Fuhh..Thank God akhirnya laptop aku kembali pulih semula. dengan ini aku nak ucap ribuan terima kasih kepada Hakam Deonatalio :P kerana berjaya mempomen laptop aku dan menyambung semula wayar2 dalam perut laptop aku yang putus. tak dak hang tak taw la nasib laptop aku Hakam. tak leh la aku nak hapdate Blogserabut ini selalu. terima kasih manyak2 sekali lagi.
Entry kali ini aku nak berkongsi la satu hobi baru bebudak gurls Facebook yang agak buat aku geli usus dan tulang pungkoq aku lol Hobi yang buat aku maksudkan adalah "Hobi saling memuji gambar facebook sesama sendiri". lebih kurang macam 'aku puji ko comel, nanti ko pulak puji aku comel' serius tak tipu la banyak orang hobi ini sekarang hahaha sebab kat wall banyak pulak naik gambar-gambar profile pic orang lain yang komen dan puji kaw2. bukan aku nak jeles ok!!! ini cerita serius ni !!! kebanyakannya bebudak gurl di usia belasan tahun atau yang bersekolah menengah.
Kalau sesiapa yang yang minat hobi macam ni. aku nak bagi tips sikit berdasarkan apa yang aku lihat dan kadang aku buat jugak menda-menda di bawah ni kikiki :
1. Edit semua gambar anda supaya nampak putih melepak, yang gelap pun kasi putih jugak tak kira !!!
2. Edit semua gambar supaya tak nampak jerawat batu anda. kalau nampak jugak jerawat batu tahap jerawat gajah pakai photoshop buang jerawat itu ok.
3. Yang gurls, ambil gambar dari atas sampai nampak longkang2 di dada anda supaya kadar komen dan like boleh meningkat secara mendadak !!!
4. Selalu komen gambar orang lain kata comel, kiut, cantik, pretty dan beatipool. dan orang lain pun mesti komen gambar anda balik, mesti punya la.
5. Pastikan semua gambar anda diedit sebelum upload di Facebook !!!
Apamacam? kalau semua 5 langkah itu anda boleh buat, anda berjaya sebagai pengkomen gambar Facebook berjaya. bukan aku nak jeles, tapi kadang-kadang macam semacam je. macam satu hobi pulak ! Saling lawan upload gambar facebook yang diedit dengan Photoscape. saling komen mengomen serius macam hobi. kalau sekali sekala takpa, ini hari-hari upload pics. apa cer? kadang-kadang sampai aku naik hairan, rajin noh diaorang ni.free sangat. mai tolong aku buat asignment mai hahaha Sory la kepada sesiapa yang ada hobi macam ni tapi ini just pendapat aku. hehehe jangan marah peace :)