Ternyata goalkeeper terhot Malaysia, Khairul Fahmi semakin meletup-letup sekarang...memang top la sekarang cerita si KFCM n....berkilo-kilo bloggers tempatan atau luar negara ada buat entry pasal KFCM.. Post aku kali ini pulak sengaja aku buat bertujuan untuk menganjing membe aku Hakimy...hehehehehe..petang tadi si Hakimy ada datang ke bilik aku dan bertanya kepada aku begini....
Hakimy : kalau aku buat rambut pacak, agak-agak ada iras Khairul Fahmi tak?
Aku : hmm?? $%&!@#$wtf!!!
Hahahahaha selambe je dia bagi aku pertanyaan macam itu...serba salah aku nak menjawabnya...Mari kita tengok gambar Hakimy yang kononnya nak jadi Khairul Fahmi :P
Ini gambar Khairul Fahmi tulen
Ini pulak gambar Hakimy..kelihatan dia sedang mengerutkan keningnya dengan harapan setinggi gunung supaya keningnya nampak tajam macam kening KFCM hahahahahha...apa macam?? ada iras tak??tolong aku jawab kat si Hakimy ni jap lol
Kepada Hakimy...jangan marah dong...aku gurau-gurau saja...ok2 aku tolong promote blog ang hehehehehe ni link ke bloghakimy http://beloghakimy.blogspot.com/ .....dah tolong promote tak marah dah kan??hahahahaha
Blogger mana yang masih tak kenal Aimie Harmelia? Baik anda pergi cari satu telaga kosong dan bertapa dalam telaga tu selama seminggu hahahahaha saja aku nak melawak. Laa...awek goalkeeper Malaysia tu, Khairul Fahmi..Siapa yang tak kenal Khairul Fahmi pulak, baik anda bawa satu bantal...letak bantal tu betul-betul kat tengah jalan raya atau highway dan baring kat situ !!! Sejak Malaysia menang Aff Suzuki Cup 2010 tempoh hari, nama Khairul Fahmi sekarang semakin meletup-letup...semakin hot! Betul hot tak tipu...kalau tak percaya try buka Google dan taip K dan H...secara automaticly keluar nama Khairul Fahmi..aku taw la sebab aku dah try tadi.hehehehhe....tengok ni
Ke-macho-an si Khairul Fahmi ni membuatkan ramai awek dan cewek tergoda...Style lu bro, muka dah macam artis Jepun, jadi goalkeeper pun pandai, awek pun ramai minat lu ... lu idola wa bro....cool je lu tangkap bola penalti hari tu.. Secara serius dan penuh jujur pulak, aku kagum dengan cara dia dan style dia.. harap-harap prestasi dia tak turun malah meningkat lepas dia kahwin dengan Aimie Harmelia nanti :)
Khairul Fahmi
Ok, kembali kepada tajuk post aku kali ini, aku nak cari awek yang bekerjaya sebagai goalkeeper seorang plzzzz... Kalau si Aimie dapat goalkeeper lelaki, aku nak goalkeeper perempuan... Baru la blog aku popular macam si Aimie tu...aku nak follower 5000++ jugak!!!..baru la selalu dapat Buffered earning dari Nuffnang...aku nak jugak post video gelek dangdut dengan awek aku..huhuhu sesiapa ada kenal goalkeeper perempuan yang masih solo tolong rekemen kan kat aku k...aku tak sabar dah ni nak post pasal sms sweet-sweet dengan awek goalkeeper aku nanti...dan lagi kan...aku nak post pasal pengalaman first date dengan dia....second date dan third date...dan date-date sekalian.... :P
Selain itu kan,aku nak jugak upload gambar sweet-sweet dengan awek goalkeeper aku nanti,baru la orang boleh selalu visit blog aku kan?? kan??? bayangkan betapa femesnya aku nanti hahahhahaha....
Tahniah kepada skuad bolas sepak negara kerana berjaya menjadi johan AFF Suzuki Cup 2010. Perlawanan final kedua malam tadi menampakkan Indonesia berjaya menewaskan Malaysia 2-1 tetapi secara agregatnya Malaysia menang 4-2 ekoran kekalahan Indonesia 3-0 pada perlawanan pertama final di Bukit Jalil tempoh hari (26-12-2010). Gol-gol yang berjaya dijaringkan malam tadi :
Malaysia-Safee 54' Indonesia-Nasuha 71' dan Ridwan 88' .
Apa yang aku perasan ketika aku tengok live di siaran RTM sebentar tadi. kamera man mereka asyik hala kamera ke cewek-cewek Indonesia yang hot je.. banyak kali pulak tu..asyik nak tayang cewek diaorang yang hot..celebriti pun ada..di antara celebriti-celebriti yang aku kenal la..pasangan madu Luna maya dan Cut Tari hahahhaha, dan seorang lagi tidak kurang hotnya Monahara Odelia Pinot. Nampaknya cewek-cewek itu berjaya menewaskan pemain Malaysia...sebab tu la Malaysia kalah 2-1 tadi..mungkin sedikit nervous dan tergoda dengan ke'hot'an cewek-cewek mereka.. berjaya jugak taktik mereka nampaknya :)
KLIK 'READMORE' UNTUK GAMBAR LUNA MAYA,CUT TARI DAN MANOHARA
Petang tadi semasa aku asyik berblogwalking, ada terjumpa satu nama awek yang tengah hot di kebanyakan blog-blog tempatan yang aku kunjung. Nama awek tu Julie Perez a.k.a Jupe. Cerita Jupe tengah hot sekarang sebab khabarnya dia sangat kecewa dengan kekalahan 3-0 Indonesia ke atas Malaysia semasa perlawanan final AFF Suzuki Cup di Bukit Jalil tempoh hari.
Jupe dikatakan bengang sebab pemain Indonesia dihalakan dengan laser hijau. dia kata jugak rakyat Malaysia tidak ada semangat kesukanan. wtf!!! yang orang indonesia hala laser ke pemain Malaysia dia tak bising pulak!!!! Jupe yang seksi ni juga ada berkata yang final 2nd leg ni dia nak menganggu kontrensasi pemain Malaysia dengan menggunakan bra laser..apa tu??aku nak tahu jugak....hahahahhaha... mentang-menatang barang mantap nak goda pemain Malaysia pulak...goda aku tak pa la jugak kikikiki
Aku pun tak tahu kenapa aku search pasal si Jupe ni..mungkin dia seksi lagi hot kot...serius panas macam bola bowling tersidai bawah mentari yang terik (tak ada kaitan hehehhehe). Nama sebenar Jupe ni ialah Yuli Rachmawati. Artis Indonesia rupanya dia ni. berlakon pernah, nyanyi pun pernah, model seksi pun pernah, macam-macam lagi la pernah..
Apa kaitan dia dengan bola sepak?? Owh..balak dia pemain bolak sepak rupanya, balak dia yang bernama Cristian Gaston Castano, pemain kelab Persida..kelahiran Argentina..Sebelum dia berkapel dengan Cristian Gaston Castano, dia pernah kahwin dengan model terkenal yang bernama Damien Perez (Yusuf Perez). Damien Perez la yang membawa Jupe ke dalam bidang modeling di Perancis dulu. keretakan rumah tangga Jupe dengan Damien berlaku pada tahun lepas (2009) dan sekarang dia bersama dengan pemain bola sepak kelahiran Argentina, si Christian tu..
Si Jupe memang hot la kat Indonesia...semua dia nak berseksi ja..tak kira dalam bidang apa pun..lakonan pun dia bawa watak seksi, model pun seksi, nyanyi pun seksi...badan dia memang superb la..kalah Rebecca Nur-Islam buatan Malaysia hahahahaha... Cerita yang lagi Hotnya...semasa dia memulakan kariernya dalam bidang nyanyia..dia pernah kena banned dulu sebab sesiapa yang beli album pertamanya yang bertajuk KAMASUTRA. dia ada bagi hadiah kondom free satu...serius gila punya promosi..senang cakap dia ni memang simbol seks la bagi rakyat negara dia..
Ini sedikit biodata Julie Perez yang aku ingin kongsi :) Nama Sebenar : Yuli Rachmawati Nama Panggilan : Julie Perez Tempat / Tarikh Lahir : Jakarta, 15 July 1980 Agama : Islam Zodiak : GeminiHobi : Fotografi Tinggi / Berat Badan : 160cm , 47kg Ukuran Baju : S Ukuran Pinggang : 26-27 Ukuran Bra : 36 D :P Nama Ayah : Angkasajaya Nama Ibu : Sri Wulansih Warna Kegemaran : Merah
KLIK 'READMORE' UNTUK GAMBAR-GAMBAR JULE PEREZ YANG HOT-18SX
Saja aku nak buat luahan perasaan dan kongsi pengalaman aku malam-malam buta ni. aku nak cerita sikit pasal benda yang tak patut berlaku bila menonton perlawanan bola sepak secara live di Stadium. Serabut aku tengok bola kat Bukit Jalil semalam. Game cantik tapi keadaan dalam stadium Bukit Jalil macam rusuhan yang selalu berlaku ketika pilihan raya. Serius tak tipu..ni aku ada listkan benda yang tak patut berlaku dan boleh menyerabutkan kepala aku.
1.) Bakar Mercun dan Bunga Api
Aku rasa benda ni sukar dibendung sebab bila mercun atau bunga api dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab, kebanyakan penonton bersorak, happy ja,,rasa macam malam raya pun ada hahaha nervous aku tengok bola semalam, takut mercun jatuh atas kepala aku sebab aku duduk tingkat bawah. orang duduk tingkat atas yang dok baling mercun...cilakak punya risau aku semalam. Yang lagi stylo nya jangan kata mercun dan bunga api, bom asap pun ada..pengalaman aku semalam, ada mamat bodoh phiang!!! mana tak taw baling bom asap kat tempat penonton duduk. betul-betul depan aku,lari lintang pukang aku dibuatnya.. memang pig gila sapa yang baling tu..yang aku kesian budak-budak yang ada dekat situ...haiz....
2.) Baling-membaling Suka hati ja baling botol merata-rata, tu yang aku rasa macam rusuhan pilihan raya dah semalam, yang buat aku panas ni, kalau dia terer baling tak pa, botol tak kena orang, ini tak.. baling macam bapok..jatuh atas kepala orang..sakit dow kena..awek depan aku kena sebijik, padahal tak dahaga pun dia,dapat botol air free,hahahhahaah menangis teresak-esak dia..macam failed spm hahaha
3.) Suka Berdiri Ketika Perlawanan Tengah Berlansung Taw la excited tengok bola, jangan la dok berdiri, orang belakang nak tengok pa, baik tengok kat TV ja kalau pergi asyik tengok belakang orang ja.. bila orang depan berdiri, orang belakang pun comfirm la nak berdiri sama betul tak? yang duduk belakang lagi nuh pun nak kena berdiri sama, last-last semua berjangkit virus berdiri.. penat ooo sat berdiri sat duduk..macam aku sakit buntot sebab kena tibai dengan cikgu disiplin zaman sekolah menengah dulu..tak leh duduk lama-lama pedih buntot hahahhahhaa
4.) Main Laser
Bawa laser dan halakan kepada pemain..ni bukan laser 10 ringgit yang macam kita selau beli, ni bapak laser ni..laser hijau...semalam yang aku perasan laser cuma dihalakan kepada pemain Indonesia ja...aku rasa ini la balasannya kepada mereka..dulu ketika Malaysia main di tempat mereka, laser hijau ni mereka yang start...nak kata padan muka ke tak macam ni?? sebab laser ni la sampai perlawanan hampir ditangguhkan. tapi kalau boleh jangan la buat macam tu..bila dua-dua pihak saling balas membalas..bila nak settle betul tak??
Ini lah antara menda-menda utama yang boleh menyerabutkan kepala aku bila aku tengok bola kat stadium.. aku rasa semua ni amat tidak patut berlaku di mana-mana perlawanan bola sepak. Bila la pemikiran kita nak maju? kalau perangai masih lagi macam babun. Gelak ja 'mat salleh' tengok perangai kita... nak ke diaorang cakap rakyat Malaysia macam Babun, 'mereka' nak jadi babun..biar la mereka..kita tak perlu nak ikut mereka pulak k :)
Satu berita baik untuk penyokong Malaysia yang aku jumpa dibeloghakimy , kemungkinan final kedua Piala Suzuki tidak akan diadakan di Indonesia kerana penyokong mereka sendiri melakukan provokasi sehingga berlakunya rusuhan di Stadium Gelora Bungkarno. Rusuhan ini berlaku disebabkan mereka kepenatan menunggu untuk membeli tiket sehingga merosakkan pagar dan padang stadium. satu kelebihan untuk skuad Malaysia jika perlawanan final kedua diadakan di stadium neutral. Serabut aku dengan penyokong fanatik Indonesia. sampai macam tu sekali dibuatnya.. sampai ceroboh masuk stadium...serius gengster kampung pisang hahahaha
Aku tertarik dengan kenyataan membe aku post kat facebook. dia pulak dapat kenyataan ni dari orang lain,so aku tak taw kenyataan siapa. layan je la~
26 Disember 2004, Tsunami di Acheh 26 Mei 2006 Gempa bumi di Jogjakarta 26 Disember Kalah kepada Malaysia
Gol pertama dan ketiga umur penjaringnya 26 (Mohd Safee Sali) Gol kedua penjaringnya memakai jersi 26 (Ashari Samsudin) Angka 26 menjadi tarikh menakutkan bagi rakyat Indonesia hahahahaha
Memang best la game Malaysia tadi. memang talak rugi punya aku pergi tengok live kat Bukit Jalil sebentar tadi. Malaysia berjaya mendahului 3-0 dalam final AFF Suzuki Cup 2010 dalam perlawanan pertama final AFF Suzuki Cup 2010. Perlawanan kedua pulak akan berlangsung di Indonesia 29Desember 2010 (Rabu) nanti.
Harap-harap skuad negara dapat mempertahankan kemenangan di Indonesia nanti. Jangan pulak seronok terlebih macam penyokong dia. penyokong dia punya seronok macam dah menang dan jadi juara dah, termasuk aku hahahaha. Aku berharap pemain Malaysia dapat mengawal mental mereka ketika bermain di tempat lawan nanti. buktikan Malaysia layak menjadi Juara. Go go Malaysia!!!! dan moga-moga dapat bermain dengan dabest macam tadi.. wa sokong lu olang skuad Malaysia. tiba-tiba wa semangat lebih ni. Mari kita bersatu menyokong skuad negara!! mari!!
Gol-gol yang berjaya disumbangkan sebentar tadi
Mohd Safee Bin Mohd Sali-60' & 72' Mohamad Ashari Bin Samsudin-68'
Gambar kenangan bersama membe aku dan juga geng blogserabut aku iaitu Kimy dan Iznul sebentar tadi hehehehe penat kami memekak tadi sampai sakit-sakit tekak dah ni hahahaha
p/s -Seronok Malaysia menang punya pasal tadi tertinggal baju 1Malaysia aku dapat free tadi huhuhu rasa rugi , dah dapat free, tertinggal pulak.
- Post akan datang berkaitan dengan menda yang aku tak suka bila tengok bola kat stadium