Showing posts with label UKM. Show all posts
Showing posts with label UKM. Show all posts

Monday, March 28, 2011

ICAF 2011-KELAB TEATER PRASADA

Ni Akuserabut nak bagitaw Kelab Teater PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn, UKM akan membuat satu persembahan untuk pertandingan teater Inter College Art Festival (ICAF) 2011 yang dianjurkan Pusat Kebudayaan UKM. Pertandingan Teater dalam ICAF ini menggunakan Bahasa Inggeris. jadi kena speaking gitu. Selain pertandingan teater. ada juga pertandingan lain seperti Nasyid, Music dan Tarian. Sesiapa yang berminat datang tengok k, pertandingan bertempat di Panggung Seni UKM. ini poster ICAF 2011 :



Kelab Teater PRASADA kali ini membawa skrip yang ditulis sendiri oleh Pengarah Kelab, Joe Hassan. Skrip untuk ICAF 2011 ini bertajuk ENDLESS LOVE. menceritakan tentang kisah cinta macam tu. malas nak cerita banyak-banyak pasal skrip ni nanti tak stim pulak hahaha.

Arahan :
Syed Omar Faizal a.k.a Saido

Watak-watak dalam skrip Endless Love :

Remy dilakonkan oleh Joe Hassan
Julia dilakonkan oleh Hanismanis
Bella dilakonkan oleh Zety

Persembahan Kelab Teater Prasada berlangsung pada 28.03.2011(Isnin). jam 8.45 malam. bertempat di Panggung Seni UKM. masuk adalah percuma !!! tak kena duit pun. sesiapa yang berminat datang la tengok k. tak berminat pun datang tengok jugak lol


You messin with me, You messin with PRASADA :)

Tuesday, March 1, 2011

KEPUTUSAN PEKAN TEATER UNIVERSITI UKM 2011

Post ini khas untuk budak UKM dan kepada yang mengikuti perkembangan Pekan Teater Universiti (PTU). Akhirnya keputusan sudah diumumkan semalam 28.02.2011 (Isnin) di Panggung Seni, UKM. Di sini akuserabut ingin menyenaraikan senarai pemenang PTU 2011 kepada sesiapa yang belum tahu lagi :

Tempat ke-3 Keseluruhan
Kelab
TEKAD, Kolej Burhannuddin Helmi
Skrip- Kipas Tangan

Dengar khabarnya cerita Kipas Tangan ni merupakan skrip di'translate' dari Bahasa Jepun. Banyak menda yang menarik perhatian aku daripada persembahan Teater Kipas Tangan ni. Sebagai contoh costume(Busana) dan gaya berbahasa yang ala-ala Masyarakat Jepun. Satu lagi set atau latar pentas dia yang merupakan rumah masyarakat Jepun, sangat cantik bagi akuserabut. Bukan senang nak buat teater macam ni. Banyak menda yang akuserabut dapat belajar daripada pementasan Kipas Tangan ni. Tahniah Tekad !!!!

Naib Johan
Kolej Pendeta Za'ba
Skrip- Teare Rossa

Satu kejutan dari Kolej Pendeta Za'ba kali ini sebab berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan PTU 2011. Skrip 'Teare Rossa' yang dibawa mereka untuk PTU kali ini sebenarnya pernah dibawa oleh Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn pada PTU yang lepas iaitu pada 2009 dan Kelab Teater Prasada berjaya menjadi Johan keseluruhan ketika itu. akuserabut suka skrip ni !!!

Johan-Keseluruhan
Kelab
PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn
Skrip- Bukan Dejavu

Tahiah kepada PRASADA kerana sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan PTU, sudah dua kali berturut-turut PRASADA menjadi Johan PTU. Skrip yang dibawa PRASADA kali ini yang bertajuk 'Bukan Dejavu' yang merupakan sambungan skrip 'Dejavu seorang wanita'. Skrip dia pun sangat best bagi akuserabut sebab ada part sedih dan komedi yang seimbang. Pelakon-pelakon komedi dan sedih seakan-akan bersaing sesama sendiri untuk menaikkan mood penonton. Tahniah sekali lagi kepada PRASADA !!!

Anugerah-anugerah lain :
  • Anugerah Kumpulan Harapan - KTDI
  • Anugerah Pengarah Terbaik - SYED OMAR FAIZAL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - MOHD NORYUSOF ROSLI (KPZ)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - MAIZURA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - NAHRIZUL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - ASRINNA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - KUO
  • Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik - TEKAD
  • Anugerah Khas Juri (kumpulan) - KTSN
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - Syafiqa Melvin (PRASADA)
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - watak Jenab (KPZ)
  • Anugerah Artistik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Teknik Persembahan Terbaik - KTDI
  • Anugerah Setting & Props Terbaik - KPZ
  • Anugerah Tatarias Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Tatamuzik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Busana Terbaik - PRASADA

Kelab Teater Prasada berjaya menggondol 10 anugerah daripada 20 anugerah yang dipertandingkan. Tahniah Prasada !!! Semoga Prasada dapat terus lagi memajukan diri dengan ilmu-ilmu teater, belajar dari kesilapan. banyak lagi yang kena belajar, jangan sesekali rasa selesa dengan kejayaan yang dikecapi :) Sampai di sini je la post akuserabut. nak komen lebih-lebih bukan pandai sangat pun pasal teater~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...