu salah! dan cikgu salah! kadang-kadang macam budak tu tak buat salah langsung pun. Kesalahan ketara yang aku nampak sekarang ni kan. mak bapak selalu memihakkan anak sendiri. positif thinking kononnya anak mereka tu kecik lagi. pikiran anak diaorang tak matang lagi. buat salah apa pun boleh diubah lagi. bila anak dah besar nanti. elok la jadinya. taik! kes macam ni la budak jadi semakin taik. semakin kurang ajar! budak kalau tak diajar dari kecik memang taik la jadinya.

Kat sini aku tak kata cara cikgu tu dera murid tu tak salah ok. cuma aku nak korang serabut sikit pasal pemikiran sesetengah mak bapak ni. cara media tempatan menyampaikan berita. tak ada unsur nasihat langsung kadang-kadang. cuma nak tunjuk kesalahan saja. apa pengajaran yang kita dapat? ooo pukul budak teruk tu salah! tapi budak-budak hisap rokok tu elok la?Cikgu tu pun satu hal. pukul budak tak hingat dunia. macam budak tu dilahirkan untuk dia pukul ja. memang la pukul sebab nak mengajar. tapi jangan sampai luka-luka atau sampai patah bangang! Aku masih ingat lagi tips memukul pelajar nakal oleh berkas guru dalam TV. aku tak ingat siaran apa. Tips yang dia bagi macam ni. pukul jangan sampai luka berdarah. pukul jangan sampai patah. pukul jangan sampai cacat. yang paling hardcore. pukul jangan sampai budak tu henti nafas budak tu atau senang cakap jangan sampai mati.

Susah jugak noh jadi cikgu ni. pukul budak sikit kena saman. apa pun tak boleh! tu yang aku tak nak jadi cikgu tu. kena pandai kawal emosi. satgi gaduh dengan laki atau bini lepas kat budak pulak. nanya! bapak aku nak aku apply jadi cikgu dulu. tak nak aku! kesabaran paling penting aku rasa kalau nak jadi cikgu ni. bukan semua ada kesabaran tu. kepada cikgu-cikgu yang sabar dengan karenah aku dulu terima kasih banyak-banyak. aku tak nakal pun. serabut ja sikit ja hehehe.



Ni gambar adik Saiful yang sudah meninggal setelah ditibai oleh cikgu spesis binatang. memang celaka cikgu tu!

Friday, June 17, 2011

POWER ROOT BAGI AKU RM13 000 00

Aku nak cerita menda lawak ni. Power Root nak bagi aku hadiah RM 13,000,00 hahaha aku pun tak pasti pasal pa jumlah angka kosong tu macam pelik sikit. typo kot. semalam aku dapat mesej dari Power Root kata aku menang duit tu. hairan jugak aku. tak pernah join pun mana-mana contest Power Root ni. minum pun jarang-jarang-jarang aku rasa. aku dapat mesej dari nomber ni +6285796871587. mesej itu berbunyi.

Nomber Phone Anda Menang Promosi RM.13,000,00 dr, "Power _root" SDN BHD KL No.Seri:575477 Sila Call Office ; +6281394285897

Menda ni komfem menipu! pastu aku pergi la komen kat Fanpage Power Root untuk bertanya pasal menda ni. diaorang pun komen balik kata menda ni tak betul! Serabut dengan pihak-pihak yang suka cari makan dengan menipu ni. aku tak call pun number tu. kalau call komfem makan credit aku. kalau tak pun ada orang yang kaki tipu kata kena bayar dulu baru boleh dapat hadiah ganjaran tu.

Siapa yang percaya menda bodoh ni memang bodoh kuasa dua la. sapa nak senang-senang bagi kita duit.pikiaq la. selalu jugak aku dapat mesej merapu kata menang hadiah macam-macam. aku rasa korang pun pernah dapat. jangan mudah terpedaya sudah la. macam aku ni. kalau aku dapat mesej menang hadiah yang menipu macam ni aku akan reply mesej tu dengan perkataan yang agak kasaq iaitu fakof LOL.

Semakin rancak dah orang menipu untuk cari makan sekarang. korang jangan lah senang-senang percaya dengan geng-geng pokimon tu. ada orang yang terpedaya disebabkan dengan hadiah ganjaran. pasal duit ja ada orang boleh jadi bodoh kadang-kadang. pasal duit ja orang akan mengurangkan fungsi otak untuk berpikir. pasal duit ja orang akan mudah dijinakkan. jangan pasai duit orang boleh dibeli! pasal duit maruah pun boleh tergadai. cam nakharam kadang-kadang kuasa duit ni. pikiaq la pakai pala otak kalau nak percaya sesuatu. jangan pikiaq pakai pala lutut k!


Menda lawak masa kau google gambar Power Root ni tadi. tiba-tiba mak aku lalu nampak gambar-gambar Power Root ni kat laptop aku. mak aku tanya : Amboiii dok minum Power Root ka la??
dem! kakaka

Thursday, October 14, 2010

HACKER YANG HOT-KRISTINA

Awek yang cun dan agak hot ni bernama Kristina. Kristiana merupakan salah seorang hacker daripada kumpulan hacker yang ditahan di USA untuk siasatan kes kehilangan 3million dollars di American Bank dan 9.5million di British bank.

Kumpulan hacker tersebut terdiri daripada pelajar New York Uvernisity. Kristina diberi gelaran
Anna Champman kedua dan hacker paling hot di dunia. Stylo giler Kristina ni kan? Muka cun, pandai hack pulak tu..rasa nak kawan la dengan Kristina ni gagagagaga :)










via englishrussia

Thursday, September 23, 2010

CURI 10 TIN SUSU DALAM 60SAAT


Ni kes curi lagi..haiss..(kalau hobi semua orang dlm dunia mencuri,semua orang ak payah kerja la agaknya)

Ni lagi dasyat..curi tin susu celah kangkang..


Budak yang minum susu tu mesti sangat dengar cakap mak dia kan???

Wednesday, September 22, 2010

SATU FAMILY CURI DI AL-IKHSAN

Pro punya family ni.Satu kedai leh angkut silap2
Diaorg kalau ditrain lg mungkin leh rompak Bank Negara ni.

Kejadian berlaku di Kedai peralatan sukan Al-ikhsan
(Staff dia bt apa ntah??)

Sila saksikan keharamjadahan mereka ni>>
Serabut-serabut~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...