Wednesday, February 16, 2011

PEMINTA SEDEKAH PUN HISAP ROKOK DUNHILL SEKARANG

Aku nak jadi mat pazzi sekali lagi ni lol... kali ni aku nak share kisah aku usha seorang peminta sedekah dekat padang besar, Perlis (edited :P)... ada satu kompleks tu tempat orang dok beli-belah... aku pulak selalu beli jersi bola cetak rompak kat kompleks kat padang besar tu... hahahaha... biasa la orang susah kan...beli jersi ciplak ja, nak beli yang ori tak mampu lg...tapi jersi yang aku selalu beli tu sebijik macam yang ori... orang lain kata la.

Balik kepada topik kali ni.... kat kompleks dekat padang besar tu... aku ada nampak pakcik tua sorang ni.. dok minta sedekah... dua-dua belah kaki pakai kaki palsu.. kesian aku tengok... terniat la jugak nak bagi sedikit duit yang aku mampu kat pakcik tu... tapi tiba-tiba aku rasa nak buat kajian kejap kat pakcik tu..hahahaha... lama aku usha dia... banyak orang bagi sedekah kat dia... seringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit pun ada.

Semasa dia tengah minta sedekah tu, dia hisap rokok daun ja (rokok yang kena balut sendiri tu) , lepas satu jam aku usha dia... tiba-tiba dia bangun, dia keluarkan duit kutipan dia hari tu.. dan kira jumlah kutipan dia kat situ... terperanjat aku tengok hasil dia...beratus-ratus..wang kertas RM50 pun ada..cilakak lumayan kata hati aku hahahaha..... yang lagi bestnya....dia simpan rokok daun dalam poket seluarnya dan keluarkan rokok Dunhill 20 yang baru dan belum dibukak lagi.. wat ta fakk hati aku kata... tadi tengah minta sedekah bukan main balut rokok daun... ni dah habis minta sedekah... hisap Dunhill 20.

Kesimpulannya, aku tak percaya sangat la orang minta sedekah sekarang ni.... dah jadi macam satu pekerjaan pulak... melambak-lambak merayau kat kedai makan sekarang ni... tengah makan nanti ada la orang yang tak cacat anggota badan dia bawa seorang buta untuk meminta sedekah.. persoalannya siapa orang yang pimpin orang buta tu minta sedekah?? duit tu nanti dapat kat sapa?? berapa banyak orang yang buta penglihatan tu dapat? kesian kepada golongan yang betul-betul memerlukan.... renung-renungkan lah :)


(Gambar pakcik tu )- aku curi ambil gambar hehehehehe

5 comments:

  1. mangaihhh.. hahahaha. bleh aa bagi aku pow. haha

    ReplyDelete
  2. cis! jom aran kita part time. mintak kat depan pussanika.


    "apa masalah awak sekarang ni?"

    ReplyDelete
  3. lu lepak kt shah alam. tak tahan gua dgn spesis cengini.

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...