Tuesday, December 28, 2010

BENDA YANG BUAT AKU SERABUT BILA TENGOK BOLA KAT STADIUM

Saja aku nak buat luahan perasaan dan kongsi pengalaman aku malam-malam buta ni. aku nak cerita sikit pasal benda yang tak patut berlaku bila menonton perlawanan bola sepak secara live di Stadium. Serabut aku tengok bola kat Bukit Jalil semalam. Game cantik tapi keadaan dalam stadium Bukit Jalil macam rusuhan yang selalu berlaku ketika pilihan raya. Serius tak tipu..ni aku ada listkan benda yang tak patut berlaku dan boleh menyerabutkan kepala aku.

1.) Bakar Mercun dan Bunga Api
Aku rasa benda ni sukar dibendung sebab bila mercun atau bunga api dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab, kebanyakan penonton bersorak, happy ja,,rasa macam malam raya pun ada hahaha nervous aku tengok bola semalam, takut mercun jatuh atas kepala aku sebab aku duduk tingkat bawah. orang duduk tingkat atas yang dok baling mercun...cilakak punya risau aku semalam. Yang lagi stylo nya jangan kata mercun dan bunga api, bom asap pun ada..pengalaman aku semalam, ada mamat bodoh phiang!!! mana tak taw baling bom asap kat tempat penonton duduk. betul-betul depan aku,lari lintang pukang aku dibuatnya.. memang pig gila sapa yang baling tu..yang aku kesian budak-budak yang ada dekat situ...haiz....

2.) Baling-membaling
Suka hati ja baling botol merata-rata, tu yang aku rasa macam rusuhan pilihan raya dah semalam, yang buat aku panas ni, kalau dia terer baling tak pa, botol tak kena orang, ini tak.. baling macam bapok..jatuh atas kepala orang..sakit dow kena..awek depan aku kena sebijik, padahal tak dahaga pun dia,dapat botol air free,hahahhahaah menangis teresak-esak dia..macam failed spm hahaha

3.) Suka Berdiri Ketika Perlawanan Tengah Berlansung
Taw la excited tengok bola, jangan la dok berdiri, orang belakang nak tengok pa, baik tengok kat TV ja kalau pergi asyik tengok belakang orang ja.. bila orang depan berdiri, orang belakang pun comfirm la nak berdiri sama betul tak? yang duduk belakang lagi nuh pun nak kena berdiri sama, last-last semua berjangkit virus berdiri.. penat ooo sat berdiri sat duduk..macam aku sakit buntot sebab kena tibai dengan cikgu disiplin zaman sekolah menengah dulu..tak leh duduk lama-lama pedih buntot hahahhahhaa

4.) Main Laser
Bawa laser dan halakan kepada pemain..ni bukan laser 10 ringgit yang macam kita selau beli, ni bapak laser ni..laser hijau...semalam yang aku perasan laser cuma dihalakan kepada pemain Indonesia ja...aku rasa ini la balasannya kepada mereka..dulu ketika Malaysia main di tempat mereka, laser hijau ni mereka yang start...nak kata padan muka ke tak macam ni?? sebab laser ni la sampai perlawanan hampir ditangguhkan. tapi kalau boleh jangan la buat macam tu..bila dua-dua pihak saling balas membalas..bila nak settle betul tak??



Ini lah antara menda-menda utama yang boleh menyerabutkan kepala aku bila aku tengok bola kat stadium.. aku rasa semua ni amat tidak patut berlaku di mana-mana perlawanan bola sepak. Bila la pemikiran kita nak maju? kalau perangai masih lagi macam babun. Gelak ja 'mat salleh' tengok perangai kita... nak ke diaorang cakap rakyat Malaysia macam Babun, 'mereka' nak jadi babun..biar la mereka..kita tak perlu nak ikut mereka pulak k :)

Satu berita baik untuk penyokong Malaysia yang aku jumpa di beloghakimy , kemungkinan final kedua Piala Suzuki tidak akan diadakan di Indonesia kerana penyokong mereka sendiri melakukan provokasi sehingga berlakunya rusuhan di Stadium Gelora Bungkarno. Rusuhan ini berlaku disebabkan mereka kepenatan menunggu untuk membeli tiket sehingga merosakkan pagar dan padang stadium. satu kelebihan untuk skuad Malaysia jika perlawanan final kedua diadakan di stadium neutral. Serabut aku dengan penyokong fanatik Indonesia. sampai macam tu sekali dibuatnya.. sampai ceroboh masuk stadium...serius gengster kampung pisang hahahaha



Monday, December 27, 2010

ANGKA 26 MEMBUATKAN RAKYAT INDONESIA JADI TRAUMA

Aku tertarik dengan kenyataan membe aku post kat facebook. dia pulak dapat kenyataan ni dari orang lain,so aku tak taw kenyataan siapa. layan je la~


26 Disember 2004, Tsunami di Acheh
26 Mei 2006 Gempa bumi di Jogjakarta
26 Disember Kalah kepada Malaysia

Gol pertama dan ketiga umur penjaringnya 26 (Mohd Safee Sali)
Gol kedua penjaringnya memakai jersi 26 (Ashari Samsudin)
Angka 26 menjadi tarikh menakutkan bagi rakyat Indonesia hahahahaha



Serius lol kenyataan ni hahahhhahahha

MALAYSIA 3-0 INDONESIA FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 FIRST LEG

Memang best la game Malaysia tadi. memang talak rugi punya aku pergi tengok live kat Bukit Jalil sebentar tadi. Malaysia berjaya mendahului 3-0 dalam final AFF Suzuki Cup 2010 dalam perlawanan pertama final AFF Suzuki Cup 2010. Perlawanan kedua pulak akan berlangsung di Indonesia 29 Desember 2010 (Rabu) nanti.

Harap-harap skuad negara dapat mempertahankan kemenangan di Indonesia nanti. Jangan pulak seronok terlebih macam penyokong dia. penyokong dia punya seronok macam dah menang dan jadi juara dah, termasuk aku hahahaha. Aku berharap pemain Malaysia dapat mengawal mental mereka ketika bermain di tempat lawan nanti. buktikan Malaysia layak menjadi Juara. Go go Malaysia!!!! dan moga-moga dapat bermain dengan dabest macam tadi.. wa sokong lu olang skuad Malaysia. tiba-tiba wa semangat lebih ni. Mari kita bersatu menyokong skuad negara!! mari!!

Gol-gol yang berjaya disumbangkan sebentar tadi

Mohd Safee Bin Mohd Sali-60' & 72'
Mohamad Ashari Bin Samsudin-68'


Gambar kenangan bersama membe aku dan juga geng blogserabut aku iaitu Kimy dan Iznul sebentar tadi hehehehe penat kami memekak tadi sampai sakit-sakit tekak dah ni hahahaha



p/s -Seronok Malaysia menang punya pasal tadi tertinggal baju 1Malaysia aku dapat free tadi huhuhu rasa rugi , dah dapat free, tertinggal pulak.

- Post akan datang berkaitan dengan menda yang aku tak suka bila tengok bola kat stadium

Saturday, December 25, 2010

JOM TENGOK FINAL AFF SUZUKI CUP-BUKIT JALIL



Jom tengok perlawanan bola sepak Final AFF Suzuki Cup first leg kat Bukit Jalil esok (26-12-2010-Ahad). Esok merupakan pertemuan antara skuad negara bertemu Indonesia. Sesiapa yang duduk berdekatan dengan Bukit Jalil pergi la sokong Malaysia k. Jangan biar Bukit Jalil jadi macam Jakarta esok!!!!! Penyokong Indonesia mesti ramai esok. berkilo yang datang comfirm. Tak kan nak biar je?

Aku pergi esok. tumpang membe je. tiket pun mintak membe aku tolong belikan. beli yang paling murah je RM30. ok la tu hehehehehe.Kepada yang tak dapat pergi tengok live. boleh tengok kat TV pada pukul 8.00 malam. antara TV1 atau TV2. Jangan Lupa!!!

Hidup Malaysia!!!! menang nanti mintak-mintak dapat cuti peristiwa macam zaman sekolah dulu hahahahhahaa


Thursday, December 23, 2010

BILA ORANG KULIT HITAM DIPUTIHKAN

Ini merupakan gambar-gambar orang berkulit hitam popular yang telah diputihkan melalui Photoshop. Serius style orang yang edit ni. aku teringin juga nak belajar sampai tahap pro (profesional bukan progol hahahahaha)..tapi tak ada masa nak explore kaw2 lagi hehehehe..kerja sekolah banyak sangat hahahhaha..

Will Smith


Barrack Obama




Michelle Obama


Oprah Winfrey


Ni pulak special sikit, Angelina Jolie dari kulit putih dihitamkan

DINOSAUR MASIH WUJUD?-LAWAK

Percayakah anda bahawa dinosaur masih wujud? aku telah mendapat satu maklumat yang menyatakan dinasaur masih wujud di Amerika Selatan dan Afrika. Tengok gambar ni :)



Percaya ke belum? hahahahahaha


pic source topstrange

BAS EXPRESS SRI MAHJUNG KENA BANNED DENGAN AKUSERABUT

Dengan ini aku mengumumkan bahawa aku telah banned bas express Sri Mahjung (bukan nama sebenar). aku akan sedaya upaya mengelakkan diri aku daripada menggunakan perkhidmatan bas Sri Mahjung lagi. Ini gambar bas express syarikat Sri Mahjung



Pernah naik bas ni? korang naik la bas ni, aku tak mau naik dah. serius tak mau dah. Sebab aku banned bas ni kerana aku dan seorang membe aku pernah kena tinggal oleh bas ni dekat perhentian R&R Bukit Gantang lebih kurang sebulan lalu. Bengang dan serabut aku dibuatnya!!!

Cerita dia macam ni, aku dan membe aku naik bas ni untuk balik ke Sungai Petani,Kedah. kami dari Kajang. dalam perjalanan kan ada berhenti-henti (ayat salah grammer). ada sekali tu driver bas ini berhenti di Bukit Gantang. dia bagi masa 20 minit untuk penumpang nak pergi tandas ke, nak makan berak ke.

Aku dan membe aku turun makan kat situ. kami makan burger dan nugget ingat lagi aku. driver bas jugak turun makan. dia makan selang lebih kurang 3 meja dengan kami. bila tengok driver bas tu dah siap makan dan mahu gerak dah.kami pun cepat-cepat habiskan makanan kami dan pergi tandas dalam 2-3 minit. Bila kami pergi ke tempat bas tu parking. tiba-tiba bas tu tak ada. ingatkan dia nak buat Wakenabeb. tapi rupa-rupanya ini cerita serius. kami kena tinggal!!! first time pengalaman aku kena tinggal bas macam tu. gelabah siott!

Orang Kedah kata ayaq mata...hahahahaha... serabut aku time tu..dah la laptop,camera dan barang-barang kami ada dalam bas tu...kami cepat-cepat pergi tanya driver bas-bas lain ada kenal tak driver bas Sri Mahjung tu.

Satu benda aku nak buat luahan kat sini, Cilakak betul!!!!!! kebanyakan driver bas yang kami jumpa kerek macam hanjing!!!! tak sempat nak buat muka kesian dah kena pandang slerkk.. tanya belum habis lagi dah kata tak tau, tak tau.. sedih aku time tu..

Nasib baik la jumpa seorang driver bas dari Sri Mahjung jugak yang baik,yang sudi tolong kami. kata orang dalam sesikat pisang yang rosak mungkin ada sebijik yang elok..hehehee aku tak tau betul ke tak ayat ni.

Punca kami kena tinggal macam ni..dalam satu perjalanan bas express kan ada dua driver.Seorang bawa bas dan seorang tidur. time berhenti tu, yang bawa bas tadi pergi makan,lepas makan dia pergi kejutkan driver seorang lagi untuk ganti dia. Yang tidur tu pula bangun-bangun drive terus,dia ingatkan membe dia dah check semua penumpang. Dua-dua orang tak kira penumpang!!! Benganggg aku!!!

Dah tu bila jumpa kami,salahkan kami pulak, ni la perangai kita, tak mengaku salah dan tak reti nak mintak maaf...diaorang cakap kami lambat..fakk la!!! kami ikut belakang driver tu kot.. Malas kami nak bertengkar dengan orang tua. kami ambil barang kami blah trus.. aku ingat lagi seorang daripada driver tu Cina. tapi nampak macam Melayu. Tua keladi orang tua tu.. nampak awek duduk seorang ja..datang sembang, nak belanja makan la, nak ajak keluar la, macam cabai!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...