Friday, April 1, 2011

ROKOK ITU UBAT





Entry ini ditulis dengan hanya menggunakan bahagian negatif otak aku dan sedikit otak merapu belah kanan ( otak yang dekat dengan telinga kanan). Kalau otak negatif dan merapu anda tengah berkobar-kobar dan rasa lapang macam habis final exam tak salah anda membaca entry ni.

Mesti korang tak tahu kan yang rokok juga merupakan ubat. aku tak tipu ni. kalau bukan. pasal apa bilangan perokok semakin bertambah-tambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan (geli aku dengan ayat ni). diaorang tengah mengubat la tu. mengubat dengan rokok macam-macam. Di sini Akuserabut telah membuat kajian penyakit dan merungkai penyakit apa yang boleh sembuh dengan rokok atau omputih panggil cilakaret!!!

Penyakit pertama yang boleh sembuh kononnya dengan rokok adalah stress atau migraine. merokok boleh menghilangkan stress ok !!! masa nak exam ke. rokok boleh mengatasai penyakit ini. stress ja hisap rokok, stress ja hisap rokok. Disini aku dapat buat satu kesimpulan ekonomi iaitu pendapatan penjual rokok bergantung kepada kadar kestressan perokok. semaki stress perokok, semakin banyak rokok yang dapat dijual. mari la kita ramai-ramai stress untuk meningkatkan pendapatan negara.

Selain itu batuk juga dapat diubat dengan rokok. perokok yang sakit tekak atau rasa nak terbatuk-batuk lebih gemar hisap rokok jenis mentol. serius sejuk sikit tekak kalau rasa nak batuk. batuk pun batuk sejuk-sejuk ja. rasa macam duduk kat negara bersalji sebab ada wap kuar dari mulut lol kalau rasa batuk atau sakit tekak hisap rokok mentol ok.


Cool iklan ni :P

Selsema. yang ni aku selalu buat. kalau rasa selsema dan sakit hidung ja. rokok yang paling mujarab ialah Suriya (Gudang garam). aku pernah try ni. hilang selsema aku sekejap bila hisap Gudang garam. tak tipu ehh korang try la kalau tak percaya.


Suriya (Gudang Garam)

Rokok juga dikenali sebagai ubat anti-sembelit. ini kes serius ni. perokok kalau berak tak ada rokok. maksudnya berjam la dia bertapa dalam jamban tu. aku pun tak tahu la kenapa. kalau tak rokok, susah nak kuar berak aku hahaha kalau sambil berhajat sambil berokok kan feel tenang ja. berak pun pun senang sikit nak kuar sambil berbunyi ploop~ploop~ hahaha

Yang ke-5 rokok juga penghadam makanan, ini cerita betul ni bukan reka-reka suka hati. perokok kalau lepas makan tak hisap rokok. tengok dia macam mana. tak senang duduk dia. rasa macam gian gila la. lepas makan tak dak rokok boleh demam perokok. Oleh itu, aku dapat katakan yang makan dengan rokok berkadar langsung, lepas makan must rokok, no rokok boleh mati. fakoff!!!

Sampai sini je la aku merapu. Merokok membahayakan kesihatan!! kenapa aku hisap lagi??!! fakk la rokok ni. pakai bomoh apa tak tau??

8 comments:

  1. laa ni bantai canyon pon sakit tekak... adehhh

    ReplyDelete
  2. pic doc yg merokok sgt cool. hahahahaha lol

    ReplyDelete
  3. ex aku dulu jenis gitu la. yang sembelit kalau takde rokok time berak. tak paham sungguh~ -.-"

    ReplyDelete
  4. yang pi isap lagi apa pasai.. tinggai je teruih.. lama2 ilang la penyakit tuh..

    insyaAllah.. =)

    ReplyDelete
  5. aku syak, bomoh la yg stat buat rokok. lepas tu sume org nak. ciss!

    ReplyDelete
  6. @nub aku hisap john la ni jimat hahaha

    @Iqbal aku rasa jugak hahahha

    @ika standard la..hehehe

    @Along Usop tgh slow2 la ni :)

    @marina hahahhahhaha

    ReplyDelete
  7. aku slalu berak keras. lps ni kena merokok.

    ReplyDelete
  8. hahahhaa like ur komen bedpet kakaka

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...