Di sini Akuserabut nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. atau bahasa orang putihnya Happy Mother's Day. Sebenarnya aku tertanya-tanya jugak kenapa hari ini ditetapkan menjadi hari ibu? Hari Ahad minggu kedua pada setiap bulan Mei. sebab bagi aku. bukan setakat setahun sekali saja kita ucap selamat kepada ibu-ibu kita. sepatutnya setiap nafas kita. kita doakan ibu kita. tapi orang kata hari ini hari ibu. aku pun wish ja la.
Tadi aku dah wish mama aku. dan sempat melepaskan satu ciuman di pipi mama aku. nak malu buat apa. ibu aku. kalau nak cium pipi ibu sendiri pun malu. itu dah kira ada something wrong la tu. hargai la ibu anda selagi sempat ok ! buat la sesuatu bagi ibu anda senyum atau ketawa. itu yang aku selalu buat sekarang. aku selalu loyar buruk dengan mama aku. bukan bererti aku kurang ajar atau derhaka kepada mama aku. tapi itu style aku. aku rasa senang hati bila tengok mama aku ketawa. suka bila tengok mama aku senyum. kalau korang rasa geli la aku tulis dalam blog macam ni. hmm~ suka hati aku la ! tapi aku taknak mama aku buka blog aku. sebab banyak entry pasal tetek dalam blog aku lol. apa mama aku pikir pulak karang hahaha
Aku masih ingat lagi satu menda yang cikgu aku bagitau aku masa aku sekolah rendah dulu. cikgu aku kata masa korang seronok celebrate birthday korang. korang pernah terpikir tak yang masa hari itu. ibu korang tengah separuh nyawa lahirkan korang. bermati-matian untuk memberi nafas kepada korang untuk hidup dalam dunia ni. sentap aku dengan kata-kata cikgu tu. sampai sekarang kalau tiba hari jadi aku, aku akan ucap thankyou mama. sebab ibu kita la kita dapat hirup udara sekarang tau tak ! ni tak. hari jadi ja keluar seronok dengan kawan-kawan. lepak karaoke la. jangan sampai masa ibu dah tak ada baru nak menangis menyesal. masa ibu ada ni la. korang kena selalu bersama ibu. aku dok kecoh ni pun aku tengah nasihat diri sendiri jugak sebenarnya.
Cikgu aku kata lagi. korang tak patut celebrate birthday korang sebenarnya. nak celebrate buat apa hari ibu korang mungkin bertembung maut. hari ibu korang sakit. hari ibu korang tengah mengalir air mata. semata-mata untuk korang ! semata-mata nak melahirkan korang. ayat-ayat ni dah terpahat dalam kepala otak aku sejak zaman sekolah rendah lagi. terima kasih cikgu kerana menyedarkan aku.
Nanti tacing pulak taip panjang-panjang. apa-apa pun Selamat Hari Ibu.kepada yang masih ada ibu. jangan lupa wish ibu korang k. kata pada ibu. korang sayang ibu. cium muahh sekali kat pipi ibu. buat ibu rasa yang korang menghargai ibu. takyah nak malu-malu ! buat ja :)
1st to comment..muahhahaha!
ReplyDeletearan ni swit rupanya..haha
cacing pon tacing baca nih....
ReplyDeleteSweet! yelah org skang cium yg lain xkisah.. nk cium ibu malu2 pulak.. ;P
ReplyDeletewuih. first time komen. ini memang touching. baru aku sedar yang kita tak sepatutnya celebrate birthday. tq aran!
ReplyDelete@anaeeim hahaha swit macam gulagula tak wakakaka
ReplyDelete@nub over la ang
@Wuucin tau takpa..kapel nak ja cium macam BABEE!!! mak taknak
@fatin welcome :)