Showing posts with label SERABUT. Show all posts
Showing posts with label SERABUT. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

MAKANAN YANG BUAT AKU SERABUT NAK KELUAR

Perghh kekenyangan baru lepas makan durian. Pasal pa hah? durian tu raja segala buah. ada sapa-sapa boleh tolong bagitau tak? aku malas nak search Google hahaha. tapi aku rasa sebab duri durian kot. macam mahkota raja duri durian. aku merapu ja. ni aku nak senarai 4 jenis makanan yang buat aku serabut nak ke mana kalau dah makan makanan tu. kalau dah makan tu memang dok rumah ja la kerja aku. malas nak keluar sebab mulut bau gila babeng punya power! kalau keluar pun aku akan minimumkan nak cakap dengan orang. mulut akan dijarang dibuka. serius!



Yang pertama adalah durian! sekarang ni musim durian oooo. siok makan durian. kalau lepas korang makan durian kan. korang nak gosok gigi berapa banyak kali pun. susah nak hilang bau durian. aku rasa sebab bau itu datang dari perut kot. dah macam bau tenaga dalaman durian pulak kekadang. serius power bau durian. 2 batu boleh bau. kalau hampa nak try bau durian kan. try makan durian sampai kenyang gila. pastu pergi tengok wayang. kalau korang tak kena maki. memang korang hensem hahaha!



Hah ni petai faveret aku. kalau buat sambal ni 3 hari 3 malam aku tak makan lauk lain. sambal ni kan boleh tahan lama. tak habeh simpam dalam peti sejuk. pastu esok panaskan. makan lagi hahaha.



Kerdas


Ni kerdas otai. dah naik tunas.


Jering

Kerdas dengan Jering ni pulak bagi aku raja bau segala ulam. bau dia celaka sikit. kalau duduk satu kereta dengan orang makan kerdas dengan jering silap-silap boleh gaduh. Kerdas ni kampung aku panggil genuak atau genuar ( bukan anwar ok!). kerdas ni lagi simpan lama lagi power bau dia. nenek aku suka biar sampai keluar tunas/akar. warna kerdas yang lagi gelap lagi busuk bau. perghh bau mulut kalau makan kerdas ni takyah cakap la. sangat shit! aku tak suka sangat. tak tahan dengan bau mulut sendiri LOL!

Jering pun aku tak suka makan sangat. bau kencing kalau makan kerdas dengan jering ni macam taik jugak. bau tandas lebih kurang dengan bau loji dah kalau rumah ada orang makan 2 ulam ni. yang aku tau perempuan tak elok makan petai, kerdas dan jering ni!

Wednesday, March 2, 2011

SILA SOPAN SANTUN BILA SILAP NOMBOR !!!

Aku nak buat luahan perasaan sebelum aku masuk exam kejap lagi... aku nak buat luahan pasal perangai rakyat Malaysia yang agak tidak sopan santun atau bahasa kasar dia kurang ajar bila mereka 'silap nombor' bila call seseorang. Banyak kali dah aku kena...call aku tapi cari orang lain, pastu sedar yang silap nombor, pastu letak phone terus..fakkker la... boleh tak anda kata mintak maaf, sory, soli atau coli ke? ni tak letak terus.. aku panas ni !!! lagi dua jam aku nak exam pun aku nak tulis jugak entry ni !!!

Dah la banyak lagi aku tak study habis.... tengah serabut dengan note-note... tiba-tiba ada nombor yang tak dikenali call aku... aku angkat... line tak berapa clear pulak tu... aku cuma memahami apa yang dia cakap.. yang aku sempat dengar.."ramli ke??ramli??" walaupun bukan salah aku tapi aku still cakap "sorry saya bukan ramli"...dengar ja aku cakap... dia letak terus phone... madepaker punya panas aku hari ni hahahahaha padahal tension dengan exam :P sapa suruh orang tu silap nombor time-time macam ni.

Apa salahnya anda bermintak maaf, bukan kena bayar pun... anda dah la menganggu masa orang lain !!! mana taw orang yang anda silap call tu tengah emergency ke? tengah cirit ke? baru kena marah dengan bos ke? baru break dengan awek ke? baru putus tunang ke? cuma paham sikit situasi orang lain, suka hati anda je bila silap nombor main letak terus, mana perginya budaya timur kononnya..blah la wei !!!! budaya sopan santun bukan dinilai dari segi pergerakan saja ok... dinilai dari segi percakapan dan tingkah laku jugak!!!

Ni nombor yang silap call aku tadi.... 0124448123... hambekk ko!!! sapa suruh silap call aku time-time genting macam ni !!!

Wednesday, February 16, 2011

PEMINTA SEDEKAH PUN HISAP ROKOK DUNHILL SEKARANG

Aku nak jadi mat pazzi sekali lagi ni lol... kali ni aku nak share kisah aku usha seorang peminta sedekah dekat padang besar, Perlis (edited :P)... ada satu kompleks tu tempat orang dok beli-belah... aku pulak selalu beli jersi bola cetak rompak kat kompleks kat padang besar tu... hahahaha... biasa la orang susah kan...beli jersi ciplak ja, nak beli yang ori tak mampu lg...tapi jersi yang aku selalu beli tu sebijik macam yang ori... orang lain kata la.

Balik kepada topik kali ni.... kat kompleks dekat padang besar tu... aku ada nampak pakcik tua sorang ni.. dok minta sedekah... dua-dua belah kaki pakai kaki palsu.. kesian aku tengok... terniat la jugak nak bagi sedikit duit yang aku mampu kat pakcik tu... tapi tiba-tiba aku rasa nak buat kajian kejap kat pakcik tu..hahahaha... lama aku usha dia... banyak orang bagi sedekah kat dia... seringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit pun ada.

Semasa dia tengah minta sedekah tu, dia hisap rokok daun ja (rokok yang kena balut sendiri tu) , lepas satu jam aku usha dia... tiba-tiba dia bangun, dia keluarkan duit kutipan dia hari tu.. dan kira jumlah kutipan dia kat situ... terperanjat aku tengok hasil dia...beratus-ratus..wang kertas RM50 pun ada..cilakak lumayan kata hati aku hahahaha..... yang lagi bestnya....dia simpan rokok daun dalam poket seluarnya dan keluarkan rokok Dunhill 20 yang baru dan belum dibukak lagi.. wat ta fakk hati aku kata... tadi tengah minta sedekah bukan main balut rokok daun... ni dah habis minta sedekah... hisap Dunhill 20.

Kesimpulannya, aku tak percaya sangat la orang minta sedekah sekarang ni.... dah jadi macam satu pekerjaan pulak... melambak-lambak merayau kat kedai makan sekarang ni... tengah makan nanti ada la orang yang tak cacat anggota badan dia bawa seorang buta untuk meminta sedekah.. persoalannya siapa orang yang pimpin orang buta tu minta sedekah?? duit tu nanti dapat kat sapa?? berapa banyak orang yang buta penglihatan tu dapat? kesian kepada golongan yang betul-betul memerlukan.... renung-renungkan lah :)


(Gambar pakcik tu )- aku curi ambil gambar hehehehehe

Monday, January 24, 2011

GELAGAT 'KIPAS SUSAH MATI' JUSITN BIEBER DI INDONESIA

Akhirnya dapat jugak aku update Blogserabut pagi ini setelah sepi aku tinggalkan beberapa minggu... terima kasih aku ingin ucapkan kepada yang sudi singgah Blogserabut dan tidak lupa jugak kepada yang sudi follow...

Pagi Isnin ni aku nak bercerita sikit tentang Justin Bieber yang khabarnya nak datang Malaysia pada 21 April 2011 ni... Nah aku nak bagi free Poster Justin Bieber ni kepada peminat-peminat Jusitn Bieber yang kunjung ke Blogserabut... tapi dengan syarat print sendiri kakakaka....amik ni~



Yang paling murah pun RM98.....tak ada pasal aku nak pergi tengoknya hehehe...tapi bagi peminat Justin Bieber..berapa pun harga tiket diaorang sanggup je beli.. 'kipas susah mati' la kata kan.... aku bukan minat sangat pun Justin Bieber ni....tapi boleh dengar jugak la lagu dia... tak la seteruk macam Dani AF nyanyi... Tapi kalau Tila Tequila datang buat konsert kat Malaysia comfirm aku pergi lol....

Kembali kepada tujuan aku buat entry ini sebenarnya nak berkongsi gambar-gambar 'Kipas susah mati' Justin Bieber di Indonesia yang serabut nak beli tiket konsert Justin Bieber di Indonesia. Pada 23 April 2011, si Justin ni ada buat show kat Indonesia jugak...Ribuan peminat si Justin di Indonesia beresak-esak nak beli tiket... keadaan macam nak beli tiket final AFF Suzuki Cup di Bung Karno tempoh hari...sampai ada yang menangis, pengsan, kencing dalam seluar dan macam-macam lagi hahahahaha..... diharap-harap jangan la keadaan ini berlaku di Malaysia...peace :)

sumber gambar gosip.ucilblog




KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...