Showing posts with label PENDAPAT AKUSERABUT. Show all posts
Showing posts with label PENDAPAT AKUSERABUT. Show all posts

Friday, October 7, 2011

APA BEZA ORANG KAMPUNG DENGAN ORANG BANDAR?

Sengaja aku nak berkongsi keserabutan masa aku dekat kelas Isu-isu Pembangunan tadi. Pensyarah aku tanya apa beda 2 jenis golongan manusia. orang kampung dan orang bandar? satu kelas kebingungan. blur. jawab apa pun tak kena. Pensyarah tanya aku.
-Kamu orang kampung atau orang bandar?
-Saya orang kampung.
-Baju jenama apa yang kamu sedang pakai sekarang?
-Hmm. Bodyglove. ( kebetulan aku pakai baju bodyglove)
-Tudiaaa. orang kampung pakai baju Bodyglove.
(satu kelas gelak! dem!)

Pensyarah tu tanya budak lain pulak.
-Kamu orang kampung atau orang bandar?
-Saya orang kampung. jawab budak tu.
-Kamu reti panjat pokok kelapa?
-tak.
-Kamu reti panjat pokok kelapa sawit?
-tak
-Lepas tu mana yang ciri-ciri orang kampung tu?
(Satu kelas gelak lagik)
( Semua orang jadi bingung dengan soalan yang macam mudah. tapi macam serabut!)

Pensyarah itu tanya lagi.
-Kalau orang itu duduk di bandar tapi masih menggunakan air hujan untuk membasuh kereta atau basuh kaki. orang itu orang kampung atau bandar?
Aku paling serabut dengan contoh soalan macam ni! buat aku pening ja. tapi agak menarik sebab kadang-kadang kita tak perasan akan sesuatu pembangunan dalam sebuah negara itu sehingga kita susah nak bezakan antara orang kampung dengan orang bandar. dua golongan itu nampak macam hampir sama dari segi pakaian. makanan. kemudahan. sekolah dan macam-macam.

Topik ini buat aku fikir yang hmm kira membangun la negara kita noh. cara menentukan golongan orang kampung atau bandar pun sudah beda dari semasa ke semasa. dulu lain. sekarang lain. tak beza pun sekarang ni antara orang kampung dan orang bandar. mungkin udara yang dihidu itu tidak sama. tapi kegiatan harian dan ciri-ciri kasar hampir sama.

Masalah sosial pun hampir setanding. gejala minah rempit la. bohsia la dan macam-macma lagi. kat semua tempat ada. tak kira bandar atau kampung. tak ada beza! korang ingat awek kampung semua macam dulu? hari-hari kat dapur macam dulu? zaman Hang Tuah boleh la kot. sekarang ni semua belajar tinggi-tinggi. sudah tak nampak beza dah antara orang kampung dengan bandar.

Walaubagaimana pun. yang betul-betul kampung masih wujud di bumi tercinta ni. bukan aku nak mengutuk ok. tapi ini kata pensyarah aku. negeri-negeri di Sabah Sarawak banyak lagi kampung-kampung yang betul-betul kampung! tak ada elektrik. tak ada sumber air paip. masih bergantung kepada air semulajadi. tak ada telefon.

Sampai sini saja la. saja nak share-share dengan korang keserabutan aku. tapi kan. sampai sekarang aku masih serabut dengan apa beda bandar, kampung, luar bandar, pekan, dan seangkatan dengannya. serabut-serabut! ini la asignment aku sekarang. mengkaji ciri-ciri semua tempat tu mengikut fahaman era-era yang berlainan ( macam tak betul ja ayat aku). lantak la LOL.peace! jangan malu, jangan segan, kita tetap rakyat Malaysia!


p/s -aku orang KL (Kampung Lampam) hahaha! serius nama kampung aku ni! teletak di Pendang, Kedah.

-Ikan Lampam pulak kalau buat asam pedas. meleleh ayaq liuq!

updated :


tolong la percaya ini ikan lampam 2.9 kg bahahaha

Tuesday, August 2, 2011

KECIK HATI BILA KOMEN ENTRY ORANG

Nak merapu la sikit. semalam aku rasa kecik hati bila komen entry satu blog ni. rasa sedikit terguris seperti bawang kena hiris sebab dia keluar word verification macam ni :


Rasa down terus bila komen-komen keluar word verification macam ni :
Pulun do


Orang penat-penat baca entry dia pastu siap komen lagik! dia kata kita pulun pulak. nakharun betul! hahaha saja nak melawak petang-petang sebelum hampa nak buka puasa kan. tapi bagi aku la. aku kurang berkenan dengan blog-blog yang pakai word verification ni. entah. tak suka la! melambatkan masa aku. buang je la menda ni. senang sikit aku nak berkomen-komen dengan hampa. apa-apa pun suka hati la. saja kalut aku nak bagi pendapat aku.

Selalunya aku akan perli blog yang ada word verification tu macam ni:
  1. Amboi... kena ada password nak komen entry dia. atau
  2. Tu diaaa ada word verification nak komen entry dia. macam mesin ATM noh!

Ok la. blog hang, hang punya suka. blog aku. aku punya suka. nak hingaq sikit tak kan tak leh. peace yo!


notakaki : cara nak buang word verification
: Dashboard > Setting > Comments > Show word verification for comments > pilih " No "

Wednesday, June 8, 2011

KITA NI HIPOKRIT

Tetiba teringat kata-kata si Gambit tu. dia kata yang dok kutuk dia tu hipokrit. korang la! aku tak kutuk pun. aku kata video tu tak cukup seksi ja hahaha bila aku pikiaq dalam-dalam pasal hipokrit tu. aku rasa apa yang mamat tu kata ada betul jugak. banyak menda yang kita hipokrit. kadang-kadang kita hipokrit tanpa sedar. kat sini aku nak bagi contoh 2 saja ! 2 menda yang ada meletup baru-baru ini.

Pertama, pasal video klip
Marilah nyanyian Prema Yin tu. memang la si penyanyi tu agak seksi. part seksi tu la yang beribu orang kalut nak mampuih. sebab apa dikaluti? sebab penyanyi tu made in Malaysia. Huihh tak boleh seksi-seksi. kita layan video klip penyanyi rap 50 cent nampak tetek tak apa. janji kita tak seksi. wth? yang dok layan lagu-lagu mat salleh macam aku ni. video klip mat salleh bukan pakai kain cukup pun. macam-macam. berlambak ja aku tengok orang alim ke berpura-pura alim aku tak tau. dok layan lagu mat salleh jugak. hari-hari tengok payu-payu dalam video klip mat salleh. tak hingaq pulak. tak maki Lady gaga pun. tak keji Rihanna juga pun.

OMG ! faking love dis song :) (I Love The Way You Lie)


wth?? (Marilah-Prema Yin)


Kedua, pasal
K-pop made in Malaysia. susah la aku nak jumpa blogger yang cakap possitif pasal 2 kumpulan baru M-pop tu. 24 : 7 dan Gula-Gula tu. semua nak kutuk macam nak kiamat. sebelum kemunculan 2 pop-pop buatan Malaysia ni. melambak rakyat Malaysia yang die hard fan K-pop dari Korea ni. Lelaki yang minat pulak semua brand sama. Metrosexual konon. Bila rakyat Malaysia sendiri nak jadi penyanyi K-pop. tu dia. datang la kritikan-kritikan peminat setia K-pop kononnya. tak sempat nak nyanyi 24 : 7 tu. orang dah kritik macam hanjing hahaha. padan tak? errrr

Heran jugak aku dengan orang-orang yang minat K-pop ni. siap boleh hafal lagu bahasa Korea siot. padahal bukan faham sangat pun. kerek ja lebih hahaha. kalau dalam lirik yang diaorang nyanyi tu ada perkataan
aku bodoh pun. nyanyi jugak. minat punya pasal LOL saja aku nak bising pasal hipokrit ni. kita ni kadang-kidang hipokrit tanpa sedar. tengok muka ahli kumpulan 24 : 7 ja. kutuk macam-macam. aku pun kutuk jugak sebab muka sekor-sekor macam mat rempit hehehe tapi hak kita la nak kutuk pun noh. sebab kita ada pemikiran masing-masing. nak kutuk. kutuk ja. jangan serabut-serabut. peace !

Yang dipuji


Yang dikeji hahaha



Monday, June 6, 2011

KARAK KORAK KOREK




Saja nak eksyen yang aku dah tengok filem hantu keluaran pertama KRU. Sebenaq-benaqnya aku nak tengok cerita X-Men First Class. penuh pulak. ada pun seat paling depan sekali ! serik dah aku nak duduk tengok wayang seat paling depan. senget kepala aku nanti. cerita X-Men penuh. plan nak tengok cerita Pirates of The Caribbean 4 atau Kung Fu Panda 2. penuh jugak ! last-last beli ja la tiket wayang cerita Karak tu. Kesian jugak aku dengan filem tempatan macam Karak ni. Macam mana nak lawan cerita luar macam X-Men, pirates of the caribbean dengan Kung Fu Panda. tak boleh cari makan ooo !

Masa nak tengok kekosongan seat cerita Karak pulak. punya la kosong. Ooo lupa nak bagitau aku tengok kat Alor Star Mall. cerita Karak yang aku nak tengok tu. kalau nak duduk site mana pun boleh. sebab tiket melambak lagi ! membe aku bagi idea. nak duduk seat paling belakang sekali. nak tengok kapel berendek katanya. berendek tu macam maksiat yang ringan la hahaha. celaka betul. ni nak tengok wayang ke nak skodeng ni membe aku seekor ni !

Tapi serius ! masuk ja panggung. kelihatan banyak kapel duduk seat-seat tepi. jarak di antara pasangan kapel ada gep. macam nak amik exam. buat aku terpikir kejap bahawa. filem tempatan yang tak dapat sambutan. merupakan tempat dating paling laku untuk kapel-kapel dating. low class ! hahaha sikit-sikit buat takut. main peluk-peluk. buat aku jeles ja LOL. korang kalau nak main peluk-peluk dengan kapel masing-masing lain kali. buat survey dulu ok. check tengok cerita tempatan apa yang paling tak laku. pastu korang berendek la dalam panggung wayang. idea serabut muahaha !

Nak buat sedikit komen la pasal cerita Karak yang aku baru tengok. aku nak buat review pendek saja kali ini. sama macam cerita Karak yang aku rasa macam pendek ja. kejap dah habis. Yang baguih pasal cerita Karak ni. CGI dia boleh tahan. pelakon pompuan dia cun jugak. ada nampak lurah yang seksi. seram tu ada la jugak. Yang aku tak suka cerita Karak ni. Ini bukan cerita highway Karak sangat. sebab macam banyak cerita dalam hutan dekat Karak. aku rasa patut tukar tajuk filem ni kepada Hutan Tepi Karak ! ending cerita buat aku komfius dan serabut sikit. ada part-part yang tak logik bagi aku.

Kesimpulannya. cerita ini boleh layan la. tak rugi pun tengok sebab boleh kena air-cond dan skodeng kapel berendek hahaha aku gurau ja wei. serius takut jugak part seram dia ! boleh layan seram dia. sampai kalau aku bawa kereta ketika malam buat aku terbayang hantu dalam cerita Karak tu. dem ! sampai sini ja la review pendek dari aku. lebih-lebih nanti orang kata aku buat pala pulak. peace.


Friday, June 3, 2011

MARILAH PAYU PAYU-PREMA YIN

Sudah-sudah la keji Blog Adinda tu. daripada aku terus-menerus perli budak tu baik aku ajak hampa sembang pasal video klip buatan tanah air yang ada scene tetek makcik goyang-goyang hahaha membe aku yang bagitau aku pasal video ni. klip lagu Marilah. nyanyian Prema Yin. Wow ada soul Hollywood ooo sebab penyanyi tu asyik nak selak kain dia. kononnya bagi nampak lurah terpendam dia. Jom layan video Marilah payu-payu :



Dia dok selak-selak kain dia. lagi baik dia tanggal ja kain tu. nampak serabut ja. apa? ooo nak bagi sopan sikit rupanya. kalau pakai baju dalam ja nanti kena tapis. kalau nampak sikit-sikit boleh lagi rupanya. Di sini aku aku bukan nak komen bab-bab nilai murni video tu. sebab aku bukannya murni sangat. tapi aku nak komen pasal perempuan dalam video klip tu. sebab aku rasa macam semacam la video tu. lagu dia boleh tahan tapi klip video dia waduh-waduh macam semacam ja.

First nak cakap pasal miming penyanyi tu. aku tak tau la sebab video tu tak kualiti ke memang dia miming tak cun. mulut dia masa nyanyi pun semacam ja. macam fake sangat. macam nyanyi sambil pakai gigi palsu hahaha dia punya gelek pun macam kureng. nak buat seksi. tapi tak urmm ! hahaha saja nak kasi serabut. cuting badan pun hmm no komen.boleh kasi hot lagik ! kalau pendapat aku nak bagi video klip tu hot. gelek kena kasi improve sikit. mulut kasi bedah bagi seksi macam mulut itik. baru nyanyi tak macam pakai gigi palsu. siok-siok nak kecoh pasal video orang. peace !


marilah payu-payu Prema Yin. LOLOLOL


Thursday, May 19, 2011

SINGGGAH-SINGGAH ?

Dulu start buat blog aku tak tau pun apa itu blogwalking. bertapa newbienya aku dalam dunia blog dulu. lepas membe aku Hakimy kepala besaq dengan Ayapan bagitau baru aku tau. depa kata buat blogwaling dapat naikkan page view la. tambah follower la. boleh kenal-kenal kan blog kita kat orang lain. wow banyak kebaikan yang dapat noh kalau buat blogwalking !

Lepas tu tudia aku pun punya la semangat nak berwalking-walking ni. buka blog orang lain taip kat shoutbox dia :

  • hi
  • singgah
  • selamat pagi
  • monink
  • selamat malam
  • akuserabut datang singgah la

Bermacam-macam aku taip kat shoutbox blog orang lain. tapi isi blog dia aku haram tak baca pun. cuma nak blogwalking ja. kadang-kadang aku terpikir jugagk. macam tak ikhlas ja hahaha tapi serius taik aku rasa tak ikhlas. korang rasa ikhlas tak. buka blog orang. taip hi. pastu belah. Macam aku rasa sekarang ni. orang yang komen entry merapu aku dengan orang taip kat shoutbox aku. aku lagi suka atau terharu kalau ada orang komen entry merapu aku. mesti la. kita taip panjang-panjang kekadang ada orang sudi komen. bermaksud ada orang baca la apa yang kita nak sampaikan.

Taip panjang-panjang kalau ada satu komen pun aku dah rasa cukup siok dah. dah rasa ada keinginan nak menulis lagi nanti. sekarang cara aku. kalau aku ada kelapangan la kan. aku akan pergi blog yang komen entry aku balik. dan baca entry dan komen pulak pandangan aku. daripada kita cuma follow kosong ja. betul tak? ada tiga menda yang kita selalu buat kat blog orang lain untuk tinggal link blog kita selalunya.

  1. Taip kat shoutbox
  2. Komen entry
  3. Follow
Daripada ketiga-tiga ni. bagi aku la kan. aku akan ke blog yang dia komen entry aku dulu. baru aku singgah blog yang taip kat shoutbox aku dan follow Blogserabut. bukan aku tak suka orang follow aku. aku cukup berterima kasih. kepada yang sudi follow kalau boleh nak jumpa cium tangan muahahaha wth ! aku melawak ja. thank you yang sudi follow ! tapi tak tau la. ini la style Akuserabut akan ke blog yang komen entry aku dulu baru ke yang follow aku atau taip kat shoutbox aku.

Dulu aku ingat nak buang ja shoutbox Blogserabut ni. tapi pikir balik. susah pulak kalau nak sembang-sembang dengan membe-membe Blogserabut. tu yang aku tinggal ja shoutbox aku kat atas tu. kat bawah header tu. kena click baru jumpa shoutbox. baru nampak keseriusan korang singgah Blogserabut lol. semua ini cuma pendapat aku dan apa yang aku rasa. jangan la dok kecik-kecik hati apa yang aku tulis noh. peace !

Tuesday, April 19, 2011

ADA APA DENGAN GAMBAR?

Orang dulu takut orang amik gambar dia buat santau. orang sekarang takut orang amik gambar sebab takut orang lain upload gambar dia kat blog. nampak tak perbezaan aktiviti manusia mengikut peredaran masa. ada apa dengan gambar sebenarnya?

Tak kisah la gambar itu diupload kat blog ke. facebook ke. menatang apa sekali pun. satu yang Akuserabut nak kasi tau kat sini. kalau korang berani upload gambar korang. korang sendiri kena terima yang orang lain mungkin akan amik gambar anda tuk tujuan tertentu. sebagai contoh. aku selalu kalau nak buat asignment atau presentation. sumber gambar aku akan cari kat Google atau yahoo. sama macam kalau aku nak buat entry dalam Blogserabut. sumber gambar aku adalah Google. korang tak pernah search gambar dalam internet? pergi jahanam la kalau tak pernah !!!

Internet ini luas. satu gambar anda upload kat internet. seluruh dunia boleh tengok gambar anda dan boleh amik gambar anda dengan pelbagai cara. kalau anda berani upload. kena la terima kalau orang lain amik. Kalau tak bagi orang lain amik. tak yah nak upload gambar dalam internet betul tak? buat apa nak kecoh-kecoh macam pungkoq ayam kalau orang lain amik. tak kisah la korang letak link ke tak dalam gambar tu. kalau orang nak amik. orang akan amik jugak ! Maria Ozawa pun tak bising orang lain amik gambar dia lol kepada yang kaki cedok gambar orang lain pulak terbahagi kepada tiga jenis.
  1. Jenis cedok buat dono satu.
  2. Satu lagi jenis cedok buat backlink.atau mintak izin tuan gambar dulu.
  3. Yang jenis ketiga ni perangai kurang enak. dah la cedok buat dono. mengaku pulak gambar sendiri. yang ni spesis taik !
Kena tengok jenis gambar jugak kekadang. gambar pulak terbahagi kepada macam-macam jenis gambar. ada gambar merapu. gambar macam taik. gambar buah ke.gambar ada seni. gambar bernilai. atau gambar tak ada nilai. kalau korang rasa gambar yang korang upload ada nilai atau berharga, letak la link k. korang letak link bukan bermakna orang tak boleh amik gambar korang tau! cuma orang lain tahu yang itu gambar korang. orang lain cuma pinjam ja. letak la link sebesar kereta apa sekali pun. kalau orang lain nak amik. orang lain akan tetap amik jugak. korang paham tak konsep ni. dah nama internet !

Kesimpulannya ( alamak macam karangan sekolah menengah pulak) . suka-suka hati korang upload gambar kat internet. orang lain mungkin akan suka-suka hati cedok gambar anda jugak ! tak kisah la gambar bogel anda ke. gambar kiss dengan balak ke. kalau korang berani upload. korang kena berani terima kenyataan ini. ini internet!!! serabut kadang-kadang aku tengok pompuan-pompuan sekarang ni. bangga dengan gambar-gambar kiss pipi dengan balak masing-masing. mat salleh yang dok romen hari-hari pun tak upload kiss dengan balak diaorang. hahaha peace.


Miyabi pun tak bising aku amik gambar dia. hampa sapa nak bising-bising harharhar

Friday, April 15, 2011

AKU BLOGGER YANG MALU DENGAN DIRI SENDIRI

Saja aku nak kongsi satu hobi baru aku dengan seorang membe serabut aku Hakimy. Kami sekarang ni mempunyai hobi yang sama iaitu delete entry yang lama-lama punya. rasa cam kelakar pulak kadang-kadang. Akuserabut dok deleted entry dulu-dulu ni. entry masa baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni. baca balik entry dulu, rasa malu pulak jadinya hahaha. menda merapu apa la yang aku post ni. tapi tak semua la yang aku deleted. tengok keadaan :)

Tapi bila pikir balik. itu la diri aku dulu. masa aku mula-mula mengenal dunia blog. tapi apa-apa pun aku nak delete jugak. sebab aku rasa banyak kureng laa. satu komen pun hampeh entry-entry yang aku delete tu. dem betul hehehe. nak buat macam mana kan.newbie lagi dalam dunia blog ni. tak ramai kawan lagi dalam dunia blog ni masa tu. tapi sekarang ok la. pelan-pelan orang kata. terima kasih kepada yang sudi follow BlogSerabut. yang sudi komen entry-entry serabut aku. terharu ;p. malu itu bagus juga bagi aku. baru kita bersemangat nak tulis entry baru betul tak? baru kita pikir macam mana nak buat entry yang orang sudi komen hehehe.

Tiga menda utama yang aku serabut bila baca entry aku sendiri dan entry orang lain.
  1. Tolong la jangan tulis entry anda macam mana anda berSMS. banyak shortform. penin kepala aku nak baca bila banyak sangat shortform. sebab bukan semua orang guna shortform yang sama. tu yang buat kepala kepening-peningan tu!
  2. Jangan la letak Font pelik-pelik. macam tulisan dalam kad raya pulak kadang-kadang aku tengok. serabut aku membacanya. aku ni jenis suka baca entry orang. kalau font pelik-pelik selalunya aku baca tak habis.
  3. Kaler tulisan anda. pilih la kaler yang tak sakitkan mata orang. aku dah la rabun tahap kritikal. bila tulisan yang guna kaler terang-menderang. bersilau mata aku membaca. lama-lama boleh buta kaler aku macam ni hahaha
Tiga menda ni yang aku belajar daripada entry-entry lama aku sendir lol semua yang aku sembang kencang kat sini berdasarkan pendapat aku yang serabut dan jugak berdasarkan apa yang aku rasa.malu itu bagus. peace.


malu itu bagus ;D

Tuesday, April 12, 2011

KOREA VS HINDUSTAN

Kebelakangan ini heboh pasal blogger-blogger dok komen pasal fanpage Pencarian Lelaki Sweet dan Awek Bertudung kat Facebook. terlebih dahulu Akuserabut nak cerita sikit pasal fanpage ni. fanpage ini dibuat untuk golongan lelaki dan perempuan yang bajet diaorang sweet dan hot. pastu upload gambar masing-masing dan lawan click like kat fanpage tu. gambar sapa yang paling banyak jumlah like. diisytiharkan pemenang. gambar yang menang pulak akan dibuat profile pic fanpage tu.

Macam-macam sekarang ni. biar la diaorang. diaorang suka hidup macam tu. hidup dalam dunia click-click. anda raja click like anda menang ! banyak blogger kondem pasal fanpage ni. itu hak diaorang. diaorang tak suka. diaorang komen la. korang pulak kalau korang suka fanpage ni. itu korang punya pasal jugak ! fair kat sini :) jangan serabut-serabut ! nak sembang sikit pasal lelaki sweet ni. aku tak paham sangat istilah lelaki sweet ini sebenarnya. mungkin lebih sesuai dinilai golongan perempuan istilah sweet-sweet ni. kalau lelaki lain kata lelaki lain sweet. nanti gay pulak jadinya.

Bagi Akuserabut pulak zaman lelaki sweet-sweet ni macam banyak dipengaruh oleh cerita Korea la. tak taw la kenapa. tapi itu yang aku rasa. dan apa yang aku nampak sendiri golongan lelaki tempatan yang minat hiburan dari Korea ni kebanyakannya lembut. tak kira la penyanyi ke atau pelakon dari Korea yang diaorang minat. Pelakon Korea pulak kebanyakannya muka sangat jambu. muka semua stok licin ja. tak ada jambang atau janggut. tak main dah rock kapak. moden la katakan. apa orang kata? metrogaysexual lol aku merapu ja ok. jangan serius pulak ! yang betulnya metrosexual. Lelaki metrosexual yang Akuserabut faham. Lelaki yang sangat menjaga penampilan diri diaorang. menjadi masalah sekarang ni. bila terlalu menjaga. lebih dari perempuan pulak kadang-kadang. sengaja tidak sengajanya diaorang menjadi lembut! serabut-serabut !

Yang Akuserabut hairan lagi. apasal golongan lelaki tempatan yang minat cerita Korea. kebanyakannya secara automatik jadi lembut? ke cerita Korea sendiri memang ada ciri-ciri supaya diminat lelaki lembut. Aku boleh komfem la. 99 % lelaki lembut di Malaysia minat celebriti dari Korea. menda apa yang ada kat cerita Korea ni? sampai macam tu sekali. Hero dalam cerita-cerita Korea bukannya bapok pun. cuma jambu ja. Akuserabut sendiri tanya kat beberapa orang membe aku. apa yang korang perasan pasal golongan lelaki tempatan yang minta cerita Korea? Diaorang selamba ja menjawab. BAPOK!!! dah macam dicop dah kat Malaysia. Lelaki yang minat cerita Korea tu bapok! apa kaitan semua ni? apa punca? salah ke diaorang minat cerita Korea?

Berbeza pula zaman mak-mak kita dulu. dulu movie-movie yang menjadi kegilaan awek-awek tempatan adalah cerita Hindustan. berani korang nak nafikan menda ni? dulu Hindustan. sekarang Korea pulak yang melanda negara kita. dulu sampai nak bagi nama anak pun nak bagi sama dengan nama artis-artis Bollywood. berapa orang awek tempatan yang terkandas menjadi bini bangla jual karpet hahaha. Zaman hindustan dah macam kian mendung sekarang di negara kita ni. semua pasal Korea ni la. ko memang cilaka Korea hahaha. dulu taste awek-awek tempatan mamat macho berjambang dan berbulu dada. sekarang taste muka jambu macam Dafi AF hahaha. taste aweks tempatan sangat dipengaruhi oleh movie bagi aku kadang-kadang. jangan sampai esok lusa. movie dari Afrika Selatan menjadi kegilaan. nanti parah nak cari pakwe negro nanti lol.


Jambang itu macho. Shah Rukh Khan was prove it harharhar

Entry ditulis cuma pandangan aku yang serabut ! kalau aku silap sila bagitahu. jangan simpan dalam hati :) 2 orang membe aku yang memberi idea dan menjadi rujukan aku menulis entry ini. mereka adalah Vito Luigi dan Hakimy. singah-singah la blog diaorang k.peace.

Monday, April 11, 2011

KENAPA TIDAK BOLEH 'RIGHT CLICK'-PART 2




Terima kasih kepada Amirrah Zawani kerana memberitahu Akuserabut satu sebab kenapa dia tak bagi orang lain right click kat blog dia. dia cakap sebabnya adalah ada orang copy paste gambar dalam blog dia, pastu mengaku gambar sendiri. memang shit la ko! dah la amik gambar orang pastu mengaku hak sendiri ! komfem la backlink pun tak ada kalau macam tu. sabar la Ammirah. orang ni perangai macam-macam. lain kali letak watermark kat gambar anda k :)

Bagi Akuserabut pulak. amik tak bagi backlink tak apa la sangat. tapi ni siap letak watermark blog dia pulak kat gambar yang dia rembat tu. macam hare!!! at least ko edit ke apa ke boleh la letak watermark. tapi ni tidak. amik sebijik pastu letak watermark. bengang tak orang yang amik gambar tu korang rasa? pasal tu la kebanyakan blog-blog photographer diaorang letak watermark. korang taw nak rembat ja. orang lain punya la susah nak amik. korang rilex ja bertapa depan komputer search kat Google pastu letak watermark!!! what a shame!!!

Satu lagi aku nak tambah pasal satu menda yang aku kurang berkenan kat sini. dulu aku ada buat jugak sekali-dua. sekarang dah tak buat dah. pasal search gambar kat Google pastu letak watermark blog sendiri. then upload kat blog. rasa macam tak enak la. buat apa kita nak letak watermark blog kita kalau gambar itu bukan hasil kita. rasa macam muka tebal pun ada kadang-kadang. tak malu amik gambar orang pastu letak watermark blog sendiri!!! hahaha

Cakap pasal copy paste, ciplak atau cetak rompak ni. aku nak tambah bagi serabut lagi la. kali ni pasal blogger-blogger yang selalu bagi link download mp3 atau movie. korang taw tak menda ini salah di sisi undang-undang. semua itu cetak rompak!!! aku ada buat jugak dulu. tu yang aku sedikit takut dan bimbang ni. beberapa hari yang lepas aku ada terbaca pasal seorang blogger mat salleh kena denda beribu-ribu dollar sebab dia upload lebih kurang sepuluh mp3 kat internet pastu promote bagi orang download. serius nerves aku baca berita ni. takut aku kena denda macam tu. macam mana aku nak bayar denda sebanyak tu. nak harap duit yang aku dapat dari Nuffnang pun berapa sen sangat hahaha

Satu lagi cerita serius ni !!! yang ni lecture aku yang cerita. seorang pelajar Malaysia yang belajar di US kena denda hampir 100 ribu dollar sebab dia kantoi DVD cetak rompak kat aiport US. aku tak sure airport apa. siap kena buang U lagi budak tu. kesian. lecture aku tambah lagi, punca dia kena seteruk itu sebab DVD cetak rompak itu kebanyakannya movie dari Hollywood. padan la kena hahaha try kantoi cerita Hantu Kak Limah tengok. mesti dia orang buat dono ja. mungkin diaorang akan kata 'wth Malaysian movie like this?' lol negara maju seperti US memang jaga menda ini ok. korang silap kantoi CD cetak rompak, siap la korang. Negara kita lain la. orang yang dok kalut tangkap penjual CD cetak rompak tu pun, kat rumah dia pun melambak tengok movie dari CD cetak rompak jugak!! fakoff la kalau kat rumah dia semua CD ori.

Entry ditulis berdasarkan pandangan aku dan sedikit kemerapuan dari Akuserabut. peace :)

Link ke entry KENAPA TIDAK BOLEH 'RIGHT CLICK'-PART 1

Saturday, March 12, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA-REVIEW AKUSERABUT

Entry kali ni aku nak ber...ce...ce...rita...ce...ce..rita pasal movie terbaru yang aku tengok iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Terlebih dahulu la nak cakap terima kasih kepada Encik Hakimy pala besaq sebab sudi nak ajak aku tengok bersamanya dan tidak lupa jugak kepada Encik Vito Loji yang tengok sekali dengan kami. Kami tengok di Time Square. ok sampai sini pendahuluan aku.



Tahniah kepada KRU Studio kerana berjaya menghasilkan sebuah filem epic tempatan yang agak stylo. Susah la pembikin filem tempatan nak buat filem epic, paling kuat yang pecah panggung dulu pun filem komedi yang kitar semula lawak wayang kulit ataupun lawak pukul-pukul kepala. Oleh itu, aku kagum dengan hasil KRU ni. U rock babe !!! Banyak la orang puji filem Hikayat Merong Mahawangsa ni best la, CGI power la, aksi lawan tahap filem Jackie Chan la. Aku tak nafikan khabar angin tu, memang benar filem ini ada peningkatan dari segi semua tu. Owh.. lupa nak bagitaw duration filem ni lebih kurang 2 jam. agak puas hati rasa air-cond dalam panggung wayang.

Sekarang ni aku nak bagi pulak pendapat aku yang serabut ni tentang Hikayat Merong Mahawangsa. Dari filem ni, baru aku taw macam mana tertubuhnya kerajaan Langkasuka dulu. Starting aku tengok filem ni, aku dapat feel yang macam aku tengok filem Hollywood, 'Pirates Of The Caribbean', macam sama je jalan citenya pada awal cerita... mungkin disebakan latar tempat kot, ada pulau-pulau dan kapal-kapal. 2 benda yang aku paling suka dalam filem ni ialah suara narrator dan lakonan Khir Rahman. aku sangat kagum dengan suara narrator tu, macho amat la !!! Pasal Khir Rahman pulak memang dari dulu lagi aku minat dia walaupun dia tak sehensem Semshui Haslem.

Benda yang buat aku bengang masa tengok filem ni adalah ramai orang gelak-gelak bila dialog melayu klasik diucapkan. filem ni banyak guna bahasa lama yang macam pantun-pantun dan kiasan. dengar je la, dok gelak-gelak pulak. mungkin sebab jarang didengar. rasa macam tak patut gelak je sesetengah part. Bila tengok cite Cina ke, omputih ke.. bila diorang pakai bahasa klasik diaorang tak gelak pulak !!! bahasa kita yang diaorang gelak.. fakoff!! Aksi lawan ala-ala cite Bruce Lee masih digunakan dalam filem ni. ala-ala cerita bruce lee?? contoh kalau 10 orang jahat lawan satu orang hero. satu orang jahat je lawan satu hero dalam satu masa, yang 9 yang lain menari-nari kat belakang menunggu masa untuk masuk lawan satu per satu.. agak klasik aksi lawan ini.

Banyak aksi perang yang 'spoil' dalam filem ni.. maksud aku aksi perang ala-ala aksi gaduh bebudak sekolah. ko pegang parang, pedang dan macam-macam lawan la real sikit apa kehelnya nak tolok menolak, berpusing-puisng tak tentu arah. peranan pelakon tambahan yang agak kureng sikit. tapi yang bangganya aku rasa filem ni la pelakon tambhannya sangat ramai berbanding aksi perang filem tempatan yang lain contoh Lang Buana lol

Aku paling berkenan dengan kesan CGI anak panah dalam filem ni, nampak cool di situ. tapi Kesan CGI yang paling spoil ialah ending cite ni, babak nampak kemajuan Kerajaan Langkasuka, nampak fake gila la permandangan laut dia, aduh spoil again !!! kalau aku laa, dah taw tak cun CGI tu tak yah la letak... ending dah macho, datang pulak denga CGI yang kureng macam tu.. nampak tak cool dah. Benda yang spoil lain adalah masa nak perang besar ending cite ni... dah semangat dah ni aku tengok. tiba-tiba ada lawak kurang cerdik pulak aduh.. tak lawak la.. orang nak berperang ni tak yah la nak letak aksi komedi kurang cerdik pulak.. tak berkenan la aku part lawak aksi perang tu.. spoil !!!

Cuma pandangan Akuserabut.. apa-apa pun korang wajip tengok filem ni. tak rugi beli tiket tengok kat panggung wayang. respect lu KRU... moga-moga KRU dapat buat lagi filem epic macam ni. baru la rock !!! hehehehe peace~

Ayat yang paling aku tak boleh lupa dalam filem ni ialah " jika pintu empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya"cool~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...