Showing posts with label BULETIN. Show all posts
Showing posts with label BULETIN. Show all posts

Monday, March 14, 2011

KARIKATUR TSUNAMI JEPUN OLEH BERITA HARIAN SERIUS KURANG CERDIK

Ini cerita serius bangang yang Akuserabut dapat taw tadi pasal Berita Harian sempat lagi mengeluarkan karikatur menganjing kartun terkenal Jepun, Ultraman yang lari daripada bencana Tsunami. Kes ini sampai masuk laman web CNN dengan entry yang bertajuk " Malaysian Newspaper pokes fun at recent tsunami disasters" Adoi.. malu wei.. kalau aku pergi tengok cite Hikayat Merong Mahawangsa dengan bogel pun tak rasa malu macam ni aku rasa.. tetiba over je, tapi serius spoil la. Ni karikaturnya.




Memang la karikatur ni ada nilai komedinya tapi jangan la nak publish kat surat khabar. satu dunia dah taw pasal ni. malu oooo Malaysia.. susah la rakyat Malaysia nak pergi makan sushi sambil ditiup angin sespoil-spoil bahasa di Jepun nanti. berkilo rakyat Jepun mati, dia boleh keluar karikatur macam ni kat surat khabar. tak nampak intelligence la kat sini. nampak sangat stupig. disebabkan hal ini, Berita Harian sudah memohan maaf dah, tapi bak perpatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak karikatur, buruk padahnya.ok aku silap.

Aku bukan apa, mampuih Indo nak menganjing kita nanti. point besar Indo nak kutuk kita balik ni. diaorang tengah tunggu je nak hantam kita balik. Pastu kita baru saja kutuk pasal peminat-peminat fanudetik Maria Ozawa a.k.a Miyabi di Indo yang menanyakan keselamatan Miyabi di Jepun. ni kita kantoi dengan hal ini pulak. diharap kita dapat belajar dari hal ini. jangan buat macam ni lagi. jatuh kedebuakk air muka Malaysia disebabkan hal ini. Moral of the story, jangn kutuk orang, bila kena batang hidung sendiri, sampai CNN la jadinya.. peace no war :)

Laporan asal beautifulnara via CNN

Wednesday, March 9, 2011

BARCELONA 3-1 ARSENAL CHAMPIONS LEAGUE 2010-2011

Tak nak tulis entry panjang-panjang sebab aku dah tak tahan nak tido. tak larat sangat dah ni hehehe... Barcelona menang ke atas Asenal 3-1... Barcelona layak ke pusingan suku akhir di atas menang ke atas Arsenal dengan agregat 4-3. Aku tetap sokong Barca walaupun korang nak cakap reff game tu macam cilaknat....aku fan Barca... sekian :D

Video Highlight Barca vs Arsenal 3-1



video credit to VBackseatRomeoV

Tuesday, March 8, 2011

KELAB TEATER PRASADA MASUK SINAR HARIAN

Dengan ini, saya nak ber"kerek" pasal aku masuk paper Sinar Harian hari ini hahahaha biaq p la kan !!!... blog aku.. Sebenarnya bukan aku yang masuk paper, Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn yang masuk paper disebabkan menjadi johan keseluruhan pertandingan teater (Pekan Teater Universiti-PTU) yang bertempat di Panggung Seni, UKM tempoh hari. Sebab utama yang membuatkan aku boleh 'kerek' tu disebabkan aku merupakan salah seorang ahli kelab Prasada dan aku jugak ada join persembahan teater kelab Prasada hari tu. saja nak rasa bangga sekali-sekala hehehe. ni aku siap 'print screen' lagi kerek punya pasal~



Kecik ja gambar dia letak.. jangan kata taik hidung, lubang hidung aku pun tak nampak lol kalau tengok kat surat khabar betul besar la gambar dia, kalau tengok kat online kecik je, dah benda free, lemak la semua nak bagi kan? ni aku bagi link artikel pasal Pekan Teater Universiti Sinar Harian Online . Satu lagi ni, aku rasa Sinar Harian tu ambil gambar tu kat blog aku la, cilaka betul tak letak credit kat Blogserabut, kalau tak naik mencunak-cunak la pageview blog aku hehehe gurau je Sinar Harian, jangan marah dong... peace :)




yeah !!!


credit to sinarharian

Tuesday, March 1, 2011

KEPUTUSAN PEKAN TEATER UNIVERSITI UKM 2011

Post ini khas untuk budak UKM dan kepada yang mengikuti perkembangan Pekan Teater Universiti (PTU). Akhirnya keputusan sudah diumumkan semalam 28.02.2011 (Isnin) di Panggung Seni, UKM. Di sini akuserabut ingin menyenaraikan senarai pemenang PTU 2011 kepada sesiapa yang belum tahu lagi :

Tempat ke-3 Keseluruhan
Kelab
TEKAD, Kolej Burhannuddin Helmi
Skrip- Kipas Tangan

Dengar khabarnya cerita Kipas Tangan ni merupakan skrip di'translate' dari Bahasa Jepun. Banyak menda yang menarik perhatian aku daripada persembahan Teater Kipas Tangan ni. Sebagai contoh costume(Busana) dan gaya berbahasa yang ala-ala Masyarakat Jepun. Satu lagi set atau latar pentas dia yang merupakan rumah masyarakat Jepun, sangat cantik bagi akuserabut. Bukan senang nak buat teater macam ni. Banyak menda yang akuserabut dapat belajar daripada pementasan Kipas Tangan ni. Tahniah Tekad !!!!

Naib Johan
Kolej Pendeta Za'ba
Skrip- Teare Rossa

Satu kejutan dari Kolej Pendeta Za'ba kali ini sebab berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan PTU 2011. Skrip 'Teare Rossa' yang dibawa mereka untuk PTU kali ini sebenarnya pernah dibawa oleh Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn pada PTU yang lepas iaitu pada 2009 dan Kelab Teater Prasada berjaya menjadi Johan keseluruhan ketika itu. akuserabut suka skrip ni !!!

Johan-Keseluruhan
Kelab
PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn
Skrip- Bukan Dejavu

Tahiah kepada PRASADA kerana sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan PTU, sudah dua kali berturut-turut PRASADA menjadi Johan PTU. Skrip yang dibawa PRASADA kali ini yang bertajuk 'Bukan Dejavu' yang merupakan sambungan skrip 'Dejavu seorang wanita'. Skrip dia pun sangat best bagi akuserabut sebab ada part sedih dan komedi yang seimbang. Pelakon-pelakon komedi dan sedih seakan-akan bersaing sesama sendiri untuk menaikkan mood penonton. Tahniah sekali lagi kepada PRASADA !!!

Anugerah-anugerah lain :
  • Anugerah Kumpulan Harapan - KTDI
  • Anugerah Pengarah Terbaik - SYED OMAR FAIZAL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - MOHD NORYUSOF ROSLI (KPZ)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - MAIZURA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - NAHRIZUL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - ASRINNA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - KUO
  • Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik - TEKAD
  • Anugerah Khas Juri (kumpulan) - KTSN
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - Syafiqa Melvin (PRASADA)
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - watak Jenab (KPZ)
  • Anugerah Artistik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Teknik Persembahan Terbaik - KTDI
  • Anugerah Setting & Props Terbaik - KPZ
  • Anugerah Tatarias Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Tatamuzik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Busana Terbaik - PRASADA

Kelab Teater Prasada berjaya menggondol 10 anugerah daripada 20 anugerah yang dipertandingkan. Tahniah Prasada !!! Semoga Prasada dapat terus lagi memajukan diri dengan ilmu-ilmu teater, belajar dari kesilapan. banyak lagi yang kena belajar, jangan sesekali rasa selesa dengan kejayaan yang dikecapi :) Sampai di sini je la post akuserabut. nak komen lebih-lebih bukan pandai sangat pun pasal teater~


Monday, February 21, 2011

PILIHAN RAYA KAMPUS-KAWAN JADI LAWAN



Haiz....saja nak bercerita sikit pasal Pilihan Raya Kampus (PRK) ni. sejujur-jujurnya akuserabut tak minat sangat nak libatkan diri dalam pilian raya kampus ni. Tak taw la kenapa, bukan jiwa aku kot. Sesiapa yang terlibat tu, semoga berjaya menjadi pemimpin yang bagus, bukan jadi pemimpin yang dipimpin.

Banyak menda yang buat aku tak minat dengan menda-menda macam ni. Tapi menda yang paling buat aku sedih adalah permusuhan di kalangan kawan-kawan. Kawan bergaduh sebab menda ini lah !!! Kawan bermasam muka jugak sebab menda ni la !!! watdafakk !!! sebab menda macam ni la nak gaduh-gaduh dan berdendam sampai kiamat. Berbaloi ke? Agak-agak la pilihan raya kampus je pun, apasal kena jadi macam ni? semuanya sebab terlibat dalam parti-parti yang berlainan dan berlainan fahaman. ko sokong lain, aku sokong lain. so, kita tak boleh jadi kawan. ko mati accident tengah jalan nanti aku lalu buat 'dono' je... perlu ke sampai macam tu sekali.

Sedih la sebab PRK ni kawan jadi lawan. macam-macam aku dengar pasal benda buruk yang berlaku jika berlangsungnya PRK. kawan makan kawan, tikam belakang la, ugut pukul la. Adoyai.... boleh tak buat rilex-rilex je. tak yah la 'over' macam puk*m*k !!! bukan nak kiamat pun, bukan nak berperang pun. Tolong la ingat k mak bapak kita hantar kita masuk U sebab nak kita belajar bukan nak kita bermati-matian dengan menda macam ni !!! ada otak lu pikir la.. aku penin la tengok macam-macam kes yang jadi. Walaupun aku tak terlibat tapi aku sedih dengan macam-macam yang jadi.

Kejap lagi aku nak keluar mengundi, aku nak undi siapa aku punya pasal tapi aku pun blur-blur lagi nak undi siapa..Hishhh...tengok la nanti... Kepada yang berjaya menjadi Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) tu tahniah aku ucapkan... yang tak menang lagi tu baut derkk je k... bukan rezeki anda kot.. Selamat diucapkan kepada semua.. rilex-rilex sudah k.. peace :)

Wednesday, February 16, 2011

PEMINTA SEDEKAH PUN HISAP ROKOK DUNHILL SEKARANG

Aku nak jadi mat pazzi sekali lagi ni lol... kali ni aku nak share kisah aku usha seorang peminta sedekah dekat padang besar, Perlis (edited :P)... ada satu kompleks tu tempat orang dok beli-belah... aku pulak selalu beli jersi bola cetak rompak kat kompleks kat padang besar tu... hahahaha... biasa la orang susah kan...beli jersi ciplak ja, nak beli yang ori tak mampu lg...tapi jersi yang aku selalu beli tu sebijik macam yang ori... orang lain kata la.

Balik kepada topik kali ni.... kat kompleks dekat padang besar tu... aku ada nampak pakcik tua sorang ni.. dok minta sedekah... dua-dua belah kaki pakai kaki palsu.. kesian aku tengok... terniat la jugak nak bagi sedikit duit yang aku mampu kat pakcik tu... tapi tiba-tiba aku rasa nak buat kajian kejap kat pakcik tu..hahahaha... lama aku usha dia... banyak orang bagi sedekah kat dia... seringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit pun ada.

Semasa dia tengah minta sedekah tu, dia hisap rokok daun ja (rokok yang kena balut sendiri tu) , lepas satu jam aku usha dia... tiba-tiba dia bangun, dia keluarkan duit kutipan dia hari tu.. dan kira jumlah kutipan dia kat situ... terperanjat aku tengok hasil dia...beratus-ratus..wang kertas RM50 pun ada..cilakak lumayan kata hati aku hahahaha..... yang lagi bestnya....dia simpan rokok daun dalam poket seluarnya dan keluarkan rokok Dunhill 20 yang baru dan belum dibukak lagi.. wat ta fakk hati aku kata... tadi tengah minta sedekah bukan main balut rokok daun... ni dah habis minta sedekah... hisap Dunhill 20.

Kesimpulannya, aku tak percaya sangat la orang minta sedekah sekarang ni.... dah jadi macam satu pekerjaan pulak... melambak-lambak merayau kat kedai makan sekarang ni... tengah makan nanti ada la orang yang tak cacat anggota badan dia bawa seorang buta untuk meminta sedekah.. persoalannya siapa orang yang pimpin orang buta tu minta sedekah?? duit tu nanti dapat kat sapa?? berapa banyak orang yang buta penglihatan tu dapat? kesian kepada golongan yang betul-betul memerlukan.... renung-renungkan lah :)


(Gambar pakcik tu )- aku curi ambil gambar hehehehehe

Thursday, December 30, 2010

CEWEK HOT INDONESIA BERJAYA MENGGODA PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA

Tahniah kepada skuad bolas sepak negara kerana berjaya menjadi johan AFF Suzuki Cup 2010. Perlawanan final kedua malam tadi menampakkan Indonesia berjaya menewaskan Malaysia 2-1 tetapi secara agregatnya Malaysia menang 4-2 ekoran kekalahan Indonesia 3-0 pada perlawanan pertama final di Bukit Jalil tempoh hari (26-12-2010). Gol-gol yang berjaya dijaringkan malam tadi :

Malaysia-Safee 54'
Indonesia-Nasuha 71' dan Ridwan 88' .


Apa yang aku perasan ketika aku tengok live di siaran RTM sebentar tadi. kamera man mereka asyik hala kamera ke cewek-cewek Indonesia yang hot je.. banyak kali pulak tu..asyik nak tayang cewek diaorang yang hot..celebriti pun ada..di antara celebriti-celebriti yang aku kenal la..pasangan madu Luna maya dan Cut Tari hahahhaha, dan seorang lagi tidak kurang hotnya Monahara Odelia Pinot. Nampaknya cewek-cewek itu berjaya menewaskan pemain Malaysia...sebab tu la Malaysia kalah 2-1 tadi..mungkin sedikit nervous dan tergoda dengan ke'hot'an cewek-cewek mereka.. berjaya jugak taktik mereka nampaknya :)

KLIK 'READMORE' UNTUK GAMBAR LUNA MAYA,CUT TARI DAN MANOHARA

Monday, December 27, 2010

MALAYSIA 3-0 INDONESIA FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 FIRST LEG

Memang best la game Malaysia tadi. memang talak rugi punya aku pergi tengok live kat Bukit Jalil sebentar tadi. Malaysia berjaya mendahului 3-0 dalam final AFF Suzuki Cup 2010 dalam perlawanan pertama final AFF Suzuki Cup 2010. Perlawanan kedua pulak akan berlangsung di Indonesia 29 Desember 2010 (Rabu) nanti.

Harap-harap skuad negara dapat mempertahankan kemenangan di Indonesia nanti. Jangan pulak seronok terlebih macam penyokong dia. penyokong dia punya seronok macam dah menang dan jadi juara dah, termasuk aku hahahaha. Aku berharap pemain Malaysia dapat mengawal mental mereka ketika bermain di tempat lawan nanti. buktikan Malaysia layak menjadi Juara. Go go Malaysia!!!! dan moga-moga dapat bermain dengan dabest macam tadi.. wa sokong lu olang skuad Malaysia. tiba-tiba wa semangat lebih ni. Mari kita bersatu menyokong skuad negara!! mari!!

Gol-gol yang berjaya disumbangkan sebentar tadi

Mohd Safee Bin Mohd Sali-60' & 72'
Mohamad Ashari Bin Samsudin-68'


Gambar kenangan bersama membe aku dan juga geng blogserabut aku iaitu Kimy dan Iznul sebentar tadi hehehehe penat kami memekak tadi sampai sakit-sakit tekak dah ni hahahaha



p/s -Seronok Malaysia menang punya pasal tadi tertinggal baju 1Malaysia aku dapat free tadi huhuhu rasa rugi , dah dapat free, tertinggal pulak.

- Post akan datang berkaitan dengan menda yang aku tak suka bila tengok bola kat stadium

Monday, December 20, 2010

MALAYSIA LAYAK KE FINAL AFF SUZUKI CUP 2010




Sekali lagi aku lambat update pasal AFF Suzuki Cup 2010 hehehehe...tapi aku nak tulis jugak sebab aku bersemangat sokong Malaysia gila babing kali ni huhh!!! Akhirnya Malaysia berjaya melangkah ke Final Suzuki Cup yang akan bertemu Indonesia sekali lagi.

Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir Suzuki Cup setelah dapat mempertahankan kemenangan di perlawanan kedua separuh akhir di Vietnam dengan keputusan perlawanan seri 0-0. Malaysia menang dengan agregat 2-0. Tahniah diucapkan kepada skuad negara.

Mampukah skuad negara dapat membalas balik kekalahan 5-1 dengan Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan hari tu? kita tengok lah nanti. aku akan sokong Malaysia beribu-ribu peratus hahahahhaha...

Jangan lupa saksikan perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 di antara Malaysia vs Indonesia ok!!!

Perlawanan pertama di Bukit Jalil- 26 Dec 2010

Perlawanan ke2 di Jakarta, Indonesia- 29 Dec 2010

Highlight perlawanan ke2 separuh akhir yang berlangsung di Vietnam 0-0


video credit to kevinphamsvdt

Wednesday, December 15, 2010

MALAYSIA 2-0 VIETNAM AFF SUZUKI CUP SEPARUH AKHIR PERTAMA




Skuad Malaysia telah berjaya menundukkan Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama bertempat di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Kemenangan 2-0 ke atas Vietnam tadi merupakan satu khabar gembira bagi seluruh rakyat Malaysia. Sesiapa yang tak seronok lantak la, pergi mampuih aku ucapkan hahahahaha

2 gol kemenangan tadi disumbangkan Safee Sali. Dua2 gol disumbangkan pada separuh masa kedua. Namun aku di sini mengharapkan skuad Malaysia jangan terlalu leka dengan kemenangan ini dan berjuang habis-habisan ketika perlawanan separuh akhir kedua yang akan di adakan di Vietnam nanti. Perlawanan separuh akhir kedua nanti dijadualkan diadakan pada 19 Dec 2010.

Marilah kita sama-sama terus memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia supaya dapat mempertahankan kemenangan ketika perlawanan separuh akhir kedua di Vietnam nanti ,supaya pasukan Malaysia layak untuk perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 Caiyok2 :)

Di sini aku sertakan video highlight perlawanan separuh akhir kedua AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia 2-0 Vietnam.




Diulangi !!!
perlawanan separuh akhir kedua yang bertempat di Vietnam berlangsung pada 19 Dec 2010


Highlight video credit to meriam-sijagur


MALAYSIA VS VIETNAM SEPARUH AKHIR PERTAMA AFF SUZUKI CUP 2010



Malam ini akan berlangsung perlawanan Separuh Akhir pertama AFF Suzuki Cup 2010 antara Malaysia vs Vietnam di Stadium Negara Bukit Jalil. Perlawanan bermula pada pukul 8.00 malam. Tak sabar aku nak tunggu malam nanti. Ya la, nak tengok Malaysia menang malam ni. Sakit hati oooo tengok Malaysia kena belasah dengan Indonesia 5-1 hari tu. Panas aku tengok!!! Bagi aku la kan, ini merupakan peluang Malaysia untuk menembus kembali kekalahan kepada Indonesia hari tu.

Sesiapa yang dapat tengok kat Bukit Jalil malam ni, berilah sokongan anda sebanyakkk mungkin k. kepada yang tak dapat pergi pulak. luangkan masa malam anda nanti untuk beri sokongan anda di depan TV hehehehehe. Kalau tak silap ada siaran langsung di TV1 atau TV2 atau Astro Arena dan menurut Encik razis pula kat ESPN pun ada jugak.

Nah...Encik Razis bagi sekali link untuk tengok online perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia vs Vietnam :)


Sekali lagi aku ulang pukul 8.00 malam ni (15 Dec 2010)!!!! Jangan Lupa!!!!


laporan asal razis

Tuesday, December 14, 2010

REBECCA NUR AL-ISLAM KAHWIN DUDA-HOT

Perghhh....sekarang tengah hot dengan cerita artis hot tempatan nak kahwin dengan duda. Artis hot yang aku maksudkan adalah Rebecca Nur Al-Islam Ahmad. Hot?? Hot la ni. hot + seksi lagi Rebecca ni. Tak percaya lagi??hmm...tengok gambar ni....



Kalau tutup muka si Rebecca ni. aku boleh bayangkan Maria Ozawa taw dengan badan macam ni hahahaha. saja gurau kasar sikit :) Dengar khabarnya Rebecca nak kahwin dengan duda yang berumur 42 tahun. Duda yang bernama Nor Azam Sulaiman merupakan seorang peguam dan beranak dua. Tahniah kepada Rebecca kerana mendapat pakej yang lengkap hahahaha siap dengan anak lagi. tak payah susah-susah dah nanti kwang~~kwang~~hehehhehe

Majlis persandingan mereka secara tradisional akan diadakan pada 15 Januari 2011 di Hotel Flamingo, Ampang. Pada 16 Januari pula akan diadakan majlis persandingan di Menara Kuala Lumpur. Gempak kan?? hehehehe

Tapi aku tak dapat cari lagi gambar sebenar yang clear bakal suami si Rebecca ni. yang aku dapat cari ni je~~



Mintak maaf kalau bukan, aku pun tak pasti hehehe...kalau tengok dalam-dalam muka laki ni kan, kalau perasan muka dia macam satu watak dalam cerita kartun Spongebob Squarepants. watak yang kaler biru tu. hahahahaha sekali lagi aku bergurau kasar tengah hari ni :)

sumber gambar hot rebecca dari rotikaya

Monday, December 13, 2010

PENOREH GETAH KAYA

Hari ini aku kembali meng'updated' Blogserabut aku ni setelah sekian berminggu-minggu aku mencutikannya hahahha fail BM aku. Belum habis feel mood holiday aku di kampung halaman aku, dah kena nak balik sekolah nanti, biasa la budak sekolah lagi aku ni. Aku nak merapu sikit pasal satu jenis pekerjaan yang boleh buat bagi aku iaitu penoreh getah. Jangan terkejut kalau penoreh getah sekarang pakai Toyota Vios, Honda Civic,City. Setakat kereta Proton Wira diaorang buat angkut getah sekerap ja sekarang. panas aku tengok.

Idea nak tulis pasal penoreh getah ni datang setelah aku ikut pakcik aku pergi menoreh, aku tak reti pun menoreh, kalau nak kutip hasil aku reti la..hehehehe bau dia pergghhhh menusuk kalbu. Sebusuk-busuk getah tu kan, kalau tak ada getah, tak ada la KLCC dan PROTON. percaya tak???

Aku nak buat sedikit contoh pendapatan penoreh getah setelah aku interview pakcik aku
Contoh ok :)
Bilangan batang pokok getah : 300+batang
Masa menoreh sehari : 1-2 jam
Berapa hari boleh kutip hasil : 4-6 hari (purata 5 hari)
Harga sekilo getah yang dijual : RM 6.15 (pengalaman aku)
Jumlah hasil getah dari 300+batang : 140+kilogram (pengalaman aku)

Sekali kutip hasil dah dapat RM 861 (140kg x RM 6.15). kalau sebulan kutip hasil 6 kali, pendapatan sebulan dah mencecah RM 5000.00 (RM 861 x 6kali = RM 5166). boleh bayangkan tak sehari kerja 1-2 jam. sebulan dah dapat RM 5000. ni baru 300+batang pokok yang beribu-ribu batang tu lagi la..kayaaaa oiiii jadi penoreh ni... jangan ingat orang kampung miskin sekarang. Setakat Myvi bayar cash ja orang kampung aku sekarang. Bila surat income tax sampai rumah serabut kepala. Tapi pendapatan penoreh getah ini tak tentu jugak. kalau asyik hujan ja sakit jugak. Musim hujan la yang boleh menyerabutkan kepala-kepala si penoreh ni. Kalau tak hujan kaya, kalau hujan miskin , itu lah kesimpulan kajian yang dapat aku simpulkan hahahahaha. Habis belajar nanti aku balik kampung toreh getah ja la senang lol


Percaya tak 5ketul getah sekerap yang dijual dah boleh beli snack plate KFC??
percaya la jangan tak percaya...hahahaha aku dah kaji dah ni hehehhe



Wednesday, November 10, 2010

TETAK IBU AKIBAT BELAJAR ILMU SESAT

Pagi-pagi aku baca berita di Sinar Harian dah disajikan dengan berita tentang seorang anak tergamak menetak kepala ibunya sehingga maut selepas dipercayai terpengaruh dengan buku mengenai makhluk halus yang sering dibaca sejak sebulan lalu. Pasal baca buku makhluk halus ja boleh bunuh ibu sendiri? Binatang!!! emo pagi-pagi ni sebab aku rindu kat mama aku :)

“Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, suspek dipercayai menuntut ilmu sesat sehingga mempunyai niat untuk membunuh ibunya kerana mendakwa ibunya itu telah lama mati. “Suspek juga mendakwa dirinya adalah toyol dan sanggup membunuh ibunya yang dikatakan hanya jasad yang dihantui oleh saka dan santau,” dah jadi manusia elok-elok, nak jadi toyol pulak.



Tiba-tiba terbaca pasal ilmu-ilmu ni, aku nak buat sikit sesi luahan perasaan pasal kehidupan aku yang tak aman di kolej aku dalam post ini. Aku masih lagi menuntut di Universiti Kampung Malaysia. dah masuk tahun ke-3. Kehidupan aku di kolej tidak aman sebab ada seekor dua binatang atau mamat yang bersilat batin dalam bilik.

Kenapa aku panggil mereka ni binatang?? sebab kalau orang,dia faham bahasa
binatang = tak faham bahasa.

Bukan aku nak kata belajar silat tak bagus. Aku tak kisah la kau nak belajar apa pun,silat batin ka, silat tak batin ke, kung fu yang leh terbang ke langit ka, tomoy ka, apa-apa pun la. Belajar la ikut suka hati mak bapak kau. Tapi.....jangan ganggu ketenteraman orang lain boleh tak?

Kenapa aku cakap binatang-binatang tu mengganggu ketenteraman orang lain?
1.Bunyi bising-kalau tak silap binatang-binatang tu belajar ilmu pernafasan. Asyik-asyik bunyi hehh!!!! hehhh!!! hehhhh!!! tak kira siang ke malam. mesti ada ja bunyi tu.

2.Bunyi Bising hentak kaki,dia buat macam kolej ni bapak dia bayar yuran lebih pulak. Aku tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan budak bilik bawah bilik dia. entah hidup ke mati dah. Pagi-pagi pukul 2-3 pagi bunyi tham!! tham!!!! tham!!! gila ke apa?

3.Sehari 3kali dia bersilat. dah macam makan nasi sehari 3kali kadang-kadang lebih. Setiap kali dia bersilat memang ramai yang maki macam-macam. dia boleh buat derkk. aku rasa dia bersilat pakai headphone la. Macam-macam makian dah kami hadiah kat dia. Dia buat rilex ja. Geram la aku dengan binatang-binatang ni.

Dalam kes ini aku nampak satu ja jalan penyelesaian, tolong la belajar kat tempat lain.yang tak kacau orang punya. faham la sikit perasaan orang lain. nak study pun susah, time exam pun dia bersilat dalam bilik.

Boleh bayangkan tak macam mana sengsaranya ketika minggu exam ada bunyi hehh!!! hehh!! hehhh!! tham!!! tham!!! menemani anda study????

Ni aku nak hantar pakcik ni lawan silat dengan dia-Mati la ko pakcik ni pakai silat petir. konfem hitam legam kena petir nanti!!!! hahahahaha




Sumber berita dari Sinarharian

Monday, November 8, 2010

SAIZ BUAH DADA = HARGA NASI LEMAK-18SX & AGAK LUCAH

Di sini, aku ingin bercerita tentang satu fakta yang benar dan bukan sengaja direka-reka. Fakta tersebut merupakan satu fakta tentang terdapat segelintir golongan lelaki yang suka menyamakan saiz buah dada perempuan dengan harga nasi lemak. Semakin besar buah dada perempuan semakin mahal la harga nasi lemak yang disamakan hahaha. macam fakta serius ja kan?

Tipu la kalau ada lelaki normal tak faham tentang persamaan ini. Kalau ada pun buat-buat tak paham. Berikut merupakan beberapa contoh persamaan buah dada perempuan dengan nasi lemak bagi golongan lelaki :)

1.Kalau seseorang perempuan itu berdada besar-Lelaki akan cakap macam ini : Ini nasi lemak RM 5.00 ni~ada lauk ayam dengan telur goreng siap nasi tambah lagi. Kalau makan komfem kenyang ini.

2.Kalau seseorang perempuan itu berdada sederhana-Lelaki akan cakap macam ni : Ini nasi lemak RM3.50 ni~ada lauk ayam dengan telur rebus setengah biji. boleh la tahan.

3.Kalau seseorang perempuan itu berdada kecil-Lelaki akan cakap macam ini-Ini nasi lemak 50sen ja ni~ nasi pun cikit, timun alahai ciput, telur rebus pulak potong 16. Makan dua tiga suap pun dah habis ni. macam mana nak kenyang :)

Hahahaha~ada pulak saiz buah dada disamakan dengan harga nasi lemak lol ayat-ayat berikut merupakan rekaan semata-mata.tetapi lebih kurang la dengan persamaan yang dibuat oleh sesetengah lelaki yang tidak bertanggungjawab hahahahaha~

Aku post pasal menda ni sebab aku ada tertengok satu adengan lawak yang boleh dianggap lawak yang agak lucah dalam trailer dan iklan promo filem "Cuti-cuti Cinta".arahan-Ahmad Idham. Dalam trailer tersebut Farid Kamil ada menyebut nasi lemak 50sen dalam satu adengan filem itu yang menggambarkan saiz payudara/buah dada Nora Danish.

Bagi aku la kan-lawak itu memang ada unsur lucah tetapi bertapis. hmm~tapi kan, tak perlu la nak memasukakan adengan itu dalam trailer. kan dah kena hantam dengan penonton. bukan semua rakyat Malaysia boleh terima lawak macam tu. walaupun aku rasa ramai ja yang akan tergelak dengan lawak macam tu.

Adengan Nasi Lemak 50sen dalam trailer Cuti-cuti Cinta-Youtube


Credit to goldazone86 via ohtidak


Monday, November 1, 2010

GOL-GOL FINAL LIGA MALAYSIA 2010

Jom layan gol-gol yang berjaya dijaringkan ketika perlawanan akhir Liga Malaysia 2010, pertemuan antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Keputusan perlawanan- Kelantan menang 2-1.



Gol pertaman perlawan dijaringkan oleh Shahurain (NegeriSembilan) menerusi sepakan penalti.


Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Hairuddin


Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Badhri Radzi


via EPLsoker

Sunday, October 31, 2010

SAMAN MCDONALD'S KERANA GEMUK

SAO PAULO - Sebuah mahkamah di Brazil mengarahkan restoran makanan segera McDonald’s supaya membayar pampasan kepada bekas pengurus cawangannya yang menjadi gemuk selepas bekerja di restoran itu selama 12 tahun.

Lelaki berumur 32 tahun itu mendapat bayaran pampasan sebanyak AS$17,500 (RM54,000) selepas beratnya meningkat sebanyak 30 kilogram sepanjang berkhidmat di McDonald’s. Kata lelaki itu, dia terpaksa menguji sampel makanan setiap hari bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi kerana McDonald’s mengupah 'pelanggan misteri' yang bertugas melaporkan keadaan makanan di restoran itu.

Polisi McDonald’s yang memberikan makanan tengah hari percuma kepada pekerja turut menyebabkan pengambilan kalori hariannya meningkat menyebabkan kegemukan. Bagi makan pun bising, tak bagi makan lagi la bising haiz~

Best kan? Jadi gemuk pastu dapat pampasan dari McD AS$17,500(RM54,000) .Tambah sikit lagi boleh dapat Proton Inspira hehehe. Jom ramai-ramai kerja kat McD hahahaha lol :)


gambar hiasan

Saturday, October 30, 2010

JUARA LIGA MALAYSIA 2010 MILIK KELANTAN



Keputusan akhir perlawanan akhir Liga Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan menyebelahi Kelantan yang berjaya menundukkan Negeri Sembilan 2-1. Tahniah kepada Kelantan atas kejayaan ini.

Apa yang aku boleh beri komen pasal perlawanan akhir adalah permainan seimbangan di antara dua-dua belah pihak ketika separuh masa pertama sehinggalah pengadil perlawanan utama, Sukidin memberi sepakan penalti kepada Negeri Sembilan atas kesalahan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi yang mengasari Kunalan dalam kotak penalti. Shahurain berjaya menjaringkan gol penalti memberi Negeri Sembilan mendahului Kelantan 1-0 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menampakkan Kelantan menguasai perlawanan kerana tonggak utama Negeri Sembilan dan Kapten pasukan, Mohd Aidil Zafuan terpaksa dikeluarkan disebabkan kecederaan selepas berlaku perlanggaran dengan Norsharul Idlan. Serius Negeri Sembilan nampak goyah tanpa Aidil Zafuan. Serius kesian aku tengok Negeri Sembilan tanpa Aidil Zafuan. sampai Shukor Adan terpaksa turun untuk bermain di posisi pertahanan untuk Negeri Sembilan. Gol pertama Kelantan disumbangkan oleh Hairuddin Omar dan Gol kedua disumbangkan oleh Mohd Badhri. Keputusan akhir Kelantan menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1.

Tahniah sekali lagi kepada Kelantan, dan kepada Negeri Sembilan, cuba lagi nanti. Apa yang penting adalah aku tak nampak ada pergaduhan teruk di antara kedua-dua pihak seperti tahun lepas di siaran televisyen, cuma ada main-main mercun ja,mungkin hanya sebagai ucapan Happy Deepavali kepada Jurulatih Kelantan, Sathianathan hahahahaha lol:)

KUNG FU BOLEH SELAMATKAN NYAWA KETIKA KEMALANGAN

Serius kagum aku tengk step Kung Fu mamat ni yang berjaya melepaskan diri ketika dia berlanggar dengan sebuah trak. Satu tindakbalas yang pantas yang boleh menyelamatkan nyawa. Kalau orang lain comfirm gelabah dah hmm~ harap-harap jangan la jadi benda macam ni kepada kita semua. Hati-hati la semasa di atas jalan raya k :)

Play la video ni



Sempat lagi dia lipat,pastu landing cantik punya~


Rilex ja dia pergi tengok keadaan motorsikal dia

Friday, October 29, 2010

IBU BUNUH BAYI KERANA FARMVILLE

Farmville?? Game yang agak famous kat Facebook yang cara permainannya macam bercucuk-tanam tu~ Hari-hari kena buka game ni kalau main. Siapa yang minat berkebun boleh la main game ni. Aku pun pernah ketagih main menda ni dulu, sampai level 30 ja, tak larat nak click-click, sakit jari aku nak bercucuk-tanam dalam farmville. Segila-gila aku main dulu pun tak la sampai macam kes perempuan jahanam ni, sampai hati bunuh anak dia kerana ketagih main Farmville ni.


Alexandra V. Tobias (22) dari Jacksonville Florida dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun kerana membunuh bayi beliau secara menggoncangnya sehingga kepala terhantuk ke meja komputer. Alexandra naik berang kerana bayinya yanng berusia 3 Bulan menangis ketika beliau asyik bermain Farmville Januari lalu. Bodoh punya mak, pasal game pun sanggup bunuh anak sendiri.

Alexandra ni sanggup goncang anak dia, lepas tu,hisap rokok sebatang untuk menenangkan diri sebelum goncang anak dia sekali lagi sehingga mati. Sempat lagi dia berhenti menghisap rokok semasa bunuh anak dia. Haiz~ Main game sampai bunuh anak sendiri, gila aku rasa perempuan ni. Kepada sesiapa yang ada add perempuan ni dalam friendlist Farmville, sila cepat-cepat remove sebab mungkin roh anak dia ada lam akaun farmville dia untuk membalas dendam, Saja aku nak mereka-reka cerita hehehehe :)

Contoh view dalam Farmville


Kepada gamer-gamer sekalian, sila kawal ketagihan anda sebelum perkara-perkara macam ni berlaku.

Laporan asal blogserius via games

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...