Tuesday, March 8, 2011

KELAB TEATER PRASADA MASUK SINAR HARIAN

Dengan ini, saya nak ber"kerek" pasal aku masuk paper Sinar Harian hari ini hahahaha biaq p la kan !!!... blog aku.. Sebenarnya bukan aku yang masuk paper, Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn yang masuk paper disebabkan menjadi johan keseluruhan pertandingan teater (Pekan Teater Universiti-PTU) yang bertempat di Panggung Seni, UKM tempoh hari. Sebab utama yang membuatkan aku boleh 'kerek' tu disebabkan aku merupakan salah seorang ahli kelab Prasada dan aku jugak ada join persembahan teater kelab Prasada hari tu. saja nak rasa bangga sekali-sekala hehehe. ni aku siap 'print screen' lagi kerek punya pasal~



Kecik ja gambar dia letak.. jangan kata taik hidung, lubang hidung aku pun tak nampak lol kalau tengok kat surat khabar betul besar la gambar dia, kalau tengok kat online kecik je, dah benda free, lemak la semua nak bagi kan? ni aku bagi link artikel pasal Pekan Teater Universiti Sinar Harian Online . Satu lagi ni, aku rasa Sinar Harian tu ambil gambar tu kat blog aku la, cilaka betul tak letak credit kat Blogserabut, kalau tak naik mencunak-cunak la pageview blog aku hehehe gurau je Sinar Harian, jangan marah dong... peace :)




yeah !!!


credit to sinarharian

CARA MENGIRA WANG KERTAS

Ini satu info yang menarik bagi Akuserabut, info pasal macm mana cara mengira wang kertas pakai tangan ok bukan mesin. Melalui video ini jugak baru aku taw yang cara mengira wang kertas adalah berbeza bagi sesetengah negara.



Aku selalu pakai cara yang last tu je, kat Malaysia aku rasa ramai yang pakai cara macam tu.

credit to exaktua

NAN KIMA + K?

Malam-malam macam ni teringin pulak nak makan 'nan kima'. bukan 'nan kimak' taw hehehe. Nan kima merupakan roti nan yang berintikan ayam tandoori kalau tak silap aku dan boleh dibeli di kedai makan maple. kalau kat kampung aku panggil kedai nasik kandaqqq ja. Teringat pulak kisah jenaka dan lawak kasaq aku di sebuah kedai maple di bangi.

Nan kima kalau tambah 'k' di belakang dia bunyi macam kata kesat ja kan? Nankimak jadinya lol tapi kalau perkataan 'nan' itu ditukar dengan 'pu' pulak jadi lagi kasaq bunyi dia.. 'p*kimak' hahahaha lagi kesat aku ubah. Cerita dia macam ni, aku lepak la kedai maple yang aku dan membe-membe aku selalu lepak. satu hari tu kami perasan ada seorang pekerja tu baru kerja kat kedai maple itu. pekerja tu pulak aku rasa baru berhijrah ke Malaysia dari Bangladesh kot dan tak pandai bahasa Melayunya. Dah la tak pandai bahasa Melayu datang amik oder plak kat aku.. dia datang kat aku lalu~

Pekerja maple : makhan cik?

aku : p*kimak satu


Pekerja maple : ok~

hahahaha.. ni la lawak kasaq aku.. ampa jangan tiru pulak... silap hari bulan kena pukul aku tak taw, beberapa minit kemudian datang la pekerja maple membawa nan kima yang aku oder p*kimak tadi kakakaka kena marah aku dengan membe aku.. itu la first and last aku melawak kasaq macam itu kat kedai maple.


ini gambar Nan kima tu... aku suka makan nan kima ni.. sedap :)


sumber gambar blackyforshorty

Monday, March 7, 2011

GORENG KENTANG PAKAI MOTHERBOARD

Ni cara goreng kentang paling "hardcore" yang Akuserabut pernah jumpa, goreng kentang pakai 'motherboard'... cool !!! sapa yang masih ada lagi komputer zaman batu dulu tu, ambil la try goreng kentang cara 'Geeks" ni... nak simpan pun buat apa motherboard lama betul tak? Selamat mencuba :)



9 CARA LELAKI KENCING

Kali ini mari mengenali 9 cara lelaki kencing pulak. Kepada golongan lelaki skill manakah anda selalu guna? lol Ingat senang ke jadi lelaki kan? kepakaran control "itu" sangat penting bila masa kencing, Kepakaran itu jugak la yang menunjukkan anda dah layak kahwin ke belum hahaha Cerita serius ni, orang tua-tua selalu cakap " Kencing pun tak betul lagi nak kahwin ?" Cara kencing jugak boleh menunjukkan tahap kematangan seseorang lelaki ok..wtf !!!



via damnlol

JUSTIN BIEBER SEBENARNYA BAPOK - LAWAK

Maaf la kepada 'kipas-susah-mati 'Justin Bieber' aku kena bagitahu juga kebenaran hal ini !!! Sebenarnya Justin Bieber ni bapok. Lama dah aku simpan rahsia ni... tapi hari ini aku terpaksa bagitahu kerana aku jeles dengan mamat ni. Semua awek yang hot-hot semua minat dia gila bangang. tak tinggal kat aku langsung... kejam!!! mana aci kan? panas la aku yang still single mingle ni. Dengan ini, aku berharap lepas ni tak ada lagi awek yang hot-hot minat kat dia, diminta semua minat kat aku... view la Blogserabut selalu k... click la iklan Nuffnang aku bebanyak nah. aku sayang kalian lol ni la gambar bukti Justin Bieber sebenarnya Bapok wakakaka :D

Sunday, March 6, 2011

APABILA LELAKI BUAT SALAH - LAWAK

Apabila lelaki buat salah.....


Apabila perempuan pulak buat salah....


Serius tak fair kan? lol

via funcage

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...