Sunday, May 1, 2011

FILEM SERU-REVIEW AKUSERABUT




Kali ni Akuserabut nak buat review pasal filem terbaru yang aku tonton di pawagam. Filem yang aku maksudkan adalah Filem Seru. terbiatan Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hanamia Services Sdn Bhd. Arahan Woo Ming Jin dan Pierre Andre. aku tengok kat pawagam hari pertama filem ini ditayangkan di pawagam lagi. iaitu pada 28 April lepas. Sebenarnya aku tertengok cerita ini sebab membe ajak. tapi aku nak buat review jugak walaupun aku tak berniat nak tengok. ada pulak macam tu hahaha terlebih dahulu aku nak kasi sinopsis cerita Seru ini dulu.

Sinopsis :
Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka.

Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut.

Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal… tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi. Di sana juga mereka menemui sepasang suami isteri orang asli di mana berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kejadian aneh ini.

Apakah seterusnya bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?
Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.

kalau nak tahu lebih lanjut sila ke budiey.com

Trailer Filem Seru


Komen aku pulak pasal filem Seru ni. Filem seru ni ala-ala filem dokumentari dan paranormal activity. filem yang berstyle dokumentari agak jarang dihasilkan oleh industri tempatan. oleh itu, boleh dikatakan agak baru dan tak ramai rakyat Malaysia yang berminat dengan cerita begini. kalau ditengok dari segi sambutan. cerita macam ni kureng sikit sambutannya. tengok panggung wayang pun kosong ja. tak dipenuhi walaupun tayangan hari pertama.

Ramai yang dok maki-maki kata cerita ini boring dan penin kepala la. shoot kamera boleh buat kepala mabuk la. aduhh korang kena paham filem dokumentari shoot kamera memang macam tu. goyang-goyang. lebih kepada realis. dah nama filem dokumentari. baru nampak real. tapi bagi aku la kan filem Seru ini nak buat macam benda-benda mistik tu betul-betul terjadi tapi macam kurang menjadi la. macam kurang real. nampak sangat cerita itu direka-reka dan dibuat-buat. mungkin nak buat macam kisah benar. tapi bagi aku nampak sangat direka-reka.

Part yang aku suka pasal filem ni pulak adalah part-part komedi yang diselitkan sekali-sekala. kalau sepanjang cerita buat serius ja. nak buat paranormal saja. silap-silap tertido penonton. scene seram dia pulak. ada yang menjadinya. boleh la. seram ja jugak sekali-sekala. Selain itu, menda yang paling suka adalah part Nora Danish pada awal cerita ini. saja suka tengok dia pakai baju nampak belakang badan dia lol

Kalau korang dah tengok cerita ni. korang mesti ada perasan ada menda-menda yang kurang jelas dalam cerita ni. korang paham kalau korang dah pernah tengok cerita ni. ni antara menda yang aku rasa kurang jelas adalah ada watak sampingan yang menjadi prop mayat. hilang dalam cerita ini. tapi sampai habis cerita. watak itu tak dapat dijelaskan. hilang ke mana tak tau. yang kedua. isteri bomoh orang asli yang berpura-pura baik itu ada bagi satu tangkai kat seorang perempuan ni. tapi macam kurang jelas apa menda tangkal tu. padahal bomoh tu memang jahat dalam cerita Seru ni.

Menda yang aku tak suka dalam cerita ini adalah ending dia. ending dia macam tutt tutt la. tengok-tengok dah habis cerita dia. ending dia macam tak stim la. aku rasa macam ada lagi banyak ending yang boleh buat lebih stim. Kat sini aku bukan nak buat perbandingan antara filem Seru dengan filem Noroi. cerita Noroi ni cerita paranormal dari Jepun. saja nak cerita pasal filem Noroi. kalau korang pernah tengok. korang tau la cerita ini macam mana. cerita ini direka untuk filem paranormal juga. tapi mati-mati aku cerita Noroi ni cerita betul dulu. serius macam real gila faker. sampai terbawa-bawa dalam mimpi. aku betul-betul percaya yang rakaman filem Noroi tu memang rakaman paranormal betul tu. kena tipu gila aku. tapi cerita Noroi tu memang best la !


Noroi

Semua ini cuma pendapat Akuserabut. nak komen sikit ja. kalau tak bagi komen baik tak payah kuar filem betul tak ? hehehe. peace :)

6 comments:

  1. baca review ko, aku rasa macam SERU tak best jerr...

    tapi nk tengok gak kat astro first sudah... :D

    ReplyDelete
  2. hahaha xla xbest sgt..boleh la...
    apa2 pun sokong la filem tempatan :)

    ReplyDelete
  3. semua cite macm ni influence terbesar dia ialah Blair witch projek turun ke cloverfield higgalah ke movi hantu ala2 zomnie rec@quarantine...

    ReplyDelete
  4. @keri Henry : cite cloverfield lah cite paling serabut aku tgk !

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...