Saturday, October 30, 2010

JUARA LIGA MALAYSIA 2010 MILIK KELANTAN



Keputusan akhir perlawanan akhir Liga Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan menyebelahi Kelantan yang berjaya menundukkan Negeri Sembilan 2-1. Tahniah kepada Kelantan atas kejayaan ini.

Apa yang aku boleh beri komen pasal perlawanan akhir adalah permainan seimbangan di antara dua-dua belah pihak ketika separuh masa pertama sehinggalah pengadil perlawanan utama, Sukidin memberi sepakan penalti kepada Negeri Sembilan atas kesalahan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi yang mengasari Kunalan dalam kotak penalti. Shahurain berjaya menjaringkan gol penalti memberi Negeri Sembilan mendahului Kelantan 1-0 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menampakkan Kelantan menguasai perlawanan kerana tonggak utama Negeri Sembilan dan Kapten pasukan, Mohd Aidil Zafuan terpaksa dikeluarkan disebabkan kecederaan selepas berlaku perlanggaran dengan Norsharul Idlan. Serius Negeri Sembilan nampak goyah tanpa Aidil Zafuan. Serius kesian aku tengok Negeri Sembilan tanpa Aidil Zafuan. sampai Shukor Adan terpaksa turun untuk bermain di posisi pertahanan untuk Negeri Sembilan. Gol pertama Kelantan disumbangkan oleh Hairuddin Omar dan Gol kedua disumbangkan oleh Mohd Badhri. Keputusan akhir Kelantan menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1.

Tahniah sekali lagi kepada Kelantan, dan kepada Negeri Sembilan, cuba lagi nanti. Apa yang penting adalah aku tak nampak ada pergaduhan teruk di antara kedua-dua pihak seperti tahun lepas di siaran televisyen, cuma ada main-main mercun ja,mungkin hanya sebagai ucapan Happy Deepavali kepada Jurulatih Kelantan, Sathianathan hahahahaha lol:)

1 comment:

  1. hahahah nasib baik sotong poul tu dh mati...kalau tidak negeri sembilan pula nk bunuh sotong tu..........

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...