Saturday, April 2, 2011

KECELARUAN BERBAHASA




Di sini aku nak berkongsi kisah kurang sedih aku yang mengalami penyakit kecelaruan berbahasa. Lama dah aku ada penyakit ini sebenarnya. dari zaman sekolah rendah lagi. kecelauan berbahasa yang aku maksudkan adalah keadaan aku konfius dengan bahasa apa yang patut aku guna. aku bukan nak kerek kat sini yang aku boleh menguasai banyak bahasa. ini cuma kisah hidup aku yang serabut. Bahasa yang aku fasih dan selalu aku guna ialah Bahasa Siam, Melayu dan Mandarin. Bahasa yang aku faham dan jarang guna pulak Kantonis, Hokkien dan English. Bahasa English aku guna masa kelas atau masa belajar ja. boleh la cakap sedikit dua dikit. Kat sini juga aku nak cari sesiapa yang senasib dengan aku dan pernah mengalami pengalaman macam ini.

Bila banyak bahasa aku boleh cakap dan paham. kadang-kadang aku konfius bahasa apa yang patut aku guna !!! Benda ini banyak berlaku ketika aku baru bangun tidur atau keadaan di mana aku separuh sedar. bahasa pasar panggil mamai. Oleh itu, banyak la kisah lawak yang aku alami disebabkan masalah ini. Kadang-kadang aku cakap Mandarin dengan membe Melayu aku masa dia kejut aku bangun dari tidur. Pernah jugak aku cakap Siam dengan membe Melayu aku bila aku baru bangun dari tidur. nganga membe aku hahaha kelakar gila masa itu. konfiden ja aku cakap Siam dengan membe aku dan membe aku pulak selambe ja angguk macam paham. cilaka betul dia tu!!! aku yang serabut bertambah serabut dibuatnya. Bila aku sedar baru aku perasan. pasal apa la aku cakap Siam dengan dia ni wakaka malu !!!

Kat rumah. bahasa perantaraan family aku adalah bahasa Siam sebab aku berbangsa Siam. Mak dan adik perempuan aku selalu kena dengan aku. bila diaorang kejut aku dari tidur. kalau aku cakap Mandarin tak hairan sangat lagi sebab kadang-kadang aku cakap Mandarin dengan adik aku kat rumah. Yang hairannya aku cakap Melayu kat rumah. haiz serabut-serabut. tapi menda ni dah biasa berlaku di rumah aku. aku ja ada penyakit ni .adik aku tak ada pulak. Aku rasa susah aku nak buang kecelaruan berbahasa ini. memang ada kelebihan kalau tahu banyak bahasa tapi ini la yang berlaku kat aku sekarang ni.

Dulu lepas SPM bapak aku siap nak hantar aku belajar bahasa Jepun atau Korea lagi sebab dia ada membe Jepun dan Korea. Nasib baik mak aku tak bagi. takut aku gila katanya hahaha. selambe dek je mak aku 'sound' bapak aku. "ang nak anak ang gila ke?" (tapi dalam bahasa Siam la) hahaha tapi best jugak tahu banyak bahasa ni, banyak ilmu aku boleh dapat. macam-macam budaya orang aku boleh belajar.

Ni satu lagi ni. walaupun aku ada darah Cina tapi muka aku macam Melayu ok!!! berjambang ! kat rumah adik beradik aku siap panggil aku Mat Bangla lagi sebab jambang aku. Cilaka betul!!! aku selalu cakap Melayu ja dengan orang Cina yang tak kenal aku. malas aku nak cakap Cina. nanti dia tanya banyak pulak. kalau orang Cina tak tahu aku boleh cakap Cina. baru la senang aku nak tahu diaorang mengumpat aku ke tak. betul tak? sapa kutuk dan mengumpat aku siap la ang aku maki balik lol

Sekarang ni banyak orang Melayu hantar anak diaorang belajar di sekolah rendah Cina. tak hairan la ramai orang Melayu paham bahasa Cina sekarang atau kelak. Bagus la. Banyak kelebihan kalau tahu banyak bahasa. tak payah nak pakai juru bahasa kalau nak pergi melancong.jimat duit ooo hehehe. Entry ini cuma aku nak berkongsi kisah hidup aku yang serabut. bukan nak kerek. sapa kata aku kerek sila pergi jahanam hahaha peace. Aku benci racist !!!

8 comments:

  1. bahasa cinta hang terar?? hahaha

    ReplyDelete
  2. @nub tak pandai la..kena blaja dari ang la otai hahahha

    @fatin tq2 :)

    @misSbLurRy wo hao hahahhaha

    ReplyDelete
  3. Pernah jugak aku cakap Siam dengan membe Melayu aku bila aku baru bangun dari tidur. nganga membe aku hahaha kelakar gila masa itu. konfiden ja aku cakap Siam dengan membe aku dan membe aku pulak selambe ja angguk macam paham.

    SAMA LAH KITA!

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...