Saturday, May 28, 2011

ASTRO DENGAN KEDAI MAKAN




Hari ini aku serius moody ! sebab aku dijangkiti celaka si selsema ! hadoi letih amat asyik panggil nama hashim!!! hashim!!! hanshim!!! tapi macam mana pun nak kasi sembang kencang jugak dalam Blogserabut ni. aku nak sembang pasal kaitan siaran Astro dengan kedai makan. Apa yang aku perasan la kan. Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ni banyak layan liga luar macam liga Enggeris atau Sepanyol lebih kaw dari liga tempatan. orang selalunya pergi tengok bola kat maple tengok bola liga Enggeris. selalunya laa. peratusan lebih daripada nak tengok liga tempatan. semua berlagak macam mat saleh kejap. berlagak macam berdarah Enggeris. berlagak macam kat sekolah dulu belajar sejarah Spartan. saja nak merapu.

Cakap pasal kedai makan pulak. korang pernah perasan tak. bila ada live bola kat Astro. selalunya liga luar macam liga Enggeris. beza antara kedai makan yang ada Astro dengan kedai makan yang tak ada Astro. berdasarkan pengalaman aku. serius taik macam syurga dan neraka ! kedai makan yang ada Astro sumpah orang penuh. kedai makan yang tak ada Astro pulak serius kurang orang, kalau dua kedai makan bersebelahan. serius nampak bezanya. punca dia Astro !

Kedai makan sekarang ni kalau tak pasang Astro. sikit bodoh. kalau TV pun tak ada itu dah tahap bodoh phiang ! macam kedai maple. menu lebih kurang ja maple ni. tapi beza yang nak tarik pelanggan sekarang ni dinilai oleh Akuserabut dari segi Kejelasan projector, kejelasan view Astro, Kesedapan sound system. korang yang kaki lepak tengok bola kat maple setuju tak apa yang aku tulis ni? masa ada bola tu. kualiti makan tak kisah sangat dah. janji dapat tengok bola. apa nak kisah sangat kalau setakat minum teh o ais dengan roti kosong kuah banjir ja tengok bola satu jam setengah hahaha

Kesimpulannya, malam ni final champions league. Antara ManU vs Barca. korang tengok la logo kat header Blogserabut tu. paham-paham la ni blogger Barca ni LOL. apa-apa pun pagi nanti lebih kurang puku 2.00 a.m akan berlangsung perlawanan yang menentukan kelab mana yang akan menjadi juara di antara juara. go Barca !

4 comments:

  1. betul sangat tu serabut oi...

    ko tau tak, astro amik untung banyak tau tak... bil kat kedai makan mahal gila banding ngan astro rumah

    ReplyDelete
  2. @Zulfikar ya ka? baru tau bro tq2

    ReplyDelete
  3. yang lain aku tak sokong sangat. tapi bab header kau aku sokong 100%. HAHAHAHAHAHA.

    ReplyDelete
  4. @chuck ciiilaka...sokong la pehabeh hahaha

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...