Showing posts with label LUAHAN AKUSERABUT. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN AKUSERABUT. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

HARGA KASIH SAYANG

Pagi ini aku nak mencerita satu perkara serius. perkara yang ada kaitan dengan kasih sayang. bagi aku kasih sayang tu satu menda yang subjektif. sukar diluahkan tetapi boleh disampaikan dalam pelbagai cara. cakap semua orang boleh cakap. tapi nak bagi orang lain rasa kasih sayang tu macam sukar kan? lagi-lagi la nak sampaikan kepada ibu bapa kita.

Malam tadi masa aku tengah melepak dengan 2 orang kawan di kedai mamak. mata aku terpandang sepasang suami isteri yang biasa tetapi si suaminya sedang mendukung seorang bayi yang mungkin tak biasa. bayi itu bayi istimewa. takdirnya dilahirkan tak normal yang digelar 'down syndrome'. pandangan aku ke arah mereka bukan pandangan pelik atau menghina. tapi pandangan aku tersentuh dengan curahan kasih sayang suami isteri itu terhadap bayi istimewa itu.

Aku tersenyum syukur. hati aku tersentuh. keadaan itu membuat aku bertambah sedar bertapa ternilainya kasih sayang ibu bapa kepada kita. walaupun kita banyak kekurangan. kita bodoh. kita tak cantik. kita tak kacak. ibu bapa kita masih sayangkan kita. masih anggap kita la yang terbaik. macam pasangan suami isteri tadi. walaupun mereka sedar anak mereka tak normal macam anak orang lain. mereka masih sayang. masih bangga dengan anak mereka. tidak sesekali malu kerana anak mereka macam tu. mereka masih bawa bayi yang istimewa itu keluar berjalan. makan di kedai mamak.

Malam tadi aku dapat rasakan indah nya sebuah kasih sayang ibu bapa bayi itu. tidak ternilai dengan wang ringgit korang tau tak? Macam kita. seteruk mana pun kita. mereka masih ambil tahu pasal kita. masih sayang. Kalau kita buat salah. tak kira la kita buat salah seribu kali pun. ibu bapa kita la individu yang tak akan serik-serik beri kita peluang berubah. mereka masih berharap kita berubah. mereka nak kita jadi baik bukan taik. Serius sedikit sebanyak pandangan aku ke arah keluarga itu mematangkan aku.

Kadang-kadang kita terleka dengan kasih sayang itu. termasuk aku. bingung dan serabut bila kekasih marah. tapi bila ibu bapa marah. letak tepi. celaka kan macam tu? kekasih nak ditemankan. sanggup. ibu bapa keseorangan. kita anggap biasa. kekasih lapar. kita sedih. sanggup redah hujan belikan makanan untuk isi perut kekasih tercinta kononnya. macam mana dengan ibu bapa yang sanggup berlapar untuk kita? tak ingat? tak adil bukan? mereka sanggup buat apa saja demi kita. kita pulak macam mana kita hendak membalas? pikir sendiri.

Sering-kali aku hairan. hairan dengan golongan yang sanggup buat apa saja untuk kekasih masing-masing. post kat facebook. post kat blog. post gambar kekasih bagai. semata-mata menunjukkan cinta kononnya. sampai terlupa letak mana ibu bapa mereka dalam hati mereka. mana anda letak ibu bapa anda? lupa dalam tingkah laku boleh diterima lagi. jangan sesekali lupa dalam hati sudah. akhir kata. jangan sesekali lupa akan kasih sayang yang mereka curahkan kepada korang ok! hargai lah mereka. peace!



Thank you for the love

Monday, October 17, 2011

AKU BELUM BERSEDIA

Tengah merayau-rayau dalam fesbuk. terlihat status seorang kawan. tentang pemergian bonda tercinta beliau. takziah kawan. semoga hang kuat. kuat untuk menempuh dugaan ni. tetiba aku menjadi sebak. terbayang macam mana kalau aku berada di tempat itu. serius aku belum bersedia. belum bersedia dari pelbagai aspek. tak terkira.

Takziah? senang diucap. semua boleh ucap. tapi kalau dirasai. tidak semua boleh. kerana bukan semua orang sama takdirnya. aku masih beruntung. masih ada lagi ibu bapa yang menjadi pendorong aku. masih ada mereka untuk marah aku. masih ada mereka untuk aku derhaka. melawan cakap. tak dengar cakap. memberontak. tapi bila aku bayangkan mereka satu-satu pergi meninggalkan aku. aku jadi sebak lagi. hipokrit kan aku?

Setaik mana pun orang lihat aku. aku tetap permata bagi mereka. masih tak henti-henti menasihati aku. memang aku sangat belum bersedia untuk kehilangan mereka. bayangan itu pun sudah cukup membuat aku sebak. sedih. takut bagai. sekali lagi aku nak ucapkan takziah kepada kawan aku itu atas pemergian bonda beliau. harap-harap kuatkan semangat hang. dan hang dapat lalui detik-detik sukar itu. ikhlas dari aku.




Gambar ini diambil pada tahun 1989 atau 1990 camtu kot kalau tak silap. Masa tu aku kecik lagi. sekarang ni besaq kedabak. bapa aku baju putih, ibu aku baju merah. mereka ni la nafas aku. Aku sangat rindu mereka sekarang! cuti raya haji nanti nak balik gaduh dengan mereka. yeahh hahaha! kalau bagi aku pilih antara satu bas Maria Ozawa dengan mereka. aku masih pilih mereka bahaha! gurau ja! sampai sekarang aku masih tak puas hati dengan mereka satu bab ni.


aku : mama, ran dengan papa sapa hensem lagi ??!!

mama : papa! (tanpa rasa bersalah kerana menyinggung perasaan aku!)

papa : (buat derk je sambil main misai control macho)


Grrr.Kbai.

Tuesday, September 13, 2011

AKU BUAT LAWAK KAT PEJABAT POS

Tadi aku pergi pejabat Pos Laju kat Bangi. nak amek motor aku yang dipos dari Kedah. sampai ja kaunter. akak kaunter tu tanya aku macam ni.


Akak kaunter : helmet ada bawak tak?

Aku : ada. ada bawah seat motor.

Akak kaunter : kunci motor ada bawak?

Aku : hmm.. dak! !@$%&* dem lupa!

Akak kaunter : wakakaka!

Aku : cilaka ..l..

Semua orang ada kat situ termasuk staf-staf Pos Laju gelak kat aku. nakharun malu aku! aku pun satu hal. dah tau nak pergi amek motor. kunci tak bawa. haiss kesian kat Kimy pala besaq. kena balik kolej tolong aku amek kunci pulak. bukak sem baru ni. serba tak kena aku. serabut betul! macam-macam hal pulak datang mengundang. sabar je la.

Ni aku nak luahkan rasa kebengangan aku dekat service penghantaran motor oleh Pos Laju ni. lepas ja motor aku dipos. bercalar-calar motor aku. sakit hati ooo dah macam kena cakar harimau ni. bila komplen kat orang PosLaju. dia tanya kita balik. laaa asal tak balut? nakharun sekali lagi! mana aku nak tahu kan. dah tak bagitau. dah calar baru nak habaq!!! so kepada hampa yang nak pakai service penghantaran motor ni. elok la hampa balut dengan plastik ka. surat khabar ka. kotak ka. condom ka. ehh mana boleh! LOL

Kalau tak balut. jangan menyesal di kemudian hari la bila motor hampa macam keluar dari kandang harimau. aku dok panas hati lagi ni bila usha kesan-kesan calar motor aku ni. rasa macam nak cakar muka orang yang kerja ka Pos Laju ja tadi! sabar aran sabaq!



Ni. balut macam ni. aku taktau panggil apa plastik ni. tapi plastik ni la depa buat balut motor.kbai.


Monday, July 18, 2011

FACEBOOK PENYEBAB PENYAKIT GEDIK




Malam ni aku nak serabut pasal Facebook. aku tengok budak-budak sekolah sekarang hanya tau online untuk main FB. mana ada buat menatang lain dah kalau online. fb! fb! fb! betul-betul faking bitch! aku baru lepas maki adik perempuan aku tadi pasal 24 jam dia main fb. pasang wireless kat rumah. apa yang dia tau buat? fb! ramai aku tengok bebudak sekolah macam tu. apa guna kemajuan dalam internet kalau hanya tau main fb. kerja dok gosip. kerja dok mengatal. kerja dok upload gambar gedik macam haram. status jiwang macam &*^**. padahal umur sekor-sekor bulu ketiak pun baru nak naik.

Hari-hari mengedik kat fb. sat tukar relationship dengan orang tu. sat tukar dengan mamat ni. hari-hari upload gambar kat fb. hari-hari edit gambar pasal gian nak upload gambar. dah upload gambar tag bagi semua orang. sebab nak orang komen. orang tak komen. tag lagi! tag lagi ramai orang. sampai ada orang komen la. wtf! yang aku tengok budak sekolah la banyak buat macam tu. kalau fb ada buat application baru. mesti tau. kalau tak tau malu kat membe. yang perempuan pulak. masing-masing nak lawan jumlah like kat gambar diaorang. kalau tak ada orang like amek lagi gambar lagi gedik. sexy. tayang. celaka semua ada. jumlah like dan komen kat gambar tu la kepuasan diaorang.

Sensitif dengan perkataan cantik. cute. sexy. nanti komfem upload lagi. kalau tak percaya korang try komen kata gambar diaorang kata cantik. nanti mesti budak sekolah tu syiok dan upload lagi. kalau boleh kasi tayang belahan tetek. lagi ramai orang komen nanti. padahal bukan ada sangat pun tetek. span ja lebih. budah sekolah katakan. banyak budak sekolah rosak sebab fb la aku tengok. otak mentah. boleh kapel dalam fb. gaduh pun gaduh dalam fb. bila dah putus dah start la post status jiwang macam taik. post video youtube. hari-hari post lagu sedih. lagu putus cinta. kasi orang lain tau dia sedih pasal baru putus dengan pakwe fb. teruk budak-budak sekolah aku tengok sekarang. umur 13-14 tahun post i love my boipren atau i heart my boipren siap ada <3. esok lusa post. semua lelaki sama saja pulak. macam pig!

Open relationship tu bermaksud tak kahwen lagi tapi duduk serumah. siok-siok boleh romen bangang! bukan dah kapel dan orang lain semua tahu hampa dah kapel. macam mana perasaan mak bapak korang tau anak diaorang tau anak dara yang dijaga macam binatang minyak yang penuh tu dok open open macam tu. hais heran heran. lagi banyak tempat ada free wireless. lagi serabut bebudak. mak bapak jangan bangga sangat bila anak pandai online. kalau takat pro fb ja. P la study adik oiii. banyak lagi menda berfaedah yang korang boleh buat bila online. bukan takat fb ja. tak salah main fb. tapi bila dah gedik tu la yang kasi adik beradik atau sanak saudara malu dengan korang. serius aku dah banned banyak adik beradik aku yang kasi aku serabut! bukan takat remove friend ja. aku banned terus kalau serabut sangat.

Tu ja yang aku nak berleter. hampa nak terima ke tak itu masalah hampa. nak maki aku pun tak kisah. nak kata aku jeles pun kata ja la. tapi aku dah sampai tahap meluat dengan fb ni dah kadang-kadang. nasib baik ada Blogserabut. boleh aku lepaskan keserabutan aku! kbai.


p/s aku rasa entry ni penuh dengan makian dan cacian. maafkan aku.

Thursday, June 16, 2011

RESPONSE : POLITIK PENCETUS RACISM

Macam-macam response yang aku dapat daripada entry aku yang bertajuk Politik Pencetus Racism tu. terkejut jugak aku sebab banyak jugak response dari membe-membe aku. tak kira dari dalam dunia blogging atau pun membe-membe yang mengenali aku. ada yang memahami luahan aku. ada yang like. ada jugak yang shared kat FB. ada jugak membe blogger aku siap buat entry untuk aku. yang hadoi nya, ada yang salah paham dengan apa yang aku tulis ! hmm.

Kepada membe-membe aku yang support aku. terima kasih tak terhingga dari aku. kepada yang salah paham. aku serabut jugak sebenarnya. aku terasa gila dengan seorang mamat ni. dia komen kat blog membe aku yang buat entry pasal aku. perghh ayat dia sangat sinis buat aku bengang gila. ayat-ayat dia sangat prejudis. kepada mamat tu. kalau dia ada baca entry ni. aku nak bagitau dia. aku tulis entry tu bukan untuk suruh korang yang beragama Islam mengagungkan atau menegakkan agama aku. jangan buat andaian sesuka hati boleh tak! aku cuma nak korang pikir sikit pasal golongan bukan Islam yang ada dalam Malaysia ni. aku cuma nak sedikit respect dari korang. itu ja.

Menda ini terjadi disebabkan politik sebenarnya. pasal perjuangan politik itu bangsa aku dan agama aku mendapat tempias. aku cuma nak mencerita kepada korang pasal tempias tu. entry itu aku sedaya upaya la tak nak kecik kan hati membe aku yang beragama Islam. sebab bukan itu niat aku. tapi komen seorang mamat ni sangat menyakitkan hati aku. kalau korang pun aku rasa korang akan bengang jugak kalau terjadi kat korang. aku bengang sebab komen mamat itu sangat memperlekehkan agama aku dan agak menghina agama aku. serius rasa macam nak bagi penyepak ja kat muka mamat tu kalau dia ada kat depan muka aku!

Komen mamat tu macam nakharam la orang kata. tak ada yang positif langsung. nak negatif ja. menda ni buat aku terpikir satu benda. iaitu daripada tulisan saja boleh menyebabkan orang lain benci gila kat kita. daripada tulisan saja boleh buat orang rasa nak bagi penyepak ja kat kita LOL tapi betul pa. sebab tulisan itu sudah boleh membayangkan yang diri kita ni orang macam mana. daripada tulisan saja kita dah boleh agak adakah orang itu boleh buat kawan atau lawan. fuhh tempias itu telah mengajar aku banyak menda hari ini. aku pun tak pasti tulisan aku ni boleh membuatkan korang pikir macam mana. aku tau lain orang lain cara. tapi jangan la sampai cara korang itu merendah-rendahkan atau menghina orang lain.

Tempias ini jugak mengajar aku bahawa yang kat dunia ini banyak ustaz atau tok sami versi Ustaz Google atau tok sami Google. sebab apa aku cakap macam tu? sebab ramai yang akan berlagak sangat alim bila satu-satu topik dibincangkan. tak kira agama apa sekali pun. golongan itu akan membahas dengan meng-google ayat-ayat dari agama masing-masing. kononnya hujahan berisi atau style la konon. sangat hipokrit! aku bukan kata kepada golongan yang betul-betul mempraktik dengan ayat-ayat agama yang dia hujah ok. sila ambil perhatian! aku cuma kata kepada golongan yang berlagak tu. golongan google-google.

Kepada golongan ustaz Google atau tok sami Google. mungkin niat korang baik. untuk memberi pendapat atau memberi nasihat. tetapi kadang-kadang cara korang akan membuat orang meluat dengan korang. cara korang akan buat orang benci dengan korang. apa salahnya cakap dengan gaya tulisan yang elok sikit bagi orang baca. apa salahnya menegur dengan elok sikit. korang sembang macam korang perfect tahap dewa. macam bajet bagus pun ada. aku bengang la. aku tulis untuk berbaik-baik dengan orang tapi ada orang komen macam taik. komen macam cari pasal! sapa tak terasa. aku rasa menda ni la yang terjadi kepada kes ustaz yang memukul anak murid sendiri sampai mati tu ( link ). mengajar budak supaya tidak jadi syaitan. tetapi mengajar dengan cara syaitan. last-last yang nak ajar orang tu yang jadi syaitan!

Ada yang berlagak macam imam muda tapi dok menari suffle pakai seluar pendek jugak. dok goyang-goyang kepala jugak bila menari suffle. bila buat ayat perghh bajet style.bajat cukup alim. sembang tak mau kalah. ada orang kutuk orang lain bila dapat tahu ada orang kena tangkap khalwat. kena tangkap merendek la. padahal dia jugak pernah ringan-ringan dengan awek dia kakaka dok ambil gambar peluk-peluk jugak dengan awek dia. hadoi tegur orang tu boleh tapi biar la bercara. banyak spesis orang ada kat dunia ni. mungkin korang rasa korang berilmu bila korang belajar tinggi. ambil degree. ambil law pulak tu. perghh. tapi satu menda korang jangan lupa. orang pandai jugak boleh jadi bodoh. orang bodoh pun boleh jadi pandai.

Bukan semua orang sempurna dalam dunia ni. sepandai orang tu pun. bukan dia pandai dalam semua bidang. respect sikit bila nak bercakap dengan orang lain. kalau kita tak respect orang lain dulu. macam mana orang nak respect kita? sampai mati pun orang lain tak respect kat kita! menda simple. tak payah hujah pakai soal agama pun boleh agak. aku pernah cakap dulu. nilai respect sangat penting untuk negara macam kita ni. negara yang berbilang kaum dan agama. respect pun ada tahapnya. aku sedar menda tu. jangan sampai orang lain pijak kepala kita. tapi agak-agak la kan. respect dengan sanjung lain sebutannya. lain maksudnya. jangan samakan dua menda ni. peace.



Monday, May 16, 2011

CELCOM YANG SERABUT

Pagi-pagi buta ni aku nak bercerita pasal satu kejadian yang berlaku ke atas adik aku yang ada kaitannya dengan CELCOM ! hampir setengah tahun yang lalu ada pekerja CELCOM menawarkan pakej broadband kepada adik aku dan adik aku telah melanggan pakej broandband tersebut. ciri-ciri pakej tersebut :

  • RM 68 sebulan
  • kontrak selama 2 tahun
  • modem diberikan
Ceritanya. cawangan CELCOM Seberang Perai, Penang yang buat promosi tu. janji-janji taik kucing pekerja atau orang yang buat sale itu adalah diaorang akan hantar sendiri broandband itu ke rumah pembeli. Kesilapan adik aku pula adalah percaya bulat-bulat bahawa broandband itu akan dihantar ke rumah.

Tapi sampai sekarang broandband tak dihantar. Bil sudah dicaj pada setiap bulan selepas adik aku melanggan pakej broandband tersebut. sampai sekarang bil sudah mencecah RM 353.95. modem broandband belum dapat. bil dah sampai 300++ . watdahell CELCOM?

Tapi bukan Salah Bapak CELCOM. salah anak-anak cawangan CELCOM yang buat kerja tak betul. kerja nak caj orang ! Lu jaga CELCOM Seberang Perai. aku akan komplen pasal Lu ! tapi yang aku hairannya. CELCOM tak ada ke bahagian yang check data pengguna. kalau orang tak pakai pun. macam mana boleh start caj dah bulan-bulan. watdaneraka again ! money come first, customer later la kot misi dan visi CELCOM seberang Perai ni.

Surat yang sampai kat rumah aku pulak sekarang ni. dengar khabarnya CELCOM telah menggaji syarikat MAHA PARTNERS & CO untuk menuntut hutang daripada penghutang-penghutang CELCOM kononnya. wahh siap nak kena pergi mahkamah kalau tak bayar. macam mana nak bayar kalau tak pakai bro? Lu nak wa bayar jugak, Lu memang Langsi laa. korang kalau kena macam ni pun jangan bayar. buat apa nak bayar kalau tak pakai ! naik la mahkamah mana pun. tak dak mahkamah bangang yang suruh korang bayar punya la.

Satu menda aku nak bagitau kat sini. korang jangan senang-senang nak bagi IC fotostat kepada sesiapa. nanti tak pasal-pasal ada bil sampai ke rumah. sekarang ni macam-macam. orang nak cari income lebih. apa pun diaorang boleh buat. dengan adanya IC fotostat diaorang boleh buat line postpaid, kredit kad dan macam-macam benda yang boleh menjahanamkan orang lain. IC orang yang dah meninggal pun ada orang buat line postpaid telifon tau !

Aku sekarang ni memang tahap bengang amat dengan CELCOM ni. mampuih p la Nuffnang ada CELCOM ka. kalau kita tak komen macam mana depa nak improve betul tak. aku dan call dah customer service dia dulu. report pasal menda ni. diaorang cakap nanti diaorang nak check dulu. lepas tu call aku balik. sampai sekarang apa pun tak dak. bil pulak semakin meningkat tiap bulan. nak caj sampai bila bil satu bulan RM 68? sampai kiamat? fakoff !

Check la betul-betul CELCOM oii. nanti kalau orang kata service ampa macam taik, ampa marah ! kalau tak nak. buat kerja mesti mau jujur. ingat wa tak tau ka satu line postpaid lu berjaya tangkap customer. komisyen RM 50 saleman lu dapat. wa pun pernah kerja buat sale untuk lu maa dulu.jangan pikiaq duit komisyen ja. pikiaq hati dan perasaan orang lain sama maa. jangan kasi wa serabut !!!


memang in your hand! bil yang sampai. apa pun tak buat. tak pasal-pasal kena caj tiga ratus lebih !

Thursday, April 28, 2011

HOBI SELSEMA MASA EXAM

Akhirnya aku dah selesaikan exam aku untuk sem ini. mungkin aku suka sekarang tapi kemungkinan juga aku akan duka bila masa dapat result nanti hahaha aku nak buat luahan perasaan ni. menda ni berlaku dalam masa exam untuk 2 subjek sem ni. entah la apa takdir aku. aku dijodohkan duduk sebelah dengan orang yang dijangkiti seselma untuk 2 paper. 2 orang tu berlainan orang. tapi penyakit yang sama. selsema masa exam. tensyen cam gampang aku amik exam. dok bersin ja kerja dia. bukan bersin sikit-sikit plak tu. bersin style kuar wap dari hidung tu. cilaka geli aku. dah la aku tengah serabut dengan paper tu. dia dok ahhchekkk ahhchekk. memang la kesian dia selsema. tapi aku serabut kot nak amik exam. 2 jam setengah paper tu. 2 jam setengah la dia bersin !

Pemeriksa pulak buat dono ja, mungkin bagi dia bersin tu irama lagu merdu kot. tapi bagi aku macam shitt nak jawab exam. at least bawakan la minyak angin. ni pemeriksa dok buat hensem atau cantik. dok jalan macam model sekor-sekor. dia ingat catwalk ka apa. elaun jaga budak exam bukan sikit yang aku tau. agak lumayan jugak bagi diaorang yang suka kerja bela lemak dalam aircond hahaha peace. gurau ja. terasa plak kang blogger yang pernah kerja jaga budak exam.

Kepada korang yang terasa nak selsema masa exam. prepare la sesuatu untuk diri sendiri. jangan sampai orang lain serabut lalu memberi anda pelempang sekali dua. tensyen tau tak. ada yang siap keluar melendir lagi bersin. wth ! ni aku nak bagitau 3 benda yang korang boleh prepare kalau hobi korang memang suka bersin dalam dewan peperiksaan :
  1. Bawa la sapu tangan jahanam !
  2. Bawa la minyak angin jahanam !
  3. Lagi bagus pakai mask. tak la orang lain terjangkit hobi selsema korang !

Ada paham?


Selsema style kuar wap ! cam jahanam lol

Wednesday, April 20, 2011

KANTIN HOTDOG




Pagi ni aku nak sembang kencang lagi. nak sembang pasal
kantin sekolah awam. terdetik nak buat entry pasal kantin ni sebab aku ada tertengok berita kat TV yang menyatakan nasi lemak yang dijual di kantin sekolah menyebabkan masalah obesiti budak-budak. dem ! terasa kejap dengan perkataan obesiti tu lol.

Kalau korang pernah belajar di sekolah awam. aku nak korang beri pendapatdan pengalaman korang sikit kalau boleh.kat sini aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku masa aku belajar di salah satu sekolah menengah awam di
Sungai Petani, Kedah dulu. sekolah aku dulu kantin memang selalu tukar tokey tapi menu makanan untuk dijual kepada pelajar haram tak berubah. dari aku tingkatan 1 sampai la aku amik STPM sama ja. aku bukan makan nasi lemak. tapi makan nasi berlaukkan hotdog atau daging buger goreng. aku rasa banyak kantin sekolah di Kedah ada menu ni. hotdog dan daging buger goreng. nasib baik tak jadi dog aku sebab hari-hari makan hotdog. korang tak rasa malu sikit ke wei? pelajar sekolah menengah Malaysia makan nasi dengan hotdog goreng masa rehat ! aku bukan tak bersyukur tapi entah la rasa shit ja pengalaman makan di kantin sekolah dulu. macam mimpi ngeri pun ada kadang-kadang.

Bak kata pepatah. kalau belajar tinggi-tinggi pun tak guna kalau hari-hari makan hotdog goreng hahaha. kat TV dok serabut pasal nasi lemak menyebabkan obesiti. yang hotdog goreng dengan buger goreng tak bising macam dog pulak. aku bukan nak kondem kantin sekolah la. tapi kantin sekolah awan kat Malaysia kebanyakannya teruk la. sapa tokey dia? adik beradik pengetua sekolah ke? adik beradik cikgu ke? masa aku sekolah menengah dulu. air bancuh yang dijual tu guna air paip ok ! aku nampak sendiri. aku beli jugak. mana ada kedai makan lain dah kat sekolah. kantin satu ja. lawak pulak kadang-kadang bila pikir balik. kita memang diajar macam tu. diajar dengan :

  1. Beli air minum dari minuman yang dibancuh guna air paip.
  2. Cikgu kata jangan makan makanan ringan. tak bagus untuk kesihatan kata cikgu.tapi kat kantin atau koperasi sekolah jual makanan ringan.
  3. Makan nasi dengan hotdog dengan buger goreng. (bangga tak korang. dari zaman sekolah dah diajar jadi mat salleh)
Nak kata Malaysia maju? bangga la sangat dengan KLCC tu. tapi kantin sekolah macam tuttt jugak !!! tak payah la nak perasan kita ni maju. kalau kantin sekolah kita tahap Timor Leste lagi. daripada dok bagi subsidi ni subsidi tu. buat la sesuatu untuk menjaga permakanan bebudak sekolah awam ni. kesian aku kenang masa lalu aku dulu hahaha. peace.

Sunday, April 17, 2011

AKAUN FACEBOOK YANG SERABUT




Malam ini aku nak membebel sikit ! nak membebel pasal akaun-akaun FB membe aku yang bikin aku serabut. korang nak terasa, terasa la. tapi aku nak membebel jugak ! tadi ada membe zaman sekolah aku massage aku sambil ber emo-emo. kata aku sombong sebab aku tak approve dia add aku kat FB. ni yang kasi aku serabut ni. sapa yang add? membe sekolah mana yang add aku ni kan. check punya check. laaa minah ni rupanya. 2 sebab yang bikin aku serabut dengan akaun FB minah ni dan jugak akaun membe-membe aku yang lain.

  1. Profile pic FB letak gambar pelik-pelik. kalau letak gambar sendiri. senang la orang nak cam kambing mana yang add kan. ni letak gambar pokok la. gambar artis korea la. adoyai. mak bapak sendiri pun tak cam tau tak kalau anak dia sendiri yang add !!! bukan aku nak benci. kadang-kandang serabut nak cam akaun FB sapa la ni.
  2. Pasal profile pic FB boleh terima lagi la kalau orang tu tak suka letak gambar sendiri. asalkan nama akaun FB dia orang cam. ni nama pun pelik-pelik. FAKKRUL BETUL!!! sampai ke tua la aku tak tau sapa yang add aku. satu lagi aku nak bagitau ni . kalau nak letak nama bukan-bukan. letak ja la. at least letak la satu nama yang orang lain boleh kenal ko dalam kurungan. ni aku bagi contoh :

Ayapan S/O Acipan (Ayap)

Telinga Aku Capang (Hakimy)

Badang Hot UKM (Hakam)

Tokey Carpet (Iznul)

Dokter Gigi (Hanis)

Pahlawan Batu Cave (Ismail)

(Nama adalah rekaan sahaja. jangan marah noh guys :p)

Letak la satu nama yang orang lain leh cam ko betul tak? ni nak salahkan aku pulak sebab aku tak approve dia. satu lagi ni. aku bukan nak sombong sebab tak approve orang yang aku tak kenal atau aku tak pernah jumpa yang add aku. asalkan korang letak profile pic gambar muka hidung anda sendiri dan nama anda sendiri. aku jarang approve akaun FB yang profile pic dia gambar artis la. gambar kucing la. gambar awek hot la. dan satu lagi nama pelik-pelik. Kalau nama pelik itu memang nama panggilan dia tak apa la. macam membe aku seorang. aku tak tau nama betul dia. aku cuma tau nama dia Taughe ja. tak tau la kenapa aku tak suka approve FB yang macam tu. tapi itu la Akuserabut. peace.

Sunday, April 10, 2011

KENAPA TIDAK BOLEH 'RIGHT CLICK'




Tidak boleh right click? kenapa? tiba-tiba rasa terhingin nak post pasal menda ni kerana Akuserabut ada blogwalking tadi. ada tersinggah kat blog yang tidak dibenarkan right click ni. menda ini membuatkan aku pikir kejap kenapa menda ini diamalkan. minta perhatian ok ! aku bukan nak kondem blog yang tidak boleh right click . ini cuma pandangan atau saja nak sembang kencang oleh aku yang serabut ni.

Bagi aku la kan. aku akan rasa macam blog tu sombong pun ada. tak friendly camtu. entah la cuma pendapat aku. selalunya aku akan singgah sekejap ja kat blog yang amalkan tidak boleh right click ni. rasa macam terkongkong pun ada, itu tak boleh, ini tak boleh. Sebab utama yang aku rasa diaorang tak suka right click kat blog diaorang adalah. diaorang tidak suka karya dioarang diambil atau dicetak rompakkan. apa salahnya berkongsi betul tak? sekurang-kurangnya orang yang mengambil karya anda itu membuat credit atau backlink ke blog korang. Kalau diaorang ambil karya itu dan tidak bagi backlink tu. memang cilaka la ! sesuka hati ja nak copy paste !

Kepada golongan yang tak suka karya diaorang diambil. Satu menda Akuserabut nak bagitahu kat sini. pelajar Malaysia memang diajar untuk mencetak rompak ok! tidak pernahkah korang fotostat buku teks masa di sekolah dulu. kat universiti pun fotostat buku teks. fakoff la kalau korang kata kotang tak pernah fotostat apa-apa nota masa belajar dulu. pernah tak anda buat credit kepada penulis menda yang anda belajar? apa la sangat entry yang anda tulis tu berbanding dengan menda yang anda fotostat masa anda belajar dulu. berkongsi la. at least orang itu buat backlink untuk blog korang balik. anda juga yang dapat nama nanti. kalau buat blog tapi tak leh nak berkongsi dengan orang lain. baik korang tulis entry dalam Microsof Word pastu save dalam pendrive gagaga. komfem tak ada orang ambil karya anda !

Banyak ja blogger-blogger power yang agak otai dalam penulisan ni yang Akuserabut minat habis. tak pulak diaorang tak bagi right click dalam blog diaorang. contoh Obefiend. aku memang minat gila pig penulisan dia. aku baca blog dia lagi banyak dari aku study untuk exam aku ok! hahaha. tak pulak dia tak benarkan right click dalam blog dia.

Aku cuma tulis menda apa yang aku rasa ok. suka hati aku la. blog ko, ko punya pasal la. saja aku nak komen! hahaha tapi apa-apa pun Akuserabut nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah Blogserabut ni. lagi-lagi yang sudi komen entry-entry di Blogserabut ni. terharu muahahaha aku prefer sharing is caring daripada no right click :) peace

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...