Showing posts with label ARTIKEL SERABUT. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL SERABUT. Show all posts

Friday, October 7, 2011

APA BEZA ORANG KAMPUNG DENGAN ORANG BANDAR?

Sengaja aku nak berkongsi keserabutan masa aku dekat kelas Isu-isu Pembangunan tadi. Pensyarah aku tanya apa beda 2 jenis golongan manusia. orang kampung dan orang bandar? satu kelas kebingungan. blur. jawab apa pun tak kena. Pensyarah tanya aku.
-Kamu orang kampung atau orang bandar?
-Saya orang kampung.
-Baju jenama apa yang kamu sedang pakai sekarang?
-Hmm. Bodyglove. ( kebetulan aku pakai baju bodyglove)
-Tudiaaa. orang kampung pakai baju Bodyglove.
(satu kelas gelak! dem!)

Pensyarah tu tanya budak lain pulak.
-Kamu orang kampung atau orang bandar?
-Saya orang kampung. jawab budak tu.
-Kamu reti panjat pokok kelapa?
-tak.
-Kamu reti panjat pokok kelapa sawit?
-tak
-Lepas tu mana yang ciri-ciri orang kampung tu?
(Satu kelas gelak lagik)
( Semua orang jadi bingung dengan soalan yang macam mudah. tapi macam serabut!)

Pensyarah itu tanya lagi.
-Kalau orang itu duduk di bandar tapi masih menggunakan air hujan untuk membasuh kereta atau basuh kaki. orang itu orang kampung atau bandar?
Aku paling serabut dengan contoh soalan macam ni! buat aku pening ja. tapi agak menarik sebab kadang-kadang kita tak perasan akan sesuatu pembangunan dalam sebuah negara itu sehingga kita susah nak bezakan antara orang kampung dengan orang bandar. dua golongan itu nampak macam hampir sama dari segi pakaian. makanan. kemudahan. sekolah dan macam-macam.

Topik ini buat aku fikir yang hmm kira membangun la negara kita noh. cara menentukan golongan orang kampung atau bandar pun sudah beda dari semasa ke semasa. dulu lain. sekarang lain. tak beza pun sekarang ni antara orang kampung dan orang bandar. mungkin udara yang dihidu itu tidak sama. tapi kegiatan harian dan ciri-ciri kasar hampir sama.

Masalah sosial pun hampir setanding. gejala minah rempit la. bohsia la dan macam-macma lagi. kat semua tempat ada. tak kira bandar atau kampung. tak ada beza! korang ingat awek kampung semua macam dulu? hari-hari kat dapur macam dulu? zaman Hang Tuah boleh la kot. sekarang ni semua belajar tinggi-tinggi. sudah tak nampak beza dah antara orang kampung dengan bandar.

Walaubagaimana pun. yang betul-betul kampung masih wujud di bumi tercinta ni. bukan aku nak mengutuk ok. tapi ini kata pensyarah aku. negeri-negeri di Sabah Sarawak banyak lagi kampung-kampung yang betul-betul kampung! tak ada elektrik. tak ada sumber air paip. masih bergantung kepada air semulajadi. tak ada telefon.

Sampai sini saja la. saja nak share-share dengan korang keserabutan aku. tapi kan. sampai sekarang aku masih serabut dengan apa beda bandar, kampung, luar bandar, pekan, dan seangkatan dengannya. serabut-serabut! ini la asignment aku sekarang. mengkaji ciri-ciri semua tempat tu mengikut fahaman era-era yang berlainan ( macam tak betul ja ayat aku). lantak la LOL.peace! jangan malu, jangan segan, kita tetap rakyat Malaysia!


p/s -aku orang KL (Kampung Lampam) hahaha! serius nama kampung aku ni! teletak di Pendang, Kedah.

-Ikan Lampam pulak kalau buat asam pedas. meleleh ayaq liuq!

updated :


tolong la percaya ini ikan lampam 2.9 kg bahahaha

Tuesday, September 20, 2011

UNTUNG LA AWEK RETI MASAK

Aku rasa semua lelaki nak macam tu. nak seorang awek atau bakal isteri yang reti masak. bukan nak ber'demand' ok. cuma nak yang reti atau tahu masak sikit. reti dengan pro lain maksudnya. kalau pro dia lain. pro tu memang terer la semua dia tau buat. makanan italian spanyolian wang kelian semua dia tau buat. yang aku maksudkan kalau boleh tahu masak masakan simple-simple pun tak apa. janji tak melapar kebuluran.

Mama aku pulak selalu warning aku : hang nanti cari bini yang tau masak! paham! Mama tak nak nanti mama masak bagi anak menantu pulak! aisyemen mama aku ni. aku tak habis belajar lagi aa. nak warning-warning pulak! aku tanya mama aku lagi : Mama. kalau reti sikit-sikit boleh tak? Mama aku kata : ok latu. nanti pandai la kalau dah berlaki. beranak. tak kan nak bagi family makan luar ja hari-hari. memang la perempuan sekarang ni berkejaya. gaji tinggi. tapi at least sekali sekala masak sendiri. baru la harmoni baru la bahagia dan sweet (ok yang tu aku tambah!)

Tapi bagi aku kan. perempuan sekarang dah lain dah. belajar tinggi. bukan aku nak kutuk la. aku ada seorang membe perempuan seorang ni. apa pun tak reti bab masak-memasak. aku pun pandai dari dia. boleh bayangkan tak betapa fokusnya perempuan sekarang dengan kerjaya. sampai potong bawang pun tak reti. malu wei aku yang lelaki berjambang pun reti potong bawang boooo!

Haa sebeluam aku menamatkan entry ni aku nak wish terima kasih banyak-banyak kepada awek membe aku Echa Chipmunk. yang memberi aku setapperwer Kek Lapis Sarawak. buatan sendiri ok!!! serius sedap kek tu Echa. thankyou. Untung la hang Mael. awek pandai masak. buat kuih pun pandai. buat kek pun pandai. menari pun pandai gagaga!




Aku selalu nampak kat internet ja Echa yang tembikai ni. tak sangka ada orang beri aku makan sepuasnya kek ni. terharu bahahahaha.
Lawa kek ni. aku makan pun tak sampai hati. tapi habis jugak! kekeke


p/s -aku rasa macam tak lengkap la karangan aku kali ni. post ja laaa LOL!

-sapa reti masak mai kat abang mai kakakaka!

Friday, July 15, 2011

BUDAK SEMAKIN KURANG AJAR ATAU CIKGU SEMAKIN GANAS?

Sekarang ni macam-macam kita dengar pasal cikgu dera murid. kadang-kadang sampai budak tu cacat atau meninggal terus. gila! selalu pulak dok kuar berita kat TV berita pasal mak bapak murid saman cikgu yang dera anak depa. tak pasai-pasai sekolah yang terlibat jadi fames kuar TV sebab kes dera. Nak cakap cikgu ja salah tak boleh jugak sebab aku tengok budak sekarang pun tak kurang tahap kekurangan ajaran depa. baru tadi aku tengok berita kat TV3. budak 13 tahun dirantai dan dilanyak cikgu sekolah agama sebab budak tu kantoi hisap rokok. bapak budak tu cukup bengang lalu saman cikgu tu.

Berdasarkan apa yang aku nampak. Bapak budak tu pulak macam tak nampak kesalahan anak dia tu. macam cikgu tu ja yang salah. macam tak dak sebab cikgu tu nak tibai anak dia. gila ka cikgu suka-suka nak tibai anak orang. mesti ada sebab! memang la sayang anak. bela dari kecik sampai besar tiba-tiba ada orang tibai anak depa macam beruk. tapi sekurang-kurangannya nampak dan ambil tindakan atas kesalahan anak sendiri. Bagi aku la kan. bila mak bapak cuma beriya-iya nak saman cikgu tu. tu yang menyebabkan budak lagi teruk perangai. kat sini ada dua kesalahan yang aku perasan. pertama budak tu hisap rokok. kedua cikgu tu tibai budak tu teruk sangat. bila keadaan jadi macam tu. budak tu tak sedar kesalahan hisap rokok tu. cuma tau yang cara cikgu tu dera yang salah. Media pun macam tu jugak. cuma tunjuk cikgu tu ja yang salah! tak bagitau pun yang hisap rokok tu salah kat budak! taik!

Aku selalu tengok berita macam ni kan. Media tak bagitau dan tak fokus pun apa kesalahan murid tu. cuma cakap cikgu tu yang salah sebab dera macam tu. cikgu salah! cikgu salah! dan cikgu salah! kadang-kadang macam budak tu tak buat salah langsung pun. Kesalahan ketara yang aku nampak sekarang ni kan. mak bapak selalu memihakkan anak sendiri. positif thinking kononnya anak mereka tu kecik lagi. pikiran anak diaorang tak matang lagi. buat salah apa pun boleh diubah lagi. bila anak dah besar nanti. elok la jadinya. taik! kes macam ni la budak jadi semakin taik. semakin kurang ajar! budak kalau tak diajar dari kecik memang taik la jadinya.

Kat sini aku tak kata cara cikgu tu dera murid tu tak salah ok. cuma aku nak korang serabut sikit pasal pemikiran sesetengah mak bapak ni. cara media tempatan menyampaikan berita. tak ada unsur nasihat langsung kadang-kadang. cuma nak tunjuk kesalahan saja. apa pengajaran yang kita dapat? ooo pukul budak teruk tu salah! tapi budak-budak hisap rokok tu elok la?Cikgu tu pun satu hal. pukul budak tak hingat dunia. macam budak tu dilahirkan untuk dia pukul ja. memang la pukul sebab nak mengajar. tapi jangan sampai luka-luka atau sampai patah bangang! Aku masih ingat lagi tips memukul pelajar nakal oleh berkas guru dalam TV. aku tak ingat siaran apa. Tips yang dia bagi macam ni. pukul jangan sampai luka berdarah. pukul jangan sampai patah. pukul jangan sampai cacat. yang paling hardcore. pukul jangan sampai budak tu henti nafas budak tu atau senang cakap jangan sampai mati.

Susah jugak noh jadi cikgu ni. pukul budak sikit kena saman. apa pun tak boleh! tu yang aku tak nak jadi cikgu tu. kena pandai kawal emosi. satgi gaduh dengan laki atau bini lepas kat budak pulak. nanya! bapak aku nak aku apply jadi cikgu dulu. tak nak aku! kesabaran paling penting aku rasa kalau nak jadi cikgu ni. bukan semua ada kesabaran tu. kepada cikgu-cikgu yang sabar dengan karenah aku dulu terima kasih banyak-banyak. aku tak nakal pun. serabut ja sikit ja hehehe.



Ni gambar adik Saiful yang sudah meninggal setelah ditibai oleh cikgu spesis binatang. memang celaka cikgu tu!

Saturday, June 11, 2011

TESCO PEMUSNAH KEDAI RUNCIT




Aku tengok sekarang ni pembukaan cawangan Tesco bertambah berkilo-kilo. saja nak ajak hampa sembang pasal menda ni. dekat rumah aku Sungai Petani ada 2 Tesco. satu kat SP utara. satu lagi kat SP selatan. daerah mana yang tak ada Tesco. hampa mintak la kat Tesco suruh buka cepat sikit kat tempat hampa hahaha semua menda ada jual dalam Tesco. macam-macam ada. tak kira la barang apa pun. harga pulak lebih murah dari kedai lain.

Kaitan dengan kedai runcit pulak. macam mana kedai runcit nak lawan dengan Tesco kalau bilangan Tesco kian bertambah. nak lawan harga pulak. komfem la Tesco menang. Tesco pun pandai. buka dekat-dekat dengan area kawasan perumahan. senang orang nak pergi menghabiskan duit. macam mana kedai runcit nak cari makan. Hampa kalau ada cita-cita nak buka kedai runcit yang macam selalu orang dok buka tu. buka kat lot kedai tu. tolong la tukar cita-cita lain. susah aku rasa nak cari makan pada masa akan datang.

Bukan setakat Tesco ja. Econsave lagi. Giant lagi. melambak cawangan depa ni dok nak bukak baru. yang positifnya kita sebagai pengguna syok la. barang murah. yang negatifnya lingkup la kedai-kedai runcit yang baru nak bukak tu. pasai depa ni dok lawan harga. aku ada jugak sedara aku kerja kat Tesco sorang. pangkat dia boleh tahan tinggi jugak. tau jugak serba-serbi pasal Tesco. dia kata Tesco ni ada orang depa dok survey harga barang kat tempat lain. depa akan sedaya upaya akan mengurangkan harga barang depa supaya barang depa yang termurah. gila mantap !

Tapi kat kampung rumah nenek aku. Tesco tak masuk lagi. sebab tu pakcik aku yang bukak kedai runcit masih kaya lagi hahaha. Tesco susah nak masuk lagi kat kampung-kampung ni. nak bukak kat mana? semua ladang getah. nak kena pukul tebang pokok getah buat tesco? mampuih orang kampung santau tokey Tesco muahahaha !

Wednesday, June 1, 2011

JARI HANTU = FUCK ?


Terdetik aku nak mendalami simbol jari hantu malam ni. simbol yang dianggap lucah. simbol yang orang ramai faham yang ia kononnya melambangkan alat kemaluan lelaki. selalunya orang akan tunjuk simbol jari hantu dan disusuli dengan kata-kata maki atau kesat seperti fuck, butoh, butoh bapak hang, peliaq dan sebagainya. malam ni aku serabut sikit. saja nak kongsi dengan korang keserabutan aku dengan menda simbol jari tengah ni.

Tiba-tiba aku terpikir dari mana aku belajar benda fuck ni. pengalaman aku belajar kata-kata kesat ni pula. masa sekolah rendah dulu. permulaan aku belajar maki membe-membe hanya dengan perkataan hang bodo, hang gila, hang babi, hang lembu. bila naik sekolah menengah. kata-kata kesat aku semakin improve. naik satu level. sebab kata-kata makian termasuk mak bapak. contoh. bapak hang babi, mak hang lembu. lama-kelamaan naik satu level lagi sebab melibatkan perkataan-perkataan alat kemaluan. hahaha macam celaka kisah pasal peningkatan level aku dalam subjek bahasa kesat ni. serius taik !

Pasal simbol fuck pulak aku belajar dari cerita wrestling WWF. sekarang dah tukar jadi WWE. aku belajar daripada wrestler, Stone Cold Steve Austin. trademark dia adalah keluar dengan menunjukkan jari hantu dia. atau pun simbol fuck tu. dulu dok bangga tunjuk jari tu. bangga dok ikut Stone Cold tu. apa menda la aku ni ! apa benda simbol fuck sebenarnya. yang aku paham la. ia melambangkan alat kemaluan lelaki. serius taik kadang-kadang macam lawak dengan simbol-simbol manusia serabut ni. bagi aku, lelaki kalau tunjuk jari hantu normal lagi. sebab dia tunjuk benda dia. tapi kalau perempuan tunjuk. apa kehel?!


Stone Cold Steve Austin

Rasa lawak jugak kadang-kadang bila jari hantu dianggap alat kemaluan lelaki. kenapa hah? sebab jari paling panjang? sampai satu dunia praktik dengan jari hantu ni. nanti aku nak buat research lagi pasal menda ni. nanti kalau aku rajin aku tulis lagi pasal jari hantu ni. Serabut jugak aku dengan menda ni.hahaha F.U.C.K. !!!


Bro, It's yours?

Saturday, May 28, 2011

ASTRO DENGAN KEDAI MAKAN




Hari ini aku serius moody ! sebab aku dijangkiti celaka si selsema ! hadoi letih amat asyik panggil nama hashim!!! hashim!!! hanshim!!! tapi macam mana pun nak kasi sembang kencang jugak dalam Blogserabut ni. aku nak sembang pasal kaitan siaran Astro dengan kedai makan. Apa yang aku perasan la kan. Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ni banyak layan liga luar macam liga Enggeris atau Sepanyol lebih kaw dari liga tempatan. orang selalunya pergi tengok bola kat maple tengok bola liga Enggeris. selalunya laa. peratusan lebih daripada nak tengok liga tempatan. semua berlagak macam mat saleh kejap. berlagak macam berdarah Enggeris. berlagak macam kat sekolah dulu belajar sejarah Spartan. saja nak merapu.

Cakap pasal kedai makan pulak. korang pernah perasan tak. bila ada live bola kat Astro. selalunya liga luar macam liga Enggeris. beza antara kedai makan yang ada Astro dengan kedai makan yang tak ada Astro. berdasarkan pengalaman aku. serius taik macam syurga dan neraka ! kedai makan yang ada Astro sumpah orang penuh. kedai makan yang tak ada Astro pulak serius kurang orang, kalau dua kedai makan bersebelahan. serius nampak bezanya. punca dia Astro !

Kedai makan sekarang ni kalau tak pasang Astro. sikit bodoh. kalau TV pun tak ada itu dah tahap bodoh phiang ! macam kedai maple. menu lebih kurang ja maple ni. tapi beza yang nak tarik pelanggan sekarang ni dinilai oleh Akuserabut dari segi Kejelasan projector, kejelasan view Astro, Kesedapan sound system. korang yang kaki lepak tengok bola kat maple setuju tak apa yang aku tulis ni? masa ada bola tu. kualiti makan tak kisah sangat dah. janji dapat tengok bola. apa nak kisah sangat kalau setakat minum teh o ais dengan roti kosong kuah banjir ja tengok bola satu jam setengah hahaha

Kesimpulannya, malam ni final champions league. Antara ManU vs Barca. korang tengok la logo kat header Blogserabut tu. paham-paham la ni blogger Barca ni LOL. apa-apa pun pagi nanti lebih kurang puku 2.00 a.m akan berlangsung perlawanan yang menentukan kelab mana yang akan menjadi juara di antara juara. go Barca !

Wednesday, May 25, 2011

BAB MAKAN : MELAYU DENGAN CINA

Malam ni lepas makan malam aku nak buat entry pasal makan. antara dua bangsa. iaitu Melayu dan Cina. macam yang kita tau. orang Cina boleh makan di kedai makan orang Melayu. semua menu di kedai makan Melayu. orang Cina boleh melantak. manakala orang Melayu pulak tidak boleh makan sesuka hati di kedai makan orang Cina. disebabkan bab-bab halal. kalau boleh pun minum ja. aku sembang tentang kebiasaan yang aku tengok dan perasan la.

Pasal peniaga makanan pulak. orang Cina tak boleh buka gerai di food court orang Melayu. kalau buka jual makanan tak halal nak kena pukul ? sapa nak beli kalau pelanggan kebanyakan daripada orang Melayu. Manakala orang Melayu pulak boleh buka gerai makan kat food court mana sekali pun. tak kira la Melayu punya ke. Cina punya ke. semua orang Melayu boleh berniaga makanan.

Yang selalu aku jumpa orang Melayu yang buka gerai di food court Cina. Masakan yang selalu dijual adalah. satey atau nasi lemak. Sebenarnya, idea aku nak buat entry ini setelah aku terlihat satu tempat kawasan gerai-gerai makanan Cina di Sungai Petani. ada orang Melayu jual nasi lemak kat situ. nasi lemak dia sangattt laku. orang penuh dok tunggu nak beli. gila hebat ! satu Malaysia babeh ! yang nampak banyak pelanggan dia orang Cina. dah jual kat tempat Cina. memang la orang Cina banyak beli. Baru aku terperasan. macam ni rupanya teori bab makan kat Malaysia ni antara Melayu dengan Cina.

  1. Orang Cina boleh suka hati makan kat mana sekali pun. tak kisah la food court Melayu atau pun Cina. tapi orang Cina tak boleh suka hati jual makanan di food court Melayu.
  2. Orang melayu pulak boleh suka hati jual makanan di food court Melayu atau pun Cina tapi tak boleh makan suka hati di food court Cina.
Teori di atas ni mungkin betul atau saja nak merapu. tapi sekarang ni dah lain dah. asalkan halal. orang Melayu dah boleh makan di kedai makan Cina kalau di kedai makan tu ada lesen halal. macam kopitiam. dah macam-macam nama kopitiam dah aku tengok lahir kat Malaysia ni. ada yang ada lesen halal. ada jugak yang tak ada lesen halal tapi berpura-pura halal sebab dia jual makanan yang halal. tak ada pork ! tak jual arak !

Bab makanan pulak. semua jenis masakan Cina orang Melayu boleh makan sebenarnya kalau semua tu dibuat dengan cara halal bagi Islam. ini yang aku tau la. lagipun sekarang ni macam-macam dah makanan Cina yang orang Melayu pandai buat. dah berniaga dah pun. macam char kuey teow, kuih bulan, yong tau foo, tau foo fa dan nasi goreng Cina hahaha aku tak paham sangat part mana yang nasi itu berCina. macam dengan nasi goreng USA. aku pun tak paham part mana yang berUSA tu. tolong habaq mai. Korang rasa pulak. bahagia tak duduk kat Malaysia ni. semua makanan kita boleh melantak. kes tu la aku gemuk. semua aku melantak LOL. I Love Malaysia and I hate Racism. peace =)


Orang kata makan yong tau foo tak gemuk sebab dia rebus tak goreng pakai minyak. tapi makan tak ingat dunia macam aku ni gemuk jugak ! fakof liar ! wakakaka

KITA DEKAT DENGAN MATI

Hari ini aku nak buat entry pasal kematian. aku balik rumah cuti semester kali ini kan. 3 minggu ni dah 4 orang sanak saudara aku meninggal. disebabkan sakit tua. kadang-kadang buat aku rasa macam cuti semester ni musim kematian ke apa? dulu tak rasa macam ni. tapi macam cepat sangat 3 minggu 4 kematian saudara. saudara belah mak pun ada. belah bapak pun ada. Lepas tu dunia blogger gempar dengan kematian blogger TELURDIBASUH. Sekarang ni Malaysia dikejutkan pulak dengan kejadian tahnah runtuh di Hulu Langat. yang mengorbankan 16 nyawa pelajar Sekolah Agama Rakyat AL-TAQWA.

Mende-menda soal kematian ni memang kita dapat tahu kita rasa simpati. rasa sedih. kesian. tapi berapa lama korang rasa macam tu? kejap ja kan. esok lusa mungkin dah boleh lupa dah pasal menda-menda sedih macam tu. bagus la. macam mana pun hidup masih perlu diteruskan. kita masih lagi perlu bernafas. kita masih perlu minum dan makan. tapi ada tak korang terpikir kejap macam mana kalau korang sendiri berada di tempat kejadian tu dan korang sendiri yang menjadi mangsa. senang cakap korang mati la !

Gila ke Akuserabut kata aku mati. tak ! bukan aku nak mintak korang mati. cuma pikir yang kita juga mungkin akan mengalami benda macam tu. kita juga akan mati. tidak sesiapa tahu yang dia akan mati bila. tak ditetapkan pun had umur dan berat badan. orang kata hisap rokok cepat mati. tapi ada yang tak hisap rokok mati lagi cepat sebab mati kena langgar lori. Ada yang kata orang gemuk cepat ada penyakit. cepat mati ! tapi ada orang yang kurus mati lagi cepat sebab jatuh sungai mati ! Ada orang kata mat rempit mempunyai risiko tinggi dalam kemalanagan maut. kemalangan mati! tapi macam mana orang yang berjalan di bahu dilanggar mati mat rempit atau pemandu yang mabuk.

Kesimpulannya, walaupun perangai anda macam taik atau perangai anda tahap syurga. kita tak tahu yang kita akan mati bila. tapi kita akan tetap mati. tengah syok korang tulis blog. tengah syok korang dapat BE berkilo. tengah syok ramai follower. tengah syok page view meningkat. tengah syok dok kutuk orang. satu menda ni korang jangan lupa. iaitu kematian. dah bersedia ke korang nak mati? pikir la !

Ni satu lagi ! kalau korang yang nak membuat amal sebelum mati boleh la memberi sumbangan seikhlas hati korang kepada mangsa tanah runtuh AL-TAQWA. bantu la mereka yang kurang beranasib baik. buat la bebanyak pahala ok ! korang boleh memberi sumbangan korang melalui


Tabung Bencana NSTP Media Prima : 514105-320757

Tabung TV3 bersamamu : 564324-129973

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

http://live.tv3.com.my/altaqwa/


Tanah runtuh AL-TAQWA

Tuesday, May 17, 2011

KERETA SAPU MEMANG PENYAPU



Aku nak sembang pasal kereta sapu petang ni. korang tau apa tu kereta sapu? kereta sapu merupakan kereta yang menyediakan perkhidmatan hantar penumpang. macam dengan teksi tapi tak payah premit. ayat senang secara haram ! Sesiapa pun boleh buat kerja ni. asalkan korang ada sebijik kereta yang boleh sumbatkan penumpang dan hantar penumpang ke mana lokasi yang penumpang itu minta. nak ke mana pun boleh. asal kan ada duit untuk nak dibayar kepada individu yang membawa kereta sapu.

Memang dari segi harga perkhidmatan. kereta sapu lebih murah. tapi korang pikr tengok senang ke nak baw teksi? mudah ke nak jadi pemandu teksi? macam-macam kena buat kalau nak bawa teksi. yang aku tau la:

  • kenderaan teksi kena check setiap 6 bulan.
  • premint teksi kena mintak.
  • kereta kena cat ikut standard.
  • salah sikit kena saman dengan pihak berkuasa.
  • salah sikit masuk berita. kuar TV.
  • naik harga sikit orang bising.
  • naik harga sikit masuk berita. kuar TV.
  • macam-macam kena jaga.
  • kena ikut standard.
  • orang selalu komplen. kata itu la. ini la.
  • macam-macam kena kuar caj. semua kena duit proses itu ini.

Ni yang aku agak-agak tau la. kalau salah aku mintak
I'm sorry macam Amir Maharaja yang seirus taik aku rasa tak lawak ! dibandingkan dengan kereta sapu yang macam celaka senang nak buat. cuma perlu ada kereta ja. pacak kat tepi jalan atau perhentian bas dok tanya orang nak pergi mana. dah hantar orang cuma mintak tambang ja. cukup mudah untuk buat duit. tak payah serabut kepala mintak premit. tak perlu pening kepala ikut prosedur.

Korang pikiaq tengok adil ke kepada golongan pemandu teksi? golongan yang sara hidup dengan hanya lesen teksi yang diaorang ada? aku bukan pemandu teksi. bapak aku pun bukan. saja aku nak bising sebab aku rasa macam unfair la kepada pemandu teksi. serius taik unfair !

Soal keselamatan pula. tak ada beza pun teksi dengan kereta sapu. teksi memang ada insuran untuk penumpang. kereta sapu pulak pakai la insuran
first party. insuran yang boleh tapao semua penumpang dalam kereta kalau terjadi apa-apa kemalangan. benda ni aku rujuk kepada bapak aku. aku tak pasti betul ke tak. tapi yang bezanya kalau kereta sapu tu tak ada insuran first party. kalau la terjadi apa kemalangan. sakit la korang. apa pun tak dapat.

Nak cakap soal pihak berkuasa pulak. yang aku hairan kalau teksi la kan. memang ketat peraturan yang pihak berkuasa tetap kan. memang bagus menda ni. sebab ada kaitan dengan keselamatan penumpang atau pengguna. tapi macam mana dengan kereta sapu ni? macam semakin berleluasa ja. macam syok ja duit masuk.

Ooo baru aku paham. bapak aku bagitau lagi. kalau pihak berkuasa check geng-geng kereta sapu ni. diaorang cakap la tengah tunggu orang ke. membe ke. family ke. memang susah nak kantoi kan geng-geng ni. briliant jugak kepala otak geng-geng sapu ni. tapi at-least buat la tindakan betul tak? tapi jangan pulak dok minum
kopi dengan geng-geng sapu ni !

Kita pulak sebagai pengguna. kita ada otak pikiaq sendiri. mana betul. mana salah. jangan dok buat serabut kepala ! semua cuma pandangan aku. kalau hampa suka. terima kasih. kalau hampa tak suka. lantak la. peace.

Monday, May 16, 2011

KO TE AW ?

Malam ni aku nak buka satu topik berkenaan dengan ejaan sebenar perkataan keow teow ni. selama aku makan keow teow ni kan. sampai hari ini aku tak pasti ejaan dia yang sebetul dia macam mana. macam-macam jenis ejaan aku jumpa. tapi yang aku dah buat research. hahaha dah macam kajian daaaa. ejaan K.E.O.W T.E.OW yang kebanyakan orang guna. macam-macam ejaan aku jumpa tak kira dalam internet atau pun kat kedai makan.

  • kui teow
  • kuih teow
  • kuao teao
  • kuew tiaw
  • ko teaw
  • ko te aw
Korang tau kot perkataan keow teow ni berasal daripada Bahasa Cina. (粿條) kalau dok makan hari-hari pun tak tau perkataan ni berasal daripada Bahasa Cina. buat malu ja hampa ! muntah kuaq balik la ! tapi yang aku jumpa kat wikipedia lain pulak cerita dia. dia eja :

KWAY TEOW

Wikipedia eja Char Kway Teow. "Char"( ) yang bermaksud goreng. Char Keow Teow tu bermaksud koew teow goreng la. ada paham? Perbezaan char keow teow Cina style dengan Melayu style adalah Cina style char koew teow dia kering. kalau Melayu punya style dia char keow teow basah. Setakat ni aku tak jumpa lagi la char keow teow Melayu style yang kering. kalau yang kering panggil koew teow goreng ja. tak yah nak char char dah lol. padahal char tu bermaksud goreng. bukan bermaksud basah pun. tapi itu la cerita dia pasal char koew teow ni.

Aku tak jumpa lagi kamus Bahasa Melayu yang ada perkataan Keow Teow. kalau korang pernah nampak bagitau aku. kamus mana. aku nak tau jugak ejaan betul perkataan koew teow yang telah di-Bahasa Melayu-kan. yang aku jumpa kat wikipedia ja. ejaan dia KWAY TEOW.



Char Keow Teow Malay Style. koew teow spesis basah berair .


Char Keow Teow Chinese style. nampak tak kering ! tak da ayaq !

p/s- biaq p la eja macam mana pun. janji masuk perut kenyang muahaha
- gambaq aku sapu kat Google ! pinjam sat !

Friday, January 7, 2011

INDONESIA MAJU INDUSTRI PERFILEMANNYA

Sape sokong Indonesia maju dalam industri perfilemannya berbanding Malaysia? aku tak sure la nak sokong ke tak tapi aku suka jugak tengok filem-filem buatan Indo ni sebab banyak scene-scene hot nya. banyak part-part porn yang mereka selitkan. part nampak boobs mugkin dah perkara biasa bagi industri perfileman mereka. itu je la yang aku nampak menarik dalam movie mereka. hahahahaha lol

So, kat sini aku simpulkan ada 2 kelebihan utama industri pefrileman Indonesia berbanding Malaysia iaitu. first, dia boleh tayang scene-scene lucah 18sx di negara mereka. diaorang punya lembaga penapisan filem tak ketat macam Malaysia. Second, pelakon-pelakon Indonesia jauh lebih hot, kacak,panas, tinggi, sexy dll berbanding dengan pelakon kita. Kebanyakan daripada pelakon-pelakon Indonesia karier mereka bermula dalam bidang pemodelan. kebanyakan mereka mempunyai darah kacukan dengan 'mat salleh'. aku rasa dua menda tu yang menjadikan movies mereka nampak hebat dari Malaysia. tapi selalu cerita yang aku tengok kan. part-part tutt~ tu je yang aku suka pun hahahhaa. jalan cerita boring je.

Aku terdetik nak post pasal menda ni sebab aku ada terbaca satu berita dari surat khabar menyatakan yang ada satu syaritan pembuatan filem di Indonesia yang ingin melamar Ariel Peter Pan dan Luna Maya berlakon dalam movie mereka. aku rasa semua orang kenal si Ariel dan Luna Maya ni. Nampaknya syarikat tu suka artis-artis yang hot dengan kontreversi ni. Diaorang tak kisah pun pasal video lucah Ariel dan Luna Maya. janji artis itu tengah hot dan tengah top kontreversinya, apa yang diaorang fikirkan cuma filem diaorang dapat sambutan dengan pelakon-pelakon demikian. sampai pelakon porn terkenal Maria Ozawa dari negara Jepun pun diaorang amik berlakon dalam filem yang bertajuk 'iMenculik Miyabi'. style kan negara Indo. sampai pelakon porn/lucah pun diaorang amik berlakon. macam 'mat salleh siot'.



Selain itu, aku ada pernah filem buatan Indo yang bertajuk 'Ku Tunggu Janda Mu'. cerita tu boleh la tahan dengan part nampak tits nya hahahhaha. bagi pendapatan aku la kan. banyak scene-scene dari filem tu ada persamaan dengan filem buatan Korean yang bertajuk 'Sex is Zero'. tak tau la betul ke tak juz pendapat aku. apa yang aku perhatikan.



Tapi kita patut beruntung kerana Lembaga Penapisan Filem Malaysia kita sangat tegas dalam proses penapisan filem. walaupun aku suka part-part 18sx tu. hahaha tapi secara jujurnya aku rasa bertuah kerana negara Malaysia belum jadi macam Indonesia. Bayangkan kalau filem-filem Malaysia bebas memasukkan scene-scene lucah atau porn dalam filem tempatan. apa akan jadi dengan Malaysia nanti?? sekarang pun dah melambak kes-kes buang bayi. kalau ditambah dengan lembaga penapisan filem kita macam yang Indo punya. aku rasa 5 tahun akan datang. Masjils Perbandaran terpaksa menambah bilangan lori-lori sampah untuk mengutip bayi-bayi yang dibuang LMOA~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...