Entry ditulis untuk menyedarkan aku dan orang-orang seangkatan dengannya.
Aku mula hisap pada usia aku mencapai 16 tahun, sekarang umur aku 23 tahun. Betul kata orang masa berlalu sangat cepat, dah masuk 7 tahun paru-paru aku sebati dengan asap rokok. Banyak pengalaman pahit manis aku dengan rokok, aku sanggup buat apa saja demi rokok. Susah aku nak terangkan kenapa aku hisap rokok, tapi kalau tanpa rokok hidup aku boleh jadi serabut sekarang. 7 tahun aku hisap rokok banyak kelebihan rokok yang aku dapat kesan setakat ini, macho? cool? stylo? hensem? dan banyak lagi. Tapi keburukan rokok cuma 1 yang aku dapat sepanjang ini iaitu cepat mati !!! Nampaknya kelebihan rokok lebih banyak daripada keburukannya setakat ni.
Rokok jugak menjadi simbol perpaduan bagi aku. Tak percaya? Cuba anda lihat kat Malaysia, perokok terdiri daripada bermacam-macam bangsa dan agama. Apa la sangat dengan kempen 1 Malaysia tu..nak menanam semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia kononnya !!! tapi berkesan ke? Bagi akuserabut.... kempen itu tak berapa berkesan. Lebih baik buat kempen "Satu Bangsa Satu Rokok" komfem berkesan !!! Mana ada bangsa yang tak ada perokok di kalangan bangsa tu. tipu la. aku berani kerat jari laa..mesti ada punya yang hisap rokok. Nampaknya rokok ja yang halal bagi semua bangsa kat dunia. semua bangsa boleh hisap rokok, tak haram di sisi agama masing-masing..ye ke?
Tak ada pelbezaan agama di kalangan perokok..semua beragama ROKOK... itu satu kelebihan tu... ada nampak semangat perpaduan di situ.. nampaknya kempen "Satu Bangsa Satu Rokok" kita semakin berkesan. macam pelik je kan bunyi agama rokok? sebenarnya tak pelik pun kalau anda fikir sedalam-dalamnya. Perokok sanggup buat apa saja demi rokok. tak kira la bangsa dan agama apa sekali pun. Bagi perokok yang beragama Islam, berapa kali anda sembahyang sehari berbanding dengan berapa batang rokok yang anda hisap? Bagi yang beragama Buddha dan Hindu pulak... berapa kali anda bakar colok untuk sembahyang sehari daripada anda bakar rokok? aku bukan nak racist di sini ok, semua menda ini aku nampak di sekeliling aku. Nak baca doa sebelum makan, lebih baik hisap rokok dulu betul tak? takut nanti makanan lambat hadam kalau tak hisap rokok dulu kan. Nampak tak... macam-macam perokok sanggup buat untuk hisap rokok daripada menunaikan tanggungjawab agama masing-masing.
Rokok lah penyelesaian masalah perpaduan di Malaysia. Lepas ni kalau ada masalah apa-apa. jangan kelam-kabut dan serabut. duduk lepak-lepak hisap rokok semua menda boleh setle... Hidup Rokok !!! Kau lah dewa dan pari-pari kami... kau lah segala-galanya bagi kami... kau la pujaan kami...we love rokok!!! Nak je aku cadangkan kat kerajaan... kat kad pengenalan perokok letak "warganegara beragama ROKOK... baru stylo.. mati nanti kapan dengan kotak rokok dan bakar dengan rokok. Serius aku hairan... aku tahu rokok itu bahaya tapi nak jugak hisap, aku rasa ramai perokok yang rasa macam tu jugak. Bila dah gian tu susah nak berhenti, kalau la senang berhenti dah lama aku berhenti tuan-tuan dan puan-puan sekalian oiiiii...
Aku dah pernah try nak berhenti rokok konon la jugak... sampai berhingus dah aku tahan..rasa mengantuk dan tak ada mood je bila tak hisap rokok... sampai nak demam pun ada... tak berjaya jugak aku berhenti.. sekarang aku masih perokok tegar. tapi aku berharap satu hari nanti aku dapat berhenti jugak. sampai sekarang aku masih menunggu hari itu :)
electronic cigarette - johnny depp - the tourist
ReplyDeletehahaha~
aku kena share artikel hang ni :) siyes best dibace hehe
ReplyDeleteperli ke apa??
ReplyDeleteselamat merokok...
ReplyDeletejangan tinggalkan songkok.....
jangan sampai bongkok....
moga cepat behenti kok kok...
hehehe.....best entri nie..ne share...mintak ijin share...
sila2......tq sudi komen :)
ReplyDeleteok. aran. semoga sihat2 aja :)
ReplyDeleteyeah! hidup perokok!
ReplyDeletestandard r tu bila nak stop merokok, mesti ada demam2 skit...tak lama dlm sebln je kot...
ReplyDeletepk sebln sakit ke or sakit kronik y len2 for the rest of ur life? ho.ho~
fuh..nenk aku da nk masok lapan ploh merokok.stylo....masih membanteng tulang tuanya....agak2 kalo belah paru-paru ada kale apelah agknye...en
ReplyDeletenenek aku pun isap okok gak...tp okok daun la :)
ReplyDelete