Saturday, January 14, 2012

CINTA TERLARANG BY HAFIZ YOUTUBE

OMG! Ini Justin Bibir Malaysia. Bangga! Bangga! We love Hafiz !




Tuesday, December 6, 2011

CERITA RASA

Ni aku nak habaq. aku dah buat blog untuk tugasan budak sekolah tu. kalau korang pernah baca entry ini la Akuserabut Bersih 2.0 . Nama blog baru aku tu Cerita Rasa . apa macam? sedap tak nama tu. aku rasa sesuai la kot dengan blog yang bertemakan masakan atau makanan. blog yang berkaitan apa saja berkenaan dengan rasa.

Blog itu aku kena skemakan penulisan. jaga bahasa. susah jugak sebab selama ni aku menulis ikut suka ja. ikut mood. tapi macam mana pun aku cuba belajar untuk menulis dengan tidak merapu. memang selalu aku gelak ja la dengan entry sendiri dalam blog tu lol. tapi tak apa. bak kata orang "pelan-pelan kayuh".

Dulu aku ada mintak cadangan untuk nama blog tu. hais pengomen-pengomen punya cadangan kebanyakannya tak boleh bla. apa laaaa dosa aku?!! jom tengok cadangan nama blog yang depa bagi kat aku.

Nadia : saya tidak serabut / saya masih suci

Hazaika : ketuk-ketuk bersama aran

Nurul Are Inn : makanan-makanan suci

Lavender Harum Wangi : OM NOM NOM

Marina anakcikbob : Aroma Perut

Amorn : Karipap sedap


Serabut aku dengan depa ni. aku rasa ini la balasan aku yang selalu buat entry serabut hahaha. haa entry dalam blog "cerita rasa" itu masih diusahakan. kalau ada apa-apa cadangan entry ke. ada idea ke. sila beri ok. tolong la aku yang tengah serabut ni.

Kalau free-free jom la usha sat. follow la kalau sudi. baru la pensyarah aku tengok pergh ramai blogger power follow blog aku ni hahaha. pasal entry dalam blog tu pulak. aku tengah pikiaq-pikiaq nak buat entry apa ni. huh!

Mai usha : Cerita Rasa

Tema masakan atau makanan tapi entry tak cukup nak ikut tema lagi ni. haisss penin-penin. susah jugak kalau hendak menulis tak merapu ni. moga-moga aku boleh la nak improve kan penulisan aku nanti. Mana tau satu hari nanti aku boleh jadi penulis majalah "Mastika" atau pun "Mangga". bahaha!

Sekian. terima kekasih!

Sunday, December 4, 2011

BERAK-BERAK

notakaki : tak pandai nak meluki atau edit gambar.


Suatu malam. tatkala tengah sibuk buat kerja atau asignment.



Tiba-tiba rasa sakit perut nak berak!



Lantas pergi jamban mahu diberak-berak benda-benda asing dalam perut.



Masa berlalu agak lama. masih tak berak-berak jugak!



Masih setia menunggu berak. tak muncul-muncul jugak berak. termenung ja dalam jamban.



Cancel berak. dah tak sakit perut lagi. ok, sambung buat kerja.



Tak sampai satu minit duduk nak sambung buat kerja. Tetiba sakit perut rasa nak berak balik. Fuuuuu!







  • kisah benar. selalu jadi kat aku. aku mogok berak baru tau! sat nak berak. sat tak mau. #nakharun!





Thursday, December 1, 2011

MAKAN PUN SALAH


Tadi. balik dari kuliah menuju terus ke cafe kolej. perut memang lapar yang amat. masuk saja ke kafe. tak sampai 3 saat. tergoda terus dengan lauk pauk yang baru dihidangkan. lantas ceduk nasi segenggam dua tiga empat. ambil sambal sotong segenggam. ambil sayur segenggam. baru la makan dengan gaya sihat dan seimbang kononya. ada sumber protein, karbohidrat dan sumber serat bagai.

Masa nak bayar dekat kaunter. aku merasa hairan. kenapa la orang asyik pandang nasi aku. usha pelik semacam ja. tak puas hati tang mana! bila aku tengok makanan diaorang pegang. pasai apa semua makan kuih, bihun goreng aja. heran-heran.

Bila pandang jam. alamak! baru pukul 10 pagi rupanya. patut la depa usha aku pelik. aku makan macam dah tengah hari hahaha. malu la pulak. mampuih p la. tahan malu belah dari kaunter makan menghala dinding kakaka.

Hais bila laaa nak berubah daripada one pack ke six pack macam ni. haih! down! semua salah perut la ni. malam ni berangan-angan nak diet la. #mustahil rasanya lol.



orang ada 6pack ni gay! hahahaha dengki!


Sunday, November 27, 2011

BAYAQ TELOQ SENDIRI

Sesudah selesai menghabiskan semangkuk laksa di gerai Kak Ros. Si Mamat pun ingin mengundur pulang. lantas perginya dekat Kak Ros hendak membayar laksa yang dimakan tadi.



Mamat : Kak Ros. nak bayaq. berapa harga laksa tu?

Kak Ros : laksa satu dua ringgit.

Mamat: nah dua ringgit.

Kak Ros : sat-sat. ada teloq tak?

Mamat : haaa? hmm ada-ada.

Kak Ros : berapa bijik?

Mamat : (garu kepala) 2 bijik!

Kak Ros : Kalau 2 bijik teloq kena tambah seringgit lagi la.

Mamat : ni apa hal pulak Kak Ros! teloq sendiri pun kena bayaq ka? ni dah lebih kak!

Kak Ros : BPH hang! telur ayam rebus atas meja tu bongok! bukan teloq dalam seluaq hang. karipap! tu laaa hang kecik-kecik suka tengok Maria Ozawa!

Mamat : (dalam hati) hebat Kak Ros ni. Maria Ozawa pun dia kenai.

-tamat-


teloq oooo teloq!




p/s-tolong la kata lawak. pura-pura gelak pun tak pa. lol

-lama tak update blog. sibuk.

-sekian. terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...