Showing posts with label CARTOON. Show all posts
Showing posts with label CARTOON. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

APABILA LELAKI BUAT SALAH - LAWAK

Apabila lelaki buat salah.....


Apabila perempuan pulak buat salah....


Serius tak fair kan? lol

via funcage

Tuesday, January 25, 2011

KARTUN LAWAK-LORD OF THE NERDS

Jom layan lawak bangang pagi-pagi :)



source geeksaresexy.net

Wednesday, January 19, 2011

RUPA HITLER APABILA DI'KARTUN'KAN




Siapa yang tak kenal Adolf Hitler search sendiri kat google atau Wikipedia hehehehe... Jom kita layan rupa Hitler yang telah dikartunkan~~




Hitler-Pikachu


Hitler-Teletubby by pussyinboots


Hitler-Chan by PivoteerJK


Sailor-Hitler by SSPirate


Hello Hitler by CazzieRocka

Monday, January 3, 2011

KELUANG MAN THE MAKING




Masih ingat kah anda dengan filem animasi popular keluaran tempatan pada tahun 1999, Keluang Man. Keluang Man merupakan filem animasi tempatan terbaik yang pernah dikeluarkan sebelum filem animasi Upin dan Ipin sekarang... tidak dapat dinafikan filem animasi superhero Keluang Man ini mempunyai sedikit persamaan dengan filem animasi superhero Barat, Batman.. tetapi plot-plot filem animasi Keluang Man lebih kepada berunsurkan budaya masyarakat Malaysia... di dalam jalan ceritanya ditanam pelbagai nilai murni masyarakat setempat seperti perpaduan, tolong-menolong dan sebagainya.

Tiba-tiba aku rasa rindu pulak dengan kartun Keluang man ini... teringat zaman kanak-kanak dulu macam mana setianya dengan Keluang Man, tak pernah 'miss'.... Keluang Man sangat popular ketika itu.. aku minat gila kartun ni.... bagi aku, Keluang Man filem animasi superhero terbaik yang pernah dikeluarkan Malaysia.... pada masa itu, walaupun filem animasi barat lebih hebat kualiti grafiknya tetapi Keluang man tetap menjadi pilihan... aku rasa mungkin penggunaan Bahasa Melayu dalam filem Keluang Man.. ye la, filem animasi barat kan guna Bahasa Inggeris, aku tak faham sangat BI ni dulu.. kat rumah aku tak speaking.. tapi kalau tengok Keluang Man...siap boleh hafal dialog dan lagunya sekali hehehehe

Dekat post ini aku ada sertakan video-video di sebalik tabir filem animasi Keluang man.. semuanya ada 3 part.. dekat video ini ada la menceritakan sejarah dan kisah pembikinan filem animasi superhero terunggul tempatan yang pernah dikeluarkan... Kepada sape-sape yang pernah jadi 'die hard fan' Keluang man masa lalu.. luangkan lah masa anda lebih kurang 20 minit untuk mengetahui serba sedikit The Making of Keluang Man...Layan~

KLIK 'REAMORE' UNTUK VIDEO-VIDEO THE MAKING OF KELUANG MAN

AWEK CUN NYANYI LAGU KELUANG MAN

Ohh.... malam ini sungguh indah... bertambah indah bila aku dengar lagu Keluang man nyanyi Ainan Tasneem...tiba-tiba aku teringat kembali kenangan manis aku menonton cerita kartun Keluang man bersama Ainan Tasneem ketika kami di saat bahagia dulu...Ainan Tasneem........ aran rindu pada mu.. hahahhahaha aku bergurau ja...jom layan cover Keluang man dari Ainan Tasneem..




credit to tokdekar


p/s - post akan datang berkaitan dengan The Making of Keluang man :)

Tuesday, November 9, 2010

KARTUN AKUSERABUT VERSI HANISMANIS





Apa macam?? akuserabut dalam kartun versi Hanismanis. Still macho tak? hahahahaha Beberapa jam yang lalu aku minta cik Hanismanis lukis kartun muka aku. Secara fast and furious, beliau dah siap lukis muka aku dalam kartun. Thanks Hanismanis :) Aran suka~

Cik Hanismanis ni sebenar junior kolej aku. Aku suka view blog beliau, nampak ceria ja dengan kartun-kartun yang kadang-kadang macam kartun ketika zaman tadika pun ada hahahahaha gurau ja Hanis :) Sesiapa yang berminat dengan kartun-kartun lukisan Cik Hanismanis ni sila la ke blog beliau k.

Ni aku buat gif special untuk klik ke blog cik Hanis ni. Siap ada logo Nuffnang lagi kakakaka. Klik la yer.secara automatik anda akan dibawa ke blog Hanismanis :)

hanismanis


Page view blog Hanismanis

credit to hanismanis


Friday, October 29, 2010

SHREK DALAM DUNIA SEBENAR-LAWAK

Aku telah berjaya mendapatkan gambar wajah Shrek yang telah masuk ke alam manusia hahahaha lol~ Tengok gambar di bawah di. Sama tak muka dia? Berjaga-jaga k. Dia boleh mengganas bila-bila masa ja lol~




Friday, October 22, 2010

ANIME HANG TUAH

Khabar baik bagi peminat anime tempatan!!! Studio GONZO yang pernah mengeluarkan anime yang famous seperti Afro Samurai, Blood The Last Vampire Vandred , Full Metal Panic , Blue Submarine No 6 dan Gatekeeper akan mengeluarkan siri anime 26 episod bertajuk Satria - The Warriors of the 7 Elements. Anime ini bakal diarahkan oleh Hiroyuki Kitakubo, pengarah yang terkenal dengan anime Blood The Last Vampire.



Satria adalah anime yang menggunakan mitolosi dan legenda dari Asia Tenggara sebagai basis storyline mereka. Gonzo yang perjanjian 3 hala bersama dengan studio animasi FUNCEL Malaysia dan juga FINAS. Anime ini dijangkakan bakal keudara pada tahun 2012. Tunggu la ekk, boleh tengok Hang Tuah cakap Jepun nanti lol :)


Lakaran awal watak Hang Tuah oleh Hiroyuki Kitakubo. Hang Tuah versi Anime Jepun :)



Laporan asal blogserius

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...