Monday, January 3, 2011

KELUANG MAN THE MAKING




Masih ingat kah anda dengan filem animasi popular keluaran tempatan pada tahun 1999, Keluang Man. Keluang Man merupakan filem animasi tempatan terbaik yang pernah dikeluarkan sebelum filem animasi Upin dan Ipin sekarang... tidak dapat dinafikan filem animasi superhero Keluang Man ini mempunyai sedikit persamaan dengan filem animasi superhero Barat, Batman.. tetapi plot-plot filem animasi Keluang Man lebih kepada berunsurkan budaya masyarakat Malaysia... di dalam jalan ceritanya ditanam pelbagai nilai murni masyarakat setempat seperti perpaduan, tolong-menolong dan sebagainya.

Tiba-tiba aku rasa rindu pulak dengan kartun Keluang man ini... teringat zaman kanak-kanak dulu macam mana setianya dengan Keluang Man, tak pernah 'miss'.... Keluang Man sangat popular ketika itu.. aku minat gila kartun ni.... bagi aku, Keluang Man filem animasi superhero terbaik yang pernah dikeluarkan Malaysia.... pada masa itu, walaupun filem animasi barat lebih hebat kualiti grafiknya tetapi Keluang man tetap menjadi pilihan... aku rasa mungkin penggunaan Bahasa Melayu dalam filem Keluang Man.. ye la, filem animasi barat kan guna Bahasa Inggeris, aku tak faham sangat BI ni dulu.. kat rumah aku tak speaking.. tapi kalau tengok Keluang Man...siap boleh hafal dialog dan lagunya sekali hehehehe

Dekat post ini aku ada sertakan video-video di sebalik tabir filem animasi Keluang man.. semuanya ada 3 part.. dekat video ini ada la menceritakan sejarah dan kisah pembikinan filem animasi superhero terunggul tempatan yang pernah dikeluarkan... Kepada sape-sape yang pernah jadi 'die hard fan' Keluang man masa lalu.. luangkan lah masa anda lebih kurang 20 minit untuk mengetahui serba sedikit The Making of Keluang Man...Layan~

KLIK 'REAMORE' UNTUK VIDEO-VIDEO THE MAKING OF KELUANG MAN

Part 1


Part 2


Part 3




credit to ameirhamzahhashim

6 comments:

  1. keluang man ! haha. aku lah salah sorang die hard fan dye. ultraman pon besh ! hehe :)

    ReplyDelete
  2. aku still menunggu drama atau filem live action keluang man.. mmg blh dpt box-office la kalau dibikin.!

    ReplyDelete
  3. keluang man~!!! yeahhhhaaaa~!! haha, nak nyanyi lagu keluang man la.. bole x? bole x? hahah :D

    ReplyDelete
  4. ini sangat legend! aku share kat fb! yearghhh!

    ReplyDelete
  5. hehe..since hujnbg 1997 pun aku dh nengok kluang man ni bro..apapun, trgt zman pom 4 taim tu..cita kluang man tu mmg lwk la, ayat power..hehe

    ReplyDelete
  6. thx 4 da all komen rider..yup Keluangman mmg Legend !!!! :D

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...