Tuesday, August 9, 2011

AKU SERABUT DENGAN PUASA

Semua dok cerita pasai puasa. aku menjadi agak lonely keseorangan di sini. oleh itu aku nak cerita jugak pengalaman aku dengan bulan puasa ni walaupun aku bukan Islam. Aku rasa ramai lagi membe-membe blogger yang tak tahu aku ni bukan orang Melayu dan jugak bukan beragama Islam. nak tau lagi lanjut pergi usha entry-entry lama aku. malas dah nak cerita pasal sejarah hidup aku yang serabut ni.

Aku ni cukup serabut bila datang bulan puasa ni. bukan aku kena puasa. tapi aku terpaksa berlakon puasa jugak kekadang. pasai muka aku ni macam Melayu. orang bangsa Siam dengan Melayu muka lebih kurang. susah nak cam gak. bila orang ingat aku Melayu. kalau aku makan sesuka hati aku di khalayak ramai. komfem difitnahi hahaha lagi pun nak respect la kepada yang berpuasa betul tak. macam-macam kenangan-kenangan lawak aku bila time-time puasa macam ni. kena check IC la. hadoi. meh aku nak cerita.

Ada sekali tu aku teman dua orang membe aku si Mael dan si Kimy buka puasa kat KFC. bila dah beli ayam goreng KFC. kami pun duduk la kat meja dalam KFC tu. penuh orang kat KFC tu. semua dok tunggu masuk waktu buka puasa. tabiat aku pulak. bila duduk ja kat meja makan. aku mesti minum air sikit dulu. selamba rock ja aku sedup air pepsi aku. apa lagi semua makcik pakcik dalam KFC tu usha aku. hadoi spoil betul la. lupa pulak orang tengah puasa. bagi menjernihkan kekalutan yang aku timbulkan. aku pun amik henfon aku dan pura-pura cakap fon. pastu cakap bahasa Siam kuat-kuat lagi! hahaha nak terbatal puasa membe aku gelak.




Kisah kedua pulak. ada orang buat pengakuan tak puasa kat aku. cerita dia macam ni. masa bulan puasa kafe tempat aku belajar buka jugak. nak jual kepada yang bukan Muslim. pekerja kafe situ kebanyakan orang Indonesia. tapi semua speaking KL mantap gila. ada sekali tu. aku lapar sangat waktu tengah hari macam tu. aku pun pergi la kafe jalan-jalan cari makan. terpaksa buat muka selamba sebab lapar tak tahan dah. kebanyakan pekerja kafe kat situ tak tau pun aku bukan Muslim. masa aku order nasi ayam tu. ada seorang mamat Indo tu cakap dengan aku macam ni. " Bro tak puasa ke?" ( sambil tersenyum sinis ). aku pun sengih ja la. malas nak explain. pastu dia dia kata lagi. "saya pun tak puasa jugak". ( sambil gelak heheheh ) adoi lukenabeb! lol.

Cerita ketiga pulak. masa bulan puasa aku pergi makan kat kedai mamak. aku makan kat Subaidah. aku makan dengan membe India seorang. membe India aku seorang ni pulak keturunan India putih. muka macam melayu mamak. masa kami nak pesan nasi lauk. pekerja dia selamba ja cakap. "tak leh makan sini encik. kalau bungkus tak apa". apa kehel pulak tak leh makan sini. nakharun betul! suka hati aku la kan aku nak makan mana pun. bengang aku dengan pekerja ceduk nasi tu. last-last dia bagitau sebab. dia cakap kalau aku dengan membe aku kena tangkap dengan pegawal agama. depa akan didenda sebab benarkan orang Islam melantak masa bulan puasa kat kedai depa. adoi serabut lagi! last-last aku pacakkan IC aku depan Supervisor dia. masa tengah makan aku pampangkan IC aku atas meja makan. baru puas hati aku!

Cukup la 3 cerita aku terserabut masa bulan puasa ni. sebenarnya melambak lagi ada kenangan aku difitnahi masa bulan puasa ni. kena tahan polis hisap rokok atas motor la. kena check IC masa makan kat Mekdi la. kena maki masa minum air dalam kereta la. melambak lagi kalau nak cerita. sampai sini ja la noh. satu aku nak pesan kat korang semua. kalau ada orang boleh selamba rock makan atau hisap rokok depan orang ramai masa bulan puasa. jangan terus buruk sangka terus ok. kurang pahala korang. mana tau depa macam aku ke. orang bukan Islam yang muka macam orang Melayu. peace.

23 comments:

  1. wahahahahaa..
    wahahahaaa..
    lawak weh..
    jap. aku gelak bukan pasal cerita kau tahu?
    aku gelak sebab aku baru cerita kat bf aku pasal kau.
    kau dengar ek aku ngumpat kau?
    hahahahaa..

    ok, jujur citer ko ni lawak la..
    aku de sorang gak member kena macam kau tp aku xingat la yang mana 1. :p

    ReplyDelete
  2. klaka la citer ko hak3..
    sabr la wei..
    nk wt cane..
    da mka ko cam mlyu.. haha

    ReplyDelete
  3. hahaha.. tula.. ang minum masa org dok tggu berbuka.. tgk ang minum sapa x terliuq.. dah la masa2 klimaks.. menguji iman betul.. kahkahkah... :D

    ReplyDelete
  4. puasa jela...bela body bagi kecik..hahhaaha

    ReplyDelete
  5. kesian aku baru tahu ko non muslim haha

    ReplyDelete
  6. woi nakharun apsal tak reply komen ni. hakhakhak

    ReplyDelete
  7. oooo... buat taktau aaa... dah la tak posa...

    ReplyDelete
  8. adoi, haus la plak tekak dok jerit-jerit..

    ReplyDelete
  9. @nub nakharun hang!!!

    @ashraf hahaha

    @Cahaya Mata : :P

    @marina dem serabut hahahaa

    @erniemusliana dah besa dah hehehe

    @khairul x hahahaha

    @Liyana jom2

    @sleeping_maniac90 dah selalu bersabar hehehe

    @lavender harum wangi : kasaq ni!!!

    @Ismail hahaha ada pun hg Mael

    @hazaika sentap!!! hahahha

    @inche hlovate hahahaha apa daaa

    @lavender harum wangi : mai dah ni!!!

    @Amin LOLOLOri hahaha

    ReplyDelete
  10. hehe..cian ko ye..xpela, ak bersimpati ngn ko..

    ReplyDelete
  11. @de_natalio hahahaha skema cam wak kafe hang ni

    ReplyDelete
  12. Hahahaha. damn! aku dok terbayangkan doh situasi kau time tu. HAHAHA. shit ayam seyh.

    Bulan puasa tu aku buat lek je.. eat, drink, smoke depan mata dorang. Aku masuk foodcourt office aku je, semua amoi apek anne aunty dok tengok aku, macam terkejut. wadahel. nak eat in peace pun takboleh pasal orang srabut ngan aku selamba makan time bulan puasa. Nak je aku tulis forehead aku "I'M NOT MALAY / NOR AM I A MUSLIM" biar semua dok stop judge orang. serabut kot. & time kat LRT Star kat Hang Tuah tu, punyalah terbeliak mata sorang Indian girl yang dok sebelah aku, time aku masukkan chewing gum in my mouth. Dok tenung aku je. fuck siaaaa.. FML. serabut time puasa. Haha. But overall, COBAAN masing masing. tak kira muslim / non muslim.

    lesson of the day; Eat, breathe, sleep of FREEDOM. Judging wont get you nowhere. ahaaa. ;)

    btw, lama gila tak bukak blog kau. hahah

    ReplyDelete
  13. @Mia hahaha relax2. tu la aku pun rindu Filipino komen blog aku hahahhaa

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...