Sunday, October 31, 2010

SAMAN MCDONALD'S KERANA GEMUK

SAO PAULO - Sebuah mahkamah di Brazil mengarahkan restoran makanan segera McDonald’s supaya membayar pampasan kepada bekas pengurus cawangannya yang menjadi gemuk selepas bekerja di restoran itu selama 12 tahun.

Lelaki berumur 32 tahun itu mendapat bayaran pampasan sebanyak AS$17,500 (RM54,000) selepas beratnya meningkat sebanyak 30 kilogram sepanjang berkhidmat di McDonald’s. Kata lelaki itu, dia terpaksa menguji sampel makanan setiap hari bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi kerana McDonald’s mengupah 'pelanggan misteri' yang bertugas melaporkan keadaan makanan di restoran itu.

Polisi McDonald’s yang memberikan makanan tengah hari percuma kepada pekerja turut menyebabkan pengambilan kalori hariannya meningkat menyebabkan kegemukan. Bagi makan pun bising, tak bagi makan lagi la bising haiz~

Best kan? Jadi gemuk pastu dapat pampasan dari McD AS$17,500(RM54,000) .Tambah sikit lagi boleh dapat Proton Inspira hehehe. Jom ramai-ramai kerja kat McD hahahaha lol :)


gambar hiasan

Saturday, October 30, 2010

JUARA LIGA MALAYSIA 2010 MILIK KELANTAN



Keputusan akhir perlawanan akhir Liga Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan menyebelahi Kelantan yang berjaya menundukkan Negeri Sembilan 2-1. Tahniah kepada Kelantan atas kejayaan ini.

Apa yang aku boleh beri komen pasal perlawanan akhir adalah permainan seimbangan di antara dua-dua belah pihak ketika separuh masa pertama sehinggalah pengadil perlawanan utama, Sukidin memberi sepakan penalti kepada Negeri Sembilan atas kesalahan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi yang mengasari Kunalan dalam kotak penalti. Shahurain berjaya menjaringkan gol penalti memberi Negeri Sembilan mendahului Kelantan 1-0 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menampakkan Kelantan menguasai perlawanan kerana tonggak utama Negeri Sembilan dan Kapten pasukan, Mohd Aidil Zafuan terpaksa dikeluarkan disebabkan kecederaan selepas berlaku perlanggaran dengan Norsharul Idlan. Serius Negeri Sembilan nampak goyah tanpa Aidil Zafuan. Serius kesian aku tengok Negeri Sembilan tanpa Aidil Zafuan. sampai Shukor Adan terpaksa turun untuk bermain di posisi pertahanan untuk Negeri Sembilan. Gol pertama Kelantan disumbangkan oleh Hairuddin Omar dan Gol kedua disumbangkan oleh Mohd Badhri. Keputusan akhir Kelantan menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1.

Tahniah sekali lagi kepada Kelantan, dan kepada Negeri Sembilan, cuba lagi nanti. Apa yang penting adalah aku tak nampak ada pergaduhan teruk di antara kedua-dua pihak seperti tahun lepas di siaran televisyen, cuma ada main-main mercun ja,mungkin hanya sebagai ucapan Happy Deepavali kepada Jurulatih Kelantan, Sathianathan hahahahaha lol:)

BELI BOOBS UNTUK TUJUAN KEBAJIKAN

Agak kontroversi tajuk post aku kali ni hehehehe. Aku tertarik dengan konsep kutipan derma oleh Keep-a-Breast. Kempen yang dijalankan untuk mengutip derma untuk golongan penghidap penyakit kancer payudara.

Kempen ini sangat berjaya kerana konsep yang menarik tetapi agak tidak sopan kalau dijalankan di Malaysia. Keep-a-breast mengambil/membuat sculpture boobs(payudara) artis-artis Hollywood yang hot dan melelong kepada orang ramai yang berminat. Harga lelongan sculpture Boobs(payudara) artis-artis ni mencecah puluhan ribuan dollar. Serius murah hati siapa yang beli boobs ni hahahaha.

Proses membuat sculpture payudada ni dipanggil Breast Casting. Proses Breast casting ini dilakukan dengan menyapu plaster ke atas payudara artis yang berminat dengan kempen ini. Selepas plaster yang disapukan kering. Plaster yang kering itu ditanggalkan dari payudara artis tersebut,kemudian sculpture itu diwarnakan atau dilukis dengan lukisan yang abstrak.

Selain artis, orang awam pun boleh beramal melalui kempen ini. Sesiapa yang berminat untuk menyimpan sculpture payudara sendiri sebagai kenangan boleh la buka link ini keep-a-breast.org hahahaha lol

Ini Contoh Boobs yang sedang dilelong. Boobs ini milik Tila-Tequila. Harga semasa $44,ooo. Sesiapa yang berminat boleh bid lagi hahahahaha. Serius berjaya cara kutipan derma ini kan? :)



Sesiapa yang berminat cepat-cepat bid k. Lelongan dibuka sampai 06-11-2011 ja :p


Tila-Tequila, Hot tak? Hehehehe


Slogan Kempen : I Love Boobies :P

Pendapat aku tentang keep-a-breast ini, agak pelik dan lucah cara kutipan derma ini. tetapi ia berjaya mengutip dana untuk menyelamat nyawa pesakit kanser payudara. Agak tak sesuai kalau Malaysia nak meniru konsep kutipan derma macam ni. pendapat anda pula???

via celebridiot

KUNG FU BOLEH SELAMATKAN NYAWA KETIKA KEMALANGAN

Serius kagum aku tengk step Kung Fu mamat ni yang berjaya melepaskan diri ketika dia berlanggar dengan sebuah trak. Satu tindakbalas yang pantas yang boleh menyelamatkan nyawa. Kalau orang lain comfirm gelabah dah hmm~ harap-harap jangan la jadi benda macam ni kepada kita semua. Hati-hati la semasa di atas jalan raya k :)

Play la video ni



Sempat lagi dia lipat,pastu landing cantik punya~


Rilex ja dia pergi tengok keadaan motorsikal dia

NAK WEBCAM DENGAN AWEK HOT?-LAWAK

Ada siapa-siapa nak webcam dengan awek Hot tak?? Serius Hot Gila Babeng :P


Ambik ni!!! Hot sampai terbakar hahahhaha lol


source thisblogrules

TEKA-TEKI BLOGSERABUT 1-JAWAPAN

Walaupun dua orang ja yang join Teka-Teki Blogserabut. Aku tetap bagitaw jawapan dia huhuhuhu. Cam sedih je tak ada sambutan :)

Dua-dua orang jawap betul pulak tu. Nampaknya aku kena naikkan tahap kesukaran teka-teki aku lain kali hehehe~

Teka-Teki Blogserabut 1


JAWAPAN :

Jawapan dia ialah pandangan belakang orang negro yang gemuk yang sedang berendam di dalam kolam renang.

Hahaha agak lain macam kan kalau tengok dari belakang lol kadang-kadang nampak macam taik, kadang-kadang nampak macam kepala k*^&* hahahhaha~

Tahniah kepada yang dapat meneka dengan betul:) hehehe tak ada hadiah pun tapi aku nak bagi sikit penghargaan kepada yang join segmen aku ini.

Dua orang yang meneka dalam segmen tekai-teki aku adalah Ayap tapi aku suka panggil Ayapan hehehe. Seorang lagi aku tak tahu sebab tak ada nama dan link. Terima kasih jugak kerana join.

Nak cerita sikit pasal Ayap. Ayap salah seorang membe aku. Dia lah yang menyebabkan aku sambung semula Blog Serabut ni. Aku dah berhenti berblog setahun dah dulu. Aku tertarik dengan iklan Nuffnang kat blog dia. Dulu aku tak kenal pun Nuffnang tu apa hehehe..cam best ja Nuffnang ni kan? aku pun try la. Ni link ke blog Ayap krayonjingga. Usha-usha la blog dia k. Support la kami hehehehe.

View Blog Ayap krayojingga

Friday, October 29, 2010

IBU BUNUH BAYI KERANA FARMVILLE

Farmville?? Game yang agak famous kat Facebook yang cara permainannya macam bercucuk-tanam tu~ Hari-hari kena buka game ni kalau main. Siapa yang minat berkebun boleh la main game ni. Aku pun pernah ketagih main menda ni dulu, sampai level 30 ja, tak larat nak click-click, sakit jari aku nak bercucuk-tanam dalam farmville. Segila-gila aku main dulu pun tak la sampai macam kes perempuan jahanam ni, sampai hati bunuh anak dia kerana ketagih main Farmville ni.


Alexandra V. Tobias (22) dari Jacksonville Florida dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun kerana membunuh bayi beliau secara menggoncangnya sehingga kepala terhantuk ke meja komputer. Alexandra naik berang kerana bayinya yanng berusia 3 Bulan menangis ketika beliau asyik bermain Farmville Januari lalu. Bodoh punya mak, pasal game pun sanggup bunuh anak sendiri.

Alexandra ni sanggup goncang anak dia, lepas tu,hisap rokok sebatang untuk menenangkan diri sebelum goncang anak dia sekali lagi sehingga mati. Sempat lagi dia berhenti menghisap rokok semasa bunuh anak dia. Haiz~ Main game sampai bunuh anak sendiri, gila aku rasa perempuan ni. Kepada sesiapa yang ada add perempuan ni dalam friendlist Farmville, sila cepat-cepat remove sebab mungkin roh anak dia ada lam akaun farmville dia untuk membalas dendam, Saja aku nak mereka-reka cerita hehehehe :)

Contoh view dalam Farmville


Kepada gamer-gamer sekalian, sila kawal ketagihan anda sebelum perkara-perkara macam ni berlaku.

Laporan asal blogserius via games

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...