Monday, December 27, 2010

MALAYSIA 3-0 INDONESIA FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 FIRST LEG

Memang best la game Malaysia tadi. memang talak rugi punya aku pergi tengok live kat Bukit Jalil sebentar tadi. Malaysia berjaya mendahului 3-0 dalam final AFF Suzuki Cup 2010 dalam perlawanan pertama final AFF Suzuki Cup 2010. Perlawanan kedua pulak akan berlangsung di Indonesia 29 Desember 2010 (Rabu) nanti.

Harap-harap skuad negara dapat mempertahankan kemenangan di Indonesia nanti. Jangan pulak seronok terlebih macam penyokong dia. penyokong dia punya seronok macam dah menang dan jadi juara dah, termasuk aku hahahaha. Aku berharap pemain Malaysia dapat mengawal mental mereka ketika bermain di tempat lawan nanti. buktikan Malaysia layak menjadi Juara. Go go Malaysia!!!! dan moga-moga dapat bermain dengan dabest macam tadi.. wa sokong lu olang skuad Malaysia. tiba-tiba wa semangat lebih ni. Mari kita bersatu menyokong skuad negara!! mari!!

Gol-gol yang berjaya disumbangkan sebentar tadi

Mohd Safee Bin Mohd Sali-60' & 72'
Mohamad Ashari Bin Samsudin-68'


Gambar kenangan bersama membe aku dan juga geng blogserabut aku iaitu Kimy dan Iznul sebentar tadi hehehehe penat kami memekak tadi sampai sakit-sakit tekak dah ni hahahaha



p/s -Seronok Malaysia menang punya pasal tadi tertinggal baju 1Malaysia aku dapat free tadi huhuhu rasa rugi , dah dapat free, tertinggal pulak.

- Post akan datang berkaitan dengan menda yang aku tak suka bila tengok bola kat stadium

2 comments:

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...