Wednesday, May 25, 2011

BAB MAKAN : MELAYU DENGAN CINA

Malam ni lepas makan malam aku nak buat entry pasal makan. antara dua bangsa. iaitu Melayu dan Cina. macam yang kita tau. orang Cina boleh makan di kedai makan orang Melayu. semua menu di kedai makan Melayu. orang Cina boleh melantak. manakala orang Melayu pulak tidak boleh makan sesuka hati di kedai makan orang Cina. disebabkan bab-bab halal. kalau boleh pun minum ja. aku sembang tentang kebiasaan yang aku tengok dan perasan la.

Pasal peniaga makanan pulak. orang Cina tak boleh buka gerai di food court orang Melayu. kalau buka jual makanan tak halal nak kena pukul ? sapa nak beli kalau pelanggan kebanyakan daripada orang Melayu. Manakala orang Melayu pulak boleh buka gerai makan kat food court mana sekali pun. tak kira la Melayu punya ke. Cina punya ke. semua orang Melayu boleh berniaga makanan.

Yang selalu aku jumpa orang Melayu yang buka gerai di food court Cina. Masakan yang selalu dijual adalah. satey atau nasi lemak. Sebenarnya, idea aku nak buat entry ini setelah aku terlihat satu tempat kawasan gerai-gerai makanan Cina di Sungai Petani. ada orang Melayu jual nasi lemak kat situ. nasi lemak dia sangattt laku. orang penuh dok tunggu nak beli. gila hebat ! satu Malaysia babeh ! yang nampak banyak pelanggan dia orang Cina. dah jual kat tempat Cina. memang la orang Cina banyak beli. Baru aku terperasan. macam ni rupanya teori bab makan kat Malaysia ni antara Melayu dengan Cina.

  1. Orang Cina boleh suka hati makan kat mana sekali pun. tak kisah la food court Melayu atau pun Cina. tapi orang Cina tak boleh suka hati jual makanan di food court Melayu.
  2. Orang melayu pulak boleh suka hati jual makanan di food court Melayu atau pun Cina tapi tak boleh makan suka hati di food court Cina.
Teori di atas ni mungkin betul atau saja nak merapu. tapi sekarang ni dah lain dah. asalkan halal. orang Melayu dah boleh makan di kedai makan Cina kalau di kedai makan tu ada lesen halal. macam kopitiam. dah macam-macam nama kopitiam dah aku tengok lahir kat Malaysia ni. ada yang ada lesen halal. ada jugak yang tak ada lesen halal tapi berpura-pura halal sebab dia jual makanan yang halal. tak ada pork ! tak jual arak !

Bab makanan pulak. semua jenis masakan Cina orang Melayu boleh makan sebenarnya kalau semua tu dibuat dengan cara halal bagi Islam. ini yang aku tau la. lagipun sekarang ni macam-macam dah makanan Cina yang orang Melayu pandai buat. dah berniaga dah pun. macam char kuey teow, kuih bulan, yong tau foo, tau foo fa dan nasi goreng Cina hahaha aku tak paham sangat part mana yang nasi itu berCina. macam dengan nasi goreng USA. aku pun tak paham part mana yang berUSA tu. tolong habaq mai. Korang rasa pulak. bahagia tak duduk kat Malaysia ni. semua makanan kita boleh melantak. kes tu la aku gemuk. semua aku melantak LOL. I Love Malaysia and I hate Racism. peace =)


Orang kata makan yong tau foo tak gemuk sebab dia rebus tak goreng pakai minyak. tapi makan tak ingat dunia macam aku ni gemuk jugak ! fakof liar ! wakakaka

12 comments:

  1. aku bahagis duduk di malaysia sebab banyak makanan. tp skrg x rase bahagia dah sebab loji nukelar dah start pembinaannya... grr~

    ReplyDelete
  2. UDANG SOTONG AYAM..~usa~ la tu...hah bub makanan cina..ako salu je makan yoong tau fuu tu..tp kat psr malam pnya ah..haha

    ReplyDelete
  3. gua rindu masakan mak gua. huwaa!!!

    ReplyDelete
  4. USA - Udang / Sotong / Ayam ;p

    ReplyDelete
  5. aku pon suka melantak......xkeysah lah pelik2 ke x...asalkan halal dan aku yakin halal nyer....

    ahahah gemuk itu seksi...:)

    ReplyDelete
  6. @IQBAl aku baru tau la. kat mana? takpa2 nanti aku buat research ;)

    @kodok aku pun kadang2 ada beli kat pasar malam jugak :) Ooo baru tau pasal USA tu hahahha Udang Sotong Ayam

    @nub hang tak balik ka? dok UPM lg ka?

    @Wuucin hahaha baru tau

    @misSbLurRy hahhaha i loike.gemok itu sexy

    ReplyDelete
  7. Suka kot yong tau foo. Tapi kalau terlebih pilih mesti mahal. =.=''

    ReplyDelete
  8. aku x boleh lupa kena sembeleh ngan mamak pdg kota 1993 yg lalu....

    ReplyDelete
  9. @Shafiza besa la tu :)

    @khairul hahaha besa la bro kalau amik silap nayaaaaaa hahaha

    ReplyDelete
  10. lah...haishhh...takan kotttt!!hhahah

    ReplyDelete
  11. Aku lapar terbayangkan menu yang kau cakap kat atas tu. damn doe. drooling over food. haha. :p Chinese food sedap doe. Idk how they figure out the whole "orgy in your mouth" taste, but they just make food that tastes as good as a fellatio. hahaha.
    Tapi when it comes to goreng goreng, bagi melayu la wehhh.. :) sedap gak melahap.

    ReplyDelete
  12. ni yie punya blog la ni..

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...