Filem yang bergenrekan sci-fi ini dibintangi oleh Tomok Indrawan Shah selaku pelakon utama.Serius mantap!!! Tomok pelakon utama tu~ selain Tomok pelakon wanita utama filem ini dipegang oleh Kamaliya, iaitu penyanyi dan pelakon dari Ukraine yang juga bekas Ratu Cantik Russia 2008.
Pelakon-pelakon tempatan dan asing lain seperti Shiqin Kamal,Kamaliya,Wael Al Masri,Mikhail Dorojkin,Said Dashuk-Nigmatulin turut membintangi filem ini. Agak mencuit hati aku bila tengok muka Tomok yang agak nerd dalam treler filem ni hahahaha lol :)
Bagi aku, Mantera merupakan satu lagi produk yang boleh menaikkan nama Malaysia selain Hikayat Merong Mahawangsa. Beberapa pihak di Amerika Utara dan Jepun sudah menunjukkan minat untuk membeli filem itu bagi tayangan televisyen di negara terbabit. Lagi Famous la Tomok and the gang nanti ekk. Tahniah diucapkan.
Filem Mantera yang menggunakan teknik CGI ini bakal ditayangkan pada tahun 2011.
Sinopsis Mantera
Moscow, Russia
Sam Weston, pemilik Weston Technologies berang di atas pencerobohan di makmal penyelidikannya. Prototaip system senjata terbarunya ‘Mantera’ atau MAN-Transformable Exo- Robotic Armour telah disabotaj dan dimusnahkan.Ketua Saintis, yang mengetuai pasukan penyelidik telah hilang. Pembeli teknologi terbarunya berkeras supaya Sam segera menghantar prototaip tersebut atau uruniaga mereka akan dibatalkan. Lebih memburukkan keadaan apabila komponen serta bahagian-bahagian ‘Mantera’ yang telah dimusnahkan telah secara tidak sengaja dihantar ke bahagian lain dunia..kepada seorang remaja bernama Azman, di Malaysia.
Kuala Lumpur, Malaysia
Azman, atau lebih dikenali dan digeruni di alam siber sebagai Dark Robe, adalah seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan IT dengan pengkhususan dalam bidang Interaksi Komputer-Insan.Dia, yang merupakan seorang genius dalam bidangnya mendapati dirinya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti. Azman seorang yang pendiam dan hanya mempunyai segelintir rakan di kolejnya. Teman baiknya, Kelvin,adalah seorang yang suka berjenaka, dan mempunyai personaliti yang sangat berbeza berbanding sikap Azman. Mereka berasal dari daerah yang sama dan pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama. Dalam semester akhirnya, sesuatu yang indah akan berlaku dan bakal merubah kehidupan Azman buat selama-lamanya. Sesuatu yang istimewa tersebut adalah seorang gadis, bernama Deena. Buat pertama kalinya di dalam hidup Azman, dia merasakan dirinya tercabar oleh seorang perempuan.Deena adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Robotics, dan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.
2 minggu yang lalu, Azman memesan satu set model kit ‘Gundam V’ melalui internet dan dia tidak sabar untuk memasang model kit tersebut untuk menambahkan koleksi Gundamnya. Azman terperanjat apabila menerima sebuah bungkusan kayu yang besar dan berat melalui pesanannya. Di dalam kotak tersebut terdapat logam dan besi yang tidak diketahuinya. Hatinya terdorong untuk memasang komponen-komponen logam tersebut yang kelihatan hampir menyamai boomerang. Komponen logam tersebut secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. Dengan bantuan topi keledar tersebut,Azman berjaya melihat imbasan penuh skima pemasangan komponen-komponen logam tersebut yang pada akhirnya membentuk sebuah motorsikal. Azman meminta bantuan rakan baiknya,Kelvin untuk membantunya memasang semula komponen motorsikal tersebut. Motorsikal tersebut sebenarnya adalah merupakan satu sistem senjata teknologi maju yang diberi nama ‘Mantera’. Sistem senjata tersebut, sebagai sebuah motorsikal, akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya, namun pada mode pejuang, motorsikal tersebut akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan ‘exo-robotic’ dan memberikan penunggangnya perlindungan maksimum dan juga kuasa luar biasa.
Azman secara tidak sengaja telah mengaktifkan system Perlindungan ‘Mantera’ dan secara tidak langsung menyebabkan pegawai-pegawai di Weston Technologies menerima amaran pengaktifan system tersebut. Tanpa pengetahuan Azman, tindakannya menghidupkan Mantera telah mencetuskan rentetan peristiwa pada 3 benua yang berbeza dan mencetuskan pertelingkahan antara 2 pertubuhan rahsia: Alliance of Light dan Dark Legion of the Apocalypse untuk memiliki teknologi terbaru ini. Alliance of Light telah berjaya mendapatkan Mantera dan telah menghantar pulang Mantera ke pangkalan rahsia mereka di Dubai bagi tujuan keselamatan. Setelah mengetahui bahawa mereka telah dikalahkan musuh mereka,Dark Legion melepaskan 2 robot pemusnah iaitu Robot Vega ke Bandar Dubai.Maka di sana, bermulalah pertempuran bagi meraih kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan umat manusia.
Tomok bersama pelakon Rusia yang turut menjayakan Mantera
Pengarah Mantera, Ml Aliyar
Mantera Traler-Kebangkitan
Pengarah : | Mohammad Aliyar | ||
Syarikat Penerbit : | Flare Studios Sdn.Bhd | ||
Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
kategori : | Filem Cereka | ||
Genre : | Sains, Aksi | ||
Klasifikasi : | U - Untuk tontonan umum | ||
Tarikh Tayangan : | 2011 | ||
Durasi : | 100 min | ||
Audio : | Dolby | ||
Format : | 35mm |
via SenimanMalaysia
aku amik sebijik2 nak share kat belog aku.. hahahaha
ReplyDeleteentry with full info..tq...nice :)
ReplyDeletelawak aku tgk last tu...hahaha...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteGrеat sitе you've got here.. It's haгd to find quаlity writіng likе
ReplyDeleteyours these days. Ι really аpρгeciаte peοplе like yοu!
Take care!!
Feel freе to surf tο my blοg
poѕt Same Day Payday Loans Online
Feel free to visit my site - payday loans online