Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

MUKA-MUKA PENINJU-SEBELUM DAN SELEPAS BERTINJU

Ni muka-muka sebelum dan selepas seorang petinju masuk untuk bertinju. Sebelum nak bertinju nampak cool dan macho je kan. Lepas game muka macam cilaka seekor-ekor lol hahahaha






via funzu

Monday, December 27, 2010

MALAYSIA 3-0 INDONESIA FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 FIRST LEG

Memang best la game Malaysia tadi. memang talak rugi punya aku pergi tengok live kat Bukit Jalil sebentar tadi. Malaysia berjaya mendahului 3-0 dalam final AFF Suzuki Cup 2010 dalam perlawanan pertama final AFF Suzuki Cup 2010. Perlawanan kedua pulak akan berlangsung di Indonesia 29 Desember 2010 (Rabu) nanti.

Harap-harap skuad negara dapat mempertahankan kemenangan di Indonesia nanti. Jangan pulak seronok terlebih macam penyokong dia. penyokong dia punya seronok macam dah menang dan jadi juara dah, termasuk aku hahahaha. Aku berharap pemain Malaysia dapat mengawal mental mereka ketika bermain di tempat lawan nanti. buktikan Malaysia layak menjadi Juara. Go go Malaysia!!!! dan moga-moga dapat bermain dengan dabest macam tadi.. wa sokong lu olang skuad Malaysia. tiba-tiba wa semangat lebih ni. Mari kita bersatu menyokong skuad negara!! mari!!

Gol-gol yang berjaya disumbangkan sebentar tadi

Mohd Safee Bin Mohd Sali-60' & 72'
Mohamad Ashari Bin Samsudin-68'


Gambar kenangan bersama membe aku dan juga geng blogserabut aku iaitu Kimy dan Iznul sebentar tadi hehehehe penat kami memekak tadi sampai sakit-sakit tekak dah ni hahahaha



p/s -Seronok Malaysia menang punya pasal tadi tertinggal baju 1Malaysia aku dapat free tadi huhuhu rasa rugi , dah dapat free, tertinggal pulak.

- Post akan datang berkaitan dengan menda yang aku tak suka bila tengok bola kat stadium

Saturday, December 25, 2010

JOM TENGOK FINAL AFF SUZUKI CUP-BUKIT JALIL



Jom tengok perlawanan bola sepak Final AFF Suzuki Cup first leg kat Bukit Jalil esok (26-12-2010-Ahad). Esok merupakan pertemuan antara skuad negara bertemu Indonesia. Sesiapa yang duduk berdekatan dengan Bukit Jalil pergi la sokong Malaysia k. Jangan biar Bukit Jalil jadi macam Jakarta esok!!!!! Penyokong Indonesia mesti ramai esok. berkilo yang datang comfirm. Tak kan nak biar je?

Aku pergi esok. tumpang membe je. tiket pun mintak membe aku tolong belikan. beli yang paling murah je RM30. ok la tu hehehehehe.Kepada yang tak dapat pergi tengok live. boleh tengok kat TV pada pukul 8.00 malam. antara TV1 atau TV2. Jangan Lupa!!!

Hidup Malaysia!!!! menang nanti mintak-mintak dapat cuti peristiwa macam zaman sekolah dulu hahahahhahaa


Monday, December 20, 2010

MALAYSIA LAYAK KE FINAL AFF SUZUKI CUP 2010




Sekali lagi aku lambat update pasal AFF Suzuki Cup 2010 hehehehe...tapi aku nak tulis jugak sebab aku bersemangat sokong Malaysia gila babing kali ni huhh!!! Akhirnya Malaysia berjaya melangkah ke Final Suzuki Cup yang akan bertemu Indonesia sekali lagi.

Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir Suzuki Cup setelah dapat mempertahankan kemenangan di perlawanan kedua separuh akhir di Vietnam dengan keputusan perlawanan seri 0-0. Malaysia menang dengan agregat 2-0. Tahniah diucapkan kepada skuad negara.

Mampukah skuad negara dapat membalas balik kekalahan 5-1 dengan Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan hari tu? kita tengok lah nanti. aku akan sokong Malaysia beribu-ribu peratus hahahahhaha...

Jangan lupa saksikan perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 di antara Malaysia vs Indonesia ok!!!

Perlawanan pertama di Bukit Jalil- 26 Dec 2010

Perlawanan ke2 di Jakarta, Indonesia- 29 Dec 2010

Highlight perlawanan ke2 separuh akhir yang berlangsung di Vietnam 0-0


video credit to kevinphamsvdt

Wednesday, December 15, 2010

MALAYSIA 2-0 VIETNAM AFF SUZUKI CUP SEPARUH AKHIR PERTAMA




Skuad Malaysia telah berjaya menundukkan Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama bertempat di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Kemenangan 2-0 ke atas Vietnam tadi merupakan satu khabar gembira bagi seluruh rakyat Malaysia. Sesiapa yang tak seronok lantak la, pergi mampuih aku ucapkan hahahahaha

2 gol kemenangan tadi disumbangkan Safee Sali. Dua2 gol disumbangkan pada separuh masa kedua. Namun aku di sini mengharapkan skuad Malaysia jangan terlalu leka dengan kemenangan ini dan berjuang habis-habisan ketika perlawanan separuh akhir kedua yang akan di adakan di Vietnam nanti. Perlawanan separuh akhir kedua nanti dijadualkan diadakan pada 19 Dec 2010.

Marilah kita sama-sama terus memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia supaya dapat mempertahankan kemenangan ketika perlawanan separuh akhir kedua di Vietnam nanti ,supaya pasukan Malaysia layak untuk perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 Caiyok2 :)

Di sini aku sertakan video highlight perlawanan separuh akhir kedua AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia 2-0 Vietnam.




Diulangi !!!
perlawanan separuh akhir kedua yang bertempat di Vietnam berlangsung pada 19 Dec 2010


Highlight video credit to meriam-sijagur


MALAYSIA VS VIETNAM SEPARUH AKHIR PERTAMA AFF SUZUKI CUP 2010



Malam ini akan berlangsung perlawanan Separuh Akhir pertama AFF Suzuki Cup 2010 antara Malaysia vs Vietnam di Stadium Negara Bukit Jalil. Perlawanan bermula pada pukul 8.00 malam. Tak sabar aku nak tunggu malam nanti. Ya la, nak tengok Malaysia menang malam ni. Sakit hati oooo tengok Malaysia kena belasah dengan Indonesia 5-1 hari tu. Panas aku tengok!!! Bagi aku la kan, ini merupakan peluang Malaysia untuk menembus kembali kekalahan kepada Indonesia hari tu.

Sesiapa yang dapat tengok kat Bukit Jalil malam ni, berilah sokongan anda sebanyakkk mungkin k. kepada yang tak dapat pergi pulak. luangkan masa malam anda nanti untuk beri sokongan anda di depan TV hehehehehe. Kalau tak silap ada siaran langsung di TV1 atau TV2 atau Astro Arena dan menurut Encik razis pula kat ESPN pun ada jugak.

Nah...Encik Razis bagi sekali link untuk tengok online perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia vs Vietnam :)


Sekali lagi aku ulang pukul 8.00 malam ni (15 Dec 2010)!!!! Jangan Lupa!!!!


laporan asal razis

Monday, November 1, 2010

GOL-GOL FINAL LIGA MALAYSIA 2010

Jom layan gol-gol yang berjaya dijaringkan ketika perlawanan akhir Liga Malaysia 2010, pertemuan antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Keputusan perlawanan- Kelantan menang 2-1.



Gol pertaman perlawan dijaringkan oleh Shahurain (NegeriSembilan) menerusi sepakan penalti.


Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Hairuddin


Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Badhri Radzi


via EPLsoker

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...