Showing posts with label CERITA AKUSERABUT. Show all posts
Showing posts with label CERITA AKUSERABUT. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

HARGA KASIH SAYANG

Pagi ini aku nak mencerita satu perkara serius. perkara yang ada kaitan dengan kasih sayang. bagi aku kasih sayang tu satu menda yang subjektif. sukar diluahkan tetapi boleh disampaikan dalam pelbagai cara. cakap semua orang boleh cakap. tapi nak bagi orang lain rasa kasih sayang tu macam sukar kan? lagi-lagi la nak sampaikan kepada ibu bapa kita.

Malam tadi masa aku tengah melepak dengan 2 orang kawan di kedai mamak. mata aku terpandang sepasang suami isteri yang biasa tetapi si suaminya sedang mendukung seorang bayi yang mungkin tak biasa. bayi itu bayi istimewa. takdirnya dilahirkan tak normal yang digelar 'down syndrome'. pandangan aku ke arah mereka bukan pandangan pelik atau menghina. tapi pandangan aku tersentuh dengan curahan kasih sayang suami isteri itu terhadap bayi istimewa itu.

Aku tersenyum syukur. hati aku tersentuh. keadaan itu membuat aku bertambah sedar bertapa ternilainya kasih sayang ibu bapa kepada kita. walaupun kita banyak kekurangan. kita bodoh. kita tak cantik. kita tak kacak. ibu bapa kita masih sayangkan kita. masih anggap kita la yang terbaik. macam pasangan suami isteri tadi. walaupun mereka sedar anak mereka tak normal macam anak orang lain. mereka masih sayang. masih bangga dengan anak mereka. tidak sesekali malu kerana anak mereka macam tu. mereka masih bawa bayi yang istimewa itu keluar berjalan. makan di kedai mamak.

Malam tadi aku dapat rasakan indah nya sebuah kasih sayang ibu bapa bayi itu. tidak ternilai dengan wang ringgit korang tau tak? Macam kita. seteruk mana pun kita. mereka masih ambil tahu pasal kita. masih sayang. Kalau kita buat salah. tak kira la kita buat salah seribu kali pun. ibu bapa kita la individu yang tak akan serik-serik beri kita peluang berubah. mereka masih berharap kita berubah. mereka nak kita jadi baik bukan taik. Serius sedikit sebanyak pandangan aku ke arah keluarga itu mematangkan aku.

Kadang-kadang kita terleka dengan kasih sayang itu. termasuk aku. bingung dan serabut bila kekasih marah. tapi bila ibu bapa marah. letak tepi. celaka kan macam tu? kekasih nak ditemankan. sanggup. ibu bapa keseorangan. kita anggap biasa. kekasih lapar. kita sedih. sanggup redah hujan belikan makanan untuk isi perut kekasih tercinta kononnya. macam mana dengan ibu bapa yang sanggup berlapar untuk kita? tak ingat? tak adil bukan? mereka sanggup buat apa saja demi kita. kita pulak macam mana kita hendak membalas? pikir sendiri.

Sering-kali aku hairan. hairan dengan golongan yang sanggup buat apa saja untuk kekasih masing-masing. post kat facebook. post kat blog. post gambar kekasih bagai. semata-mata menunjukkan cinta kononnya. sampai terlupa letak mana ibu bapa mereka dalam hati mereka. mana anda letak ibu bapa anda? lupa dalam tingkah laku boleh diterima lagi. jangan sesekali lupa dalam hati sudah. akhir kata. jangan sesekali lupa akan kasih sayang yang mereka curahkan kepada korang ok! hargai lah mereka. peace!



Thank you for the love

Friday, October 21, 2011

SERAM PAGI BUTA

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. jari-jejari masih tidak berhenti memicit-micit tetikus yang disambungkan ke komputer riba. suasana agak sunyi. lantas membuka lagu secara rawak untuk memecah kesunyian. kedengaran bunyi kucing sedang mengiau seperti hendak memberitahu sesuatu. aku terdiam. ditemani lampu meja untuk aku terus memicit tetikus yang terletak di hadapan aku. tiba-tiba terdengar satu suara yang semakin lama semakin kuat merangsang gegendang telingan aku. jantung seolah-olah terhenti supaya otak dapat fokus mentafsir suara apa kah itu. suara itu berbunyi :


"haa dia mai dah. dia mai dah."


Keadaan menjadi seram sejuk. pikiran entah hilang ke mana. bulu roma sudah menegak merasai kesejukan pagi yang belum cerah. suara siapakah itu? bisikan hati masih tidak pasti. tafsiran otak bercelaru. suara itu semakin kuat dirasai gegendang telinga. langsung aku berazam. memberanikan diri. aku harus kuat. belagak gagah seperti pahlawan yang berjuang di medan perang. terus aku memberanikan diri menoleh belakang!


Nakharun! roommate aku si Mael mengigau lagi rupanya! apa punya spesis ngigau la hang ni. dok kata "dia mai dah. dia mai dah". menatang apa yang mai tak tau. hahaha! serabut aku! Membe aku si Mael ni selalu mengigau. serius tak tipu. tapi kelebihan Mael ni. kita boleh berdialog dengan dia masa dia ngigau. lebih kurang macam ni.


Mael : dia mai dah. dia mai dah! (mengigau)

Aku : haa sapa mai Mael?

Mael : depa tu la!

Aku : Mael. esok nomboq ekoq kuaq macam mana?

Mael : Hais!!! (pastu sambung tidur balik)


Apa macam? membe hampa ada? kakaka! Jangan marah noh Mael. aku gurau ja. tapi hang serius selalu mengigau la. tak percaya hang boleh tanya Zakwan, Kimy atau Acip. aku rasa lepas ni aku nak catit la dialog apa masa hang mengigau. lepas dah kumpul banyak-banyak. pastu aku nak buat buku bertajuk. " Ngigau-ngigauan Mael ". LOL lawak jak Mael! sory noh. peace!



Haaaau. mengantuk dah. nak tidoq dulu kbai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...