Wednesday, December 22, 2010

TRAGEDI SIMPANG PULAI CAMERON HIGHLANDS-AKU RESPECT DENGAN POLIS NI

Rasanya ramai yang sudah tahu pasal kemalangan yang berlaku di Simpang Pulai, Cameron Highlands pada 20.12.2010 lalu. Malas aku nak buat entry pasal kemalangan yang mengorbankan 28 nyawa itu lagi. Sesiapa yang tak tahu lagi search je la kat Google melambak link yang akan keluar nanti. Dekat Youtube pun ada aku dah try seacrh tadi.

Aku nak post berkaitan dengan satu gambar tragedi di Simpang Pulai yang aku jumpa di surat khabar Kosmo sebentar tadi,Kosmo keluaran 21 Desember 2010,mukasurat last sekali kalau korang ada beli.Ini gambar tersebut


(Gambar ini aku print screen dari Kosmo menggunakan Hp Nokia 5800 Express Music membe aku hehehehe)

Apa yang aku nampak dari gambar ini adalah seorang anggota polis sedang mengangkat orang yang cedera sambil tersenyum gheee~~Aku jugak ada tanya pendapat beberapa membe aku pasal gambar ni. Membe-membe aku semua cakap polis ni macam senyum, macam sedang happy je, tak tahu la pulak kalau dia sedih muka reaksi macam ni kan?

Aku serius respect polis ni, boleh senyum dengan keadaan yang agak meloyarkan bagi orang normal. Siapa tak loyar aku 'saluttt'..dengan keadaan mayat putus-putus, kesan darah di merata-rata. Beliau boleh tersenyum indah sambil menjalankan tugas. Respect tak anda??

Ada membe aku cakap dia dah biasa kot berdepan dengan mayat hari-hari...hmm~logik jugak kan? dah biasa dah kot. Tak tahu la kalau saudara-mara dia yang terlibat dengan kemalangan macam tu dia boleh tersenyum indah lagi tak?

Tuesday, December 21, 2010

MAXIS HOT TIKET BERJAYA BUAT AKU SERABUT+ GELABAH

Kali ini aku nak kongsi pengalaman akuserabut yang tergelabah dengan Maxis Hot Tiket. Memang Hot aku dibuatnya hahahahaha.. Hot tiket ini merupakan sejenis Topup dari Maxis bagi pengguna Maxis yang menggunakan prepaid. Tapi dia lain dari topup biasa kerana bukan nilai RM yang ditopup tetapi minit call dan sms yang ditopupkan jika menggunakan topup Hot tiket.

Ini yang anda akan dapat jika topup mengunakan Hot Tiket



Selain itu, dengan kad Hot Tiket ni anda boleh makan Pizza Hut hanya dengan tambah RM1



Cerita dia macam ni, aku jarang topup Maxis sebab aku ada guna postpaid Celcom. Aku cuma topup Maxis bila line postpaid Celcom aku kena block sebab lambat bayar hehehehehe. Ada sekali ni, aku first time topup dengan Hot Tiket ni. So aku tak paham sangat pasal Hot Tiket ni. Yang aku tahu boleh call mana-mana network selama 120 minit. Agak menarik kan? Berbaloi.

Expired date Hot Tiket yang berharga RM15 ni selama 10 hari. Seingat aku, aku cuma pakai call tak sampai 10 minit sebelum expired date, ada balance lagi lebih kurang 110 minit, tapi aku bila check balance selepas expired date, baki dah tak ada. Gila serabut aku, tak kan 'burn' camtu je baki 110 mint aku!!!! huhuhuhu Hot la sebab tak paham pasai Hot Tiket ni. Siapa tak gelabah topup RM15 sempat call 10mint je.

Tapi sekarang aku dah tak serabut dah, sebab aku dah call tanya customer service Maxis hehehe Operator tu cakap, bila topup balik dengan Hot Tiket, Balance sebelum tu akan tu akan tambah balik. tapi aku tak topup lagi. Kalau aku topup tak bagi aku balance yang lepas, jaga Maxis!!! akan aku saman !! hahahahahhaa

Monday, December 20, 2010

MALAYSIA LAYAK KE FINAL AFF SUZUKI CUP 2010




Sekali lagi aku lambat update pasal AFF Suzuki Cup 2010 hehehehe...tapi aku nak tulis jugak sebab aku bersemangat sokong Malaysia gila babing kali ni huhh!!! Akhirnya Malaysia berjaya melangkah ke Final Suzuki Cup yang akan bertemu Indonesia sekali lagi.

Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir Suzuki Cup setelah dapat mempertahankan kemenangan di perlawanan kedua separuh akhir di Vietnam dengan keputusan perlawanan seri 0-0. Malaysia menang dengan agregat 2-0. Tahniah diucapkan kepada skuad negara.

Mampukah skuad negara dapat membalas balik kekalahan 5-1 dengan Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan hari tu? kita tengok lah nanti. aku akan sokong Malaysia beribu-ribu peratus hahahahhaha...

Jangan lupa saksikan perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 di antara Malaysia vs Indonesia ok!!!

Perlawanan pertama di Bukit Jalil- 26 Dec 2010

Perlawanan ke2 di Jakarta, Indonesia- 29 Dec 2010

Highlight perlawanan ke2 separuh akhir yang berlangsung di Vietnam 0-0


video credit to kevinphamsvdt

Friday, December 17, 2010

JOM JOIN MINI GATHERING BLOGGER UTARA

Ni aku nak habaq,aku jumpa info ni kat blog Gadis Kampung Separa Bandar. Depa nak buat gathering untuk bloger utara. Sapa-sapa rasa yang duduk belah utara boleh la p join. Aku tak leh p sebab aku baru balik bangi ni, nak bukak sem baru dah. Besa la budak sekolah lagi aku ni hahahahaa Teringin jugak nak join menda ni. tapi nak buat camna kan. tak kesampaian

Sapa-sapa yang free boleh la p join, terutama yang duk belah Penang, Kedah dan Perlis. bukan rugi pun.leh kenai kawan-kawan baru. tukaq-tukaq pendapatan dalam dunia blog ni. Depa ajak men bowling. Sapa yang teringin dan tanya apa-apa pasal gathering ni boleh la ke blog :

http://www.nurrcahaya.blogspot.com/

Number fon GKSB@anyss-019-4446535

Add YM anyss- anyss_0327

Tarikh gathering : 25 Disember 2010 (Sabtu)

Masa gathering : 2 pm

Lokasi : Pacific Star Parade Alor Star

Aktiviti : Bowling dan Ice Skating




Thursday, December 16, 2010

KANTOI PROJECT DI SIANG HARI

Memandangkan petang ni agak panas bagi aku. aku nak post satu entry yang serius dan panas petang ni huhh!!! gambar yang aku post ni merupakan gambar yang memalukan dan tidak patut diikuti mana-mana pihak!!!

Ini merupakan beberapa bijik gambar yang berjaya ditangkap oleh seorang penumpang helikopter semasa beliau sedang meronda-ronda di atas awan yang biru ke-purple-an :p Semasa beliau di atas awan, beliau berjaya menangkap gambar sepasang couple yang sedang memprojectkan diri mereka...atau dikenali sebagai romen dalam bahasa mudah...... serius malu!!!

Nah ini gambar-gambarnya!!!!

Permandangan dari helikopter


Beliau menzoomkan kamera secara rawak

Tiba-tiba beliau perasan sesuatu


Ehh...apa tu???

dah nampak dah!!!



Cilakak romen siang2 hari...siap buat doggy style lagi hahahahahha gotcha!!!!!

Hahahaha saja nak buat gotchaa petang ni hehehehe jangan marah :) peace

-Out of topic-
Kepada Nina Budak Giler + Cadbury hahahahaha, aran dah berjaya follow kamu setelah aku gagal follow kamu dekat berpuluh-puluh kali,kadang-kadang seribu kali hehehehe aran pun xtaw kenapa.tapi aran try remove and follow balik baru boleh :) ...ini buktinya hehehehhe




via willbarnesonline

LELAKI VS PEREMPUAN-BILA MASUK TANDAS

Hari ini aku rasa bertuah pulak bangun pagi-pagi. bukak-bukak blog baru aku perasan aku follower ke-199 blog Arine Romano rupanya. Beliau siap post satu entry untuk follower bertuah beliau lagi hahahaha aku la tu.. Tq2 :)

Pagi ni aku nak post pasal satu benda yang kita dah tahu, tapi kita tak tahu. macam mana tuh?? aku pun tak tahu hahahaha..Sebenarnya aku nak post satu pic yang dapat menerangkan kenapa perempuan selalu lambat bila masuk tandas? Agak melucukan jugak gambar ni, tapi ini cerita serius ok.bukan direka-reka.

Sesiapa yang pernah keluar date dengan makwe dia taw la menda ni. masuk tandas pun lambat, bila pilih baju makkk aiiiii banyak pulak baju dia..luar dalam atas bawah semua kena beli. bab kasut la yang aku bengang sekali, kalau ada 10 kedai 10 la kedai dia masuk, dah tengok banyak tak beli pulak...haizz asal aku buat luahan perasaan plak kat sini?hehehehehe saja nak cite pengalaman keluar dengan kawan perempuan :)

Jom kita layan gambar lelaki vs perempuan masuk tandas~~hehehehe


So, siapa menang? comfirm la lelaki hahahahhahaha


via thisblogrules

Wednesday, December 15, 2010

MALAYSIA 2-0 VIETNAM AFF SUZUKI CUP SEPARUH AKHIR PERTAMA




Skuad Malaysia telah berjaya menundukkan Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama bertempat di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Kemenangan 2-0 ke atas Vietnam tadi merupakan satu khabar gembira bagi seluruh rakyat Malaysia. Sesiapa yang tak seronok lantak la, pergi mampuih aku ucapkan hahahahaha

2 gol kemenangan tadi disumbangkan Safee Sali. Dua2 gol disumbangkan pada separuh masa kedua. Namun aku di sini mengharapkan skuad Malaysia jangan terlalu leka dengan kemenangan ini dan berjuang habis-habisan ketika perlawanan separuh akhir kedua yang akan di adakan di Vietnam nanti. Perlawanan separuh akhir kedua nanti dijadualkan diadakan pada 19 Dec 2010.

Marilah kita sama-sama terus memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia supaya dapat mempertahankan kemenangan ketika perlawanan separuh akhir kedua di Vietnam nanti ,supaya pasukan Malaysia layak untuk perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 Caiyok2 :)

Di sini aku sertakan video highlight perlawanan separuh akhir kedua AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia 2-0 Vietnam.




Diulangi !!!
perlawanan separuh akhir kedua yang bertempat di Vietnam berlangsung pada 19 Dec 2010


Highlight video credit to meriam-sijagur


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...