Thursday, June 16, 2011

RESPONSE : POLITIK PENCETUS RACISM

Macam-macam response yang aku dapat daripada entry aku yang bertajuk Politik Pencetus Racism tu. terkejut jugak aku sebab banyak jugak response dari membe-membe aku. tak kira dari dalam dunia blogging atau pun membe-membe yang mengenali aku. ada yang memahami luahan aku. ada yang like. ada jugak yang shared kat FB. ada jugak membe blogger aku siap buat entry untuk aku. yang hadoi nya, ada yang salah paham dengan apa yang aku tulis ! hmm.

Kepada membe-membe aku yang support aku. terima kasih tak terhingga dari aku. kepada yang salah paham. aku serabut jugak sebenarnya. aku terasa gila dengan seorang mamat ni. dia komen kat blog membe aku yang buat entry pasal aku. perghh ayat dia sangat sinis buat aku bengang gila. ayat-ayat dia sangat prejudis. kepada mamat tu. kalau dia ada baca entry ni. aku nak bagitau dia. aku tulis entry tu bukan untuk suruh korang yang beragama Islam mengagungkan atau menegakkan agama aku. jangan buat andaian sesuka hati boleh tak! aku cuma nak korang pikir sikit pasal golongan bukan Islam yang ada dalam Malaysia ni. aku cuma nak sedikit respect dari korang. itu ja.

Menda ini terjadi disebabkan politik sebenarnya. pasal perjuangan politik itu bangsa aku dan agama aku mendapat tempias. aku cuma nak mencerita kepada korang pasal tempias tu. entry itu aku sedaya upaya la tak nak kecik kan hati membe aku yang beragama Islam. sebab bukan itu niat aku. tapi komen seorang mamat ni sangat menyakitkan hati aku. kalau korang pun aku rasa korang akan bengang jugak kalau terjadi kat korang. aku bengang sebab komen mamat itu sangat memperlekehkan agama aku dan agak menghina agama aku. serius rasa macam nak bagi penyepak ja kat muka mamat tu kalau dia ada kat depan muka aku!

Komen mamat tu macam nakharam la orang kata. tak ada yang positif langsung. nak negatif ja. menda ni buat aku terpikir satu benda. iaitu daripada tulisan saja boleh menyebabkan orang lain benci gila kat kita. daripada tulisan saja boleh buat orang rasa nak bagi penyepak ja kat kita LOL tapi betul pa. sebab tulisan itu sudah boleh membayangkan yang diri kita ni orang macam mana. daripada tulisan saja kita dah boleh agak adakah orang itu boleh buat kawan atau lawan. fuhh tempias itu telah mengajar aku banyak menda hari ini. aku pun tak pasti tulisan aku ni boleh membuatkan korang pikir macam mana. aku tau lain orang lain cara. tapi jangan la sampai cara korang itu merendah-rendahkan atau menghina orang lain.

Tempias ini jugak mengajar aku bahawa yang kat dunia ini banyak ustaz atau tok sami versi Ustaz Google atau tok sami Google. sebab apa aku cakap macam tu? sebab ramai yang akan berlagak sangat alim bila satu-satu topik dibincangkan. tak kira agama apa sekali pun. golongan itu akan membahas dengan meng-google ayat-ayat dari agama masing-masing. kononnya hujahan berisi atau style la konon. sangat hipokrit! aku bukan kata kepada golongan yang betul-betul mempraktik dengan ayat-ayat agama yang dia hujah ok. sila ambil perhatian! aku cuma kata kepada golongan yang berlagak tu. golongan google-google.

Kepada golongan ustaz Google atau tok sami Google. mungkin niat korang baik. untuk memberi pendapat atau memberi nasihat. tetapi kadang-kadang cara korang akan membuat orang meluat dengan korang. cara korang akan buat orang benci dengan korang. apa salahnya cakap dengan gaya tulisan yang elok sikit bagi orang baca. apa salahnya menegur dengan elok sikit. korang sembang macam korang perfect tahap dewa. macam bajet bagus pun ada. aku bengang la. aku tulis untuk berbaik-baik dengan orang tapi ada orang komen macam taik. komen macam cari pasal! sapa tak terasa. aku rasa menda ni la yang terjadi kepada kes ustaz yang memukul anak murid sendiri sampai mati tu ( link ). mengajar budak supaya tidak jadi syaitan. tetapi mengajar dengan cara syaitan. last-last yang nak ajar orang tu yang jadi syaitan!

Ada yang berlagak macam imam muda tapi dok menari suffle pakai seluar pendek jugak. dok goyang-goyang kepala jugak bila menari suffle. bila buat ayat perghh bajet style.bajat cukup alim. sembang tak mau kalah. ada orang kutuk orang lain bila dapat tahu ada orang kena tangkap khalwat. kena tangkap merendek la. padahal dia jugak pernah ringan-ringan dengan awek dia kakaka dok ambil gambar peluk-peluk jugak dengan awek dia. hadoi tegur orang tu boleh tapi biar la bercara. banyak spesis orang ada kat dunia ni. mungkin korang rasa korang berilmu bila korang belajar tinggi. ambil degree. ambil law pulak tu. perghh. tapi satu menda korang jangan lupa. orang pandai jugak boleh jadi bodoh. orang bodoh pun boleh jadi pandai.

Bukan semua orang sempurna dalam dunia ni. sepandai orang tu pun. bukan dia pandai dalam semua bidang. respect sikit bila nak bercakap dengan orang lain. kalau kita tak respect orang lain dulu. macam mana orang nak respect kita? sampai mati pun orang lain tak respect kat kita! menda simple. tak payah hujah pakai soal agama pun boleh agak. aku pernah cakap dulu. nilai respect sangat penting untuk negara macam kita ni. negara yang berbilang kaum dan agama. respect pun ada tahapnya. aku sedar menda tu. jangan sampai orang lain pijak kepala kita. tapi agak-agak la kan. respect dengan sanjung lain sebutannya. lain maksudnya. jangan samakan dua menda ni. peace.



9 comments:

  1. way to go! semua ni berlaku sebab mamat tu x berada di situasi ko. bila seseeorg gagal utk memahami situasi org lain dan nakkan org lain itu memahami dia, itu memg cilakak la kan?

    lagipun. semua ni miscommunication je. hehehe...

    ReplyDelete
  2. ala aran.. klau depa xphm apa yg ang nak sampaikan, jd cm2 la.. Wat pala sendiri.. bkn nak tnye dlu.. pada hal aku rase aku bace entry ang yg ari tu senang je nk phm.. bkn susah pun ayat yg ang guna.. budak tu maybe PMR pun xlepas paa.. lol.. :D

    ReplyDelete
  3. hidup crikwong.. hahahaha.. amik degree amik law.. tu ayat tepat ke sasaran.. hahaha

    ReplyDelete
  4. sabor je lah..orang takkan paham kita sampai bila2 pon, dorang akan terus bercakap tanpa pikir..tak perlu layan..pedulikan..ramai yg lebih memahami kau encik aran.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. http://masammanismikki.blogspot.com/2011/06/not-clean-enough.html?showComment=1308283925627#c1893527142382105619


    aku blank? hahaha.

    ReplyDelete
  7. http://masammanismikki.blogspot.com/2011/06/not-clean-enough.html

    aku blank? hahaha. bodoh. otak sempit,

    ReplyDelete
  8. @IQBAL mungkin jugak. tq bro

    @Ismail budak law kot mail.hahaha dak ukm plak tu..dia majoring lawyatt kakaka

    @khairul betul gak bro.. ayat paling cool, terima kasih.

    @hakimy contoh ja ok hahaha

    @Amin terima kasih jugak

    @Hanis aku kompius kekadang dengan spesis mamat macam ni. kekeliruan!!!

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...