Wednesday, March 2, 2011

GAME ANGRY BIRDS PUNYA BIRDS

Game Angry Birds ni tengah hangat dimain oleh pelajar-pelajar yang rasa diri mereka tu free sangat, modul operasi game ni adalah membunuh babi-babi secara membabi buta. Babi-babi itu dibunuh dengan menggunakan burung-burung yang tengah angry kerana babi-babi itu telah memcuri telur mereka. Setiap ekor burung itu mempunyai kelebihan yang berlainan. ni yang aku nak bagi ni. Yang boleh buat aku double angry, kalau tak berjaya membunuh babi-babi itu.. babi-babi itu akan senyum sinis sambil berkata.... loser~ loser~ dalam hati mereka hahahahaha

Tuesday, March 1, 2011

KEPUTUSAN PEKAN TEATER UNIVERSITI UKM 2011

Post ini khas untuk budak UKM dan kepada yang mengikuti perkembangan Pekan Teater Universiti (PTU). Akhirnya keputusan sudah diumumkan semalam 28.02.2011 (Isnin) di Panggung Seni, UKM. Di sini akuserabut ingin menyenaraikan senarai pemenang PTU 2011 kepada sesiapa yang belum tahu lagi :

Tempat ke-3 Keseluruhan
Kelab
TEKAD, Kolej Burhannuddin Helmi
Skrip- Kipas Tangan

Dengar khabarnya cerita Kipas Tangan ni merupakan skrip di'translate' dari Bahasa Jepun. Banyak menda yang menarik perhatian aku daripada persembahan Teater Kipas Tangan ni. Sebagai contoh costume(Busana) dan gaya berbahasa yang ala-ala Masyarakat Jepun. Satu lagi set atau latar pentas dia yang merupakan rumah masyarakat Jepun, sangat cantik bagi akuserabut. Bukan senang nak buat teater macam ni. Banyak menda yang akuserabut dapat belajar daripada pementasan Kipas Tangan ni. Tahniah Tekad !!!!

Naib Johan
Kolej Pendeta Za'ba
Skrip- Teare Rossa

Satu kejutan dari Kolej Pendeta Za'ba kali ini sebab berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan PTU 2011. Skrip 'Teare Rossa' yang dibawa mereka untuk PTU kali ini sebenarnya pernah dibawa oleh Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn pada PTU yang lepas iaitu pada 2009 dan Kelab Teater Prasada berjaya menjadi Johan keseluruhan ketika itu. akuserabut suka skrip ni !!!

Johan-Keseluruhan
Kelab
PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn
Skrip- Bukan Dejavu

Tahiah kepada PRASADA kerana sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan PTU, sudah dua kali berturut-turut PRASADA menjadi Johan PTU. Skrip yang dibawa PRASADA kali ini yang bertajuk 'Bukan Dejavu' yang merupakan sambungan skrip 'Dejavu seorang wanita'. Skrip dia pun sangat best bagi akuserabut sebab ada part sedih dan komedi yang seimbang. Pelakon-pelakon komedi dan sedih seakan-akan bersaing sesama sendiri untuk menaikkan mood penonton. Tahniah sekali lagi kepada PRASADA !!!

Anugerah-anugerah lain :
  • Anugerah Kumpulan Harapan - KTDI
  • Anugerah Pengarah Terbaik - SYED OMAR FAIZAL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - MOHD NORYUSOF ROSLI (KPZ)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - MAIZURA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - NAHRIZUL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - ASRINNA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - KUO
  • Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik - TEKAD
  • Anugerah Khas Juri (kumpulan) - KTSN
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - Syafiqa Melvin (PRASADA)
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - watak Jenab (KPZ)
  • Anugerah Artistik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Teknik Persembahan Terbaik - KTDI
  • Anugerah Setting & Props Terbaik - KPZ
  • Anugerah Tatarias Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Tatamuzik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Busana Terbaik - PRASADA

Kelab Teater Prasada berjaya menggondol 10 anugerah daripada 20 anugerah yang dipertandingkan. Tahniah Prasada !!! Semoga Prasada dapat terus lagi memajukan diri dengan ilmu-ilmu teater, belajar dari kesilapan. banyak lagi yang kena belajar, jangan sesekali rasa selesa dengan kejayaan yang dikecapi :) Sampai di sini je la post akuserabut. nak komen lebih-lebih bukan pandai sangat pun pasal teater~


Friday, February 25, 2011

KELAB TEATER PRASADA-PTU

Ni nak promote ni :) pasal kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn, UKM yang menyertai Pekan Teater Universiti (PTU). PTU tu macam pertandingan teater antara kolej-kolej yang terdapat di UKM la. Sesiapa yang minat teater pergi la tengok noh.... tak kena bayar pun, free ja Selain Kolej Tun Hussein Onn, ada jugak kolej lain yang masuk... semua lebih kurang 8 kolej yang masuk. PTU dijalankan di sepanjang 24-27 Februari bertempat di Panggung Seni UKM. sesiapa yang berminat pergi la tengok noh.





Kenal tak nama-nama blogger yang ditanda di bawah hehehehe


poster credit to ayap :)

Wednesday, February 23, 2011

BUAT TELUR REBUS DALAM BENTUK 'LOVE'

Ni aku nak ajar nak buat telur rebus dalam bentuk 'LOVE' hahahaha... Sesiapa yang tengah bahagia berkapel leh la buat noh... aku tak leh buat la, sapa la nak kapel dengan orang serabut macam aku ni. Tapi kalau ada sesiapa nak buat bagi akuserabut leh jugak, dialu-alukan. Telur ni boleh dibuat sarapan ke, ala-ala cerita korea yang hadiah kapel sarapan pagi gituu... Komfem kapel anda sayang anda lebih gagagaga :) Selamat Mencuba !!!



Menda yang perlu ada-telur, getah,chopstick dan kertas yang agak keras


Rebus dulu telur itu sampai masak, masak je kupas kulitnya dan masukkan telur rebus itu dalam kertas macam di bawah.


Tekan telur tu dengan chopstick, buat macam ni.


Biar dalam 10 minit


Lepas tu, keluarkan kayu chopstick tu.


Maka, jadi la telur Love anda :)





via funzu

SAMBIL DERMA SAMBIL RAMAS TETEK-18SX

Laporan asal Borak Kosong

Ni satu info yang aku jumpa di blog Borak Kosong pasal satu cara untuk mengutip derma cara hardcore di Jepun... serius hardcore !!! Kutipan derma ni dijalankan untuk mengutip derma untuk pesakit AIDS dan cara kutipan derma ini adalah sesiapa yang menderma boleh meramas tetek model yang disediakan. Serius rockkk hahahaha kalau macam ni la cara kutipan tu, mesti laju je golongan lelaki menderma kan lol sampai macam ni sekali diaorang buat untuk kuitp derma noh, hmm... tak taw la nak komen macam mana lagi, niat tu baik tapi..... cara dia macam kurang enak sikit. Biar la diaorang kan, itu cara diaorang, kita jangan la sampai kena buat macam tu sekali, nampak sangat tak ikhlas.

Bagi derma, boleh ramas tetek... watdafakkk !!!!! tapi otak bahagian syaitan aku cakap best jugak !!! Sambil menyelam, sambil minum kata syaitan tu hahahaha






p/s-ada orang tanya aku..apasal blog ko banyak menda lucah je...aku menjawab...ntah la, aku pun tak sengaja LMOA

Monday, February 21, 2011

PILIHAN RAYA KAMPUS-KAWAN JADI LAWAN



Haiz....saja nak bercerita sikit pasal Pilihan Raya Kampus (PRK) ni. sejujur-jujurnya akuserabut tak minat sangat nak libatkan diri dalam pilian raya kampus ni. Tak taw la kenapa, bukan jiwa aku kot. Sesiapa yang terlibat tu, semoga berjaya menjadi pemimpin yang bagus, bukan jadi pemimpin yang dipimpin.

Banyak menda yang buat aku tak minat dengan menda-menda macam ni. Tapi menda yang paling buat aku sedih adalah permusuhan di kalangan kawan-kawan. Kawan bergaduh sebab menda ini lah !!! Kawan bermasam muka jugak sebab menda ni la !!! watdafakk !!! sebab menda macam ni la nak gaduh-gaduh dan berdendam sampai kiamat. Berbaloi ke? Agak-agak la pilihan raya kampus je pun, apasal kena jadi macam ni? semuanya sebab terlibat dalam parti-parti yang berlainan dan berlainan fahaman. ko sokong lain, aku sokong lain. so, kita tak boleh jadi kawan. ko mati accident tengah jalan nanti aku lalu buat 'dono' je... perlu ke sampai macam tu sekali.

Sedih la sebab PRK ni kawan jadi lawan. macam-macam aku dengar pasal benda buruk yang berlaku jika berlangsungnya PRK. kawan makan kawan, tikam belakang la, ugut pukul la. Adoyai.... boleh tak buat rilex-rilex je. tak yah la 'over' macam puk*m*k !!! bukan nak kiamat pun, bukan nak berperang pun. Tolong la ingat k mak bapak kita hantar kita masuk U sebab nak kita belajar bukan nak kita bermati-matian dengan menda macam ni !!! ada otak lu pikir la.. aku penin la tengok macam-macam kes yang jadi. Walaupun aku tak terlibat tapi aku sedih dengan macam-macam yang jadi.

Kejap lagi aku nak keluar mengundi, aku nak undi siapa aku punya pasal tapi aku pun blur-blur lagi nak undi siapa..Hishhh...tengok la nanti... Kepada yang berjaya menjadi Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) tu tahniah aku ucapkan... yang tak menang lagi tu baut derkk je k... bukan rezeki anda kot.. Selamat diucapkan kepada semua.. rilex-rilex sudah k.. peace :)

Sunday, February 20, 2011

KUASA MEMBACA MINDA-MERAPU

Ni aku post satu gambar berkenaan dengan kuasa membaca minda kononnya la. Gambar ini jugak menunjukkan perbezaan pemikiran antara lelaki dan perempuan bila ternampak awek hot lalu. merapu ja semua ni..tapi layan je la noh.



via explorenikaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...