Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Di sini Akuserabut nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. atau bahasa orang putihnya Happy Mother's Day. Sebenarnya aku tertanya-tanya jugak kenapa hari ini ditetapkan menjadi hari ibu? Hari Ahad minggu kedua pada setiap bulan Mei. sebab bagi aku. bukan setakat setahun sekali saja kita ucap selamat kepada ibu-ibu kita. sepatutnya setiap nafas kita. kita doakan ibu kita. tapi orang kata hari ini hari ibu. aku pun wish ja la.

Tadi aku dah wish mama aku. dan sempat melepaskan satu ciuman di pipi mama aku. nak malu buat apa. ibu aku. kalau nak cium pipi ibu sendiri pun malu. itu dah kira ada something wrong la tu. hargai la ibu anda selagi sempat ok ! buat la sesuatu bagi ibu anda senyum atau ketawa. itu yang aku selalu buat sekarang. aku selalu loyar buruk dengan mama aku. bukan bererti aku kurang ajar atau derhaka kepada mama aku. tapi itu style aku. aku rasa senang hati bila tengok mama aku ketawa. suka bila tengok mama aku senyum. kalau korang rasa geli la aku tulis dalam blog macam ni. hmm~ suka hati aku la ! tapi aku taknak mama aku buka blog aku. sebab banyak entry pasal tetek dalam blog aku lol. apa mama aku pikir pulak karang hahaha

Aku masih ingat lagi satu menda yang cikgu aku bagitau aku masa aku sekolah rendah dulu. cikgu aku kata masa korang seronok celebrate birthday korang. korang pernah terpikir tak yang masa hari itu. ibu korang tengah separuh nyawa lahirkan korang. bermati-matian untuk memberi nafas kepada korang untuk hidup dalam dunia ni. sentap aku dengan kata-kata cikgu tu. sampai sekarang kalau tiba hari jadi aku, aku akan ucap thankyou mama. sebab ibu kita la kita dapat hirup udara sekarang tau tak ! ni tak. hari jadi ja keluar seronok dengan kawan-kawan. lepak karaoke la. jangan sampai masa ibu dah tak ada baru nak menangis menyesal. masa ibu ada ni la. korang kena selalu bersama ibu. aku dok kecoh ni pun aku tengah nasihat diri sendiri jugak sebenarnya.

Cikgu aku kata lagi. korang tak patut celebrate birthday korang sebenarnya. nak celebrate buat apa hari ibu korang mungkin bertembung maut. hari ibu korang sakit. hari ibu korang tengah mengalir air mata. semata-mata untuk korang ! semata-mata nak melahirkan korang. ayat-ayat ni dah terpahat dalam kepala otak aku sejak zaman sekolah rendah lagi. terima kasih cikgu kerana menyedarkan aku.

Nanti tacing pulak taip panjang-panjang. apa-apa pun Selamat Hari Ibu.kepada yang masih ada ibu. jangan lupa wish ibu korang k. kata pada ibu. korang sayang ibu. cium muahh sekali kat pipi ibu. buat ibu rasa yang korang menghargai ibu. takyah nak malu-malu ! buat ja :)


Saturday, February 5, 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2011




Happy Chinese New Year kepada semua yang kunjung Blogserabut :) Agak busy akuserabut bila tiba Raya Cina ni....parents akuserabut ada darah Cina..so, kena sambut la... banyak menda nak post dalam blog tapi sekarang busy sikit nak jumpa sanak saudara sambil kutip angpow hahahaha... tua-tua pun dapat angpow lagi... Kalau ikut budaya Cina... selagi seseorang itu masih tidak kahwin, dia layak diberi angpow... aku tak kahwin lagi maka dengan ini aku layak dapat angpow... Tahun ni tahun Arnab kalau ikut kalender Cina... aku harap tahun ni aku banyak 'Ong'...nak buat apa semua success la katakan....harap-harap la~

Kejap lagi akuserabut nak pergi bercuti kat Thailand pulak... 1 Family belah papa pergi except my parents :( nak pergi jumpa sanak saudara kat Thailand pulak... cam serabut je asal usul aku kan? Kepada sesiapa membe blog yang masih sangsi lagi dengan bangsa aku ni aku nak cerita.. akuserabut ni berbangsa Siam yang berwarganegara Malaysia.... Family pulak banyak campur-campur...Siam+Cina... orang yang duduk belah utara semenanjung tahu la tentang bangsa Siam ni.. siapa yang tak tahu nanti la aku bagi serabut lain kali hahahahaha... Happy Chinese New Year sekali lagi dan salam 1 Malaysia...peace ;p


Tuesday, November 9, 2010

AKUSERABUT JADI FOLLOWER KE-200 FITRIHADI.COM

Wahh~rasa bertuah pulak bila boleh jadi follower Fitrihadi.com yang ke-200. Tak sabar rasanya nak ada follower seramai itu. Aran berjanji akan meningkatkan lagi ilmu berbloging ni! hahahaha tiba-tiba ja :)

Terima kasih Encik Fitrihadi kerana sudi membuat entry pasal follower anda yang bertuah ni . Terharu~ Bukan apa, entry macam ni la boleh menarik perhatian reader untuk bersinggah ke BlogSerabut. Sekali gus, meningkatkan view unique BlogSerabut. biasa la blogger beginner, ia sangat bermakna bagi aku (ayat nak touching ja hehehe) terima kasih sekali lagi.

Mai~mai~singgah BlogSerabut. Follow-follow la, nanti aran follow balik :p

Link ke blog FitriHadi - fitrihadi.com

Sneak peek blog FitriHadi


credit to fitrihadi.com

Thursday, October 28, 2010

CARA MENGHALANG PELAJAR MENIRU SEMASA EXAM PALING BERKESAN-LAWAK

Gelak sampai gigi aku berdangdut aku tengok gambar ni hahahhaha~ Ini lah cara tak mahu bagi budak tiru dalam exam yang paling berkesan. Aku tak boleh nak bayangkan kalau aku kena macam ni lol~

Nak tiru sangat ekk?amik ni!!!! hahahahha
Kejap lagi aku ada exam yang pertama sem ni. Wish me luck :) Kepada rakan seperjuangan sekalian semoga berjaya diucapkan~ Caiyok2~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...