Friday, March 18, 2011

SORRY AKU TAK BOLEH JAWAB SALAM




Entry ini ditulis untuk berkongsi pengalaman hidup Akuserabut dan menjelaskan sedikit-sebanyak identiti sebenar aku. Aku taw banyak membe dalam dunia blog ini sangkakan aku Melayu, kalau komen entry akuserabut pun ada yang bagi salam buat pendahuluan, bukan saja dalam blog. di luar pun macam tu jugak. yang tak kenal aku semua ingat aku Melayu. Sebenarnya aku berbangsa Siam dan beragama Buddha. oleh itu, aku tak boleh jawab salam "Assalamualaikum" kalian. Bapak dan mak aku dua2 mix Siam Cina, tapi lebih kepada Siam.

Mesti hairan kan? Aku tahu susah nak jumpa non-Muslim tulis blog dalam Bahasa Melayu. Banyak Blogger non-Muslim tulis blog pakai Bahasa Inggeris. tapi apa salahnya, Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia, bahasa aku jugak sebab aku rakyat Malaysia. Parents aku berasal dari Kedah. orang utara kalau tidak tahu kewujudan Bangsa Siam di Malaysia memang buta sejarah la. Zaman kanak-kanak aku banyak bercampur dengan Cina bila masuk form 4 aku banyak berkawan dengan membe Melayu. sampai sekarang aku rapat dengan Melayu. masa itu la percakapan dalam bahasa Melayu aku 'improve'. dulu aku tak fasih sangat cakap Melayu, cakap Melayu macam orang Cina cakap Melayu. sekarang aku cakap Melayu susah nak kantoi. semua orang ingat aku Melayu kalau tak kenal aku.

Bila orang ingat aku Melayu banyak la yang bagi salam "Assalamualaikum" kat aku. sebab muka aku pun macam Melayu. Siam dengan Melayu mana jauh beza pun dari segi rupa paras dan warna kulit. lebih kurang sama ja. lain la Siam yang darah Cina dia banyak sikit. muka dia lebih kepada Cina. Bila orang Melayu bagi salam "Assalamualaikum" kat aku, kadang-kadang aku explain, kadang-kadang aku buat dono je hehehe sebab malas nak explain. panjang pulak cerita dia nanti. satu menda yang buat aku serabut adalah bila aku tak jawab salam, ada yang buat muka tak puas hati hahaha macam mana aku nak jawab salam "Assalamualaikum" kalau aku bukan Islam. aku selalu sengih dan senyum je. hehehe mungkin itu yang menyebabkan salah paham. Ada menganggap aku kurang ajar sebab tak jawab salam. lepas aku explain baru diaorang malu tersengih-sengih. aku tanya diaorang malaysia ada berapa kaum? banyak jawab diaorang... aku tanya lagi semua rakyat Malaysia beragama Islam ke? tak lah diaorang menjawab.. aku berkata kat diaorang aku tak jawab salam itu dengan "waalaikumsalam" sebab aku orang Siam dan beragama Buddha.. Ohh..sory2 kata diaorang :)

Dulu kat sekolah sampai ada cikgu anggap aku kurang ajar jugak sebab masa bacaan doa aku tak tadah tangan. berdendam cikgu tu dengan aku. aku salah sikit je nak denda aku kaw2 punya. kesian aku hahaha lepas cikgu itu taw yang aku bukan Islam baru dia cerita kat aku yang dia dulu ingat aku kurang ajar. aku baik kot dulu. nerd gitu lol Selain itu, aku paling tak suka masa tiba bulan puasa wakakaka sebab aku terpaksa belakon puasa, walaupun aku tak kena puasa hahaha sebab aku hormat membe-membe aku berpuasa. korang boleh bayangkan tak macam mana kalau korang ternampak orang yang muka macm Melayu makan rilex je masa puasa, mesti heran bin pelik kan? mesti usha tajam je... dalam otak pikir macam2 dah. segan la aku makan kat luar masa puasa, orang usha aku semacam je. padahal aku tak kena puasa pun. Ada sekali tu aku ada orang apa entah check IC aku sebab aku beli McD masa bulan puasa hahaha.

Pengalaman yang aku tak boleh lupa masa aku awal-awal sambung belajar di tempat aku belajar sekarang adalah ada satu kali tu, hari itu hari jumaat. aku bangun lambat, aku bangun dalam pukul 2 petang. bangun2 perut rasa lapar pulak. pergi la kafe nak tapao nasik. aku pergi dengan seluar pendek, rambut serabut sebab tak mandi lagi. tiba-tiba ramai pulak yang baru balik sembahyang jumaat pergi kat kafe nak makan. diaorang dengan baju melayu, songkok, kepiah, serban la.... aku pulak dengan seluar pendek dengan rambut serabut nampak sangat tak mandi lagi. semua usha aku tajam je.. macam nak gaduh je.. aku taw la dalam hati diaorang mesti kata aku tak pergi sembahyang Jumaat.. hahaha dalam hati aku.. kenapa usha aku macam tu? apa salah aku?? wakakaka lepas tu hari jumaat je kalau aku nak pergi kafe aku pakai seluar panjang hahahaha

Banyak lagi kish pengalaman hidup aku yang serabut. tapi macam panjang ja entry ni hehehe cukup la sampai sini. So, aku berharap entry dapat menerangkan sapa Akuserabut :) aku seorang yang anti-racist, aku tak suka orang yang racist!!! salam 1 Malaysia... peace.


53 comments:

  1. ape kate aran ko besaukan sikit tulisan... susah sangat nak bace.. hahahahaha

    ReplyDelete
  2. hang kena cakap kedah aa pasni. ada darah kedah ni... hahaha

    ReplyDelete
  3. member aku cina kelantan..
    ramai lecturer tersilap sebab ingatkan dia melayu islam..keh3
    sebab muka dia sebijik muka melayu..kulit pun kulit melayu..
    awal2 pun aku ingatkan dia melayu..haha

    ReplyDelete
  4. @Aku sila tekan control + hahhaha

    @nub aku memang orang kedah... aku dok SP..cuma blajaq kat Bangi... tulis pun bahasa baku campuq KL sikit takut orang tak paham hahaha

    @farey sama mcm saya hehehehee

    ReplyDelete
  5. ye la aran... hahahaha.. malas aku tekan... nanti nampak gambar ko besoooo sangat.. hahahaa

    ReplyDelete
  6. wahaha. ssh kalo jgi org muke mcm mlayu.. heheh

    ReplyDelete
  7. agak la hahhaha juz my experience :) peace...

    ReplyDelete
  8. apa ang taw hahaha apa daaa..

    ReplyDelete
  9. hahaha...kecian ko..xpe xpe ^_^
    salam 1 malaysia....

    ReplyDelete
  10. aran aku terasa la plak hahahaha aku kan penah bg salam kat kau waktu mula2 knl dlu kan hahaha

    ReplyDelete
  11. xdak pa la..xyah kesian2..hehee i proud to b Malaysian :D

    nina- hahahha lama xchat gn nina ni hihihi

    ReplyDelete
  12. Aran. I have exactly the same problem. Bengang kadang2 macam nak gantung IC kat leher. Nita pernah kena marah dgn pakguard sbb tny tnpa bagi salam. WTF kan. Hahhahaha. :

    ReplyDelete
  13. hi aran..lama x dtg cni..

    to be honest..at first masuk cni.. mmg igt aran melayu..but then xde yang mustahil if aran mampu untuk fasih dalam bahasa melayu..=)

    ReplyDelete
  14. member bella pon sama nama dia sansern perak sike , panggil sam , muka dia originally melayu , cute n ensem lak tu , cuma gelang kat tangan dia jer buat orang tau dia non-muslim hehe

    ReplyDelete
  15. aran. selama ni mati mati aku ingat hang ni aizzat. salah blog. salah orang. *keji betul malu macam ni* LOL :P

    ReplyDelete
  16. owh.. baru ku sedar..
    btw, TAHNIAH sebab anda telah menguasai bahasa melayu dengan sempurna sekali.. ;)


    MySuaraBlog: Setelah 2 minggu tak.....

    ReplyDelete
  17. laaaa...aihh..biaq betik? ingat ang orang melayu ada campuran ka. hahhaa.
    btw, hi wong. tersedak bapak i panggil ong. haha.

    ReplyDelete
  18. walamak wei bro..siyes mati aku ingt hg campoq melayu siam.hukhukhuk..

    hg taw blog tubelawak? tu kezen aku...kadang2 aku tgk hampa nak semacam...

    ReplyDelete
  19. laaaa.baru aku tau hang ni siam+cina LOL

    ReplyDelete
  20. perggghhh... fasih gileee... hahax...

    ReplyDelete
  21. aran, bukan part bulan posa tu ang plg suka ka??? epy gila and excited nk p bazar ramadhan.... hahaha

    ReplyDelete
  22. ler..
    orang kedah ka.
    bak mai nombor amoi satu dua bleh?
    kehkehkeh

    ReplyDelete
  23. Weh aran aku mati-mati ingatkan kau melayu. =.=''

    Respect weh kau tulis blog dalam bm.

    ReplyDelete
  24. hahaha~ aku pun tau kau siam agama budha sebab kau tulis hari tu..hahaha

    ReplyDelete
  25. @nita biasa la tu, Siam dengam Melayu muka lebih kurang ja, tu yang salah paham tu :)

    @Azwa Azee sya budak stpm amik BM lagi... siap A lagi subjek BM saya hahaha tetiba saja nak gtaw :P

    @Bella aran tak pakai tu yang orang tak taw tu :)

    @una xpa2 hehehe

    @mamalia aizat?? alamak sma ke hahaha

    @Zwan tq :)

    @zee ong hahaha say sorry for him hahaha

    @black mawar ye ke? sama tang mana?

    @ayap hahaha mengada la ang..ang taw lama dah

    @Miss apple tq :)

    @doyah hi doyah

    @han hahhaha kak han besa la 1Malaysia kan hehehe

    @A.F.A alamak kalau ada num amoi aku amik dulu la bt pa nak bg ang hahaha

    @Shafisza tq

    @XIX ooo ada2 aku pnah komen dalam entry dulu :)

    ReplyDelete
  26. aku tengah pelik ni, kenapa feed xda dalam dashboard aku, masalah betul acc.


    woha!
    indeed. orang mudah nak sangka kita melayu bila berbahasa melayu.

    tapi aku muslim.

    ReplyDelete
  27. hai aran. aku bukan good talker but aku nak suggest smthing. apa kata daripada avoiding jawap salam, cuba cari maksud kepada salam itu sendiri. salam yang baik membawa makna yang besar tau..... :P
    have a nice day then... :)

    ReplyDelete
  28. @mariea saya tahu maksud salam itu, kat negara2 arab mmg itu cuma satu salam... yang bukan Muslim di sana pun guna salam "Assalamualaikum" dan "Waalaikumsalam"

    cuma tidak dipraktik di Malaysia, kdg2 kalau non-Muslim bagi salam "Assalamualaikum" dianggap macam kurang ajar pulak....

    :) peace

    ReplyDelete
  29. hahahaha teringat dulu2 pun selalu kene cemuh sbb pegi sekolah tak pakai tudung. free2 kena maki dgn senior LELAKI. sedih sungguh. =.=

    ReplyDelete
  30. amorn ni orang apa plak ni??hehehhe

    ReplyDelete
  31. wehhh seriously aku ingat ang islam :P

    btw, aku pon kedah!! hoho

    ReplyDelete
  32. pergh.. gila la.. aku terus folow dengan luahan ko ni.. xpe,no big deal. member sabahan aku pon salu kena.. lagi2 time posa. tapi aku kalo posa sambil hirup slurpee apsal orang xmarah ek? ahhahaa.. [bukan sebab aku pompuan okeh]

    ReplyDelete
  33. @amorn alamak...xtaw pulak hehehhe xpa2 nice to meet u here :)


    @marina muka ko xnampak Malay kot hahahaha

    ReplyDelete
  34. woohhhooo. susah ooo nak jumpa org bukan melayu tp fasih bahasa melayu. tabik spring lah! :)

    ReplyDelete
  35. tq 4 ur tabik spring hahaahaha... tabik xpa jgn tumbuk je kikikiki

    ReplyDelete
  36. aran..artikel yg best giler..hahahaha..u should proud to your own roots man..cayalah sama lu!! ^^,

    ReplyDelete
  37. @kurt tq2 jgn percaya sama wa, wa kuat merapu hahahha just kidding :)

    ReplyDelete
  38. baru tau la kau non-muslim~ hehehe.. :p

    ReplyDelete
  39. aik bukan dah komen ke dulu ???

    ReplyDelete
  40. owh tipah tertipu rupanya. ingatkan muslim~ keh3~ bese ar, ada sorang member pun macam tu gak, agak kecian bila dipandang slek. huh~

    ReplyDelete
  41. @.kozue besa la...aku slalu gak hehehe tapi apa2 pun aku xsalahkan diaorang :)

    ReplyDelete
  42. gile hot topic la post hang yang ni :) nice wey

    ReplyDelete
  43. "satu menda yang buat aku serabut adalah bila aku tak jawab salam, ada yang buat muka tak puas hati hahaha macam mana aku nak jawab salam "Assalamualaikum" kalau aku bukan Islam. aku selalu sengih dan senyum je. hehehe mungkin itu yang menyebabkan salah paham. Ada menganggap aku kurang ajar sebab tak jawab salam. lepas aku explain baru diaorang malu tersengih-sengih. aku tanya diaorang malaysia ada berapa kaum? banyak jawab diaorang... aku tanya lagi semua rakyat Malaysia beragama Islam ke? tak lah diaorang menjawab.. aku berkata kat diaorang aku tak jawab salam itu dengan "waalaikumsalam" sebab aku orang Siam dan beragama Buddha.. Ohh..sory2 kata diaorang :)"
    ----->>> AND THAT MY FRIEND IS A TRUE STORY. ahahahahha
    happened to me as well. Tapi aku balas balik "Waalaikumussalam" dulu. pasal apa? translated in English it means "and upon you be peace". But I just learned that I cant say that now. hahaha. I can only say Wa'alaykum OR alykum je, which means "and unto you". I just googled it out. haha. Ahh.. Google is so useful. :) Complicated shit aye? ahah

    ReplyDelete
  44. @Mia L. hahaha tq Mia Filipino !

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...