Tuesday, October 26, 2010

OPTICAL ILLUSION UNTUK LELAKI

Post kali ini lebih kepada golongan lelaki pulak. Pernahkah anda terpandang perempuan dari jauh, dari permandangan belakang perempuan tu memang hot, mantap, dan tip top lol~ Bila tengok betul-betul dari jarak dekat pulak. Alamak~pangkat makcik la dia ni. Aku tertipu daa~~

Aku post benda ni sebab aku pun pernah alami benda ni. Baru nak usha dari jarak dekat, tengok-tengok pangkat makcik la dia ni, kadang-kadang yang macam nenek pun ada, yang teruk lagi bapok siap berhalkum lagi hahahahahaha :)

Ni contoh Optical Illusion yang berkesan untuk lelaki

Perghhh~ada awek la


Fulamak putih gila betis awek ni. Nak try ayat ni


Aduh~~kambing punya apek ni!!! buat aku tertipu ja.
Tak pasal-pasal kena maki apek ni. Padahal tak bersalah pun dia. Hahahahhaha


Pengajaran : Lain kali jangan main usha ja, tengok betul-betul lu k :)

via weirdexistence

KEMBAR HITAM PUTIH

Kembar ini merupakan kembar yang amat jarang sekali berlaku. Seorang berkulit putih(Marcia) dan seorang lagi berkulit hitam(Millie) . Serius pelik kan? Keadaan ini berlaku kerana Marcia lebih mengikut genetik sebelah mak dia yang berkulit putih dan berambut warna coklat keemasan, manakala millie pula lebih kepada bapanya yang berketutunan Jamaica,berkulit lebih gelap dan berambut kerinting.

Kembar macam ni jarang sama sekali berlaku. Siapa nak sangka seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam adalah pasangan kembar?



Marcia dan Millie ketika kali pertama melangkah ke zaman persekolahan
Marcia dan Miliie bersama ibubapanya, Amanda dan Michael

Marcia dan Millie ketika kecil :) Comel kan?

via dailymail

KATY PERRY CURANG DENGAN AKU



Sampai hati Katy Perry curang dengan aku. Sampai hati dia kahwin senyap-senyap kat India. Takut aku tahu la tu hahahaha saja nak merapu tengah-tengah malam ni.

Untuk pengetahuan anda semua, Katy Perry yang popular dengan lagu California GIrls (feat Snoop Dog) telah pun berkahwin dengan Russell Brand. Majlis perkahwinan berlangsung di Aman-e-Khas resort berdekatan Ranthambhore, India.

Majlis perkahwinan yang dijalankan secara 'private' itu hanya saudara-mara dan kenalan terdekat sahaja yang hadir ke majlis perkahwinan mereka. Katy Perry juga mengenakan pakaian tradisional India pada majlis perkahwinannya. Serius Kush Kush Ho Ta Hey la Katy Perry ni hahahaha.

Aku minat gila Katy Perry ni selain Megan Fox, walaupun dia dah kahwin aku harap dia tak lupa aku hahahaha lol~




via djmick

Monday, October 25, 2010

PEREMPUAN CANTIK JADI HODOH JIKA.......

Post aku kali ini berkaitan dengan perempuan. Perempuan yang cantik luarannya kadang-kadang teruk juga perangainya. Itu la pasal orang kata jangan menilai seseoang hanya dari luaran sahaja. Aku pegang ayat ni.

Sebab aku nak post pasal benda ni kerana aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku dengan kawan-kawan petang tadi. Petang tadi aku dengan kawan-kawan aku pergi ke dobi untuk mengambil baju. Ketika keluar dari dobi, kami ternampak 2 orang perempuan yang agak boleh tahan muka dalam sebuah kereta kelisa. dah memang naluri lelaki, lelaki akan tertarik dengan perempuan. Kami pun usha la minah 2 orang dalam kereta tu.

Tiba-tiba, dengan selamba ja salah seorang perempuan membuka cermin kereta lalu membuang tin kosong ke jalan. Aku rasa dia nak buang ke longkang tapi tak sampai. Serius selamba perempuan tu membuang sampah sesuka hati dia. Memang teruk la perangai minah tu, harap muka ja boleh tahan, tapi perangai macam shitt!!!

Memang tergolong dalam kategori pengotor spesis orang macam ni. Kalau buang sampah kecil orang tak la perasan sangat kan? Ni buang tin minuman yang kosong. Siap bunyi tong...tong..tong.. tingtong..lagi hahahah :) Ini lah buktinya kalau perempuan yang cantik juga akan dianggap hodoh jika perlakuannya yang tak cantik dipandang.

Kesimpulannya, tak kisah la muka lawa atau tidak, janji perlakuan kita lawa:) peace

Jangan jadi macam perempuan-perempuan di bawah ni k~


sumber gambar MalaysiaSensasi


Comel budak ni hahahaha

Sunday, October 24, 2010

BUKTI CINTA ITU BUTA

Kali ini aku nak share kisah pasal apa maksud cinta itu buta hahahaha lol. Gambar di bawah menunjukkan gambar-gambar detik bahagia seorang lelaki yang not bad muka bersama isterinya yang agak ?*&^%$%$ mukanya :)

Serius cinta sejati wakakaka. Jangan kutuk-kutuk k. Hormatilah percintaan yang terjalin di antara mereka.

















via virtualfunzone

Saturday, October 23, 2010

MANTERA-IRONMAN MALAYSIA VERSI TOMOK

MANTERA merupakan filem terbaru yang dihasilkan atas kerjasama antara Flare Studios dan Malaysia Space Toon yang menelan kos RM18.5 juta (atas pelaburan tempatan dan asing).Agak tinggi kos pembikinan filem ni bagi filem produk tempatan.

Filem yang bergenrekan sci-fi ini dibintangi oleh Tomok Indrawan Shah selaku pelakon utama.Serius mantap!!! Tomok pelakon utama tu~ selain Tomok pelakon wanita utama filem ini dipegang oleh Kamaliya, iaitu penyanyi dan pelakon dari Ukraine yang juga bekas Ratu Cantik Russia 2008.

Pelakon-pelakon tempatan dan asing lain seperti Shiqin Kamal,Kamaliya,Wael Al Masri,Mikhail Dorojkin,Said Dashuk-Nigmatulin turut membintangi filem ini. Agak mencuit hati aku bila tengok muka Tomok yang agak nerd dalam treler filem ni hahahaha lol :)

Bagi aku, Mantera merupakan satu lagi produk yang boleh menaikkan nama Malaysia selain Hikayat Merong Mahawangsa. Beberapa pihak di Amerika Utara dan Jepun sudah menunjukkan minat untuk membeli filem itu bagi tayangan televisyen di negara terbabit. Lagi Famous la Tomok and the gang nanti ekk. Tahniah diucapkan.

Filem Mantera yang menggunakan teknik CGI ini bakal ditayangkan pada tahun 2011.



Sinopsis Mantera
Moscow, Russia

Sam Weston, pemilik Weston Technologies berang di atas pencerobohan di makmal penyelidikannya. Prototaip system senjata terbarunya ‘Mantera’ atau MAN-Transformable Exo- Robotic Armour telah disabotaj dan dimusnahkan.Ketua Saintis, yang mengetuai pasukan penyelidik telah hilang. Pembeli teknologi terbarunya berkeras supaya Sam segera menghantar prototaip tersebut atau uruniaga mereka akan dibatalkan. Lebih memburukkan keadaan apabila komponen serta bahagian-bahagian ‘Mantera’ yang telah dimusnahkan telah secara tidak sengaja dihantar ke bahagian lain dunia..kepada seorang remaja bernama Azman, di Malaysia.

Kuala Lumpur, Malaysia

Azman, atau lebih dikenali dan digeruni di alam siber sebagai Dark Robe, adalah seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan IT dengan pengkhususan dalam bidang Interaksi Komputer-Insan.Dia, yang merupakan seorang genius dalam bidangnya mendapati dirinya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan realiti. Azman seorang yang pendiam dan hanya mempunyai segelintir rakan di kolejnya. Teman baiknya, Kelvin,adalah seorang yang suka berjenaka, dan mempunyai personaliti yang sangat berbeza berbanding sikap Azman. Mereka berasal dari daerah yang sama dan pernah bersekolah di sekolah menengah yang sama. Dalam semester akhirnya, sesuatu yang indah akan berlaku dan bakal merubah kehidupan Azman buat selama-lamanya. Sesuatu yang istimewa tersebut adalah seorang gadis, bernama Deena. Buat pertama kalinya di dalam hidup Azman, dia merasakan dirinya tercabar oleh seorang perempuan.Deena adalah pelajar tahun akhir dalam bidang Robotics, dan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

2 minggu yang lalu, Azman memesan satu set model kit ‘Gundam V’ melalui internet dan dia tidak sabar untuk memasang model kit tersebut untuk menambahkan koleksi Gundamnya. Azman terperanjat apabila menerima sebuah bungkusan kayu yang besar dan berat melalui pesanannya. Di dalam kotak tersebut terdapat logam dan besi yang tidak diketahuinya. Hatinya terdorong untuk memasang komponen-komponen logam tersebut yang kelihatan hampir menyamai boomerang. Komponen logam tersebut secara tiba-tiba berubah bentuk menjadi sebuah topi keledar. Dengan bantuan topi keledar tersebut,Azman berjaya melihat imbasan penuh skima pemasangan komponen-komponen logam tersebut yang pada akhirnya membentuk sebuah motorsikal. Azman meminta bantuan rakan baiknya,Kelvin untuk membantunya memasang semula komponen motorsikal tersebut. Motorsikal tersebut sebenarnya adalah merupakan satu sistem senjata teknologi maju yang diberi nama ‘Mantera’. Sistem senjata tersebut, sebagai sebuah motorsikal, akan memberikan pergerakan tambahan kepada penunggangnya, namun pada mode pejuang, motorsikal tersebut akan bertukar dan bergabung dengan penunggangnya untuk membentuk pelindung badan ‘exo-robotic’ dan memberikan penunggangnya perlindungan maksimum dan juga kuasa luar biasa.

Azman secara tidak sengaja telah mengaktifkan system Perlindungan ‘Mantera’ dan secara tidak langsung menyebabkan pegawai-pegawai di Weston Technologies menerima amaran pengaktifan system tersebut. Tanpa pengetahuan Azman, tindakannya menghidupkan Mantera telah mencetuskan rentetan peristiwa pada 3 benua yang berbeza dan mencetuskan pertelingkahan antara 2 pertubuhan rahsia: Alliance of Light dan Dark Legion of the Apocalypse untuk memiliki teknologi terbaru ini. Alliance of Light telah berjaya mendapatkan Mantera dan telah menghantar pulang Mantera ke pangkalan rahsia mereka di Dubai bagi tujuan keselamatan. Setelah mengetahui bahawa mereka telah dikalahkan musuh mereka,Dark Legion melepaskan 2 robot pemusnah iaitu Robot Vega ke Bandar Dubai.Maka di sana, bermulalah pertempuran bagi meraih kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan umat manusia.

Tomok bersama pelakon Rusia yang turut menjayakan Mantera

Pengarah Mantera, Ml Aliyar

Mantera Traler-Kebangkitan

Pengarah : Mohammad Aliyar
Syarikat Penerbit : Flare Studios Sdn.Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Sains, Aksi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 2011
Durasi : 100 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

via SenimanMalaysia


NONG POY-BAPOK YANG HOT

Bapok yang serius hot dan comel ni bernama Nong Poy. Nong Poy yang kini berkejaya sebagai pelakon dan model terkenal Thailand ini dilahirkan sebagai lelaki pada October 5, 1986. Nong Poy yang berasakan dirinya perempuan terpaksa berlakon sebagai anak lelaki kepada ibu bapanya.

Ketika usianya mencapai 17 tahun, dia akhirnya membuat keputusan untuk menukar jantinanya dari lelaki kepada perempun melalui pembedahan plastik. Atas bawah semua dia tukar. hahaha serius berani mati.

Pada umur Nong Poy 19 tahun, dia merupakan Miss Tiffany's 2004 and Miss International Queen 2004 (Pertandingan ratu cantik untuk golongan bapok ). Tapi semuanya serius cantik dan hot, aku dah tengok kat YouTube hehehe~~

Info tambahan, Nong Poy sekarang sedang menuntut di Falkulti Undang-undang, Assumption Universiti, Thailand. Gila mantap!!! Mungkin dia bercita-cita untuk menegakkan hak-hak bapok sedunia hahahhaha lol :)












Filem yang pernah dibintangi Nong Poy :)

Nong Poy and friends at Youtube


Pesana bagi kaum lelaki : Behati-hati jika ingin melancong di Thailand ;P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...