Thursday, December 23, 2010

BAS EXPRESS SRI MAHJUNG KENA BANNED DENGAN AKUSERABUT

Dengan ini aku mengumumkan bahawa aku telah banned bas express Sri Mahjung (bukan nama sebenar). aku akan sedaya upaya mengelakkan diri aku daripada menggunakan perkhidmatan bas Sri Mahjung lagi. Ini gambar bas express syarikat Sri Mahjung



Pernah naik bas ni? korang naik la bas ni, aku tak mau naik dah. serius tak mau dah. Sebab aku banned bas ni kerana aku dan seorang membe aku pernah kena tinggal oleh bas ni dekat perhentian R&R Bukit Gantang lebih kurang sebulan lalu. Bengang dan serabut aku dibuatnya!!!

Cerita dia macam ni, aku dan membe aku naik bas ni untuk balik ke Sungai Petani,Kedah. kami dari Kajang. dalam perjalanan kan ada berhenti-henti (ayat salah grammer). ada sekali tu driver bas ini berhenti di Bukit Gantang. dia bagi masa 20 minit untuk penumpang nak pergi tandas ke, nak makan berak ke.

Aku dan membe aku turun makan kat situ. kami makan burger dan nugget ingat lagi aku. driver bas jugak turun makan. dia makan selang lebih kurang 3 meja dengan kami. bila tengok driver bas tu dah siap makan dan mahu gerak dah.kami pun cepat-cepat habiskan makanan kami dan pergi tandas dalam 2-3 minit. Bila kami pergi ke tempat bas tu parking. tiba-tiba bas tu tak ada. ingatkan dia nak buat Wakenabeb. tapi rupa-rupanya ini cerita serius. kami kena tinggal!!! first time pengalaman aku kena tinggal bas macam tu. gelabah siott!

Orang Kedah kata ayaq mata...hahahahaha... serabut aku time tu..dah la laptop,camera dan barang-barang kami ada dalam bas tu...kami cepat-cepat pergi tanya driver bas-bas lain ada kenal tak driver bas Sri Mahjung tu.

Satu benda aku nak buat luahan kat sini, Cilakak betul!!!!!! kebanyakan driver bas yang kami jumpa kerek macam hanjing!!!! tak sempat nak buat muka kesian dah kena pandang slerkk.. tanya belum habis lagi dah kata tak tau, tak tau.. sedih aku time tu..

Nasib baik la jumpa seorang driver bas dari Sri Mahjung jugak yang baik,yang sudi tolong kami. kata orang dalam sesikat pisang yang rosak mungkin ada sebijik yang elok..hehehee aku tak tau betul ke tak ayat ni.

Punca kami kena tinggal macam ni..dalam satu perjalanan bas express kan ada dua driver.Seorang bawa bas dan seorang tidur. time berhenti tu, yang bawa bas tadi pergi makan,lepas makan dia pergi kejutkan driver seorang lagi untuk ganti dia. Yang tidur tu pula bangun-bangun drive terus,dia ingatkan membe dia dah check semua penumpang. Dua-dua orang tak kira penumpang!!! Benganggg aku!!!

Dah tu bila jumpa kami,salahkan kami pulak, ni la perangai kita, tak mengaku salah dan tak reti nak mintak maaf...diaorang cakap kami lambat..fakk la!!! kami ikut belakang driver tu kot.. Malas kami nak bertengkar dengan orang tua. kami ambil barang kami blah trus.. aku ingat lagi seorang daripada driver tu Cina. tapi nampak macam Melayu. Tua keladi orang tua tu.. nampak awek duduk seorang ja..datang sembang, nak belanja makan la, nak ajak keluar la, macam cabai!!!

2 comments:

  1. hang mencarut la bahasa cina dgn dia aran.kalau dia tak makan saman gak, kutuk pakai bahasa siam :)

    ReplyDelete
  2. hahaha
    pengalaman der
    nanti dah tua bleh crita ngan anak cucu
    ngeh ngeh

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...