Monday, June 27, 2011
HRITHIK ROSHAN PELAKON GREEN LANTERN?
Saturday, March 12, 2011
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA-REVIEW AKUSERABUT
Tahniah kepada KRU Studio kerana berjaya menghasilkan sebuah filem epic tempatan yang agak stylo. Susah la pembikin filem tempatan nak buat filem epic, paling kuat yang pecah panggung dulu pun filem komedi yang kitar semula lawak wayang kulit ataupun lawak pukul-pukul kepala. Oleh itu, aku kagum dengan hasil KRU ni. U rock babe !!! Banyak la orang puji filem Hikayat Merong Mahawangsa ni best la, CGI power la, aksi lawan tahap filem Jackie Chan la. Aku tak nafikan khabar angin tu, memang benar filem ini ada peningkatan dari segi semua tu. Owh.. lupa nak bagitaw duration filem ni lebih kurang 2 jam. agak puas hati rasa air-cond dalam panggung wayang.
Sekarang ni aku nak bagi pulak pendapat aku yang serabut ni tentang Hikayat Merong Mahawangsa. Dari filem ni, baru aku taw macam mana tertubuhnya kerajaan Langkasuka dulu. Starting aku tengok filem ni, aku dapat feel yang macam aku tengok filem Hollywood, 'Pirates Of The Caribbean', macam sama je jalan citenya pada awal cerita... mungkin disebakan latar tempat kot, ada pulau-pulau dan kapal-kapal. 2 benda yang aku paling suka dalam filem ni ialah suara narrator dan lakonan Khir Rahman. aku sangat kagum dengan suara narrator tu, macho amat la !!! Pasal Khir Rahman pulak memang dari dulu lagi aku minat dia walaupun dia tak sehensem Semshui Haslem.
Benda yang buat aku bengang masa tengok filem ni adalah ramai orang gelak-gelak bila dialog melayu klasik diucapkan. filem ni banyak guna bahasa lama yang macam pantun-pantun dan kiasan. dengar je la, dok gelak-gelak pulak. mungkin sebab jarang didengar. rasa macam tak patut gelak je sesetengah part. Bila tengok cite Cina ke, omputih ke.. bila diorang pakai bahasa klasik diaorang tak gelak pulak !!! bahasa kita yang diaorang gelak.. fakoff!! Aksi lawan ala-ala cite Bruce Lee masih digunakan dalam filem ni. ala-ala cerita bruce lee?? contoh kalau 10 orang jahat lawan satu orang hero. satu orang jahat je lawan satu hero dalam satu masa, yang 9 yang lain menari-nari kat belakang menunggu masa untuk masuk lawan satu per satu.. agak klasik aksi lawan ini.
Banyak aksi perang yang 'spoil' dalam filem ni.. maksud aku aksi perang ala-ala aksi gaduh bebudak sekolah. ko pegang parang, pedang dan macam-macam lawan la real sikit apa kehelnya nak tolok menolak, berpusing-puisng tak tentu arah. peranan pelakon tambahan yang agak kureng sikit. tapi yang bangganya aku rasa filem ni la pelakon tambhannya sangat ramai berbanding aksi perang filem tempatan yang lain contoh Lang Buana lol
Aku paling berkenan dengan kesan CGI anak panah dalam filem ni, nampak cool di situ. tapi Kesan CGI yang paling spoil ialah ending cite ni, babak nampak kemajuan Kerajaan Langkasuka, nampak fake gila la permandangan laut dia, aduh spoil again !!! kalau aku laa, dah taw tak cun CGI tu tak yah la letak... ending dah macho, datang pulak denga CGI yang kureng macam tu.. nampak tak cool dah. Benda yang spoil lain adalah masa nak perang besar ending cite ni... dah semangat dah ni aku tengok. tiba-tiba ada lawak kurang cerdik pulak aduh.. tak lawak la.. orang nak berperang ni tak yah la nak letak aksi komedi kurang cerdik pulak.. tak berkenan la aku part lawak aksi perang tu.. spoil !!!
Cuma pandangan Akuserabut.. apa-apa pun korang wajip tengok filem ni. tak rugi beli tiket tengok kat panggung wayang. respect lu KRU... moga-moga KRU dapat buat lagi filem epic macam ni. baru la rock !!! hehehehe peace~
Ayat yang paling aku tak boleh lupa dalam filem ni ialah " jika pintu empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya"cool~
Monday, December 13, 2010
TRANSFORMER 3- DARK OF THE MOON
Siapa nak pergi tengok nanti ajak la aku sama weiii!!!!hehehehe...Tak sabar aku nak tengok Transformer 3 ini yang akan ditayangkan pada bulan Julai 2011.
Nak tengok gambar-gambar semasa pengambaran Transformer 3 dijalankan?? Tengok kat blog



Action | Adventure | Sci-Fi - 1 July 2011 (USA)
The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons...
Director: Michael Bay
Writer: Ehren Kruger
Stars: Shia LaBeouf, Rosie Huntington-Whiteley and Tyrese Gibson
Own the rights? Add a poster »
CastCredited cast:
Shia LaBeouf ... Sam Witwicky
Josh Duhamel ... Major William Lennox
Rosie Huntington-Whiteley ... Carly
John Malkovich ... Sam's Boss
Hugo Weaving ... Megatron (voice)
Patrick Dempsey ... Dylan
Ken Jeong John Turturro ... Simmons
Frances McDormand ... Marissa Faireborn
Alan Tudyk ... Dutch
Tyrese Gibson ... Robert Epps
Frank Welker ... Soundwave (voice)
Peter Cullen ... Optimus Prime (voice)
Keiko Agena ... Mearing's Aide
Kevin Dunn ... Ron Witwicky
Official Movie Trailer Teaser [Full HD]-Dark Of The Moon
Gambar aku cebok kat bloghakimy
Monday, November 8, 2010
SAIZ BUAH DADA = HARGA NASI LEMAK-18SX & AGAK LUCAH
Tipu la kalau ada lelaki normal tak faham tentang persamaan ini. Kalau ada pun buat-buat tak paham. Berikut merupakan beberapa contoh persamaan buah dada perempuan dengan nasi lemak bagi golongan lelaki :)
1.Kalau seseorang perempuan itu berdada besar-Lelaki akan cakap macam ini : Ini nasi lemak RM 5.00 ni~ada lauk ayam dengan telur goreng siap nasi tambah lagi. Kalau makan komfem kenyang ini.
2.Kalau seseorang perempuan itu berdada sederhana-Lelaki akan cakap macam ni : Ini nasi lemak RM3.50 ni~ada lauk ayam dengan telur rebus setengah biji. boleh la tahan.
3.Kalau seseorang perempuan itu berdada kecil-Lelaki akan cakap macam ini-Ini nasi lemak 50sen ja ni~ nasi pun cikit, timun alahai ciput, telur rebus pulak potong 16. Makan dua tiga suap pun dah habis ni. macam mana nak kenyang :)
Hahahaha~ada pulak saiz buah dada disamakan dengan harga nasi lemak lol ayat-ayat berikut merupakan rekaan semata-mata.tetapi lebih kurang la dengan persamaan yang dibuat oleh sesetengah lelaki yang tidak bertanggungjawab hahahahaha~
Aku post pasal menda ni sebab aku ada tertengok satu adengan lawak yang boleh dianggap lawak yang agak lucah dalam trailer dan iklan promo filem "Cuti-cuti Cinta".arahan-Ahmad Idham. Dalam trailer tersebut Farid Kamil ada menyebut nasi lemak 50sen dalam satu adengan filem itu yang menggambarkan saiz payudara/buah dada Nora Danish.
Bagi aku la kan-lawak itu memang ada unsur lucah tetapi bertapis. hmm~tapi kan, tak perlu la nak memasukakan adengan itu dalam trailer. kan dah kena hantam dengan penonton. bukan semua rakyat Malaysia boleh terima lawak macam tu. walaupun aku rasa ramai ja yang akan tergelak dengan lawak macam tu.
Credit to goldazone86 via ohtidak
Saturday, October 23, 2010
MANTERA-IRONMAN MALAYSIA VERSI TOMOK
Filem yang bergenrekan sci-fi ini dibintangi oleh Tomok Indrawan Shah selaku pelakon utama.Serius mantap!!! Tomok pelakon utama tu~ selain Tomok pelakon wanita utama filem ini dipegang oleh Kamaliya, iaitu penyanyi dan pelakon dari Ukraine yang juga bekas Ratu Cantik Russia 2008.
Pelakon-pelakon tempatan dan asing lain seperti Shiqin Kamal,Kamaliya,Wael Al Masri,Mikhail Dorojkin,Said Dashuk-Nigmatulin turut membintangi filem ini. Agak mencuit hati aku bila tengok muka Tomok yang agak nerd dalam treler filem ni hahahaha lol :)
Bagi aku, Mantera merupakan satu lagi produk yang boleh menaikkan nama Malaysia selain Hikayat Merong Mahawangsa. Beberapa pihak di Amerika Utara dan Jepun sudah menunjukkan minat untuk membeli filem itu bagi tayangan televisyen di negara terbabit. Lagi Famous la Tomok and the gang nanti ekk. Tahniah diucapkan.
Filem Mantera yang menggunakan teknik CGI ini bakal ditayangkan pada tahun 2011.

Sinopsis Mantera
Moscow, Russia
Sam Weston, pemilik Weston Technologies berang di atas pencerobohan di makmal penyelidikannya. Prototaip system senjata terbarunya ‘Mantera’ atau MAN-Transformable Exo- Robotic Armour telah disabotaj dan dimusnahkan.Ketua Saintis, yang mengetuai pasukan penyelidik telah hilang. Pembeli teknologi terbarunya berkeras supaya Sam segera menghantar prototaip tersebut atau uruniaga mereka akan dibatalkan. Lebih memburukkan keadaan apabila komponen serta bahagian-bahagian ‘Mantera’ yang telah dimusnahkan telah secara tidak sengaja dihantar ke bahagian lain dunia..kepada seorang remaja bernama Azman, di Malaysia.
Kuala Lumpur, Malaysia
Azman, atau lebih dikenali dan digeruni di alam siber sebagai Dark Robe, adalah seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan IT dengan pengkhususan dalam bidang Interaksi Komputer-Insan.Dia, yang merupakan seorang genius dalam bidangnya mendapati dirinya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti. Azman seorang yang pendiam dan hanya mempunyai segelintir rakan di kolejnya. Teman baiknya, Kelvin,adalah seorang yang suka berjenaka, dan mempunyai personaliti yang sangat berbeza berbanding sikap Azman. Mereka berasal dari daerah yang sama dan pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama. Dalam semester akhirnya, sesuatu yang indah akan berlaku dan bakal merubah kehidupan Azman buat selama-lamanya. Sesuatu yang istimewa tersebut adalah seorang gadis, bernama Deena. Buat pertama kalinya di dalam hidup Azman, dia merasakan dirinya tercabar oleh seorang perempuan.Deena adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Robotics, dan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.
2 minggu yang lalu, Azman memesan satu set model kit ‘Gundam V’ melalui internet dan dia tidak sabar untuk memasang model kit tersebut untuk menambahkan koleksi Gundamnya. Azman terperanjat apabila menerima sebuah bungkusan kayu yang besar dan berat melalui pesanannya. Di dalam kotak tersebut terdapat logam dan besi yang tidak diketahuinya. Hatinya terdorong untuk memasang komponen-komponen logam tersebut yang kelihatan hampir menyamai boomerang. Komponen logam tersebut secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. Dengan bantuan topi keledar tersebut,Azman berjaya melihat imbasan penuh skima pemasangan komponen-komponen logam tersebut yang pada akhirnya membentuk sebuah motorsikal. Azman meminta bantuan rakan baiknya,Kelvin untuk membantunya memasang semula komponen motorsikal tersebut. Motorsikal tersebut sebenarnya adalah merupakan satu sistem senjata teknologi maju yang diberi nama ‘Mantera’. Sistem senjata tersebut, sebagai sebuah motorsikal, akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya, namun pada mode pejuang, motorsikal tersebut akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan ‘exo-robotic’ dan memberikan penunggangnya perlindungan maksimum dan juga kuasa luar biasa.
Azman secara tidak sengaja telah mengaktifkan system Perlindungan ‘Mantera’ dan secara tidak langsung menyebabkan pegawai-pegawai di Weston Technologies menerima amaran pengaktifan system tersebut. Tanpa pengetahuan Azman, tindakannya menghidupkan Mantera telah mencetuskan rentetan peristiwa pada 3 benua yang berbeza dan mencetuskan pertelingkahan antara 2 pertubuhan rahsia: Alliance of Light dan Dark Legion of the Apocalypse untuk memiliki teknologi terbaru ini. Alliance of Light telah berjaya mendapatkan Mantera dan telah menghantar pulang Mantera ke pangkalan rahsia mereka di Dubai bagi tujuan keselamatan. Setelah mengetahui bahawa mereka telah dikalahkan musuh mereka,Dark Legion melepaskan 2 robot pemusnah iaitu Robot Vega ke Bandar Dubai.Maka di sana, bermulalah pertempuran bagi meraih kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan umat manusia.
Tomok bersama pelakon Rusia yang turut menjayakan Mantera
Pengarah Mantera, Ml Aliyar
Mantera Traler-Kebangkitan
| Pengarah : | Mohammad Aliyar | ||
| Syarikat Penerbit : | Flare Studios Sdn.Bhd | ||
| Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
| kategori : | Filem Cereka | ||
| Genre : | Sains, Aksi | ||
| Klasifikasi : | U - Untuk tontonan umum | ||
| Tarikh Tayangan : | 2011 | ||
| Durasi : | 100 min | ||
| Audio : | Dolby | ||
| Format : | 35mm | ||
via SenimanMalaysia
Sunday, September 26, 2010
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA MOVIE
Merong ni merupakan seorang pahlawan yang pandai dalam tempur dan lautan merupakan dunianya.
Filem ini membabitkan tenaga pakar yang bertaraf antarabangsa dan kosnya RM8juta, merupakan Filem tempatan yang kedua tinggi selepas Puteri Gunung Ledang.Selain itu KRU Studios telah menandatangani perjanjian persefahaman bersama syarikat gergasi, Universal Pictures International Entertainment Ltd bagi diberikan hak istimewa untuk mengedarkannya ke seluruh dunia.aku bangga dengan filem ini dan filem ini juga akan menaikkan industri pefileman tempatan.Syabas kepada KRU dan aku dan tak sabar nak tgk filem ni.
Malaysia Boleh!!!!!
The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)
Status:
Coming Soon
Director:
Yusry Abdul Halim
Language:
English
Cast:
Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu,
Gavin Rees Stenhouse, Craig Robert
Fong, Eric Karl Henrik Norman,
Keith Chong, Keith Chong,
W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali,
Khir Rahman, Ummi Nazeera,
Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida,
Kuswadinata, Mano Maniam,
Ravi Sunderlingam
via KRUSTUDIOS
Friday, September 24, 2010
POKEMON MOVIE


Ini merupakan projek Kial Natale (Director & Brock) and Lee Majdoub (Executive Producer & Ash Ketchum)
Movie ni sesuai la denggn orang dewasa yangg minat Pokemon. Kalau dulu tengok kartun orang kutuk kan,tapi tengok movie Pokemon ni org tak kutuk sangat kot~:)


LIVE ACTION TRAILER HD

VIA SHOGUN










