Tuesday, March 29, 2011

STORAGE 1GB 20 TAHUN DULU



Ini dia gamabr storage 1gb 20 tahun dulu, lebih kurang 1980-1990 macam tu la kot. gila babeng punya besar. dah macam enjin motor dah aku tengok. dulu lain la kan. bebudak dulu pakai disket je. sekarang pakai pendrive. ingat lagi zaman sekolah rendah dulu. sapa ada disket tu memang boleh kerek tahap hanjing la. kira boleh buat macho la dengan disket 1.4mb tu hahaha. 1.4mb pun boleh letak game ooo dulu. game supermario aku ingat lagi.

Sekarang ada lagi ke budak sekolah pakai disket? dulu aku beli disket RM2 kalau tak silap aku la. kalau rehat bawa pergi kantin takut orang curi. bangga gila la dengan disket dulu. lagi-lagi ada sticker superhero macam Xman lol

via myfunmails

Monday, March 28, 2011

ICAF 2011-KELAB TEATER PRASADA

Ni Akuserabut nak bagitaw Kelab Teater PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn, UKM akan membuat satu persembahan untuk pertandingan teater Inter College Art Festival (ICAF) 2011 yang dianjurkan Pusat Kebudayaan UKM. Pertandingan Teater dalam ICAF ini menggunakan Bahasa Inggeris. jadi kena speaking gitu. Selain pertandingan teater. ada juga pertandingan lain seperti Nasyid, Music dan Tarian. Sesiapa yang berminat datang tengok k, pertandingan bertempat di Panggung Seni UKM. ini poster ICAF 2011 :



Kelab Teater PRASADA kali ini membawa skrip yang ditulis sendiri oleh Pengarah Kelab, Joe Hassan. Skrip untuk ICAF 2011 ini bertajuk ENDLESS LOVE. menceritakan tentang kisah cinta macam tu. malas nak cerita banyak-banyak pasal skrip ni nanti tak stim pulak hahaha.

Arahan :
Syed Omar Faizal a.k.a Saido

Watak-watak dalam skrip Endless Love :

Remy dilakonkan oleh Joe Hassan
Julia dilakonkan oleh Hanismanis
Bella dilakonkan oleh Zety

Persembahan Kelab Teater Prasada berlangsung pada 28.03.2011(Isnin). jam 8.45 malam. bertempat di Panggung Seni UKM. masuk adalah percuma !!! tak kena duit pun. sesiapa yang berminat datang la tengok k. tak berminat pun datang tengok jugak lol


You messin with me, You messin with PRASADA :)

Sunday, March 27, 2011

TETEK BOLEH UP TRAFFIC BLOG ANDA

Pagi ini hujan tidak turun menetek-netek tapi aku tetap mahu bincang pasal perkataan "tetek". Kalau korang selalu usha Blogserabut mesti selalu jumpa perkataan tetek. Sampai membe blog aku cakap Blogserabut lucah la selalu post pasal tetek, tak dak menda lain ke yang nak post. asyik-asyik tetek.. tetek .. dan tetek... terima kasih ke atas teguran anda semua, Akuserabut menghargai anda semua, tapi aku rasa menda yang aku post tu tak la teruk sangat sampai anda semua boleh stim dan akhirnya mimpi tetek Maria Ozawa huhuhu maafkan saya kepada yang sensitif dengan perkataan tetek ni. Bagi akuserabut, apa yang lucah sangat pasal tetek ni? semua orang ada tetek. tak kira la lelaki ke perempuan. yang membezakan tetek lelaki dan perempuan adalah tetek lelaki tak boleh menyusu, tetek perempuan boleh menyusu. masa kecik-kecik dulu aku pun hisap nen nen dari tetek jugak !!!

Ok, masuk kepada tajuk entry ini. Sejak aku ada buat entry yang ada perkataan tetek ni kan. entry tu la paling hot dan menjadi top entry Blogserabut. Page view Blogserabut pun naik secara tidak sengaja. serius Akuserabut tak berniat nak up traffic blog dengan cara post perkataan tetek ni. tapi ini la terjadi dengan Blogserabut.


Entry yang paling HOT berminggu-minggu
TETEK FAZURA-DULU DAN SEKARANG



Kalau search Google perkataan " tetek fazura". Blogserabut list first ok !!!


Keywords Analytics dari Nuffnang Blogserabut perkataan "tetek fazura" paling top lagi !!!

Dashyat betul perkataan tetek ni kan? memang power habis la. serius aku tak merapu kali ini !!! Aku post pasal tetek ni bukan nak melucahkan Blogserabut. aku post sebab aku rasa ada sence lawak di situ dan aku rasa pengunjung Blogserabut semua kebanyakannya sudah mencapai umur 18 tahun atau sudah mencapai tahap baligh. dan aku rasa lagi pengunjung Blogserabut ada otak yang masak untuk bernilai menda apa positif dan menda apa negatif !!!

Haiz~tak tahu la nak kata apa lagi. Hmm... kalau anda rasa Blogserabut ini Blog lucah. aku rasa Blogserabut tak cukup lucah lagi. dan kepada yang boleh terima entry-entry dalam Blogserabut. terima kasih. tidak lupa jugak kepada yang sudi singgah dan sudi follow. saya menghargai anda semua. thank you muah2 lol peace :) Kesimpulannya, tetek boleh up traffic blog anda hahaha wtf!!!

Saturday, March 26, 2011

CARA NAK MEMBAPOKKAN DIRI

Akuserabut agak sibuk sikit sekarang. update blog pun kadang-kadang dan jarang-jarang ja. sebab aku terlibat dengan satu produksi teater untuk satu pertandingan teater English. sekian saja dairi aku di Blogserabut ni hehehe Ni aku nak share pasal cara nak membapokkan diri anda. khas untuk golongan lelaki yang berjiwa kebapok-bapokan lol jom tengok :


Benda yang diperlukan untuk membapokkan diri anda adalah seletep, baju spek mata, kain/sarung tangan/stoking dan baju perempuan. sesiapa yang berminat buat la. siap nampak lurah ok !!! berdarah hidung lelaki terrrtengok hahahaha

pic source dogguie

Thursday, March 24, 2011

WELCOME TO MALAYSIA ROSALINDA BUFFALAXED

Aku rasa nak lempang je orang yang buat subtiltle dengan penyanyi tu sekali hahaha lol



video credit to jerinelay


Tuesday, March 22, 2011

HOBI SALING MEMUJI GAMBAR FACEBOOK SESAMA SENDIRI

Fuhh..Thank God akhirnya laptop aku kembali pulih semula. dengan ini aku nak ucap ribuan terima kasih kepada Hakam Deonatalio :P kerana berjaya mempomen laptop aku dan menyambung semula wayar2 dalam perut laptop aku yang putus. tak dak hang tak taw la nasib laptop aku Hakam. tak leh la aku nak hapdate Blogserabut ini selalu. terima kasih manyak2 sekali lagi.

Entry kali ini aku nak berkongsi la satu hobi baru bebudak gurls Facebook yang agak buat aku geli usus dan tulang pungkoq aku lol Hobi yang buat aku maksudkan adalah "Hobi saling memuji gambar facebook sesama sendiri". lebih kurang macam 'aku puji ko comel, nanti ko pulak puji aku comel' serius tak tipu la banyak orang hobi ini sekarang hahaha sebab kat wall banyak pulak naik gambar-gambar profile pic orang lain yang komen dan puji kaw2. bukan aku nak jeles ok!!! ini cerita serius ni !!! kebanyakannya bebudak gurl di usia belasan tahun atau yang bersekolah menengah.

Kalau sesiapa yang yang minat hobi macam ni. aku nak bagi tips sikit berdasarkan apa yang aku lihat dan kadang aku buat jugak menda-menda di bawah ni kikiki :

1. Edit semua gambar anda supaya nampak putih melepak, yang gelap pun kasi putih jugak tak kira !!!

2. Edit semua gambar supaya tak nampak jerawat batu anda. kalau nampak jugak jerawat batu tahap jerawat gajah pakai photoshop buang jerawat itu ok.

3. Yang gurls, ambil gambar dari atas sampai nampak longkang2 di dada anda supaya kadar komen dan like boleh meningkat secara mendadak !!!

4. Selalu komen gambar orang lain kata comel, kiut, cantik, pretty dan beatipool. dan orang lain pun mesti komen gambar anda balik, mesti punya la.

5. Pastikan semua gambar anda diedit sebelum upload di Facebook !!!

Apamacam? kalau semua 5 langkah itu anda boleh buat, anda berjaya sebagai pengkomen gambar Facebook berjaya. bukan aku nak jeles, tapi kadang-kadang macam semacam je. macam satu hobi pulak ! Saling lawan upload gambar facebook yang diedit dengan Photoscape. saling komen mengomen serius macam hobi. kalau sekali sekala takpa, ini hari-hari upload pics. apa cer? kadang-kadang sampai aku naik hairan, rajin noh diaorang ni.free sangat. mai tolong aku buat asignment mai hahaha Sory la kepada sesiapa yang ada hobi macam ni tapi ini just pendapat aku. hehehe jangan marah peace :)

Sunday, March 20, 2011

INTERNET KEPERLUAN ASAS MANUSIA KE-7

Dem!!! serabut aku sebab internet tempat aku belajar dah 2 hari dah tak leh guna. sakit apa tak taw. buat apa pun tak leh ni. ni nak hapdate blog pun pakai berukband membe aku. nasib baik la ada membe ada berukband ni. boleh jugak aku online sekejap duakejap. tension ooo internet tak da. tak leh nak mukabuku, men game tak leh, buat asignment pun terbantut. semua berkaitan dengan internet. dulu zaman sekolah rendah ok je tak da internet. sekarang bila hari-hari online internet dah jadi keperluan asas dah. tak da internet macam tak leh hidup dah kata seorang membe aku hahaha over bin terlebih sudey lol Dengan ini Akuserabut nak buat teori baru la, yang dipanggil 7 keperluan asas manusia serabut :

  1. Udara
  2. Air
  3. Makanan
  4. Pakaian
  5. Tempat tinggal
  6. Handphone
  7. Internet !!!


Sapa tak setuju mampuih p la, ni teori aku, suka hati la hahaha. sapa yang setuju sila tekan like :P Haizzz.. mintak2 la cepat sembuh internet oiii aku dah nazak dah ni !!! no internet no life watdaneraka!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...