Wednesday, November 10, 2010

TETAK IBU AKIBAT BELAJAR ILMU SESAT

Pagi-pagi aku baca berita di Sinar Harian dah disajikan dengan berita tentang seorang anak tergamak menetak kepala ibunya sehingga maut selepas dipercayai terpengaruh dengan buku mengenai makhluk halus yang sering dibaca sejak sebulan lalu. Pasal baca buku makhluk halus ja boleh bunuh ibu sendiri? Binatang!!! emo pagi-pagi ni sebab aku rindu kat mama aku :)

“Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, suspek dipercayai menuntut ilmu sesat sehingga mempunyai niat untuk membunuh ibunya kerana mendakwa ibunya itu telah lama mati. “Suspek juga mendakwa dirinya adalah toyol dan sanggup membunuh ibunya yang dikatakan hanya jasad yang dihantui oleh saka dan santau,” dah jadi manusia elok-elok, nak jadi toyol pulak.



Tiba-tiba terbaca pasal ilmu-ilmu ni, aku nak buat sikit sesi luahan perasaan pasal kehidupan aku yang tak aman di kolej aku dalam post ini. Aku masih lagi menuntut di Universiti Kampung Malaysia. dah masuk tahun ke-3. Kehidupan aku di kolej tidak aman sebab ada seekor dua binatang atau mamat yang bersilat batin dalam bilik.

Kenapa aku panggil mereka ni binatang?? sebab kalau orang,dia faham bahasa
binatang = tak faham bahasa.

Bukan aku nak kata belajar silat tak bagus. Aku tak kisah la kau nak belajar apa pun,silat batin ka, silat tak batin ke, kung fu yang leh terbang ke langit ka, tomoy ka, apa-apa pun la. Belajar la ikut suka hati mak bapak kau. Tapi.....jangan ganggu ketenteraman orang lain boleh tak?

Kenapa aku cakap binatang-binatang tu mengganggu ketenteraman orang lain?
1.Bunyi bising-kalau tak silap binatang-binatang tu belajar ilmu pernafasan. Asyik-asyik bunyi hehh!!!! hehhh!!! hehhhh!!! tak kira siang ke malam. mesti ada ja bunyi tu.

2.Bunyi Bising hentak kaki,dia buat macam kolej ni bapak dia bayar yuran lebih pulak. Aku tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan budak bilik bawah bilik dia. entah hidup ke mati dah. Pagi-pagi pukul 2-3 pagi bunyi tham!! tham!!!! tham!!! gila ke apa?

3.Sehari 3kali dia bersilat. dah macam makan nasi sehari 3kali kadang-kadang lebih. Setiap kali dia bersilat memang ramai yang maki macam-macam. dia boleh buat derkk. aku rasa dia bersilat pakai headphone la. Macam-macam makian dah kami hadiah kat dia. Dia buat rilex ja. Geram la aku dengan binatang-binatang ni.

Dalam kes ini aku nampak satu ja jalan penyelesaian, tolong la belajar kat tempat lain.yang tak kacau orang punya. faham la sikit perasaan orang lain. nak study pun susah, time exam pun dia bersilat dalam bilik.

Boleh bayangkan tak macam mana sengsaranya ketika minggu exam ada bunyi hehh!!! hehh!! hehhh!! tham!!! tham!!! menemani anda study????

Ni aku nak hantar pakcik ni lawan silat dengan dia-Mati la ko pakcik ni pakai silat petir. konfem hitam legam kena petir nanti!!!! hahahahaha




Sumber berita dari Sinarharian

6 comments:

  1. woh, kolej mane tu?
    g ngadu kat pengetua kolej
    bia kne bua kolej terus
    bersilat la hangpa kat luar
    ngeh2

    ReplyDelete
  2. hahahaha... bagi je... pagi tadi die buat lagi... nak je pecah cermin lagi..

    ReplyDelete
  3. peh. tengok rantai dia pon da taw da perangai cam toyol!
    muahahaha! =D

    ReplyDelete
  4. kaaaan~~~ ak pon terpikir nk tulih pasal ni~~~ bagus la ko tulis~~ mcm bongok la budak tu~~ harap2 dia baca ni~~ x sedar diri dok kat tempat public~~~

    ReplyDelete
  5. Kolej Hussoin Ong..aku rasa nak pggil semua ja semua blogger ukm buat review pasal cita dia tu..kita buat terjah+sidang media hahahha post kat suma blog ukm kasi femes sikit dia tu.. nt lg ramai leh blaja silat dari dia hahahahaha

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...